Peribahasa SPM PDF
Peribahasa SPM PDF
Wellington - usah merendahkan diri seseorang kerana Usaha untuk membimbing remaja ke arah positif,
tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih bukan merendah-rendahkan mereka sahaja
baik
Hamka- Hairan melihat setiap hari orang menyisir Remaja tidak sedar tentang keseronokan mereka adalah
rambutnya, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, merugikan/ remaja hanya tahu bergaya tetapi tiada ilmu
memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci yang berguna
hatinya. [© Disediakan oleh BKKeng] Digosok kasutnya tetapi tidak
akalnya
2. Dimensi: Individu
Tema: Remaja dan Kerjaya
Peribahasa Maksud Isu
Alang-alang mandi biar basah, Apabila melakukan sesuatu kerja, Cabaran dan saingan dalam
alang-alang berdakwat biar hitam lakukan sampai berjaya, walaupun pekerjaan memang susah tetapi
menghadapi kesusahan remaja perlu menghadapinya hingga
Alang-alang menyeluk pekasam, berjaya demi masa depan yang
biar sampai ke pangkal lengan cemerlang
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan -2-
Bagai kerakap di batu, hidup segan Orang yang malas berusaha tidak Remaja perlu berusaha dan
mati tak mahu akan berubah selama-lamanya mempunyai kerjaya yang baik untuk
mengubah kehidupan yang lebih
baik
Bagai rumput di tepi jalan Hidup daif dan terbiar Jika tidak berkerjaya, hidup remaja
apabila dewasa akan daif dan terbiar
Kerja bertangguh tak menjadi, kerja Sesuatu urusan tidak akan selesai Remaja tidak wajar menangguhkan
beransur tak bertahan Jika selalu bertangguh sesuatu kerja, lantaran sikap ini akan
merugikan diri sendiri
Batu yang sentiasa bergolek tidak Orang yang selalu bertukar kerja Remaja perlu bersedia den~an
akan mengumpul lumut/ orang tidak akan berjaya cabaran kerjaya masing-masing
pindah-pindahan tanaman masak supaya tidak cepat putus asa/ selalu
tak dapat dirasa bertukar kerja lantaran sikap ini
menatijahkan remaja tidak berjaya
dalam hidup
Pipit sama pipit, enggang sama Tidak sama antara golongan Remaja perlu bekerja untuk
enggang berdarjat dengan golongan bawahan meningkatkan taraf hidup untuk
menjadi orang bermartabat, supaya
tidak menjadi orang bawahan yang
tidak dipedulikan
3. Dimensi: Individu
Tema: Semangat Patriotisme/ Cinta Akan Negara
Peribahasa Maksud Isu
Di mana bumi dipijak, di situ langit Hormat akan tempat kita bernaung Remaja/ generasi muda wajar
dijunjung (berlindung) menghormati tanah air tempat
kelahiran mereka
Hidup dikandung adat, mati
dikandung tanah
Hujan emas di negeri orang, hujan Susah dan senaang lebih baik di Walaupun kesenangan kira peroleh
batu di negeri sendiri lebih baik di tanah air sendiri dati negara luar, negara sendiri
negeri sendiri sebenarnya lebih baik dan
mempunyai banyak keistimewaan
Jong pecah yu yang kenyang Kejatuhan sesebuah negara Generasi muda wajar
memberi untung kepada musuh mempertahankan kedaulatan tanah
air daripada dijajah semula lantaran
kejatuhan ini akan menguntungkan
musuh negara
Di mana ada kemahuan di situ ada Jika ada azam, ada kejayaan Jika para remaja kini bersungguh-
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan -3-
Biar berputih tulang, jangan Lebih baik mati daripada Remaja yang sanggup
berputih mata menanggung malu kerana milik menyumbangkan tenaga mereka
sendiri dirampas orang seperti menjadi perajurit, akan
sanggup berjuang dan berkorban
demi mempertahankan tanah air
daripada dicerobohi oleh musuh
4. Dimensi: Keluarga
Tema: Keluarga/Ibu Bapa dan Remaja
Cubit paha kanan, paha kiri pun Memberi malu pada kaum keluarga
sakit juga sendiri, akhirnya diri kita pun terasa
Tangan yang mengayun buaian Jasa ibu terlalu besar terhadap masa Anak-anak perlu mendengar nasihat
memerintah dunia depan anak-anak dan menghormati ibu kerana
jasanya terlalu besar dan segala
nasihat adalah untuk kebaikan/ masa
depan anak-anak
Tidak ada harimau yang Segarang-garang bapa hanya untuk Bapa yang garang/ tegas hanyalah
membaham anak mendidik untuk mendidik anak-anak ke jalan
yang positif
Melentur buluh biarlah dari Mendidik anak biarlah sejak mereka Ibu bapa perlu mendidik anak-anak
rebungnya kecil lagi sejak kecil lagi supaya sikap baik itu
akan terbawa-bawa hingga dewasa
Menarik rambut di dalam tepung Bersikap bijaksana dalam Ibu bapa perlu bijak menyelesaikan
menyelesaikan sesuatu masalah masalah anak-anak/ bijak
menjalankan tanggungjawab
mereka, supaya mewujudkan
keluarga sakinah
5. Dimensi: Masyarakat
Tema: Gaya Hidup Sihat/Kesihatan/Makanan Seimbang/Penyakit Berbahaya
6. Dimensi: Masyarakat
Tema: Warisan Bangsa dan Budaya/Bangunan Bersejarah/Budaya Bangsa/Warisan Sejarah/ Adat
Perkahwinan
Telur di hujung tanduk Dalam keadaan bahaya/ serba sulit Kebanyakan bangunan bersejarah
yang sudah usang/lama, berada
dalam keadaan bahaya kerana
beberapa pihak akan
merobohkannya/ memusnahkannya
tanpa memulihara warisan sejarah
negara Malaysia ini
Biar mati anak, jangan mati adat Orang kuat berpegang pada adat Sebagai warganegara Malaysia,
masyarakat pelbagai bangsa wajar
mengamalkan budaya hidup yang
baru dan moden, adat warisan
bangsa tetap perlu diamalkan dan
tidak dilupakan
8. Dimensi: Masyarakat
Tema: Perpaduan/Kerjasama/Kejiranan/ Rumah Terbuka
Serumpun bak serai, sesusun bak Hidup yang saling bermuafakat Jika susah senang dihadapi bersama
sireh dan diselesaikan secara
berunding/bermesyuarat, segala
Bulat air kerana pembetung, bulat Kata sepakat yang dicapai melalui masalah dapat diselesaikan dan akan
manusia kerana muafakat mesyuarat mencapai kemakmuran
Berat sama dipikul, ringan sama Mengalami susah senang bersama Setiap kerja/ tugasan bergotong
dijinjing royong diagihkan sama banyak/
seimbang supaya semua penduduk
Hati gajah sama dilapah, hati Pengagihan yang sama banyak berpuas hati
kuman sama dicecah
Bagai enau dalam belukar Pentingkan diri sendiri, orang yang Hidup berjiran tidak boleh
melepaskan pucuk masing-masing tidak bermuafakat dan berpegang mementingkan diri sendiri sahaja jika
pada pendapat masing-masing ingin mewujudkan perpaduan dan
sahaja keharmonian
Rendah hati Tidak meninggi diri Amalan rumah terbuka bagi
penduduk/jiran yang pemurah dan
Murah hati Pemurah tidak bongkak dengan kekayaan yang
ada, akan mengeratkan silaturahim
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan -8-
antara penduduk
9. Dimensi: Negara
Tema: Teknologi Maklumat/Telekomunikasi/lnternet/ Kad Elektronik/Telefon Bimbit/TV
Peribahasa Maksud Isu
Bagai cendawan tumbuh selepas Maksud Terlalu banyak pada Pada zaman modenisasi ini,
hujan sesuatu masa teknologi maklumat dan
telekomunikasi membangun dengan
banyak dan sangat cepat
menunjangi hidup masyarakat alaf
baru ini
Dimensi: Negara
Tema: Ekonomi - Pelancongan/Pertanian/ Perindustrian/ Pelaburan
dahulu, bersenang-senang pada kemudian hari baik dan sanggup bersusah payah
kemudian menjalani latihan intensif demi
Sesuatu kejayaan berpunca daripada memperoleh kemenangan pada
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit usaha kecil-kecilan akhirnya kemudian hari, lantaran setiap
menjadi besar dan mencapai apa- kejayaan berpunca daripada usaha
apa yang dihajati secara kecil-kecilan supaya lama-
kelamaan mereka sudah terbiasa
Segala kesusahan biasanya akan dengan kesusahan yang dirasai
Alah bisa, tegal biasa dirasai pada peringkat awal, setelah semasa latihan dan akhirnya mereka
sudah biasa, kesusahan itu tidak akan mencapai kemenangan/
terasa lagi kejayaan idaman semua
Koleksi Peribahasa
Senarai Peribahasa Nilai Murni
• Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya - Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak
berusaha
• Malas bergarit perut perit - Sikap malas berusaha akan mendatangkan kesusahan
• Malu berkayuh perahu hanyut. malu bertanya sesat jalan - Orang yang malas tidak akan maju
• Mandi peluh - Bekerja keras
• Memeras otak - Berfikir atau belajar dengan bersungguh-sungguh
• Rajin dan usaha tangga kejayaan - Jika seseorang itu berusaha. [© Disediakan oleh BKKeng] sudah tentu dia akan
berjaya
• Sambil menyelam minum air - Membuat dua pekerjaan dalam satu masa
• Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit - Sabar dan tekun mengerjakan sesuatu. akhirnya berjaya Juga
• Sehari selembar benang. lama-lama menjadi kain - Apabila bersabar melakukan sesuatu. akan berhasil
juga akhirnya
• Seperti anai-anai makan kayu - Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin
• Ulat buku - Rajin membaca
• Yang bulat tidak datang bergolek. yang pipih tidak datang melayang - Sesuatu yang dihajatkan mestilah
diikuti dengan usaha kerana tidak datang dengan sendirinya
Semangat bermasyarakat / Kekeluargaan / Perhubungan
• Air dicencang tidak akan putus - Hubungan persaudaraan yang tidak akan putus walaupun berlaku
perpecahan/perselisihan
• Bagai beliung dengan asahan - Perhubungan yang akrab
• Banyak orang banyak ragamnya - Banyak orang. maka banyaklah perangai/ buah fikiran yang berbeza-
beza
• Biduk berlalu kiambang bertaut - Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada
penghasutnya
• Buang yang keruh ambil yang jernih - Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang
baik sahaja
• Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga - Adik-beradik yang bergaduh akan berbaik semula
• Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga- jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan. kita turut
berasa susah
• Darah daging - Anak atau saudara-mara daripada keturunan sendiri
• Enggang dengan enggang, pipit sama pipit. baru dapat terbang bersama - Perhubungan yang sama taraf
• Hilang di mata di hati jangan - Walaupun berjauhan. tetap ingat di hati
• Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua - jika seseorang ahli dalam sesuatu kumpulan mendapat
susah. ahli yang lain juga turut merasai kesusahannya
• Ikan di laut asam di darat, di dalam periuk bertemu juga - jikalau jodoh. di mana-mana pun akan bertemu
juga
• Jauh bau bunga, dekat bau tahi - Kaum keluarga yang berjauhan akan rindu-rinduan tetapi apabila
berdekatan akan berkelahi
• Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi - Sesuatu perkara tidak akan berlaku jika "melibatkan
satu pihak sahaja
• Mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak - Anak dan bapa saling bertolongan
• Melentur buluh biarlah daripada rebungnya - Mendidik seseorang wajar dilakukan semenjak kecil
• Seperti isi dengan kuku - Hubungan yang sangat akrab
• Seperti pungguk merindukan bulan - Seseorang yang sentiasa ingat akan kekasihnya
Penyesalan
• Ikut hati mati, ikut rasa binasa - Orang yang mengikut nafsu akan musnah akhirnya
• Nasi sudah menjadi bubur - Perbuatan yang terlanjur tidak dapat diubah kembali
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 14 -
• Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna - Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum
melakukan sesuatu agar tidak menyesal pada hari kemudian
• Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan-Sekiranya terlanjur dalam melakukan sesuatu kesalahan,
eloklah insaf dengan segera
• Sudah terhantuk baru tengadah - Sesudah ditimpa kemalangan, baru hendak beringat-ingat
• Takut akan bayang-bayang sendiri - Rasa takut kerana bersalah
Berhati-hati / Teliti / Berjimat cermat
• Air yang tenang jangan disangka tiada buaya - Orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut
• Alah membeli, menang memakai - Biarlah barang . yang dibeli mahal asalkan tahan lama
• Berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah- Melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati
• Biar titik jangan tumpah - Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak
• Biar lambat asalkan selamat - Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah berhati-hati supaya hasilnya baik
• Cencaru makan petang - Pekerjaan yang lambat tetapi mendatangkan hasil yang baik
• Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengardengar - Seseorang itu perlulah berhati-hati
apabila berbicara tentang sesuatu perkara
• Cicir dipungut, hilang dicari - Jangan membazirkan sesuatu makan kerana hendak berjimat
• Daripada segenggam jadi segantang - Daripada sedikit lama-lama menjadi banyak
• Ikat perut - Mengurangkan makan kerana susah
• Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis - Selalu berwaspada dan berhati-hati
• Memasang telinga - Mendengar dengan sungguhsungguh dan teliti
• Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati - Sesuatu perkara yang buruk dapat dielakkan jika
melakukan langkah pencegahan dari awal
• Mengukur baju di badan sendiri - Berbelanja mengikut kemampuan diri
• Rosak badan kerana mulut - Seseorang akan menerima akibat buruk jika tidak pandai mengawal tutur
kata
• Sediakan payung sebelum hujan - Berjaga-jaga sebelum ditimpa bencana
• Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu - Sekali tertipu, tentu akan berhati-hati pada masa akan datang
• Seperti air di dalam kolam - Orang yang bersifat tenang
• Tepuk dada tanya selera - Sesuatu pekerjaan yang dilakukan hendaklah difikirkan baik-baik
• Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya - Berhati-hati apabila bercakap kerana
ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain
Keberanian
• Berani buat berani tanggung - Bertanggungjawab terhadap sesuatu yang dilakukan
• Berani kerana benar, takut kerana salah - Berani kerana berada di pihak yang benar
• Cacing hendak menjadi naga - Orang kecil yang hendak menyamai orang besar
• Membujur lalu melintang patah - Tidak menghiraukan halangan/masalah
• Pantang berundur sebelum berjuang - Tidak mudah berputus asa sebelum berjaya
• Pantang mati sebelum ajal - Tidak akan tewas/ berundur sebelum masanya
Permuafakatan/Bekerjasama
• Bagai aur dengan tebing - Tolong-menolong antara satu sama lain
• Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing - Kerja yang berat atau yang susah akan menjadi senang dan
mudah sekiranya dilakukan bersama-sama
• Bersatu teguh, bercerai roboh - Bersatu padu menyebabkan masyarakat menjadi kuat, perpecahan pula
akan melemahkan masyarakat
• Bersekutu bertambah mutu - Perpaduan dalam kalangan rakyat menjamin kesejahteraan hidup
• Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat - Mencapai kata sepakat
• Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah - Pengagihan yang sama banyak
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 15 -
• Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua - Orang yang bermuafakat akan sehidup semati dan
tidak berubah kesetiaannya
• Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni - Perhubungan yang sangat akrab, susah senang ditanggung
bersama
• Muafakat membawa berkat - Sikap bekerjasama membawa kebaikan kepada semua
• Ringan tangan - Suka membantu
Kepatuhan /Kesetiaan
• Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut - Hendaklah patuh kepada undang-indang
negeri yang didiami
• Biar mati anak, jangan mati adat - Adat resam yang tidak boleh dilanggar atau dibelakangkan
• Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung - Kita hendaklah mengikuti undang-undang atau peraturan
di tempat kita menetap
• Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah- Semasa hidup mengikut peraturan atau adat, apabila sudah
mati terserah kepada hukum Tuhan
• Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri - Walaupun kelebihan
di negara orang banyak, namun negara sendiri lebih baik lagi
• Jika kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya - Janji mesti ditepati
• Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak - Menyesuaikan diri dengan
tempat dan keadaan
• Seperti kerbau dicucuk hidung - Seseorang yang menurut sahaja kemahuan orang lain
Semangat patriotisme / Cinta akan negara
• Seperti belut pulang ke lumpur - Orang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau
• Seperti gagak pulang ke benua - Orang yang pulang ke tempat asal
• Seperti ikan pulang ke lubuk - Orang yang pulang ke tempat asal
• Setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga - Sejauh mana pun seseorang itu
merantau, dia akan kembali ke tempat asalnya Juga
Rasional
• Ada akal - Mempunyai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah
• Akal budi - Fikiran yang sihat
• Cari akal - Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara
• Jangan bercermin di air keruh - Perbuatan yang negatif janganlah ditiru
• Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh - Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan
• Mencari jalan - Mencari akal atau idea ketika melakukan sesuatu
Kepentingan ilmu
• Diam ubi berisi - Diam orang yang berilmu sedang berfikir
• Harimau menyembunyikan kukunya - Orang yang menyembunyikan kelebihannya
• Ilmu itu pelita hati - Manusia yang berilmu hatinya akan tenang dan hidupnya tenteram
• Jauhari juga yang mengenal manikam - Orang yang bijaksana sahaja yang mengetahui kelebihan sesuatu
perkara
• Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - Sekiranya tiada ilmu untuk melakukan
sesuatu lebih baik jangan melakukannya
• Membaca jambatan ilmu - Membaca dapat meluaskan pengetahuan
Kepentingan Masa
• Bertangguh itu pencuri masa - Tidak wajar berlengah-lengah apabila melakukan sesuatu kerana
membazirkan masa
• Kita mesti menepati waktu, waktu tidak menanti kita - Manusia tertakluk kepada ketentuan masa untuk
melakukan sesuatu, masa yang terlepas tidak akan kembali lagi
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) H.P:012-4020377 Ungkapan menarik dalam Karangan - 16 -
-Tamat-
© Khas untuk pelajar-pelajar BKKeng sahaja