Anda di halaman 1dari 2

Perbezaan antara Teori Maslow dengan Teori Rollo May.

Teori Maslow

Menurut teori Maslow berpendapat bahawa setiap individu yang tidak sihat bukan
bermakna dirinya sihat kerana kesihatan bukan sahaja dilihat dari segi fizikal tetapi
juga dari aspek mental. Maslow juga mengemukakan lima pandangan terhadap
personaliti manusia. Antaranya ialah Maslow melihat manusia dengan pandangan yang
optimistik. Manusia juga memiliki kebebesan iaitu kebebasan yang dimiliki manusia
akan menentukan manusia yang sempurna dan dapat mencapai makna hidup.
Seterusnya keperluan adalah diwarisi tetapi tingkah laku untuk mencapainya adalah
dipelajari. Melalui faktor interaksi antara alam kehidupan dan asuhan sejak kecil dan
faktor persekitaran. Personaliti manusia juga unik iaitu cara bagaimana manusia
memenuhi keperluan itu adalah berbeza. Maslow juga percaya bahawa pentingnya
pengalaman di zaman awal kanak-kanak dalam membentuk perkembangan personaliti
seseorang tetapi manusia mempunyai potensi untuk menguruskan kehidupan. Akhir
sekali, Maslow berpendapat bahawa sifat manusia pada dasarnya baik tetapi beliau
tidak menafikan adanya kejahatan. Beliau menyatakan bahawa kejahatan bukanlah
sifat yang diwarisi melainkan hasil dari persekitaran yang tidak sesuai.
Kesimpulannya, menurut teori Maslow ini manusia itu sesungguhnya bersifat baik dan
berpandangan positif. Jika wujud sifat negatif seperti agresif atau egoistic itu
menunjukkan tanda-tanda penyakit yang berpunca daripada rasa kecewa.

Teori Rollo May

Terdapat lima konsep utama dalam teori existenstial. Manusia sering berhadapan
dengan ketidaktentuan dunia yang tidak boleh dielakkan. Seterusnya, kita harus
menyedari akan kebebasan semulajadi yang kita miliki untuk membuat pilihan ataupun
untuk memilih bagaimana sikap kita terhadap situasi-situasi tertentu dan bebas
memilih tindakan-tindakan apa yang akan kita lakukan. Sememangnya terdapat
halangan atau sekatan yang kita akan hadapi baik yang bercorak biologis dan
persekitaran ke atas kebebasan yang kita miliki namun begitu kita masih mempunyai
pilihan-pilihan tertentu. Kita tidak dapat lari dari tanggungjawab untuk membuat
pilihan bagi diri kita sendiri sebab kita sentiasa membina diri kita melalui pilihan-
pilihan yang kita lakukan. Kesedaran tentang kebebasan dan tanggungjawab inilah
selalunya menghasilkan kerisauan dan bagaimana kita mengendalikan kerisauan ini
sangat berkaitan dengan identiti kita sendiri.

Kesedaran membuat pilihan dan bertanggungjawab dengan pilihan.

Kebebasan kita dalam membuat pilihan bermakna kita mesti


mempertanggungjawabkan diatas pilihan yang telah kita buat. Sekiranya kita membuat
pilihan tetapi kita mahu bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut maka jadilah kita
manusia yang hiruk berot. Tanpa menyedari hakikat bahawa manusia mempunyai
kebebasan dalam membuat pilihan dan mesti bertanggungjawab sepenuhnya maka
proses dalam membantu individu yang bermasalah tidak akan berhasil kerana
penerimaan hakikat ini adalah asas yang paling penting.

Anda mungkin juga menyukai