Anda di halaman 1dari 21

SEMESTER JANUARI 2020

HDPS3403
SENI DAN KREATIVITI KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN:
MENGUJI KEFAHAMAN PELAJAR TENTANG PERKEMBANGAN KREATIVITI
KANAK-KANAK

NAMA :

NO MATRIK :

NO KAD PENGENALAN :

NO TELEFON :

ALAMAT EMAIL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

TARIKH PENYERAHAN TUGASAN : 15 MARCH 2020

JUMLAH PATAH PERKATAAN : 3,646 patah perkataan

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 BAHAGIAN 1
1.1 PENGENALAN 3-4
1.2 RANCANGAN PENGAJARAN : TAJUK, UMUR DAN 5-6
TEMPOH MASA
1.3 RANCANGAN PENGAJARAN : OBJEKTIF DAN HASIL 7-9
PEMBELAJARAN
1.4 RANCANGAN PENGAJARAN : BAHAN DAN KAEDAH 10-13
2 BAHAGIAN 2
2.1 LAPORAN 14-15
2.2 NILAI MURNI 16-17
2.3 LAPORAN REAKSI RESPONDEN 18-20
2.4 KESIMPULAN 21-22
2.5 LAMPIRAN 23

2
1. BAHAGIAN 1

1.1. PENGENALAN

Kanak-kanak merupakan asset pelapis masyarakat masa hadapan yang sangat penting demi
memastikan kemajuan atau kemunduran sesuatu masyarakat bangsa. Kemampanan dan
kemantapan masyarakat bangsa haruslah dipupuk seawal usia seiring pepatah “melentur
buluh biarlah dari rebungnya”. Maka timbul isu kualiti taraf pendidikan awal kanak-kanak di
negara ini samaada seiring peredaan zaman atau masih lagi menggunapakai kaedah serta
method lama yang telah ketinggalan zaman.

Pendidikan awal bagi kanak-kanak bukan tugas yang mudah dimana pendidik menggalas
amanah berat dalam menjamin masa depan negara bangsa dari perbagai aspek dasar dan perlu
memerah akal serta kemahiran perguruan dalam sesi pengajaran sesuai dengan tahap umur
dan sukatan pembelajaran. Di sinilah peranan pendidik dianggap penting agar sesi
pembelajaran dapat diadakan dengan lancar. Kekretifan dan kebijaksanaan pendidik
merupakan kunci utama sesi pembelajaran yang efektif dapat dilaksanakan dan akhirnya
melahirkan pelajar-pelajar yang lebih bersedia untuk ke peringkat pembelajaran yang lebih
tinggi.

Bahan pengajaran dan kaedah penyampaian pengajaran turut menjadi kunci keberhasilan
pembelajaran dikalangan pelajar. Bahan yang mampu membina jati diri dan memupuk sifat
moral serta prinsip asas adalah penting untuk diterapkan dalam pengajaran agar dapat
membina sifat yang baik dalam diri pelajar secara sahsiah serta kelakuan zahiriah.

3
Renteten itu, menerusi tugasan kajian ini, pengkaji akan menyediakan dua rancangan
mengajar menerusi dua bahan yang menpunyai tema penceritaan yang berbeza. Tema latar
belakang penceritaan yang akan digunakan dalam kajian ini ialah yang pertama bertemakan
sejarah keagamaan menerusia penceritaan kisah haiwan dari Al-Quran bertajuk “Lembu
Betina Bani Israil”. Cerita ini dipilih agar dapat memupuk nilai Islam dalam kalangan pelajar
menerusi kisah-kisah yang mempunyai pengajaran dari Al-Quran.

Seterusnya kisah kedua merupakan sebuah kisah bertemakan perpaduan bangsa di negara ini
yang bertajuk “Mimi And Anis in Jaya`s House”. Rasional kisah ini dipilah sebagai bahan
agar dapat memupuk nilai perpaduan kesefahaman dalam kalangan pelajar terhadap
kepelbagaian bangsa dan agama kepercayaan dalam negara ini. Ptitik perbezaan ini pada
pendapat pengkaji perlu di fahami oleh pelajar agar pelajar-pelajar akhirnya dapat mencari
titik persamaan perpaduan dan kesefahaman agar dapat menjamin masa depan negara yang
harmoni dan kaya dengan nilai perpaduan yang kian luntur.

Kedua-dua kisah ini akan dipersembahkan secara kreatif kepada pelajar berumur empat
hingga enam tahun dan akan diadakan sesi refleksi terhadap cerita-cerita yang disampaikan
dengan harapan segala nilai murni dapat diserap oleh pelajar. kajian ini akan merekodkan
setiap perincian aktiviti secara bertulis beserta analisis lengkap dankomprehensif.

4
1.2. RANCANGAN PENGAJARAN: TAJUK, UMUR DAN TEMPOH
MASA.

1.2.1. TAJUK

Lembu Betina Bani Israil

Tajuk buku yang pertama ialah Lembu Betina Bani Israil yang dicetak oleh Nukilan
Unggul Publication SND. BHD.

Mimi and Anis in Jaya`s House

Tajuk buku yang kedua ialah Mimi and Anis in Jaya`s House yang diterbitkan oleh
Bahagian pembanggunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun
2010.

1.2.2. UMUR

Lembu Betina Bani Israil

Kisah ini akan diajar dengan kaedah penceritaan secara kreatif kepada 5 pelajar yang
berumur 4 hingga 6 tahun.

Mimi and Anis in Jaya`s House

Bahan pengajaran ini akan diajar kepada 5 orang pelajar berumur 4 hingga 6 tahun
dalam bahasa inggeris.

1.2.3. TEMPOH

Lembu Betina Bani Israil

Pengkaji menetapkan tempoh masa selama 45 minit diambil untuk aktiviti ini dan
tempoh ini termasuk aktiviti-aktiviti lain berkaitan dengan buku.

Mimi and Anis in Jaya`s House

Tempoh masa diambil adalah 45 minit bagi aktiviti ini termasuk aktiviti-aktiviti lain
yang berkaitan bagi mencapai objektif pembelajaran.

5
1.3. RANCANGAN PENGAJARAN: OBJEKTIF DAN HASIL
PEMBELAJARAN.

1.3.1. OBJEKTIF

Lembu Betina Bani Israil

Objektif dari pengajaran kisah “Lembu Betina Bani Israil” adalah untuk memberi
ilmu pengetahuan tentang kisah yang diceritakan dalam Al-Quran. Selain itu,
pengajaran juga bertujuan untuk memperkenalkan watak-watak yang terkandung
dalam kisah ini sebagai contoh Nabi Musa A.S, Kaum Bani Israil dan sebagainya.

Objektif lain daripada pengajaran dari buku “Lembu Betina Bani Israil” adalah
bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni berbentuk keislaman dalam mencorak
generasi muslim cilik celik kisah-kisah pengajaran agama yang diceritakan dari dalam
Al-Quran. Objektif jangkamasa panjang dari pengajaran kisah ini untuk memastikan
generasi yang bakal melapisi tampuk pemerintahan negara masa hadapan celik dari
aspek fizikal dan pendidikan spiritual yang bermula sejak awal pendidikan.

Mimi and Anis in Jaya`s House

Objektif utama daripada pengajaran dari buku “ Mimi and Anis in Jaya`s House”
adalah untuk memupuk nilai perpaduan bangsa Malaysia dalam kalangan generasi
cilik cakna kepelbagaian kaum dan agama dalam negara majmuk Malaysia. Objektif
lain adalah untuk mendedahi pelajar dengan perbezaan perayaan yang disambut
masyarakat India di negara ini khususnya Deepavali. Pelajar akan cuba difahamkan
secara ilustrasi bagaimana berlansungnya perayaan ini di Malaysia dan memahami
simbolik pesta cahaya ini.

Asimilasi kaum di negara ini menjadikan pengetahuan asas berkenaan adat budaya
dan keraian kaum-kaun di Malaysia semakin menipis. Identiti bangsa juga penting
agar pelajar dapat membazakan perbezaan-perbezaan yang wujud. Oleh itu objektif

6
lain pengajaran kisah ini adalah bagi memperkenalkan jenis kuih-muih pakaian,
karaian tradisional yang sinonim dengan perayaan Deepavali agar identiti bangsa
tidak luput oleh kerasa asimilasi. Pencapaian objektif-objektif yang dinyatakan dalam
perenggan ini menjurus kepada objektif terpenting daripada pengajaran kisah ini iaitu
adalah untuk pelajar memahami pati asas perpaduan kaum untuk dipraktikkan dalam
jangkamasa panjang.

1.3.2. HASIL PEMBELAJARAN

Lembu Betina Bani Israil

Hasil dari pembelajaran kisah “Lembu Betina Bani Israil” pelajar akan memperoleh
pengetahuan tentang kisah yang diceritakan dalam Al-Quran yang akan diceritakan
secara ilustrasi kreatif agar dapat menarik minat responden. Penceritaan kisah yang
benar dari Al-Quran penting kerana tujuan utama kisah ini diceritakan menerusi Al-
Quran adalah untuk diambil pengajaran. Oleh itu, pembelajaran kisah ini dengan
kaedah yang lebih mudah selaras tingkatan umur pelajar amatlah penting agar kisah
ini dapat menjadi pengajaran yang baik selaras dengan apa yang dikehendaki Allah
swt.

Pelajar juga akan didedahkan dengan nilai-nilai Islam yang murni yang dicedok dari
kisah pengajaran dari Al-Quran yang suci. Tambahan lagi, pelajar akan memperoleh
nilai-nilai ketuhanan sebagai contoh kepatuhan terhadap perintah Allah S.W.T.Selain
itu, pada pengakhiran pengajaran ini pelajar akan mengenali watak-watak yang
terkandung dalam kisah ini sebagai contoh Nabi Musa A.S, Kaum Bani Israil dan
sebagainya.

Mimi and Anis in Jaya`s House

Kepelbagaian kaum dan suku di negara ini menjadikan negara ini kaya dengan adat
budaya dan perayaan yang berbeza yang perlu difahami sejak awal fasa pendidikan.
Ini bertujuan untuk penerapan yang lebih efisyen untuk pengetahu-pengetahuan

7
sebegini menjadi tapak asas kefahaman dalam kalangan bngsa Malaysia. Oleh itu,
hasil dari pembelajaran kisah “Mimi and Anis in Jaya`s House” pelajar akan terdedah
dengan perbezaan perayaan yang disambut masyarakat India di negara ini khususnya
Deepavali.

Pelajar akan memahami secara ilustrasi bagaimana berlansungnya perayaan ini di


Malaysia dan memahami simbolik pesta cahaya ini. Seterusnya pelajar akan dapat
mengenalpasti jenis kuih-muih tradisional yang sinonin dengan perayaan Deepavali.
Selain itu, pelajar-pelajar akan didedahkan pula dengan pakaian tradisional India dan
pakaian yang dipakai ketika menyambut perayaan ini. Hasil terbesar dari
pembelajaran kisah ini, pelajar akan memperolehi pengetahuan baru dan pati asas
perpaduan kaum iaitu memahami perbezaan yang ada dan meraikan persamaan
bersama.

8
1.4. RANCANAGAN PENGAJARAN: BAHAN & KAEDAH

1.4.1. BAHAN

Lembu Betina Bani Israil

Buku “Lembu Betina Bani Israel” secara kasarnya sebuah buku yang menceritakan tentang
kisah kaum Bani Israil yang suka bertangguh. Nabi Musa a.s merupakan nabi yang diutuskan
kepada kaum ini untuk menyampaikan dakwah Islam. Kisah bermula apabila berlaku
kematian seorang bangsawan kaya dalam kalangan kaum Bani Israil dimana tidak dikatahui
pembunuhnya. Ahli keluarga bangsawan kaya tersebut riuh bergaduh untuk mencari
pembunuh dan kejadian ini sampai ke pengetahu Nabi Musa a.s. Nabi Musa menerima wahyu
dari Allah untuk menyembelih seekor lembu betina. Namun sikap kaum Bani Israil yang
terlampau banyak bertanya bertujuan untuk melengah-lengah dan ingkar telah menyukarkan
perlaksanaan perintah Allah.

Nabi Musa tetap bersabar dengan kaumnya. Setelah berlengah dan mula memberi alasan
yang banyak akhirnya dapatlah seekor lembu betina untuk disembelih selaras dengan wahyu
Allah swt. Setelah lembu itu disembelih dan dan anggota tertentu dari lembu tersebut dipukul
keatas bangsawan yang mati dibunuh tersebut barulah bangsawan yang mati tersebut kembali
bangun ari mati dan memberitahu akan siapa yang telah membunuh nya.

Mimi and Anis in Jaya`s House

Buku “ Mimi and Anis in Jaya`s House” merupakan buku yang menceritakan pengalaman
Mimi dan Anis bertandang ke rumah Jaya pada Hari Pesta Cahaya iaitu Deepavali. Kisah ini
deceritakan dengan sangat ringkas dan padat dimana cerita menumpukan kepada soalan-
soalan oleh Mimi dan Anis yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap amalan dan
perkara yang dilihat menerusi lawatan tersebut.

Kebanyakan soalan adalah berkenaan sambutan, makanan, pakaian dan sebagainya. Buku
juga menceritakan tentang simbolik perayaan Deepavali dan perkaitannya dengan amalan

9
menyalakan lilin cahaya. Pada akhir kisah ini, keharmoniah dan perpaduan tercipta dimana
watak-watak yang terlibat bersama mengucapkan selamat antara satu sama lain.

1.4.2. KAEDAH

Lembu Betina Bani Israil

Kaedah yang akan digunakan dalam pengajaran buku ini adalah menerusi langkah yang telah
disusun secara sistemetik oleh pengkaji. Langkah ini telah disusun dengan sistemetik dan
kreatif bagi maksud mencapai objektif pengajaran yang telah dinyatakan. Langkah pertama
adalah dengan memperkenalkan kepada responden mengenai buku ini. Pengkaji akan
menerapkan rasa keterujaan dan minat yang tinggi dalam kalangan responden untuk
mendengar dan belajar.

Langkah Kedua, pengkaji akan membawa responden menerokai ilustrasi-ilustrasi bergambar


dalam buku ini untuk menambahkan lagi minat responden untuk mendalami kandungan cerita
yang terkandung dalam buku. Langkah seterusnya pengkaji akan bertanyakan persoalan-
persoalan mudah berkenaan ilustrasi bergambar dan menggalakkan persoalan daripada
responden pada setiap mukasurat. Ini dapat membantu responden beri tumpuan terhadap
ilustrasi bergambar tersebut dan menjadikan responden kekal fokus.

Langkah keempat, pengkaji akan memulakan bacaan yang terkandung dalam teks pada
mukasurat 2 hingga 12 secara teratur dan diikuti oleh responden. Bacaan ini desertakan
dengan kefahaman dan persoalan-persoalan dua hala agar keterlibatan pengkaji dan
responden wujud. Pada peringkat puncak inilah pengkaji perlu memastikan responden
menguasai kefahaman cerita yang terkandung dlam buku ini.

Langkah kelima, pengkaji akan mengadakan aktiviti refleksi dimana pengkaji dan responden
akan memberi respon dan pengajaran terhadap apa yang diperolehi daripada kisah ini. Nilai-
nilai baik hendaklah dikeluarkan oleh pengkaji secara tepat dan mudah agar responden dapat
dengan mudah mingingati dan mempraktikkan nilai-nilai yang dipelajari.

10
Langkah terakhir, pengkaji akan menggunakan method latihan bagi memantapkan kefahaman
dan meneruskan keterujaan responden agar tidak secara tiba-tiba lenyap bersama pengakhiran
cerita. Oleh itu latihan seperti menceritakan semula kisah tersebut dan melukis ilustrasi
adalah penting bagi melatih daya ingatan terhadap penceritaan beserta nilai-nilai yang datang
bersama cerita tersebut.

Mimi and Anis in Jaya`s House

Dalam buku “Mimi and Anis in Jaya`s House” kaedah yang sama akan digunakan dimana
langkah tersebut telah dirangka dan disusun secara sistemetik dan kreatif oleh pengkaji sesuai
dengan tahap umur dan tahap pembelajaran responden. Ini bertujuan untuk mencapai objektif
yang ingin dicapai secara efisyen dan jayanya.

Langkah pertama pengkaji akan memahami panduan guru yang disediakan bersama buku ini
di mukasurat 13 dan barulah memulakan dengan memperkenalkan buku cerita ini kepada
responden dan cuba untuk memupuk minat terhadap buku ini. Minat dan keterujaan dipupuk
pada langkah awal agar fokus dan perhatian responden dapat ditarik dengan berkesan.
Lamgkah seterusnya pengkaji akan membawa responden menelusuri ilustrasi-ilustrasi
bergambar yang telah disediakan dalam setiap mukasurat buku ini.

Langkah ketiga, pengkaji akan menggalakkan responden terlibat dalam aktiviti soalan
duahala berkenaan ilustrasi dimasukkan dalam langkah ini agar rasa ingin tahu dan minat
responden tidak terpadam. Aktiviti ini sangat membantu mengekalkan fokus dan sebagai
persediaan untuk menerokai kisah dalam buku.

Langkah keempat, pengkaji akan memulakan bacaan teks yang terkandung dalm buku ini
secara tertib dan memastikan pelajar faham setiap perkataan Inggeris yang digunakan dalam
buku ini. Responden perlu turut menbaca dengan mengikuti bacaan yang dimulakan oleh

11
pengkaji. Pada peringkat ini juga pengkaji akan memasukkan aktiviti soal jawab duahala agar
wujud keterlibatan responden.

Seterusnya pengkaji akan mengadakan sesi refleksi dan membincangkan pengajaran dari
kisah ini yang akan disampaikan kepada pelajar secara mudah ringkas dan padat agar
responden dapat memahami dan ingat untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Langkah terakhir adalah dengan mengadakan aktiviti latihan pemantapan yang penting agar
terdapat rentetan daripada keseronokan daripada cerita yang disampaikan. Ini penting agar
dapat secara perlahan menurunkan tempo keterujaan responden agar tidak secara tiba-tiba
lenyap.

Menerusi latihan pengkaji akan mengadakan latihan yang berkaitan dengan pemahaman
cerita. Aktiviti seperti mewarna ilustrasi-ilustrasi yang mempunyai kaitan dengan buku.
Aktiviti lain adalah dengan memperkenalkan makanan-makanan yang disebut dalam buku
agar responden dapat merasa makanan-makanan ini selaras dengan jalan penceritaan yang
menceritakan tentang makanan-makanan budaya India seperti dalam cerita.

12
2. BAHAGIAN 2
3.
3.1. LAPORAN: LATAR BELAKANG BUKU

Lembu Betina Bani Israil

Buku “Lembu Betina Bani Israel” telah diedar oleh Nukilan Unggul Publication Sdn Bhd dan
telah dicetak oleh Prima Asiana Sdn. Bhd pada tahun 2011 dan merupakan cetakan yang
pertama. Buku ini salah satu daridapa koleksi Kisah Haiwan Dari Al-Quran milik Nukilan
Unggul Production. Buku ini mengndungi 17 muka surat bercetak tidak termasuk mukasurat
hadapan dimana muka surat pertama mengandungai maklumat pencetakan serta hak cipta
terpelihara buku termasuk nama dan alamat pengedar. Buku ini disusun oleh Robiah Jusoh
dan telah diilustrasi melalui gambaran-gambaran berbentuk gambar situasi oleh Razak Ismail.
Isi cerita bermula pada mukasurat 2 hingga 16 yang mana mengandungi teks cerita beserta
ilustrasi gambar yang jelas dan menarik bagi tahap umur responden. Pada mukasurat 17 iaitu
mukasurat terakhir terdapat 5 soalan berbentuk subjektif yang bercirikan pengujian daya
ingatan terhadap cerita. Soalan berbentuk mengapa dan apa digunakan dalam soalan ini.
Pada muka surat ini juga, terdapat nilai moral atau nilai murni daripada kisah ini. Nilai moral
ini merupakan aspek terpenting dalam buku ini kerana disinilah responden akan belajar
intipati dari kisah ini dan tercapailah tujuan kisah ini diceritakan di dalam Al-Quran iaitu
untuk memberi pengajaran.

13
Mimi and Anis in Jaya`s House

Buku “ Mimi and Anis in Jaya`s House” merupakan buku yang dibangunkan oleh Bahagian
Pembanggunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2010. Buku ini
dicetak oleh Percetakan Surya Sdn Bhd, Melaka kali pertama pada tahun 2010. Penerbitan
buku ini melibatkan sekumpulan pakar dari seluruh negara yang disatukan oleh Bahagian
pembanggunan Kurikulum menjadi satu kumpulan yang diketuai oleh Dr. Ng Soo Boon
selaku ketua Editor dan Datu Dr. Hj. Julaihi Hj. Bujang selaku Ketua Bahagian
pembanggunan Kurikulum sebagai Penasihat.

Penerbitan ini melibatkan 4 orang editor, 25 orang penulis dan 8 orang pengilustrasi yang
kesemuanya mempunyai kepakaran-kepakaran dalam bahagian masing-masing. Buku ini
mengandungi 16 mukasurat bercetak tidak termasuk muka hadapan dan dimualakan dengan
maklumat-maklumat penerbitan dan hakcipta terpelihara pada mukasurat pertama deturuti
denga nisi teks cerita pada muka surat 2 hingga mukasurat 12. Seterusnya pada mukasurat 13
hingga 16 terdapat Panduan Guru mengenai cara pengajaran menerusi buku ini dan hasil
pembelajaran yang harus dipastikan oleh guru, tercapai. Pada mukasurat ini juga terdapat
aktiviti cadangan yang kreatif bagi guru-guru gunakan sebagai aktiviti bagi menambah
kefahaman responden.

14
3.2. NILAI MURNI

Lembu Betina Bani Israil

Kisah Lembu betina bani Israil mengandungi banyak nilai murni dan penganjaran yang dapat
diambil untuk dipraktikkan. Ini kera kisah ini diceritakan di dalam Al-Quran dan sememang
apabila sesebuah kisah diceritakan dalam Al-Quran ia bermaksud terdapat pengajaran yang
cuba disampaikan dan diambil pengajaran.

Oleh itu pengajaran dari kisah ini adalah sebagai umat Islam kita wajib mentaati perintah
Allah s.w.t kerana Allah adalah tuhan pencipta yang maha berkuasa dan yang maha hebat.
Nilai ini perlu diterapklan dalam diri responden muslim agar ilmu dan dasar kepercayaan
menebal dalam diri dan akhirnya membina kekuatan spiritual yang kukuh. Selain itu
pengajaran lain adalah kita perlu untuk tidak melengahkan sesuatu perkara yang diketahui
akan mendatangkan kebaikan kepada kita khususnya dan kepada orang lain umumnya.
Melengah-lengah adalah perbuatan yang tidak baik dan perlu dielakkan untuk berjaya
mencapai cita-cita.

Pengajaran lain dari kisah ini adalah pengorbanan dmana kita hendaklah sanggup
mengorbankan diri di jalan Allah swt dan jalan-jalan yang baik. Pengorbanan datang dalam
pelbagai bentuk dan rupa. Oleh itu pengorbanan pastinya akan diganjarkan pahala oleh Allah
tanpa mengira rupa atau sebesar manapun pengorbanan kita.

Mimi and Anis in Jaya`s House

Kisah “Mimi and Anis in Jaya`s House” juga terdapat banyak pengajaran dan nilai murni
yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan. Nilai murni pertama adalah kita seharusnya hidup
saling memahami antara satu sama lain. Pemahaman tentang perbezaan yang wujud pada
orang lain menjadikan Malaysia aman dan harmoni.

15
Selain itu, Nilai murni lain adalah kita haruslah mengamalkan amalan ziarah menziarahi
orang lain tanpa mengira bangsa dan agama agar kasih sayang dapat dipupuk. Amalan ziarah
menziarahi telah diamalkan sejak sekian lama dan kini tiba masanya kita menyambung
amalan yang baik ini agar dapat diwarisi ke generasi akan datang. Pengajaran seterusnya
adalah larangan pengamalan budaya perkauman. Pengajaran ini perlu dihadam oleh
responden supaya sifat perkauman yang boleh memecahbelahkan negara ini dapat dielakkan.
Ini sangat penting bagi menjamin kesejahteraan Negara Malaysia.

3.3. LAPORAN REAKSI RESPONDEN

Lembu Betina Bani Israil

Pengkaji mendapati reaksi yang berbeza menerusi kaedah presentasi yang digunakan pada
setiap langkah yang disusun. Pada langkah yang pertama iaitu langkah memperkenalkan buku
ini. Pengkaji cuba untuk menerapkan minat dan impresi pertama kapada responden namun
kurang sambutan keterujaan di kalangan responden kerana pengilustrasian muka hadapan dan
tajuk buku kurang menarik minat responden.

Setelah selesai langkah pertama, pengkaji membawa responden menerokai ilustrasi-ilustrasi


kartun bergambar yang terkandung dalam buku dan responden menunjukkan minat dan mula
bertanyakan soalan-soalan berkenaan ilustrasi bergambar dari buku ini walaupun pengkaji
masih belum membuka sesi soal-balas. Gambar haiwan dilihat sangat menarik minat
responden.

Reaksi responden terhadap langkah ketiga dikategorikan sebagai sangat baik dan mendapat
sambutan baik oleh responden. Persoalan-persoalan berkenaan ilustrasi dijalankan secara
dua-hala dimana responden mula menunjukkan rasi ingin tahu. Seterusnya pengkaji
melangkah ke langkah seterusnya iaitu mula membaca teks cerita dari buku ini dan
keterujaan responden bertambah dapat dinilai melalui perhatian yang diberikan. Pada awal
penceritaan tiada persoalan berkenaan teks diajukan dan persoalan-persoalan yang timbul
lebih kepada perkaitan diantara cerita dan ilustrasi. Setalah cerita smpai ke tahap klimaks
responden telah mula menunjukkan emosi dan menyuarakan persoalan-persoalan berkaitan

16
cerita yang disampaikan. Setelah cerita tamat, persoalan masih lagi diutarakan berkenaan
mengapa dan sebagainya menjadikan pengkaji sukar untuk ke langkah seterusnya

Setelah pertanyaan-pertanyaan ini dijawab secara teratur, pengkaji ke langkah seterusnya


iaitu sesi refleksi cerita. Pelajar tidak memberikan apa-apa respon apabila ditanyakan tentang
nilai yang diperolehi daripada cerita ini. Pengkaji memberikan nilai-nilai murni dari kisah ini
secara ringkas dan padat kepada responden. Responden dilihat kurang memberi tumpuan
sesame sesi refleksi.

Pengkaji meneruskan sesi pengajaran kepada langkah seterusnya iaitu sesi aktiviti berbentuk
latihan. Pengkaji menyuarakan persoalan-persoalan berkenaan cerita ini secara rawak kepada
setiap responden yang ada yang hasil yang baik diterima kerana 4 daripada 5 responden
menjawab dengan jawapan yang betul. Latihan lain adalah pengkaji meminta responden
untuk melukis ilustrasi yang ada dalam buku bagi menambah daya ingatan responden.

Laporan secara keseluruhan aktiviti ialah sangat baik kera respon-respon dan tindakbalas
yang baik dari respon. Pengkaji juga berjaga mencapai sasaran hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan.

Mimi and Anis in Jaya`s House

Menerusi penceritaan kisah kedua ini, pengkaji menerima reaksi yang tidak kosisten
menerusi metodologi yang digunakan. Langkah pertama dimana pengkaji memperkenalkan
buku ini, reaksi responden dilihat baik. Impresi pertama kesemua responden terhadap kulit
luar dan ilustrasi buku ini sangat baik kerana ilustrasi dan nama dalam tajuk buku ini
mempunyai persamaan dengan salah seorang responden. Minat ditunjukkan oleh responden
untuk belajar.

17
Pengkaji seterusnya membawa responden menjelalah ilustrasi pada setiap mukasurat yang
terkandung dalam buku ini. Menerusi ilustrasi yang baik dan menarik responden sangat
teruja. Pengkaji memulakan langkah berikutnya dan mula bertanyakan tentang ilustrasi
gambar yang ada dalam buku tersebut dan responden menyambut baik persoalan-persoalan
yang diajukan. Responden memberi reaksi yang baik dan memberi perhatian.

Menerusi langkah keempat, responden mula hilang tumpuan dan minat terhadap subjek
pengajaran. Pembacaan yang lemah dan perlahan dapat disimpulkan bahawa responden
kurang memahami kandungan teks walaupun tahap bahasa inggeris yang rendah digunakan
dalam teks tersebut.Persoalan-persoalan duahala yang diajukan turut kurang mendapat respon
dari responden.

Pada sesi refleksi, penglibatan responden dilihat kurang memuaskan apabila responden hilang
tumpuan. Pengkaji cuba mengembalikan fokus yang hilang namun responden dilihat tidak
jelas berkenaan cerita yag disampaikan. Pengkaji terus ke langkah akhir iaitu sesi latihan.
Pada sesi ini, responden dilihat kembali menumpukan perhatian pada aktiviti-aktiviti yang
diadakan. Aktiviti mewarna ilustrasi buku dapat memupuk minat dan dilakukan dengan baik.
Responden juga dapat memberi rspon baik terhadap aktiviti-aktiviti lain.

18
KESIMPULAN

Secara tuntasnya, taraf pendidikan pada masa ini sewajarnya seiring dengan peredaran masa
serta zaman teknologi yang serba canggih ini. Disebabkan kanak-kanak merupakan pelapis
masyarakat kini. Tugas sebagai pendidik bukan tugas yang mudah bahkan mereka ini yang
akan memastikan kemajuan atau kemunduran nanti.

Dalam tugasan ini, telah disediakan kaedah, bahan, laporan dan lain-lain berkaitan untuk
memastikan sistem pengajaran harian pendidik teratur dan memberi kesan kepada pendidikan
pelajar. Dengan adanya rancangan pengajaran harian ini sedikit sebanyak dapat membantu
pendidik tersebut melaksanakan tugas dengan pantas dan cekap untuk memastikan kanak-
kanak mendapat segala isi pembelajaran tersebut.

Seterusnya, dua buah buku cerita telah dipilih untuk mengadakan satu kaedah pengisian
rancangan pengajaran untuk memupuk nilai-nilai murni yang terdapat dalam buku tersebut.
Rancangan ini ditulis awal adalah untuk merancang segala aktiviti harian keesokan agar
kualiti itu terjamin. Buku pertama yang dipilih adalah “ Lembu betina ban Israil” .
Mengapakah buku ini dipilih ? buku ini dipilih adalah untuk memupuk nilai Islam dalam
kalangan pelajar. Tambahan lain, buku ini juga dapat memperkenalkan watak-watak yang
terkandung contohnya kisah Nabi Musa A.S. Manakala buku yang kedua pula ialah “ Mimi
and Anis in jaya’s house”. Dalam buku ini pelajar-pelajar dapat memupuk nilai perpaduan
bangsa Malaysia dalam kalangan generasi cilik cakna pelbagai kaum dan agama di Malaysia.
Dalam buku ini pula kami dapat menceritakan kepada pelajar-pelajar bahawa adanya
perayaan Deepavali dikalangan kaum India dan juga pesta lampu. Selain itu, titik
persefahaman perpaduan ini dapat menjamin masa depan yang kaya dan perpaduan yang kian
lutur.

19
Koklusinya, pendidikan pada zaman kanak-kanak ini bukan mudah untuk kita sebagai
pendidik untuk mendidik mereka. Dengan peredaran masa zaman kini yang kian laju seiring
dengan teknologi maka warga pendidik juga perlu bercerita dengan gaya semangat bahkan
yang paling menarik menyediakan audio atau video untuk menarik minat mereka dalam
pembelajaran.

20
LAMPIRAN

21

Anda mungkin juga menyukai