Anda di halaman 1dari 7

POLITEKNIK-POLITEKNIK MALAYSIA

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL


MAKMAL METALURGI / UJI BAHAN

TAJUK : UJIAN PENUSUKAN (SINAR ULTRAUNGU)


TUJUAN :
Mengesan dan melihat kecatatan specimen melalui kaedah penusukan dengan
menggunakan peralatan sinar ultraungu

ALATAN DAN BAHAN


1. Lampu Sinar Ultraungu
2. Kepingan Spesimen
3. Penetrant
4. Remover / Cleaner
5. Developer
6. Kain Bersih
TEORI

Ujian Penusukan Sinar Ultraungu merupakan teknik yang lebih sofisikated dengan
menggunakan penusuk pendarfluor khas dan sinar ultraviolet untuk menampakkan
keretakan permukaan yang halus yang biasanya sukar untuk dilihat semasa pemeriksaan
visual.

Permukaan specimen disembur dengan penusuk dan selepas beberapa waktu,


penusuk yang berlebihan dicuci dan disemburkan lagi dengan Developer dan specimen
diperiksa di bawah cahaya ultraungu. Sebarang cecair yang meleleh keluar daripada
retakan permukaan akan bersinar di bawah cahaya ultraungu dan ia seakan-akan garisan
bersinar yang berlatar belakang gelap.

Apabila menggunakan cahaya ultraungu, perhatian yang teliti hendaklah diberi.


Dedahan secara berpanjangan boleh mengakibatkan barah kulit dan ia juga boleh
menyebabkan kecederaan mat ajika dipandang secara terus. Masalah ini sama seperti
“Arka Mata” yang dibebaskan oleh cahaya kimpalan arka apabila pengimpal
memandangnya tanpa memakai topeng penghalang dengan lensa penapis yang sesuai.

PROSEDUR KERJA:

1. Bersihkan kepingan specimen dengan menggunakan air yang bersih.


2. Lapkan kepingan specimen sehingga kering dengan kain yang bersih.
3. Semburkan Penetrant ke atas kepingan specimen dari sudut 45o dari permukaan.
4. Inapkan (dwell) kepingan specimen selama 15 minit.
5. Selepas itu, lapkan permukaan specimen dengan menggunakan kain yang bersih.
6. Semburkan Remover ke atas kepingan specimen dari sudut 45o dari permukaan.
7. Selepas itu, lapkan permukaan specimen dengan menggunakan kain yang bersih.
8. Semburkan Developer ke atas kepingan specimen dari sudut 45o dari permukaan.
9. Inapkan (dwell) kepingan specimen selama 15 minit.
10. Hidupkan lampu Sinar Ultraungu dalam bilik gelap dan angkatkan pemegang lampu
Sinar Ultraungu untuk memancarkan kearah permukaan specimen.
11. Pemeriksaan di abawah Sinar Ultraungu dibuat untuk mengesan sebarang kecacatan
yang terdapat di atas permukaan specimen.
LUKISKAN DAN JELASKAN LANGKAH-LANGKAH UJIAN YANG DIJALANKAN.
[40 markah]

Gambar Penerangan

1. peralatan ujikaji die penetrate:

 Remover
 Developer
 Kepingan specimen
 Kain bersih
 Penetrant

2. Proses pre-cleaning

 Bersihkan kepingan specimen


menggunakan air yang bersih

 Lapkan kepingan specimen


sehingga kering dengan
menggunakan kain yang bersih

3. Penetrant foam application

 Semburkan penetrant ke atas


kepingan specimen dari sudut
45⁰dari permukaan specimen .

 Lapkan permukaan specimen


dengan kain yang bersih.
4. Intermediate Cleaning

 Semburkan remover ke atas


kepingan specimen dari sudut 45⁰
dari permukaan.

 Selepas itu, lapkan permukaan


specimen dengan menggunakan
kain yang bersih.

5. Inspection proses

 Semburkan developer ke atas


kepingan specimen dari sudut 45⁰
dari permukaan.

 Inapkan (dwell) kepingan specimen


selama 15 minit
AKTIVITI

1. Lukiskan bentuk kecacatan yang anda dapat lihat di atas permukaan specimen di dalam
ruangan kotak yang disediakan di atas. [15 markah]
2. Bincangkan bentuk kecacatan yang terhasil pada bahan yang diuji. [15 markah]

 Permukaan specimen disembur dengan penetrant dan selepas beberapa waktu ,


penetrant yang berlebihan dicuci dan disembur lagi dengan developer dan specimen .
 Sebarang cecair yang meleleh keluar daripada retakan permukaan akan bersinar
seakan-akan garisan bersinar yang berlatar belakang yang gelap
 .Selain itu, kecacatan juga boleh terhasil daripada kelajuan semasa pengimpalan
dijalankan.
 Jarak antara kumai yang terhasil tidak sekata dan tidak dapat bertahan lama atau boleh
menyebabkan kumai berliang.
 Jarak antara permukaan dengan nozel juga akan menjadikan bahagian tengah kumai
seperti berkawah atau berkolam.
 Berdasarkan gambar diatas, hasil kimpalan terdapat liang dan lubang yang
menyebabkan kumai tidak kukuh
 Bahagian tersebut telah menunjukkan bahawa terdapat masalah jarak semasa proses
kimpalan dijalankan.

3. Nyatakan TIGA (3) kelebihan dan TIGA (3) kekurangan menggunakan Ujian Penusukan
Sinar Ultraungu? [6 markah]

I) Kelebihan
 sumber alami vitamin D
 membantu pengobatan penyakit
 membunuh bakteria dalam air minuman

Ii) Kekurangan
 Penyebab terjadinya kancer kulit
 Dapat membakar kulit
 merusak sistem kekebalan tubuh

4. Apakah fungsi setiap bahan penyembur dalam ujikaji ini? [15


markah]

 REMOVER -membersihkan dan mengasingkan bendasing daripada permukaan


specimen sebelum menyembur penetrant

 PENETRANT -semburan penetrant adalah untuk mengukur atau mengesan kecacatan


yang terbuka ke permukaan bahagian seperti retakan, keliangan ,dan melalui
kebocoran dinding.

 DEVELOPER -developers adalah sebuk putih yang diaplikasikan dengan aerosol yang
dihasilkan untuk menarik penembus dari cacat dan meningkatkan definisi untuk
memudahkan pengesanan ketika digunakan bersamaan dengan pewarna penembus.
5. Nyatakan TIGA (3) kesimpulan anda setelah menjalankan ujikaji ini? [9
markah]

 Semua sambungan kimpalan perlu diuji untuk memastikan hasil kerja mepunyai
ketahanan , kekuatan serta hasil kumai yang cantik. Oleh itu, kita perlu mencari punca-
punca kecacatan dan cara mengatasi masalah tersebut.

 Setiap kimpalan haruslah dipraktikkan agar dapat melatih menghasilkan kimpalan yang
baik serta tiada sebarang kecacatan.Oleh itu, setiap jurukimpal mesti berasa yakin dan
berlatih lebih kerap dalam mengimpal agar dapat menghasilkan projek yang terbaik dan
tiada sebarang kecacatan.

 Kecacatan semasa mengimpalan boleh terjadi disebabkan kecuaian dan kelekaan


jurukimpal. Kecacatan ini boleh berlaku disebabkan oleh jurukimpal yang kurang mahir,
dan kurang terlatih. Kecacatan pada kumai boleh menyebabkan sesuatu projek itu tidak
tahan serta rupa yang tidak menarik. Oleh itu , kita perlu banyak berlatih agar menjadi
lebih mahir agar dapat menghasilkan projek yang lebih sempurna dan mempunyai
ketahanan yang lebih kuat.

Anda mungkin juga menyukai