Anda di halaman 1dari 2

SYAIR

Tersebutlah kisah.... Badang perkasa

Hidupnya susah... tidak dipuja..

Hatinya baik.. adab mulia

Berbudi baik.. indah bahasa.

Apa kalian biasa dengar Si Badang? Kerana kesabaran dan kesungguhannya, berjaya Si Badang
menangkap lembaga yang memakan hasil lukah beliau. Setelah Badang menjadi kuat, Sultan
mengangkat Badang sebagai pahlawan istana, hudupnya senang suka membantu orang lain. Badang
amat bertimbang rasa dan gemar berkata-kata yang baik. Tetapi, berbeza dengan Bendahara Istana yang
sombong, suka bermegah dan tidak mementingkan hubungan sesama manusia. Selalu merasakan
dirinya berjawatan penting maka beliau perlu dihormati serta ditakuti.

“Datuk Bendahara, Sultan bakal menganjurkan gotong royong di kawasan Sungai Bentara. Adakah
Datuk Bendahara akan bersama-sama dengan hamba dan rakyat jelata merapatkan silaturahim
membersihkan kawasan tersebut?” tanya Badang. Dengan sombongnya Datuk Bendahara berkata “Ah,
tuan hamba fikir hamba siapa? Sekali-kali tidak akan ku bersama-sama dengan golongan rakyat seperti
tuan hamba". Badang tersenyum dan berkata “Tidak mengapalah Datuk, jika pada hari tersebut hamba
diperlukan di istana, Datuk arahkan pengawal cari hamba di sekitar kawasan sungai ya?”

Pada suatu pagi, Datuk Bendahara melalui kawasan sungai tersebut untuk pulang ke rumahnya.
Dalam keadaan hujan lebat, Datuk Bendahara berlari anak merentasi pergigian sungai tersebut. Tanpa
disangka-sangka, langkahnya tersadung ranting patah lalu datuk bendahara terjatuh ke dalam sungai
dan kakinya tertimbus di dalam selut di dasar sungai tersebut. Datuk Bendahara menjerit-jerit memohon
bantuan. Kakinya semakin lama semakin terbenam di dalam selut. Beberapa ketika, jeritannya didengari
oleh penduduk kampung. Mereka berusaha menarik Datuk Bendahara tetapi gagal kerana hujan lebat
dan air sungai menjadi semakin deras. Pemuda-pemuda kampung membantu Datuk Bendahara yang
mereka hormati tanpa putus asa dan lelah. Apabila usaha mereka seolah gagal, Ketua Kampung berkata
“Kamu semua, pautlah lengan Datuk Bendahara agar Datuk tidak semakin tenggelam. Sementara itu aku
akan dapatkan Badang untuk membantu kita”

Beberapa ketika kemudian, sampailah ketua kampung dengan Badang. Hujan masih lagi lebat dan
Datuk Bendahara kelihatan penat untuk bertahan. Badang berkata kepada pemuda-pemuda tersebut
“Aku akan menolak ke atas dari dalam sungai, dan kamu tarik lengan Datuk ya?”
Akhirnya usaha mereka berjaya di atas bantuan Badang. Badang dan orang kampung mengusung
Datuk Bendahara pulang. Setibanya di rumah Datuk Bendahara, isterinya tidak henti-henti mengucapkan
syukur dan berterima kasih kepada rakyat jelata.

Datuk Bendahara bisik kepada Badang “Badang, hamba malu dengan kesombongan hamba tempoh
hari. Maafkan hamba Badang" kata Datuk Bendahara. Lalu Badang berkata “Jangan begitu Datuk, tidak
apa yang perlu dimalukan. Datuk sendiri sudah banyak berkorban masa dan tenaga untuk rakyat seperti
kami. Pertolongan kami ini amatlah sedikit Datuk,” kata Badang mengambil hati Datuk Bendahara.

Semenjak peristiwa itu, Datuk Bendahara menjadi seorang pemimpin yang mesra rakyat, dan berhati
mulia. Beliau sedar bahawa kebaikan itu tidak mengira darjat dan pangkat.

(GURINDAM 12)

Cari Olehmu, akan sahabat

Yang boleh dijadikan ubat.....

Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai