Anda di halaman 1dari 4

Perpaduan Sekampung Melawan Bencana Alam

Tiba-tiba sahaja perasaan meluat menyelinap ke dalam urat nadi


Fitri. Benci rasanya apabila dia mendengar ucapan-ucapan seperti itu.
Penuh dengan retorik dan penuh dengan gimik. "Cakap saja berdegap-
degap, bak kokok berderai ekor ber-gelumang tahi. Hasil tidak ke mana-
mana, pi mai, pi mai dok tang tu juga. Cakap politik saja." Fitri berkata
sendirian.

"Hai, Fit! Apa pula yang engkau sedang mengomel ni?" Tiba-tiba
Fitri disapa dari belakang oleh Tuan Tuan Badarul. "Apa pula yang
engkau tak puas hati ni?" Tuan Badarul yang baru balik daripada
mengiringi Datuk Aiman yang melawat ke kawasan yang Fitanda banjir
dalam kawasan yang berada di bawah tanggungjawabnya.
"Oh, Tuan Badarul! Ada dapat apa-apa tip poket ke? Satu hari
suntuk berkepit dengan Datuk." Pedih sekali sindir Fitri kepada Tuan
Badarul.
"Engkau ni Fit, menuduh yang bukan-bukan. Bukankah aku ni dah
dilantik selaku ketua masyarakat di sini? Mahu tidak mahu aku kenalah
mengiringi Datuk apabila dia datang meninjau masalah di kampung kita.
Tak baik engkau menuduh yang bukan-bukan. Datuk datang dengan niat
ikhlas. Dia hendak membantu menyelesaikan masalah banjir yang
sentiasa melanda kampung kita ni." Hurai Tuan Badarul panjang lebar.
"Nak tolong atau dia suruh kita yang menolong dia? Tuan Badarul
tak dengar ke tadi Datuk yang suruh kita bergotong-royong membuat ban
penebat banjir daripada limpahan air Sungai Pasir Gudangtu? Kalau
sekadar datang nak seru orang kampung bergotong-royong
menyelesaikan masalah mereka sendiri, saya pun boleh jadi Yang
Berhormat" Giat Fitri pedas.
"Fit! Engkau ni tak habis-habis sejak dulu meletakkan anggapan
yang bukan-bukan kepada orang lain. Yang anehnya aku tengok selama
engkau menyindir dan menuduh sana sini, engkau sendiri pun tidak
pernah menyumbang apa-apa bakti pun." Nasihat Tuan Badarul agak
keras.
"Kita dah ada Datuk, Tuan Badarul. Dialah yang
bertanggungjawab menjaga kebajikan kita. Ini tidak, asyik datang masuk
keluar kampung bersyarah dan balik. Dia hidup senang-lenang dan kita
yang menyokong dia terus terendam dalam air banjir." Fitri masih
berkeras dengan pendirian hati batunya.
"Datuk dah beritahu aku bahawa peruntukan untuk mendalamkan
dasar Sungai Pasir Gudang dan kerja membuat tebatan banjir tu dah pun
diluluskan oleh pihak atasan. Sekarang dalam peringkat terakhir untuk
melantik kontraktor yang berkelayakan. Kalau lantik yang tak berwibawa
pun nanti masalah juga." Terang Tuan Badarul.
"Jika sekadar nak datang beritahu projek lulus, tak payahlah
panggil kita berkumpul dan bersyarah panjang panjang, Tuan Badarul "
Fitri tetap dengan perangai bebalnya. "Inilah yang susah Fitri. Masa
Datuk cakap kau tak dengar betul-betul. Datuk beritahu, sementara projek
berjalan, kita orang kampung diminta bergotong-royong untuk membuat
tambakan ban pasir di tempat-tempat yang mudah pecah. Kalau dah
pecah nanti kitalah yang susah. Lagipun setakat kudrat yang ada apalah
salahnya kita berikhtiar untuk kebaikan kita. Sebagai masyarakat
setempat kita wajar bersatu dan bermuafakat dalam menyelesaikan segala
masalah. Lepas tu apabila kita memohon bantuan, barulah mudah
kerajaan menyokong." Nasihat Tuan Badarul lagi.
"Ah, tak payahlah Tuan Badarul! Apalah sangat kudrat kita untuk
melawan dengan banjir tu. Bukan sekali pengalaman kita mengharung
banjir. "Kalau Tuan Badarul dengan orang-orang kampung hendak
bergotong-royong saya tidak larang. Tapi saya tak yakin langsung usaha
itu akan berjaya.".Himpit Fitri terus-menerus.
Dua minggu orang kampung bermandi peluh menyiapkan ban pasir
di beberapa kawasan sensitif di sepanjang tebing Sungai Pasir Gudang.
Fitri yang pada awalnya menentang kerja tersebut tidak tergamak dengan
hanya melihat dari jauh. Walaupun baran sesekali tergerak juga rasa
bersalah dalam hati kecilnya. Sepanjang bekerja Datuk Datuk Aiman
tidak putus-putus turun padang untuk bersama-sama dengan rakyat. Pihak
Pejabat Daerah dan JKR pula turut memberikan kemudahan seperti
jengkaut dan peralatan mengangkat pasir. Datuk Aiman juga telah
mengeluarkan peruntukan peribadinya untuk perbelanjaan makan minum.
Dua minggu mereka bekerja tanpa mengenal penat lelah, akhirnya
ban tersebut berjaya disiapkan. Kelabu mendung di ufuk barat mula
menggelapkari suasana. Sudah lazim kepada penduduk Kampung
Gudang, kegelapan tersebut memberikan isyarat supaya mereka bersiap
sedia untuk pindah bersama-sama dengan barang-barang penting. Jika
tidak berpindah pun, barang-barang seperti perabot dan pakaian mesti
dipindahkan ke tempat yang lebih tinggi.
Limpahan hujan mula menyerkup kesepian Kampung Gudang dan
kawasan sekitar. Kesejukan malam mula menggigit tulang sumsum.
Sepanjang malam hujan mencurah-curah. Air Sungai Pasir Gudang pun
melimpah Dugaan orang kampung tepat sekali. Banjir mula melanda.
Tetapi kall ini bukan sahaja mereka tidak perlu berpindah, malah air yang
melimpah pun tidak sampai masuk ke dalam rumah. Kecuali rumah yang
terletak dalam kawasan rendah, rumah-rumah di kawasan yang lebih
tinggi tidaklah sampai ke paras lutut digenangi air. Semua itu atas rahmat
pembinaan ban pasir hasil gotong-royong mereka.
Dari lubang jendela, Fitri merenung jauh sambil melihat arus
sungai yang deras. Hatinya aman kali ini kerana inilah kali pertama dia
tidak perlu berpindah. Walaupun air memasuki rumahnya tetapi tidak
sampai pun paras buku lali. Fitri mula berfikir bahawa setiap usaha yang
dilakukan secara bersungguh-sungguh dan beramai-ramai tentu berhasil.
Terasa pula malu pada dirinya untuk berjumpa dengan Tuan Tuan
Badarul. Fitri insaf sungguh bahawa sikap membujur lalu melintang
patah yang menjadi simbol peribadinya sebenarnya tidak membawa
sebarang faedah.
"Selamat pagi, Tuan Badarul.' "Selamat pagi Fit," jawab Tuan
Badarul "Kampung kita selamat tahun ini, Tuan Badarul. Terima kasih.
Rumah saya pun tidak dimasuki air seperti sebelumnya. Tidak kita
bergotong-royong ya, Tuan Badarul!" Sambung Fitri lembut antara
bimbang dengan takut "ditembak" dengan kata-kata Tuan Badarul.
"Begitulah Fitri. Hidup kita mesti bersepakat kerana kerja
muafakat membawa berkat. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat," balas Tuan Badarul. Fitri mengurut dada. Lega
rasanya. Kalau orang lain sudah tentu Fitri akan terkena sindiran yang
pedas.
"Terima kasih, Tuan Badarul," sambut Fitri pula.

Anda mungkin juga menyukai