Anda di halaman 1dari 12

CikguAbby2020@SDA

RY

5.1 Tindak Balas Endotermik dan Eksotermik

Perubahan Haba dalam Tindak Balas Kimia  Kebanyakan tindak balas kimia mengakibatkan
perubahan haba.
 Tenaga haba akan diserap atau dibebaskan dalam
tindak balas tersebut.
 Termokimia merupakan kajian perubahan tenaga
haba dalam tindak balas kimia.
 Terdapat dua jenis tindak balas kimia dalam
perubahan haba iaitu
(a) tindak balas endotermik
(b) tindak balas eksotermik.

Tindak balas endotermik  Tindak balas kimia yang menyerap haba dari
persekitaran.

Tindak balas eksotermik  Tindak balas kimia yang membebaskan haba


dari persekitaran.

 Banding beza antara tindak balas enditermik dan eksotermik

Tindak balas endotermik Tindak balas eksotermik

 Merupakan tindak balas kimia


 Melibatkan perubahan tenaga haba

• Tindak balas yang menyerap haba • Tindak balas yang membebaskan


dari persekitaran haba ke persekitaran
• Suhu sekeliling akan menurun • Suhu larutan akan meningkat kerana
kerana tindak balas menyerap haba tindak balas memanaskan larutan .
dari persekitarannya • Bacaan termometer menaik.
• Bacaan termometer menurun Contoh : Larutan natrium hidroksida
Contoh : Larutan ammonium klorida dilarutkan ke dalam air suling
dilarutkan ke dalam air suling

1
Contoh Tindak Balas Endotermik dan Eksotermik dalam Kehidupan Harian.

Contoh aktiviti yang melibatkan tindak balas  Fotosintesis


endotermik - Tumbuhan hijau menyerap tenaga cahaya matahari
semasa proses fotosintesis.
 Pembuatan kek
- Natrium hidrogen karbonat dalam serbuk penaik menyerap
tenaga haba semasa pembuatan kek.

Contoh aktiviti yang melibatkan tindak balas  Respirasi


eksotermik - Respirasi membebaskan tenaga haba.
 Letupan bom
- Letupan bom membebaskan tenaga haba, cahaya dan
bunyi.
 Pembakaran kertas
- Pembakaran kertas membebaskan tenaga haba dan cahaya.

 Kegunaan Tindak Balas Endotermik dan Eksotermik dalam Kehidupan Harian

Kegunaan tindak balas endotermik  Tindak balas endotermik berlaku pada kulit manusia apabila
terdedah kepada cahaya matahari untuk menghasilkan vitamin
D.
 Tindak balas endotermik membolehkan pek sejuk
menurunkan suhu badan ketika demam.
 Tindak balas endotermik menyebabkan makanan menyerap
haba apabila dimasak.
 Tindak balas endotermik berlaku semasa elektrolisis untuk
menyadur barang perhiasan diri dengan emas.

Kegunaan tindak balas eksotermik  Pek panas membebaskan haba untuk melegakan kesakitan
otot.
 Mentol lampu yang beryala membebaskan tenaga cahaya dan
haba.
 Lilin yang menyala menghasilkan tenaga cahaya dan haba.
Latihan 1

1 Penyataan manakah yang menerangkan tindak balas endotermik?

A Tenaga haba dibebaskan B Semua tindak balas adalah berbalik


C Tindak balas menyerap tenaga haba D Suhu persekitaran meningkat

2 Rajah 1 menunjukkan satu tindak balas kimia.

Rajah 1
Apakah kemungkinan suhu larutan ammonium klorida itu?

A 20 0C B 26 0C

C 30 0C D 35 0C

3 Penyataan manakah yang betul tentang tindak balas endotermik?

A Haba diserap B Berlaku dalam penghasilan


ammonia
C Melarutkan natrium hidroksida dalam air D Suhu persekitaran meningkat

4. Berdasarkan rajah di bawah, tentukan sama ada tindak balas berikut adalah satu tindak balas eksotermik
atau tindak balas endotermik.

Tindak balas Jenis tindak balas

(a) Pembakaran

(b) Peleburan ais


(c) Pelakuran nucleus

(d) Fotosintesis

5. Rajah di bawah menerangkan tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik.

(a) Berdasarkan rajah di atas, tentukan sama ada pernyataan yang diberi adalah Benar atau Palsu.

Pernyataan Benar/ Palsu

(i) Tindak balas X adalah eksotermik

(ii) Haba dibebaskan ke persekitaran di dalam tindak balas X.

(iii) Suhu persekitaran akan menurun di dalam tindak balas X

(iv) Haba diserap ke persekitaran di dalam tindak balas Y

(v) Suhu persekitaran akan naik di dalam tindak balas Y.


6. Seorang murid sedang membuat satu aktiviti iaitu melarutkan garam ammonium di dalam air. Murid itu
mengambil bacaan suhu larutan sebelum dan selepas melarutkan garam ammonium tersebut.
(a) Rajah menunjukkan bacaan termometer yang diperolehi oleh murid tersebut.

Tuliskan bacaan suhu berikut.

(i) Suhu sebelum melarutkan garam ammonium.....................................................................°C


(ii) Suhu selepas melarutkan garam ammonium......................................................................°C

(b) Nyatakan jenis tindak balas yang berlaku.


…………………………………………………………………………………………………………………….

7. Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji perubahan haba dalam tindak
balas kimia pada suhu bilik.

Rajah 1.2
(a) Berdasarkan Rajah 1.1, apakah pemerhatian anda tentang perubahan suhu?

……………………………………………………………………………………………………………………….

(b) Apakah bacaan akhir termometer pada Rajah 1.2?

……………………………………………………………………………………………………………………….

(c) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.

i) Pembolehubah dimalarkan

…………………………………………………………………………………………………………………
ii) Pembolehubah bergerak balas

…………………………………………………………………………………………………………………

(d) Nyatakan satu hipotesis untuk eksperimen ini.

……………………………………………………………………………………………………………………….
Latihan 2

1. Apakah maksud termokimia?


………………………………………………………………………………………………………………………………

2. Definisikan jenis tindak balas yang berikut :

(a) Tindak balas endotermik :


…………………………………………………………………………………………………………………………
(b) Tindak balas eksotermik :
…………………………………………………………………………………………………………………………
3. Padankan contoh tindak balas dengan jenis tindak balas yang betul.

Pembakaran petrol

Fotosintesis
Tindak balas eksotermik

Respirasi Tindak balas endotermik


Membuat roti

Peneutralan

Pengaratan besi

4. Gariskan jawapan yang betul tentang tindak balas eksotermik.

(a) Pembakaran lilin ialah tindak balas eksotermik kerana haba (dibebas / diserap ).
(b) Tindak balas eksotermik dalam badan kita (meningkatkan / menurunkan ) suhu badan.
(c) Tindak balas eksotermik diaplikasikan dalam pek (sejuk / panas ) segera.
(d) Membuat kek bukan tindak balas eksotermik kerana haba (dibebas / diserap )
Contoh Sooalan Mirip PT3

1. Rajah 1 menunjukkan suatu tindak balas.

Rajah 1

(a) Bagaimana cara untuk menguji kehadiran gas yang dibebaskan ?


……………………………………………………………………………………………………………………..
(1 markah)

(b) Nyatakan sama ada tindak balas ini endotermik atau eksotermik. Berikan satu sebab.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

(c) Bulatkan tindak balas dalam kumpulan yang sama dengan seperti tindak balas di 5 (b)

Fotosintesis Membuat roti Peneutralan

(1 markah)

2. (a) Rajah 2 menunjukkan suatu eksperimen.

Rajah 2

Suhu awal 30 ° C

Suhu akhir X°C

(i) Bagi satu nilai yang sesuai bagi X.


……………………………………………………………….
(1markah)
(ii) Terangkan jawapan anda di 6 (a)(i).

……………………………………………………………………………………………………………………
(1 markah)

(iii) Nyatakan sama ada tindak balas ini eksotermik atau endotermik.

…………………………………………………………………………………………………………………….
(1 markah)

(b) (i) Nyatakan sama ada fotosintesis ialah tindak balas eksotermik atau endotermik.

…………………………………………………………………………………………………………………….
(1 markah)

(ii) Terangkan kepentingan pokok-pokok dalam mengurangkan kesan pemanasan global.

…………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………..
(2 markah)
(c) Rajah 2.2 menunjukkan suatu pek sejuk segera yang digunakan untuk mengurangkan bengkak luka.

Rajah 2.2

Dengan menggunakan daya kreativiti anda, bina sebuah pek sejuk segera dengan menggunakan bahan – bahan berikut
dalam Rajah 2.3.
Terangkan cara pembuatan dan bagaimana ia berfungsi.

…………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………
(3 markah)
Skema Jawapan
Latihan 1

1. A
2. A
3. A

4. (a) Tindak balas eksotermik


(b) Tindak balas endotermik
(c) Tindak balas eksotermik
(d) Tindak balas endotermik (4m)

5. (i) Benar
(ii) Benar
(iii) Palsu
(iv) Benar
(v) Palsu (5m)

6. (a) (i) 30 °C (1m)


(ii) 13 °C (1m)

(b) Tindak balas endotermik (1m)

7. (a) Suhu menurun (1m) (b)

35 °C (1m)

(c) (i) Pembolehubah dimalarkan : Isipadu larutan (1m)

(ii) Pemboleh ubah bergerak balas : Perubahan suhu (1m)

(ii) Jika tindak balas adalah tindak balas eksotermik, maka suhu akan meningkat via Versa.
(1m)

Latihan 2

1. Termokimia ialah kajian perubahan tenaga haba dalam tindak balas kimia. (1m)

2. (a) Tindak balas endotermik : Tindak balas kimia yang menyerap haba dari persekitaran.

(b) Tindak balas eksotermik : Tindak balas kimia yang membebaskan haba dari persekitaran.
(2m)

3. Tindak balas eksotermik : Pembakaran petrol, respirasi , peneutralan , pengaratan besi Tindak balas

endotermik : Fotosintesis , Membuat roti (6m)

4. (a) dibebaskan
(b) meningkatkan
(c) panas
(d) diserap (4m)
Contoh Soalan Mirip PT3

1. (a) Gunakan kayu uji menyala – bunyi “pop” dihasilkan. (1m)

(b) Tindak balas eksotermik.


Kerana tindak balas ini membebaskan haba. (2m)

(c) Peneutralan (1m)

2. (a) (i) Sebarang suhu melebih daripada 30 ° C (1m)

(ii) Haba dibebaskan dan larutan menjadi panas. (1m)

(iii) Tindak balas eksotermik. (1m)

(b)(i) Tindak balas endotermik (1m)

(ii) Semasa fotosintesis, pokok-pokok menyerap haba dari persekitaran. Ini


menurunkan suhu persekitaran. (2m)

(d) – Masukkan pepejal ammonium klorida dan air ke dalam beg plastic kecil masing- masing. Tutup
beg plastic itu.
- Masukkan kedua-dua beg plastic kecil ke dalam sebuah beg plastic besar . Tutup beg plastic itu.
- Apabila beg plastic besar itu ditekan, kedua-dua beg plastic kecil akan pecah.
Ammonium klorida larut dalam air secara endotermik dan larutan itu menjadi sejuk.
- Haba diserap dari kawasan sekeliling luka. (3m)

Anda mungkin juga menyukai