Anda di halaman 1dari 13

Pembelajaran Informal dan Pembangunan Diri Orang Dewasa:

Suatu Perbincangan Awal

Mohd Azhar Abd Hamid, Normala Abu Hassan, Muhammed Fauzi Othman, Hafizah Mohamad
Kassim Thukiman, Mohd Koharuddin Balwi, Mohd Nasir Markom
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan, UTM

Abstrak

Kertas kerja konseptual ini memerihalkan suatu tajuk yang semakin penting dalam pembelajaran
dewasa iaitu pembelajaran informal. Pebelajaran informal dilihat semakin penting dalam
memacu pembangunan diri individu pada masa depan. Justeru, kertas kerja ini pada peringkat
awal memerihalkan scenario dan konsep pembelajaran informal dalam konteks umum dan
global. Selanjutnya, kertas kerja ini akan memberi fokus utama terhadap perbincangan iaitu
bagaimana pembelajaran informal penting dalam pembangunan diri orang dewasa. Fokus utama
kertas kerja ini adalah menjelaskan bagaimana pembelajaran informal memaiankan peranan
penting dalam pembangunan diri individu. Pembangunan diri individu khususnya dalam aspek
pembangunan serta peningkatan pengetahuan, kemahiran dan sikap. Ia bukan sahaja melibaatkan
diri individu sebagai pekerja dalam organisasi malah sebagai individu dalam komuniti yang lebih
makro.

Kata Kunci: Pembelajaran Informal, Pembelajaran Arahan Kendiri, Pembelajaran Insidental,


Pembangunan Individu

Pengenalan

Pembelajaran informal seringkali terabai, kurang dinilai dan tidak diberi tumpuan dalam
pengkajian, Eraut (2004) dan Adanan (2006) bukan sahaja di Malaysia tetapi di kebanyakan
negara lain juga (Mazalan et al., 2005). Walau bagaimanapun pembelajaran informal memainkan
peranan penting dalam kehidupan manusia (Burton, 2005). Justeru itu, menurut Burton (2005),
pembelajaran informal merupakan keystone kepada kejayaan seseorang kerana kebanyakan
pembelajaran berlaku secara informal. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa pembelajaran
informal merupakan tulang belakang kepada kehidupan individu yang mana mereka
memperolehi pembelajaran tersebut tanpa menghadiri kelas yang formal atau menerusi latihan.
Pembelajaran informal banyak berlaku menerusi pengalaman individu. Melalui pembelajaran
informal juga individu mampu untuk membangunkan diri mereka serta memberi impak pada diri
individu (Dewey, 1938; Ellinger, 2005; Huber, 1991; Kim, 1993; Marsick, 2009) dan
pembelajaran informal begitu penting kepada individu (Marsick, 2009).

Pembelajaran informal merupakan satu proses pembelajaran sepanjang hayat. Ia boleh


disifatkan sebagai pembelajaran kendiri (self directed) kerana individu belajar secara sendiri bagi
mencapai matlamat yang diingini. Proses pembelajaran yang berlaku boleh mempengaruhi
kehidupan, interaksi dan tindakan individu dalam kehidupan mereka (Mohd Azhar, 2012).
Justeru, banyak kajian yang telah dijalankan di dalam dan luar negara dalam konteks orang
dewasa menunjukkan bahawa pembelajaran adalah alat yang berkesan dalam pembelajaran orang
dewasa.

Konsep Pembelajaran Informal

Dalam pembelajaran orang dewasa terdapat tiga kategori pembelajaran yang telah
dikenalpasti iaitu formal, tidak formal dan informal (Colley, Hodkinson, & Malcolm, 2003;
Jarvis, 1987; Livingstone, 2001; Merriam, Caffarell &, Baumgartner, 2007). Pembelajaran
informal merujuk kepada pengalaman kehidupan seharian dan melalui pengalaman tersebut
individu mempelajari sesuatu (Merriam, Caffarella & Baumgartner,2007). Livingstone (2004)
mengenalpasti dua situasi bagi pembelajaran informal iaitu pembelajaran atau latihan informal,
pembelajaran sosial yang mungkin berlaku secara spontan atau dirancang yang mana guru
mengajar tidak berasaskan bahan pembelajaran dan yang kedua ialah pembelajaran yang tidak
diajar secara informal dan pembelajaran arah kendiri secara kolektif. Walaupun pembelajaran
informal diperkenalkan oleh Malcolm Knowles pada tahun 1950, namun Victoria Marsick dan
Karen Watkins adalah sarjana yang telah mengetuai dan meneroka bidang pembelajaran informal
(Cofer, 2000). Pembelajaran informal adalah sinomin dengan orang dewasa dan ia melibatkan 85
peratus hingga 90 peratus pembelajaran berlaku secara informal dalam kehidupan orang dewasa
samada di tempat kerja atau di mana-mana sahaja.

Marsick dan Watkins (2001), mendefinisikan pembelajaran informal sebagai


pembelajaran yang tidak berasaskan bilik darjah, tidak berstruktur dan autonomi pembelajaran
dikawal sepenuhnya oleh pelajar. Oleh kerana autonomi pembelajaran dikawal sepenuhnya oleh
pelajar, maka Kremer (2006) mengaitkan pembelajaran informal dengan pembelajaran arahan
kendiri (self – directed learning). Sehubungan itu, objektif, kandungan, masa, kaedah dan
penilaian hasil pembelajaran ditentukan sepenuhnya oleh pelajar itu sendiri (Livingstone, 2001).
Salah satu komponen pembelajaran informal adalah pembelajaran yang tidak disengajakan
(accidental learning). Marsick dan Watkins (2001) mentakrifkan pembelajaran yang tidak
disengajakan sebagai pembelajaran yang berlaku secara tidak disengajakan dan pelajar seringkali
tidak sedar berlakunya proses pembelajaran tersebut. Pembelajaran informal dan pembelajaran
tidak disengajakan adalah pusat pembelajaran dewasa kerana ia tertumpu kepada pelajar dan
pembelajaran yang dipelajari adalah menerusi pengalaman (Merriam, Caffarell &, Baumgartner,
2007). Pembelajaran tidak disengajakan boleh dianggap sebagai subset kepada pembelajaran
informal (Cseh, Watkins & Marsick, 1998) yang boleh berlaku secara tidak sedar dan mungkin
diperolehi hasil daripada trial and error atau belajar daripada kesilapan (Marsick & Watkins,
2001). Pembelajaran informal termasuk pembelajaran yang tidak disengajakan dan wujud dalam
institusi. Bagaimanapun ianya bukanlah pembelajaran dalam kelas atau berstruktur. Marsick dan
Volpe (1999) menjelaskan bahawa pembelajaran informal dan pembelajaran tidak disengajakan
boleh berlaku di mana sahaja apabila individu mempunyai keperluan (need), motivasi dan
peluang untuk belajar. Pembelajaran informal adalah kontekstual dan berkaitan dengan rutin
harian, dicetuskan oleh ransangan dalaman dan luaran, tidak sedar, tidak teratur dan dipengaruhi
secara kebetulan, proses refleksi dan tindakan dan dikaitkan dengan pembelajaran yang lain
(Marsick dan Volpe, 1999).

Pembelajaran informal merupakan sebahagian dari bentuk pembelajaran dewasa (Tough,


1978) yang sangat penting untuk menghadapi persekitaran yang berubah (Livingstone, 2000).
Menurut Mohd Azhar (2009) pembelajaran informal adalah sebahagian daripada pembelajaran
sepanjang hayat. Pembelajaran informal tidak berlaku secara sistematik oleh itu pembelajaran
inilah yang paling banyak berlaku dan akan cuba dibuktikan boleh berlaku oleh individu
(Zulkifli, 2008). Eraut (2004), membahagikan pembelajaran informal kepada tiga kategori iaitu
implisit, reaktif dan delibratif. Menurut Reber (dalam Eraut, 2004), pembelajaran implisit
bermaksud pembelajaran yang berlaku secara tidak sengaja dan tanpa pengetahuan eksplisit
terdahulu terhadap perkara tersebut. Manakala pembelajaran reaktif adalah pembelajaran yang
berlaku di pertengahan proses pembelajaran yang lain. Seterusnya pembelajaran delibratif
merupakan pembelajaran yang dirancang untuk mendapat ilmu pengetahuan baru. Pembelajaran
informal mempunyai hubungan dengan teori pembelajaran yang lain seperti experiential
learning (Dewey, 1993; Kolb & Kolb, 2005), pembelajaran arahan kendiri (SDL) (Tough, 1971;
Knowles, 1975; Candy, 1991), refleksi (Schon, 1983; Boud et al., 1985 dan pembelajaran di
tempat kerja (Marsick, 1998; Watkins & Marsick, 1996). Teori konstruktivisme adalah sumber
bagi memperoleh strategi dan teknik dalam pembelajaran. Individu mewujudkan pembelajaran
yang baru dengan mengintegrasikan maklumat baru dan pengalaman ke atas apa yang mereka
telah fahami sebelum ini. Kajian ini menggunakan pendekatan konstruktivisme sebagai sumber
strategi usahawan belajar dan peranan pengalaman menerusi pembelajaran.

Perbincangan Pembelajaran Informal dan Pembangunan Diri Orang Dewasa

Sejak pertengahan 1980-an hingga kini, pembelajaran informal adalah suatu topik yang semakin
diberi perhatian dan menjadi penting pada zaman ICT ini. Bagaimana pun, kebanyakan daripada
literature kajian berkaitan informal adalah dalam perspektif di tempat kerja dan organisasi.
Sehingga artikel ini ditulis, masih belum terdapat suatu model atau teori pembelajaran informal
yang khusus dalam perspektif individu. Justeru, amat penting sebenarnya kajian yang mendalam
dijalankan untuk menghasilkan model atau teori pembelajaran informal dalam pelbagai konteks.
Apatah lagi, pada masa depan model pembelajaran seperti heutagogy, cybergogy dan peergogy
menjadi semakin penting dan berpusatkan individu dengan aplikasi IT.

Menurut Brookfield (1986) dalam pembelajaran dewasa aspek pembangunan diri adalah
proses yang bertujuan untuk membolehkan orang dewasa berkeyakinan terhadap kebolehan diri
mereka sendiri. Manakala Houle (1972) berpandangan ia satu proses perancangan yang individu
dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan diri individu. Pembangunan orang dewasa
(adult development) dapat dilihat dalam perspektif biologikal, psikologikal dan sosial (Merriam,
Caffarella dan Baumgartner, 2007). Teori-teori pembangunan biologikal orang dewasa ini dapat
menjelaskan fenomena pembangunan fizikal orang dewasa yang berkaitan dengan
perkembangan fizikal dan kognitif mulai awal dewasa hingga tua. Begitu juga dengan teori
psikologikal orang dewasa yang melihat perkembangan psikologi berdasarkan peningkatan umur
(Merriam, Caffarella dan Baumgartner, 2007). Manakala teori sosial menjelaskan akan keperluan
sosial orang dewasa dalam konteks kehidupan sebagai seorang individu, pekerja, ahli keluarga
dan masyarakat. Kesemua teori pembangunan orang dewasa ini dapat dikaitkan dengan lima
andaian Andragogi (pembelajaran dewasa) oleh Knowles (1984) iaitu (i) konsep kendiri (ii)
pengalaman orang dewasa (iii) kesediaan untuk belajar (iv) orientasi pembelajaran dan (v)
motivasi belajar. Teori pembangunan orang dewasa dan andaian andragogi ini penting dalam
memahami keperluan fizikal, emosi dan kesediaan orang dewasa untuk belajar mengikut umur
serta keperluan kerjaya. Maka, Knowles melihat orang dewasa dalam kerangka yang sangat
berbeza dengan keperluan dan matlamat pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak.

Pembangunan Kerjaya

Pembangunan kerjaya sangat penting kepada untuk career advancement dan career development
kepada orang dewasa. Sejak sekian lama, ramai yang beranggapan bahawa pembangunan kerjaya
hanya berlaku sekiranya seseorang itu memiliki sijil dalam bidangnya untuk mencapai
kedudukan yang tinggi dalam bidangnya. Namun begitu, dalam dunia yang cepat berubah pada
hari ini, pekerjaan tidak lagi bergantung kepada majikan atau organisasi. Job Creation menjadi
pilihan individu untuk bersaing, membina impian dan harapan. Memang benar sebelum
memasuki era ICT dan globalisasi, pembelajaran formal dan pendidikan elit menjadi pilihan
individu dan keluarga untuk meningkatkan mobility sosial. Hanya memiliki kelulusan yang
bagus dan tinggi dalam sesuatu bidang tersebut, individu akan cepat mendaki laluan kerjaya yang
lebih baik dan elit. Namun, pada hari ini penciptaan pekerjaan dan kerjaya sudah menjadi
inisiatif individu. Individu merancang sendiri lalulan kerjaya mereka. Sudah berlaku trend yang
mana pembelajaran formal hanyalah sebagai ‘stepping stone’ kepada individu untuk bergerak
lebih jauh di alam pekerjaan pada masa kini. Pada hari ini, salah satu daripada program penting
yang diperkenalkan oleh universiti dan sekolah adalah kurikulum entrprenurial (keusahawanan).
Ia bermatlamat untuk melahirkan individu graduan yang memiliki pemikiran, minat dan
kecenderungan sebagai seorang usahawan dalam bidangnya atau di luar bidangnya. Dalam
konteks ini, sungguhpun individu diberi pendedahan secara formal di sekolah dan universiti,
tetapi ia masih memerlukan pengalaman dan kemahiran untuk benar-benar menjadi usahawan
yang matang dan boleh berdiri di atas kaki sendiri. Maka, pembelajaran berterusan secara
informal amat diperlukan untuk mencapai matlamat ini. Seorang eksekutif misalnya berusaha
untuk mencapai laluan kerjaya sebagai seorang pengurus, pengurus kanan dan CEO. Pelbagai
program, bengkel dan seminar dihadiri untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Namun pelengkap kepada semua itu, individu berkenaan amat memerlukan pembelajaran
informal seperti peer learning, coaching dan mentoring untuk benar-benar bersedia sebagai
seorang yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dapat mendepani cabaran-
cabaran masa depan. Proses pembelajaran informal ini mampu memindahkan pengetahuan,
kemahiran dan sikap dengan berkesan daripada individu kepada individu lainnya jika disokong
dengan kemahuan dan kehendak diri individu yang sentiasa termotivasi serta rangsangan
persekitaran yang kondusif. Pembangunan kerjaya sangat erat hubungannya dengan
pembangunan pengetahuan, kemahiran dan sikap. Untuk membina kerjaya yang lebih cemerlang
seseorang individu itu amat memerlukan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik serta
terpuji.

Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas, menunjukkan bahawa pembelajaran informal


memberi kesan terhadap pembangunan diri individu dalam pelbagai konteks seperti kepimpinan,
keusahawanan, pendidikan, profesionalisme, dan sebagainya. Antaranya ialah pembangunan
kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (Rabe, 2009; Elfeel, 2014; Jamil, 2014;
Djajadi, 2015), jururawat (Walden, 2008; Smith, 2011; Gfrerer, 2014), kepimpinan (Carfora,
2007; Norseha, 2010; Schei, 2010; Redling, 2010; George, 2016) juruterbang (Wofford, 2011)
keusahawanan (Zamudio, 2015), golongan terpinggir (Pearce, 1998) dan pendatang asing
(immigrant) (Lankford, 2015). Sejak 10 tahun kebelakangan ini, kebanyakan kajian lepas yang
berkaitan dengan pembelajaran informal banyak berkisar kepada pembelajaran informal di
tempat kerja (Elliot, 2008; Clus, 2011 ), pembelajaran secara Online (Steptoe, 2011; ),
kepimpinan (Carfora, 2007; Norseha, 2010; Schei, 2010; Redling, 2010; George, 2016),
pembelajaran menerusi pengalaman (Hristova, 2016), pembangunan kerjaya pekerja (Kauser,
2017), pembelajaran informal guru di sekolah (Hoekstra et al., 2009), golongan kurang upaya
(Hopper, 2011; Stolen, 2016) dan golongan warga tua (Grebert, 2012; Carragher dan Golding,
2015) Kebanyakan kajian yang dijalankan hanya tertumpu dalam konteks di negara Barat.
Namun begitu terdapat juga kajian lepas yang dijalankan di Malaysia akan tetapi kajian yang
dijalankan banyak berkisar mengenai di tempat kerja (Nik Hasnaa, 2005) dan pengajaran dan
pembelajaran (Che Wan Ida Rahimah, 2013; Jamil, 2014; Djajdi, 2015). Pembelajaran informal
yang berkaitan dengan pembangunan kerjayaa individu seperti dalam bidang keusahawan,
teknikal, seni dan sebagainya kurang mendapat perhatian dan kajian-kajian yang lebih
komprehensif perlu di lakukanya di Malaysia.

Pembangunan Pengetahuan, Kemahiran dan sikap

Elon Musk ialah individu luar biasa yang menguasai empat bidang iaitu software, energy,
transportation dan aerospace pada zaman cyber-space ini. Premis yang mengatakan bahawa
untuk menjadi pakar seharusnya menguasai hanya satu bidang (Jack of all trade; master of none)
dan tumpuan terhadapnya perlu diberikan sepenuhnya berakhir dengan kelahiran individu seperti
Elon Musk. Selain kapasiti minda yang luar biasa, beliau adalah manusia yang sangat suka
membaca (60 puluh kali lebih banyak daripada individu biasa) dan dengan kepakarannya itu,
beliau digelar sebagai expert-generalist. Menerusi pembacaan, pengetahuannya itu cuba
diaplikasi ke dalam bidang-bidang yang lain (cross-disciplines) dan inilah yang dinamakan
pembelajaran informal. Kehebatan Elon Musk mungkin boleh dilihat dalam perspektif yang
pelbagai – personaliti, kognitif, usahawan, inovator dan sebagainya, namun kesungguhan belajar
tanpa jemu di luar sistem formal itu yang menjadikannya seharusnya dicontohi. Dalam konteks
di Malaysia, ramai usahawan, ahli sukan, tukang masak profesional, artis, pemimpin organisasi
dan politik dan pelbagai yang lain mencapai tahap yang tinggi dalam kerjaya dan pembangunan
individu hasil daripada proses learn, relearn dan delearn ini. Usahawan Berjaya seperti Tony
Fernandes, Lim Goh Tong, Mydin dan Syed al-Bukhari menjadi seorang usahawan yang berjaya
menerusi pengalaman jatuh dan bangun dalam dunia perniagaan selama berpuluh-puluh tahun.
Dalam konteks organisasi dan tempat kerja pula, pengetahuan, kemahiran dan sikap amat penting
untuk menjadikan sesebuah organisasi tersebut bersifat sustainable (lestari). Justeru, organisasi
memerlukan modal mausia yang kompeten dan versetaile. Pada hari ini banyak organisasi
mengamalkan nisbah 70:20:10 kepada para pekerjanya (Mohd Azhar, 2017). Ia bermaksud, 90
peratus pembelajaran dalam organisasi berlaku secara informal. 70 peratus menerusi pengalaman
dan amalan yang berkaitan dengan pekerjaan yang dilakukan,; 20 peratus menerusi tunjuk ajar
rakan-rakan menerusi perbualan dan interaksi dan hanya 10 peratus menerusi pembelajaran
formal.

Pembelajaran informal berlaku apabila ilmu dan pengetahuan yang diperlukan berada di
luar kotak pemikiran individu. Cross (2010) menjelaskan bahawa pembelajaran informal banyak
maanfaat bagi individu yang bekerja dan yang memerlukan pengetahuan sebagai tambahan.
Menurut Conlon (2003) pembelajaran informal lebih cenderung untuk menjadi hasil sampingan
pembelajaran yang berlaku menerusi pengalaman yang berlaku setiap hari. Pembelajaran di
organisasi wujud apabila individu ingin memperkembangkan ilmu mereka serta mereka ini mahu
belajar dan juga menuntut ilmu secara berkumpulan. Pembelajaran yang berterusan dalam
kalangan pekerja dalam sesebuah organisasi akan akhirnya membina budaya organisasi
pembelajaran yang mana setiap individu pekerja dalam organisasi bersedia untuk belajar dan
berkongsi segala pengalaman dan kemahiran yang ada padanya kepada individu lain dalam
organisasinya (Mohd Azhar, 2017). Justeru, dalam konteks organisasi, persekitaran dan
kepimpinan memainkan peranan penting dalam menyubur serta menggalakkan pembelajaran
yang berterusan dalam kalangan ahlinya. Untuk mencapai misi dan visi organisasi pada jangka
panjang inilah setiap individu perlu bersedia dan sedar akan betapa pentingnya pembelajaran di
tempat kerja seperti pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) , pembelajaran
bersama rakan sekerja (peer learning) dan pembelajaran informal arahan kendiri (informal self-
directed learning) dijadikan sebagai amalan.

Kesimpulan

Pembelajaran informal bersifat sepanjang hayat dan akan terus berlaku kepada seseorang
individu secara sedar mahu pun tidak sedar. Masih ramai indvidu yang tidak menyedari akan
kepentingan pembelajaran informal dalam kehidupan. Justeru, ia tidak benar-benar dihayati oleh
seseorang individu tersebut. Namun begitu, sejak kebelakangan ini pembelajaran informal
semakin mendapat tempat dalam kalangan individu.Hal ini kerana perubahan teknologi dalam
ICT dan multimedia telah memungkin pembelajaran yang lebih terbuka berlaku. ICT
menyediakan akses maklumat yang lebih terbuka dan pantas. Malah pola ekonomi, politik dan
sosial akan menjadikan pembelajaran informal akan lebih terbuka sifatnya. Kos yang rendah,
persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan motivasi yang tinggi diperlukan oleh seseorang
individu untuk melalui proses informal dengan berkesan dan bernilai tambah kepada individu
pada masa depan.

Rujukan

Adanan Mat Junoh (2006). Artibut Pembelajaran Non-Formal Dalam Kalangan Orang Melayu
Dewasa Di Malaysia. Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Boud D. Keogh R. Walker D. (1985). Reflection: Turning Experience into Learning. Kogan
Page. London.

Brookfield, S.D (1986). Understanding and Facilitating Adult Learning. San Francisco: Jossey –
Bass.

Burton, J. 2005. Self-Assessment, Peer Assessment and Third Party Assessment: Significance
for
Work-Based Learning. Dalam Work based learning in primary care 3 (1): 1-3.

Candy, P. C. (1991). Self-direction for Lifelong Learning. Jossey-Bass Publishers, San Francisco,
California.

Carragher, L. & Golding, B. (2015). Older Men as Learners: Irish Men’s Sheds as an
Intervention. Dalam Adult Education Quarterly. Vol. 65(2) 152–168.

Che Wan Ida Rahimah, Prain, V. & Collet, P. (2013). Perceived affordances of Malaysian
University Students in Web 2.0-Based English as a Second Language Informal Learning:
a Mixed Methods Study. Dalam International Journal of Education and Research. Vol. 1
No. 4.

Cofer, D. A. (2000). Informal Workplace Learning (Practical Application Brief No. 10).
Columbus, OH: Center on Education and Training .

Colley, H., Hodkinson, P., & Malcolm, J. (2003) "The interrelationships between informal
and
formal learning", Dalam   Journal of Workplace Learning, Vol. 15 Issue: 7/8, pp.313-
318.
Conlon. (2003). A Review Of Informal Learning Literature, Theory And Implications For
Practice
In Developing Global Professional Competence. Journal of European Industrial
Training. Vol.28 no.2/3/4/. 283–95.

Cross, J. (2010). Informal Learning: An Interview With Jay Cross. Pfeiffer: San Francisco. 100-
129.

Clus, M. (2011). Informal Learning in the Workplace: A Review of the Literature. Dalam
Australian Journal of Adult Learning, 51(2), 355–373.

Cseh, M., Watkins, K. E., and Marsick, V. J. (1998) “Re-conceptualizing Marsick and Watkins’
Model of Informal and Incidental Learning in the Workplace.” In K. P. Kuchinke (ed.),
Proceedings, Academy of Human Resource Development Conference, Volume I (pp.
349–356), Baton Rouge, LA: Academy of Human Resource Development.

Dewey, J. (1938). Experience and Education. New York: Macmillan.

Elfeel, S. (2014). Literacy Programs and Language Learning: A Qualitative Study of The Beliefs
and Perception on International Students’ Spouses Learning English in An Informal
Literacy Center. Unpublished Ph.D Dissertation. Oklahoma State University.

Ellinger, A. D. (2005). Contextual factors influencing informal learning in a workplace setting:


The case of ‘reinventing itself company.’ Dalam Human Resource Development
Quarterly, 16(3), 389-415.

Elliott, F. E. (2008). An Investigation into Informal Learning Dynamics that Provide The
Context
for Learning Non-Technical Skills for Undirected Workers. Unpublished Ph.D
Dissertation. The Pennsylvania State University.

Eraut. M. (2004) Informal learning in the workplace, Dalam Studies in Continuing Education,
26:2, 247-273.

George, N. N. (2016). Exploring Participant Experience in A Faith-Based Program: A Case


Study on Men’s Development as Father and Mentor. Unpublished Ph.D Dissertation
Columbia University

Gfrerer, L. (2014). Empowerment and Engagement through Informal Learning: Exploring the
Relationship Between Learning Opportunities and the Work Environment of Nurses.
Unpublished Ph.D Dissertation. University of St. Thomas.

Grebert, S. (2012). We Still Have a Lot to Learn: Learning Experiences of Individuals Age 80
and
Older in Care Facilities in a Midwestern State. Unpublished Ph.D Dissertation.

Hoekstra, A., Brekelmans, M., Beijaard, D. & Korthagen, F. (2009). Experienced Teachers’
Informal Learning: Learning Activities and Changes in Behavior and Cognition. Dalam
and Teacher Education. 25. 663–673.

Hopper, M. J. (2011). Positioned as Bystanders: Deaf Students’ Experiences and Perceptions of


Informal Learning Phenomena. Unpublished Thesis. University of Rochester.

Houle, C. O. (1972). The design of education. San Francisco: Jossey-Bass Inc.

Hristova, A. (2016). Gendered of Mobile Phone Usage: The Case of a Group of Romani Women
from Southwestern Bulgaria and their Informal Learning. Unpublished Ph.D
Dissertation. The Pennsylvania State University.

Huber, G. P. (1991). Organizational learning: The contributing processes and the literatures.
Organization Science, 2 , 88–115.

Jamil Abd Baser (2014). Pembelajaran Informal Dalam Kalangan Guru Mata Pelajaran
Teknologi Kejuruteraan. Unpublished Ph.D Dissertation. Universiti Teknologi Malaysia.

Jarvis, P. (1987). Meaningful and Meaningless Experience: Towards An Analysis of Learning


from Life. Dalam Adult Education Quarterly. 37(3): 164–172.

Kauser, F. L. (2017). Supporting Workplace Learning: Supervisory and Peer Support Effect on
Novice Firefighter Informal Learning Engagement. Unpublished Thesis. Ohio State
University.

Knowles, M. S. (1975). Self-directed Learning: A Guide for Learners and Teachers. Cambridge
Book Co New York.

Knowles, M. S (1984). Andragogy in Action. San Francisco: Jossey-Bass.

Kolb, A., & Kolb, D. A. (2005). Experiential Learning Theory bibliography. Experience Based
Learning Systems, Inc. Cleveland,

Kremer, A.L. (2005), “Predictors of participation in formal and informal workplace learning:
Demographic, situational, motivational, and deterrent factors”, Doctoral dissertation,
George Mason University.

Livingstone, D.W. (2001). Adults’ Informal Learning: Definitions, Findings, Gaps and Future
Research.

Livingstone, D.W. 2004. “Exploring the Changing Nature of Work and Llifelong Learning:
Preliminary Findings of a Canadian National Survey.” Paper presented at the Adult
Education Research Conference, May 2004. University of Victoria: Victoria, Canada.
Marsick, V.J., & M. Volpe. 1999. The nature and need for informal learning. Dalam Informal
Learning on The Job, eds. Marsick, V.J., and M. Volpe, 1–9. San Francisco, CA: Berrett
Koehle

Marsick, V., & K. Watkins. 2001. “Informal and Incidental Learning.” Dalam Merriam
(ed.), The New Update on Adult Learning Theory. New Directions for Adult and
Continuing Education. San Francisco: Jossey-Bass.

Marsick, V. J. (2009). Toward a Unifying Framework to Support Informal Learning Theory,


Research and Practice. Dalam Journal of Workplace Learning, 22(4), 265-275.

Mazalan Kamis; Mazanah, Muhamad; Adanan Mat Junoh; Azizan Asmuni, Aziz and Khairudin
Idris (2005). "Informal Learning in Malaysia," Adult Education Research Conference.

Merriam, S.B, Caffarella, R.S & Baumgartner, L. M (2007). Learning In Adulthood:


A Comprehensive Guide. New York: John Wiley & Sons. Inc.

Mohd Azhar Abd Hamid (2012). Pengalaman Transformasi Perspektif Individu Cina Muslim
Terhadap Agama Islam Di Johor Bharu. Unpublished Ph.D Dissertation. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.

Muhammad Djajadi (2015). Proses Pembelajaran Berterusan Dalam Peningkatan Kompetensi


Guru Fizik di Makassar Indonesia. Unpublished Ph.D Dissertation. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.

Norseha Unin (2010). Learning to lead as Learning to Learn: Experiences of Malay Women in
Malaysian Higher Education. Unpublished Ph.D Dissertation. Michigan State University.

Nik Hasnaa Bt Nik Mahmood, (2005) Informal Learning Of Management Knowledge and Skills
Transfer Of Learning Among Nurses. Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia,
Serdang.

Pearce, C. E. (1998). Informal Learning for Homeless Women. A Feminist Study of Surviving
The
Everyday. Unpublished Ph.D Dissertation. The Pennsylvania State University.

Rabe, L. A. (2009). The Game of Science: A Grounded Theory of The Café Scientifique
Experience. Unpublished Ph.D Dissertation. Capella University.

Redling, M. (2010). Influence of Feedback, Resources and Interaction with Superiors on Work
Self-Efficacy And Employee Engagement in Informal Learning Activities in the
Workplace. Unpublished Ph.D Dissertation. University of Southern California.

Schei, T. (2010). Investigation of The Meaning Constructed by Female Career Firefighters of


Their Informal Mentoring Experience as An Adult Learning Method. Unpublished Ph.D
Dissertation. University of Wisconsin.

Schon, D. (1983). The Reflective Practitioner: How professionals think in action. London:
Temple
Smith.

Smith, W. L. (2011). Exploring the Learning Experiences of Filipino Nurse Immigrants New to
the U.S Healthcare Industry. Unpublished Ph.D Dissertation. Northern Illinois
University.

Steptoe, L. C. (2011). Droppin‘ Knowledge: Black women‘s communication and informal


learning
in an online community. Unpublished Ph.D Dissertation. University of Colorado.

Stolen, T. A (2016). Understanding How Students with Learning Disabilities from An Urban
Environment Experience Nature-Based Informal Learning. Unpublished Ph.D
Dissertation. The University of Wisconsin-Milwaukee.

Tough, A. (1971). The Adult's Learning Projects. Toronto: OISE Press.

Tough, A. (1978). Major Learning Efforts: Recent Research and Future Directions. Dalam Adult
Education Quarterly 28,4: 250-263.

Watkins, K., and Marsick, V. J. (1996). In Action: Creating the Learning Organization.
Arlington:
ASTD Press.

Wofford, M. A (2011).Examining The Influence of Frames of Reference on Flight Instructions’s


Process of Informal Leaning in An Aviation Setting. Unpublished Ph.D Dissertation.
University of Illinois.

Zamudio, J. (2015). A Qualitative Exploration of Entrepreneurial Learning Among Local


Farmers in Cochise County, Arizona. Master’s Thesis, The University of Arizona.

Zulkifli Khair (2008). Pembelajaran Tidak Formal dan Ibadah Haji.. Dalam Azmi Suratman dan
Mohd Azhar Abd Hamid. Dinamika Pembelajaran Dewasa dalam Perspektif Islam.
Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai