Anda di halaman 1dari 4

Pembelajaran informal adalah sebahagian daripada pembelajaran sepanjang hayat.

Manakala Illeris (2004) menyebutnya sebagai everyday learning kerana ia berlaku di semua tempat awam dan konteks bukan berstruktur di dalam kehidupan harian. Selain itu, menurut Eraut (2004), pembelajaran informal merupakan hati kepada pembelajaran sepanjang hayat atau pembelajaran dewasa. Justeru itu, istilah pembelajaran informal telah lama diperkenalkan oleh beberapa ahli falsafah pendidikan seperti John Dewey, Kurt Lewin dan Merry Parker. Eraut mendefinisikan pembelajaran informal sebagai pembelajaran yang tidak berasaskan bilik darjah, tidak berstruktur dan autonomi pembelajaran dikawal sepenuhnya oleh pelajar. Oleh kerana autonomi pembelajaran dikawal sepenuhnya oleh pelajar, mengaitkan pembelajaran informal dengan pembelajaran arahan kendiri (self-directed learning). Kesimpulannya pembelajaran informal adalah satu pembelajaran tidak berstruktur yang berlaku setiap hari di rumah dan di mana-mana sahaja, di luar sistem formal, di padang permainan, di tempat kerja dan sebagainya.
Pengalaman Belajar Secara Informal Pengalaman saya belajar secara informal adalah semasa saya cuba untuk menghasilkan majalah dengan menggunakan microsoft publisher. Saya telah cuba memasukkan gambar, teks dan hasilnya membuatkan saya begitu teruja sehingga saya menggunakan microsoft publisher untuk menghasilkan buletin bulanan bagi sekolah saya.

Cara kanak-kanak belajar komputer secara informal

Melalui pemerhatian saya semasa di rumah ,saya dapati anak saya yang ketika itu berumur 5 tahun sudah pandai menggunakan gajet milik saya untuk upload new games application tanpa bantuan. Saya beranggapan kebanyakan kanak-kanak begitu pantas dalam mempelajari sesuatu yang baharu terutamanya sesuatu yang dapat menarik minat mereka untuk meneroka sendiri tanpa bantuan.

Mata pelajaran Produksi Multimedia ialah antara mata-mata pelajaran vokasional yang ditawarkan khusus di sekolah-sekolah menengah akademik di Malaysia. Mata pelajaran ini ditawarkan di peringkat menengah atas bagi memenuhi keperluan latihan kerjaya dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Mata pelajaran Produksi Multimedia digubal dengan tujuan untuk menghasilkan pelajar yang berpengetahuan tentang kaedah dan proses penghasilan produk multimedia serta berkebolehan untuk menggunakan peralatan khusus bagi menghasilkan produk multimedia yang menarik dan berkualiti. Pengalaman yang diperoleh melalui mata pelajaran ini membolehkan pelajar untuk terus menceburi bidang pekerjaan yang berkaitan dengan pengiklanan, rakaman studio dan penyiaran. Ke arah mencapai matlamat mata pelajaran Produksi Multimedia, objektif berikut digariskan, iaitu bagi membolehkan pelajar:1. Membina pengetahuan tentang proses, elemen, prinsip dan teknik produksi multimedia. 2. Membina pengetahuan tentang peluang kerjaya dalam industri multimedia. 3. Membina pengetahuan dan kebolehan menggunakan perkakasan dan perisian produksi multimedia piawaian industri serta perisian yang digunakan untuk menyediakan elemen bagi produksi multimedia. 4. Memperkembang dan mengaplikasi proses pemikiran logik dan kreatif dalam menghasilkan produk multimedia. 5. Memperoleh pengalaman bekerja melibatkan satu kumpulan pembangun. 6. Memupuk sikap bertanggungjawab sebagai seorang ahli dalam satu kumpulan kerja temasuk peranan pengurus dan pekerja. 7. Memupuk kesedaran tentang tanggungjawab etika apabila bekerja melibatkan harta intelek dan bahan hakcipta 8. Memupuk kesedaran terhadap sikap dan protokol bekerja dalam persekitaran kerja berasaskan pelanggan.

Kandungan Sukatan Pelajaran Mata pelajaran Produksi Multimedia bertumpu kepada empat komponen pengetahuan iaitu: Konsep multimedia. Teknologi perkakasan dan perisian multimedia. Proses dan teknik penghasilan produk multimedia. Jenis dan bentuk produk multimedia

Rujukan : http://web.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/mpv/hsp/hsp_pro_multimedia.pdf

Hasan Langgulung (1987) mentafrifkan pendidikan sebagai proses pengembangan potensi diri. Setiap individu adalah umpama permata di dasar laut yang mempunyai pelbagai potensi, kualiti dan nilai. Sebagaimana mutiara di dasar laut perlu digilap untuk mengeluarkan kilauan cahayanya, maka seseorang individu juga perlu diberikan pendidikan untuk membolehkannya mengembangkan pelbagai potensi dirinya. John Dewey (1961), secara analogi mengandaikan pendidikan sebagai what nutrition and reproduction are to physiological life, education is to social life. Hasan Langgulung (1987) pula memperjelaskannya dengan berkata bahawa dari segi pandangan masyarakat, pendidikan bererti pewarisan kebudayaan dari generasi tua kepada generasi muda, agar hidup masyarakat tetap berlanjutan. Malah, pendidikan bukan sahaja satu wadah di mana sesuatu kebudayaan itu dapat disalurkan, bahkan ia juga adalah wadah pembentukan sesuatu kebudayaan (Tanner dan Tanner, 1975). Beberapa definisi di atas telah memenuhi fungsi pendidikan dari aspek psikologi dan sosial. Namun dari sudut falsafah, pendidikan harus dilihat daripada tiga perkara, iaitu input, proses dan output. Misalnya, Prof. Syed Mohd. Naquib Al-Attas (1980) mentakrifkan pendidikan sebagai proses penitisan ilmu ke dalam diri insan. Definisi ini menjuruskan fungsi pendidikan ke arah mewujudkan insan yang baik, iaitu insan yang melalui penguasaan ilmu, pengetahuan, nilai dan keterampilannya akan turut memajukan hati budi serta memperkembangkan prinsip akauntabiliti yang teguh lagi utuh terhadap Pencipta, alam,
Mengikut Kamus Dewan (2005), Perkataan pengajaran itu asalnya daripada perkataan ajar yang bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain. Ia juga bermaksud mendidik, memberi petunjuk dan melatih. Dalam istilah pendidikan pengajaran bermaksud di mana kegiatan-kegiatan disususn untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri murid-murid ( Ragbir Kaur, 2005).

Latihan seperti yang ditakrifkan oleh Robbins dan Coulter (1999) pula adalah: Process of learning a sequence of programmed behaviors and the application of knowledge. It gives people an awareness of the rules and procedures to guide their behaviors.
Menurut Witheringtone (1986 : 1135) Mengajar Adalah Teacher Activity Is To Stimulate Learning Activity, Teaching Is Not Routine Process, Its Original, Inventive, Creative.
Kesimpulannya pendidikan (education), mengajar (teaching), latihan (training) dan pengajaran (instruction) berkait rapat di antara satu sama lain. Istilah-istilah ini memberi kesan kepada proses pembelajaran

dalam kursus komputer seperti kita akan memperoleh input, proses dan output

Rujukan : faizahothman.wordpress.com/.../pendidikan-dari-pers...
http://eprints.oum.edu.my/550/1/pengajaran_dan_pembelajaran.pdf https://www.academia.edu/892259/Konsep_Program_Latihan_Sumber_Manusia http://afshis.blogspot.com/2010/08/istilah-mengajar.html

Anda mungkin juga menyukai