Anda di halaman 1dari 3

Tutorial 8: Korelasi

1a) Andaian-andaian bagi ujian pekali korelasi Pearson r:


i. Sampel dipilih secara rawak daripada populasi dan skor-skor bagi setiap variabel
adalah bebas daripada satu sama lain.
ii. Skor-skor bagi setiap variabel adalah bertaburan secara normal dalam populasi.

b)
Langkah 1: Nyatakan hipotesis nol dan hipotesis alternatif
Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor Matematik dan skor
Sains murid- murid Tahun 6 dalam populasi
H1 : Terdapat hubungan yang signifikan antara skor Matematik dan skor Sains
murid-murid Tahun 6 dalam populasi
Atau
Ho :  = 0
H1:0

Langkah 2: Tetapkan aras signifikan untuk menolak hipotesis nol


Tetapkan nilai  = 0.01
Jika p ≤ .01, maka hipotesis nol ditolak
Jika p > .01, maka hipotesis nol gagal ditolak

Langkah 3: Analisis data dengan menggunakan SPSS

Tests of Normality
a Shapiro-Wilk
Kolmogorov-Smirnov
Statistic df Sig. Statistic df Sig.

Skor Matematik (X) .145 30 .109 .929 30 .045


Skor Sains (Y) .144 30 .112 .929 30 .047

a. Lilliefors Significance Correction

Hipotesis nol bagi ujian Kolmogorov-Smirnov gagal ditolak kerana p > .01. Maka skor
Matematik murid-murid Tahun 6 diandaikan bertaburan secara normal dalam populasi.

Hipotesis nol bagi ujian Kolmogorov-Smirnov gagal ditolak kerana p > .01. Maka skor
Sains murid-murid Tahun 6 diandaikan bertaburan secara normal dalam populasi.

CCM PPIP USM 2012


Langkah 4: Buat keputusan tentang hipotesis nol

Correlations
Skor Matematik Skor Sains (Y)
(X)

Pearson Correlation 1 **
.909
Skor Matematik (X) Sig. (2-tailed) .000
N 30 30

Pearson Correlation ** 1
.909
Skor Sains (Y) Sig. (2-tailed) .000
N 30 30

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Hipotesis nol ditolak kerana p <.01

Langkah 5: Buat kesimpulan

Terdapat hubungan positif yang sangat kuat dan signifikan antara skor Matematik dan
skor Sains murid-murid Tahun 6, r (28) = 0.91, p < .01, r 2 = 0.83. Pekali penentuan
menunjukkan bahawa 83% daripada varians dalam skor Sains berkait dengan varians
dalam skor Matematik.

CCM PPIP USM 2012


2a) Andaian-andaian bagi ujian pekali korelasi Pearson r:
i. Sampel dipilih secara rawak daripada populasi dan skor-skor bagi setiap variabel
adalah bebas daripada satu sama lain.
ii. Skor-skor bagi setiap variabel adalah bertaburan secara normal dalam populasi.

b) Ya.
Hipotesis nol bagi ujian Kolmogorov-Smirnov gagal ditolak kerana p > .05. Maka skor
Matematik murid-murid Tingkatan 4 diandaikan bertaburan secara normal dalam populasi.

Hipotesis nol bagi ujian Kolmogorov-Smirnov gagal ditolak kerana p > .05. Maka skor
Matematik Tambahan murid-murid Tingkatan 4 diandaikan bertaburan secara normal
dalam populasi.

c)
Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor Matematik dan skor
Matematik Tambahan murid-murid Tingkatan 4 dalam populasi
H1 : Terdapat hubungan yang signifikan antara skor Matematik dan skor
Matematik Tambahan murid-murid Tingkatan 4 dalam populasi
Atau
Ho :  = 0
H1: 0

d) Hipotesis nol ditolak kerana p <.05

e) Terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan antara skor Matematik dan skor
2
Matematik Tambahan murid-murid Tingkatan 4, r (28) = 0.86, p < .05, r = 0.74. Pekali
penentuan menunjukkan bahawa 74% daripada varians dalam skor Matematik Tambahan
berkait dengan varians dalam skor Matematik.

CCM PPIP USM 2012

Anda mungkin juga menyukai