Anda di halaman 1dari 2

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : NURLYANA BT EZANI


No Kad Pengenalan : 980104145252
Program : PISMP
Pengkhususan / Opsyen : 2017 / 06 - BAHASA MELAYU : PISMP
Sekolah : SK DESA AMAN PURI
Minggu Praktikum :6
Tarikh : 18-07-2019
Tajuk : PEMBINAAN AYAT YANG LEMAH
Kategori : Pengetahuan Tentang Mata Pelajaran
Pensyarah Penyelia : Dr. AZMAN BIN RAHMAT
Guru Pembimbing : NORSYALSABILLA BINTI JAMALUDDIN

1. Isu Yang Difokuskan :

Semasa menjalankan PdP Bahasa Melayu di kelas 5Bestari, saya mendapati masih ramai murid yang tidak dapat menghasilkan
ayat yang gramatis mengikut konteks dan format yang betul. Kesukaran murid untuk membina ayat akan menyukarkan proses
penghasilan karangan penulisan. Pada masa yang sama PdP tidak dapat berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Masalah yang
dihadapi apabila setelah tamat waktu, masalah murid yang tidak memahami makan ayat mengikut konteks format penulisan
syarahan amatlah menyukarkan saya sebagai guru untuk menerangkan satu persatu kepada murid kelas. Sepertimana yang
diketahui, penulisan syarahan memerlukan format tersendiri. Meskipun panduan dan ayat telah diberikan, dan murid hanya perlu
mengisi tempat kosong, namun masih lagi ada murid yang lemah.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

1. Murid tidak memahami makna ayat disebabkan kurang pembcaan laras bahasa yang pelbagai.
2. Murid tidak dapat menyusun atur isi mengikut urutan sepatutnya.
3. Pembacaan keseluruhan rangka teks juga diabaikan murid.

Berdasarkan teknik ini, tanggapan awal boleh dibuat bahawa murid tidak dapat menguasai penulisan ayat kerana kurangnya
pendedahan dan pembacaan mengenai ayat-ayat penulisan yang betul.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Zamri et al. (2010) menyatakan penulisan karangan merupakan satu cabaran sama ada menulis dalam bahasa ibunda ataupun
dalam bahasa kedua. Melalui penulisan dapat meningkatkan penguasaan bahasa kerana murid perlu mencuba pelbagai jenis
perkataan baru, ayat-ayat dan menulis dalam kuantiti yang banyak. Seterusnya, berkomunikasi idea secara efektif dengan
mempraktikkan tatabahasa dan perbendaharaan kata. Guru perlu mewujudkan proses pengajaran bahasa yang menarik dan
situasi sedemikian akan menyebabkan murid berminat untuk belajar serta mengamalkan Bahasa Melayu dalam kehidupan
seharian (Abdul Syukor, 1999). Suasana pengajaran yang menarik dan pembelajaran yang kondusif serta menyeronokkan adalah
amat perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kajian lampau dapatlah dicadangkan beberapa langkah untuk memperbaiki isu yang tersenarai ini. Sebagai seorang
guru BM, latih murid untuk membaca contoh karangan yang pelbagai. Penguasaan penulisan karangan penting dalam PdP Bahasa
Melayu. Selain itu, sebuah inovasi metodologi perlu dijana bagi memudahkan murid mengikut teknik mahupun rumusa= yang
dirasakan sesuai.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

2Minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengajar murid dengan formula mudah untuk menguasai penulisan karangan. BBM juga boleh dipelbagaikan dan
sumber bhan bacaan agar murid sentiasa berintelektual.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :


28-07-2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Berdasarkan permasalahan yang timbul, saya telah menjalankan tindakan susulah menerusi mempelbagaikan contoh ayat dalam
situasi berbeza. ontoh yang dikemukakan oleh guru mampu menyuntik semangat murid mencuba bersama memberikan contoh-
contoh ayat yang pelbagai. Selain itu, inovasi SBAK juga diajar kepada murid supaya kegramatisan ayat dapat dijaga dan tidak
melakukan kesalahan tatabahasa.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Intihannya, kaedah metadologi dan pendekatan induktif ternyata berhasil meraih kefahaman murid dalam pdp pembinaan ayat
dalam bahasa Melayu.

Rujukan :

A.RAHMAN HARON.(2008). TEKNIK ‘SALAK’ DALAM MENJANA IDEA MEMBINA AYAT DENGAN CEPAT DAN EFEKTIF.Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. Jilid 2, Bil. 2 (Nov. 2012): 83-92

Anda mungkin juga menyukai