Anda di halaman 1dari 2

1.

PENGENALAN

Syarikat ADG Enterprise adalah sebuah syarikat yang beroperasi di Sabak Bernam, Selangor dalam
penternakan ayam daging. Konsep penternakan yang diusahakan adalah ladang kontrak berkapasiti
40,000 ekor dengan menggunakan kaedah dan teknologi ladang tertutup dengan kerjasama pihak
integrator yang dipilih iaitu KFC Holdings Bhd.

Konsep penternakan ayam ini dipilih berdasarkan kepada permintaan daging ayam di negara ini telah
meningkat dari semasa ke semasa. Tambahan pula pihak syarikat tidak menghadapi masalah untuk
menjual hasil ternakan kerana semua hasil ternakan akan dibeli keseluruhannya oleh KFC Holdings
untuk dipasarkan.

2. TUJUAN

Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pinjaman kewangan bagi membina ladang
ternakan tertutup dan membeli peralatan-peralatan asas yang menggunakan teknologi terkini untuk ternakan ayam
pedaging bersesuaian dengan konsep ladang kontrak yang diusahakan dengan kapasiti 40,000 ekor bagi setiap
pusingan.

Rancangan Perniagaan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti unjuran aliran tunai yang boleh diperolehi oleh pihak
syarikat serta kekuatan syarikat dalam menguruskan operasi projek ini.

3. KONSEP LADANG TERNAKAN KONTRAK

Sistem ladang ternakan kontrak merupakan satu dimensi baru dalam industri ternakan ayam
yang mana sebuah syarikat besar atau integrator akan menyediakan kemudahan kepada penternak-
penternak dengan mengikat kontrak dengan mereka bagi membekalkan baka benih anak ayam,
makanan ayam, ubat-ubatan dan pemasaran. Sistem ladang ini mampu mengatasi kerugian jika harga
ayam berada di paras yang rendah malah isu harga ayam di ladang dan di pasaran dapat di atasi serta
dapat memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha ladang kontrak.

Sistem ladang kontrak telah terbukti memberi keuntungan yang besar kepada pengusaha serta
menjamin masa depan yang baik memandangkan integrator yang dipilih adalah sebuah syarikat yang
besar dan kukuh iaitu KFC Holdings Berhad. Syarikat ini menggunapakai peralatan berteknologi
canggih iaitu sistem penyejukbekuan yang moden. Di samping itu, ia juga mempunyai rangkaian
pemasaran, pengeluaran, memiliki tenaga pakar dalam bidang ternakan ayam serta mempunyai
rangkaian domestik yang luas.

Secara keseluruhan, konsep ladang kontrak ini telah memberi kekuatan dan keyakinan kepada
penternak untuk terus bersaing. Ini kerana pulangan setiap musim adalah konsisten. Bagi penternak
yang mempunyai pinjaman bank, mereka berupaya melangsaikan pinjaman tersebut dalam tempoh
yang cepat.

Pihak syarikat juga mengatur program kesihatan dan sanitasi ternakan yang akan diperolehi dari pihak
integrator dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan seperti khidmat nasihat dan kawalan penyakit yang
boleh mengancam ternakan.

Anda mungkin juga menyukai