Anda di halaman 1dari 2

http://teganukita.

my/ternakan-ayam-berhawa-dingin-peroleh-pulangan-besar/

Ternakan Ayam Berhawa Dingin, Peroleh Pulangan Besar


9 April 2014 4:32 pm

teganukita.my

Ternakan Ayam Berhawa Dingin, Peroleh Pulangan Besar


Author: Suriati Ali Views: 478

Penggunaan teknologi moden menternak ayam daging dalam


reban berhawa dingin menjadi anjakan paradigma kepada
Pusat Keusahawanan dan Koperasi Siswa Unisza Berhad
(Kosiswa) untuk meneroka.
Berdasarkan kajian selama dua tahun bersama pelbagai
pihak, Kosiswa yakin kaedah berkenaan lebih mendatangkan
hasil berskala besar, selain risiko kematian ayam berkurangan
berbading kaedah tradisional.

Ayam

Yang Dipertua/ Penasihat Kosiswa, Dr Fakhrul Anwar Zainol


berkata pihaknya menyasarkan kira-kira 100,000 ayam
pedaging dapat dipasarkan kepada pelanggan dalam tempoh
lima tahun akan datang.

Katanya, dia yakin sasaran itu mampu dicapai kerana melalui penggunaan teknologi moden memberi
pulangan pendapatan berlipat kali ganda berbanding sistem tradisional.
Sistem tertutup mampu menempatkan 20,000 hingga 25,000 ayam dalam setiap reban, sedangkan reban
sistem terbuka hanya boleh menempatkan kira-kira 4,000 ayam saja.
Penjagaan makanan dan kebersihan melalui sistem tersebut juga mudah menyebabkan kadar kematian
ayam berkurangan, purata keuntungan bagi seekor ayam pula RM1.00 seekor, katanya.
Menurutnya, Kosiswa membelanjakan hampir RM600, 000 bagi sebuah reban, walaupun modal asal
untuk menggunakan sistem ini agak tinggi tetapi pulangan modal akan diperoleh dalam jangka masa
singkat iaitu selewat-lewatnya tiga tahun.
Buat permulaan, pihaknya akan menternak lebih 20,000 ayam daging di Ladang Usahawan Tani,
Kampung Pasir Akar, Hulu Besut mulai minggu depan.
Kita cuba peringkat pertama itu dengan dibantu 50 pelajar Falkulti Pertanian, Bioteknologi & Sains
Makanan sebelum dapat menambah reban secara berperingkat peringkat, katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan
Terengganu, Wima Persekutuan, Kuala Terengganu, hari ini.
Hadir sama, Pengarah SKM, Mahmud Kadar dan Pengerusi Kosiswa, Muhammad Norsyahidin Abu
Hasan.
Dr Fakhrul turut memberitahu, projek yang dikelola di bawah Inkubator Usahawan Tani mempunyai
perancangan
Page
1 of 2

cukup besar, termasuk menjadikan graduan sebagai usahawan berjayaAug


apabila
21, 2014tamat
07:37:01AM MDT

http://teganukita.my/ternakan-ayam-berhawa-dingin-peroleh-pulangan-besar/

perancangan cukup besar, termasuk menjadikan graduan sebagai usahawan berjaya apabila tamat
pengajian kelak.
Mereka ini sudah ada pengalaman luas, mendapat bimbingan melaksanakan projek pertanian berskala
besar, memahami konsep perniagaan, faktor itu tidak menimbulkan masalah jika mereka ingin meneroka
sendiri dalam bidang sama, katanya.

Page 2 of 2

Aug 21, 2014 07:37:01AM MDT

Anda mungkin juga menyukai