Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH ZAMAN PENCERAHAN

● Zaman pencerahan (Age Of Enlightenment) atau dikenali sebagai zaman kesedaran bermula
pada tahun 1685 masihi sehingga 1800 masihi.

● Pemikir awal yang terkenal pada zaman ini adalah Voltaire, John Locke, Montesquieu,
Thomas dan Reussau.

● Voltaire menyatakan bahawa zaman pencerahan sebagai “Zaman Akal”. Ahli falsafah yang
lain seperti David Hume dan Denis Diderot pula menegaskan bahawa zaman pencerahan
memainkan peranan penting bagi membersihkan minda tahyul di Eropah iaitu pada zaman
pertengahan.

● Pada zaman ini juga, ajaran-ajaran berkaitan dengan perkara mistik, agama serta gereja
semakin dilupakan bahkan diganti pula dengan pemikiran atau idea yang lebih ilmiah dan
saintifik.
Sumbangan Zaman pencerahan

1. Perkembangan Ilmu Pengetahuan


-Golongan cendekiawan pada zaman pencerahan telah mempersoalkan tentang kewajaran
untuk memperolehi ilmu pengetahuan sekiranya hanya bergantung kepada kepercayaan
dan agama semata-semata
-Ramai orang Barat telah merantau ke negara-negara maju. Di sana, mereka mempelajari
falsafah rasionalisme yang dipopularkan oleh ahli-ahli falsafah Yunani seperti Plato,
Aristotle. Archemedes dan Socrates.
-Setelah kembali ke negara mereka, golongan cendiakawan ini pula cuba untuk
memahamkan dan memperbetulkan kehidupan masyarakat di tempat mereka

2. Perkembahan politik
- Raja-raja dikenali sebagai ‘Englightened despot’ ingin memerintah dengan penuh
kesedaran.
-Raja percaya perangai manusia juga mengikut undangan yang boleh ditemui melalui
alasan dan pemerhatian. Mereka juga percaya undang-undang ini penting dan menjadi
kewajipan mereka untuk mempraktikkan undang-undang dengan tegas.

3. Perkembangan Ekonomi
- Kegiatan ekonomi berkembang pada zaman pencerahan. Sistem perburuhan serfdom
dianggap pengeluaran yang tidak berperikemanusiaan dan di Eropah timur dan tengah,
pemerintah berusaha menghapuskan sistem perburuhan ini.
- Raja-raja pada zaman ini berusaha melahirkan masyarakat tani yang bebas, maju dan
dinamik.
- Raja menghapuskan semua sekatan ke atas ekonomi negara, mereka menggalakkan
penubuhan syarikat.
-Perdagangan bebas dilaksanakan , sekatan kastam dikurangkan kemudahan infrastruktur
dibina dan perjanjian perdagangan antara negara dipertingkatkan.
4. Perkembangan Sosial
- Kuasa POPE dikurangkan dan mereka kini memerlukan kebenaran diraja sebelum melakukan
pelantikan. Agen agen dari Rom turut hilang kuasa mereka untuk melawat monastri.
- Golongan paderi dijadikan agen dalam bidang pendidikan, kesihatan dan kebajikan.
Industri monastri dimansuhkan dan harta milik institusi dirampas.
- Kuasa penapisan surat khabar diambil daripada gereja dan ditadbir oleh negara.
Toleransi diperluas kepada semua golongan.

Anda mungkin juga menyukai