Anda di halaman 1dari 2

Hipotesis digambarkan sebagai penjelasan yang dicadangkan untuk sesuatu yang

dapat dilihat. Tujuannya adalah untuk menerangkan fakta dan pemerhatian mengenai
alam semula jadi, memberikan wawasan yang belum disahkan tetapi dapat dibuktikan
benar. Secara umumnya, hipotesis berfungsi untuk menjelaskan sesuatu fenomena dan
mempercepatkan pengembangan pengetahuan dalam sesuatu bidang berkenaan.
Terdapat beberapa jenis hipotesis dan antaranya adalah Hipotesis Null (H‫ )ە‬dan juga
Hipotesis Alternatif (Hᴀ).
Hipotesis Null merupakan hipotesis yang mempunyai pernyataan negatif. Ia adalah
hipotesis statistik yang menyatakan bahawa tidak terdapat kaitan antara pemboleh ubah
yang diselidik, sehingga diuji secara statistik. Sekiranya sesuatu hipotesis tidak
signifikan iatitu p>0.05, maka kita gagal untuk menolak Hipotesis Null.
Manakala, Hipotesis Alternatif pula adalah hipotesis yang mempunyai pernyataan
positif. Ia adalah hipotesis penyelidikan yang menyatakan bahawa terdapat kaitan
antara pemboleh ubah yang diselidik. Penyelidikan tidak akan dilakukan ke atas
pemboleh ubah yang tiada kaitan. Sekiranya sesuatu hipotesis ialah signifikan iaitu
p<0.05, maka kita harus menerima Hipotesis Alternatif dan Menolak Hipotesis Null.
Hanya dua sahaja pemboleh ubah yang harus ada dalam hipotesis iaitu
pembolehubah dependen dan pembolehubah independen. Contohnya, pencapaian
statistik merupakan pembolehubah dependen manakala jantina pula merupakan
pembolehubah independen. Secara amnya, cara untuk membuat hipotesis adalah seperti
berikut:
Hipotesis Null (H‫ )ە‬- Tidak terdapat perbezaan pencapaian statistik berdasarkan jantina.
Hipotesis Alternatif (Hᴀ) – terdapat perbezaan pencapaian statistik berdasarkan jantina.
Dalam pengujian hipotesis bertentangan iaitu Hipotesis Null (Ho) dengan
Hipotesis Alternatif (Hᴀ), dua ralat mungkin berlaku iaitu Ralat Jenis I (α) dan Ralat
Jenis II (β). Ralat Jenis I berlaku apabila Hipotesis Null adalah betul tetapi ditolak.
Manakala Ralat Jenis II berlaku apabila kita tidak menolak Hipotesis Null yang
sepatutnya ditolak. Ralat Jenis II adalah lebih serius kerana kita menerima perkara yang
salah.
Prosedur pengujian perlu dilakukan supaya Ralat Jenis I dan Ralat Jenis II adalah
sekecil mungkin. Ralat sebegini tidak boleh dihapuskan keseluruhannya tetapi kita
boleh mengawal risiko berlakunya ralat ini dengan meletakkan α=0.05 atau α=0.01.
Oleh itu, akan terdapat 5% atau 1% peluang berlakunya Ralat Jenis I. Untuk
mengurangkan kita membuat Ralat Jenis I, nilai α hendaklah dikecilkan.
Nilai α yang selalu kita pilih adalah kecil. Keadaan ini membolehkan kita
mendapatkan kebarangkalian yang kecil dalam membuat Ralat Jenis I. jika nilai α akan
lebih yakin bahawa Hipotesis Null adalah tidak benar sebelum menolaknya.
Seperti yang dinyatakan di atas, akibat kita menolak hipotesis null yang benar, kita
sebenarnya telah melakukan Ralat Jenis I. Situasi penolakan ini berbeza mengikut
keadaan. Oleh itu kita harus berhati-hati dan akan membandingkan kesan Ralat Jenis I
dan kesan Ralat Jenis II kemudian cuba tentukan darjah kepentingan sebelum membuat
keputusan sama ada ingin menolak Hipotesis Null berkenaan.
Manakala Beta (β) untuk mengelakkan Ralat Jenis II, dimana kita menetapkan
penentuan awal kebarangkalian untuk merangkumi potensi kewujudan ralat ini.
Kesimpulannya, terdapat beberapa jenis hipotesis seperti Hipotesis Null dan juga
Hipotesis Alternatif. Hanya terdapat dua sahaja pemboleh ubah dalam hipotesis yang
dibuat iaitu pembolehubah dependan dan juga pemboleh ubah independan. Seterusnya,
hipotesis yang dibuat boleh menjadi ralat sekiranya andaian dibuat dengan salah.
Terdapat dua jenis ralat iaitu Ralat Jenis I (α) dan Ralat Jenis II (β). Ralat Jenis II
adalah lebih serius berbanding dengan Ralat Jenis II.

Anda mungkin juga menyukai