Anda di halaman 1dari 1

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), pengkorporatan ditakrifkan sebagai proses

mengkorporatkan sesebuah organisasi atau menukar sesebuah agensi kerajaan menjadi

perbadanan atau syarikat. Badan korporat lazimnya terletak di bawah Akta Syarikat 1965.

Misi dan visi sesebuah badan korporat akan lebih jelas kerana ianya bersendikan kecekapan,

keberkesanan, produktiviti yang tinggi, bermatlamat keuntungan, agresif, berorientasikan

pelanggan, pengurusan yang cekap dan sebagainya untuk terus kekal bersaing dalam pasaran

tempatan dan global. Pelaksanaan pengkorporatan dan penswastaan di Malaysia dibuat secara

serentak. pengkorporatan pula melibatkan pemindahan aset, tanggungjawab, hak dan obligasi

sesuatu badan berkanun kepada sesebuah organisasi yang diwujudkan di bawah Akta

Syarikat 1965, tetapi masih dimiliki oleh pihak kerajaan

Anda mungkin juga menyukai