Anda di halaman 1dari 15

Nota Teori.....

Sejarah dan Latar Belakang Plato

Plato dilahirkan pada 29 Mei tahun 4272 SM dan meninggal pada usia 82 tahun pada 347SM. 

Beliau dibesarkan dalam keluarga aristikrat Athens.  Bapanya bernama Ariston dan ibunya

Perictione.  Datang dari keluarga yang memenag terkenal di Athens.  Namun bapanya meninggal

ketika usianya masih kecil dan ibunya tidak berkahwin lain namun ibunya bergiat aktif dalam

politik dan aktiviti kebajikan.  Walaubagaimanapun Plato tidak seperti ibunya.  Beliau tidak

berminat dengan politik.  Beliau akhirnya menjadi pengikut Socrates dan menganuti bidang

falsafah yang berlandaskan pencarian kebenaran melalui perdebatan dan soal jawab.  Beliau

dianggap sebagai pengikut Socrates yang setia.  Pada tahun 388SM, Plato mengasaskan sebuah

sekolah yang dipanggil ‘Akademi’ yang didirikan di sebuah tempat di Hecademus Park yang

juga dianggap sebagai sebuah universiti pertama di Eropah.  Institut ini memperkenalkan

kurikulum yang komprehensif.  Terdapat mata pelajaran seperti Astronomi, Matematik, Teori

Politik dan Falsafah.  Plato hanya menghabiskan hidupnya dengan memberikan syarahan dan

pengajaran di Akademinya. 

Pemikiran Plato

Pada dasarnya pandangan Plato lebih bersifat intelektual dan rasional.  Dasar utama dalam

pengajaran adalah dengan cara mencapai budi yang baik.  Menurut Plato seseorang yang

berpengalaman dengan sendirinya akan memiliki budi yang baik. Oleh itu Plato menegaskan
bahawa berbudi yang baik diperlukan bagi menyempurnakan ilmu pengetahuan. Plato juga

menyatakan bahawa tujuan kehidupan manusia adalah untuk mencapai kesenangan hidup. 

Kesenangan hidup yang dimaksudkan oleh Plato ialah kesenangan hidup yang diperolehi

daripada ilmu pengetahuan.

Menurut pandangan Plato terdapat dua jenis budi.  Iaitu budi filosafi yang wujud hasil daripada

pengetahuan dengan pengertian. Budi biasa yang dibawa oleh kebiasaan kebanyakan manusia. 

Sikap hidup yang dipakai tidak terbit dari keyakinan, melainkan disesuaikan kepada moral oleh

kebanyakan orang dalam kehidupan seharian mereka. Menurut Plato budi ialah baik.  Siapa yang

tahu akan yang baik, tidak dapat lagi menyimpang dari itu.  Siapa yang  hidup dalam dunia idea,

tidak dapat berbuat jahat. Jalan untuk mencapai budi baik ialah menanam keinsafan untuk

memiliki idea dengan pemikiran.

 (Mohammad Hatta, 1980: 107)

Pemikiran Seni Plato

Konsep Mimesis

Dalam setiap penulisan Plato, terdapat pelbagai falsafah  yang  menjadi  pegangan atau  panduan 

dalam  kehidupan masyarakat. Antaranya ialah tanggapan Plato terhadap seni yang dianggap 

sebagai peniruan. Di dalam bukunya yang bertajuk Republix X, Plato dengan tegasnya

menyatakan bahawa seni adalah suatu ‘mimesis’, sama ada catan, lukisan, muzik, puisi atau

drama adalah tiruan. Walau bagaimanapun, beliau menggunakan istilah mimesis, iaitu

menghasilkan tiruan atau imitasi dengan beberapa maksud yang berlainan.  Dalam sistem Plato,

mimesis bermaksud mengulangi atau mengeluarkan semula kata, perbuatan atau gerak tangan
seseorang serta mempunyai persamaan dengan benda atau objek yang menyerupai seperti orang

lain  serta mewakili aksi-aksi manusia.

Selain itu, Plato menggunakan konsep mimesis dengan 4 maksud yang berlainan dan maksud-

maksud ini boleh bertindih antara satu sama lain.  Plato menegaskan bahawa seorang pelukis dan

ahli catan ialah seorang yang meniru benda yang dihasilkan oleh orang lain.  Hal ini kerana

benda yang dilukis dalam catannya akan nampak sama seperti objek yang asal dan orang yang

bodoh akan berpendapat bahawa  mereka sedang melihat benda yang asal apabila melihat catan

tersebut. Mimesis sebagai proses mengulangi atau mengeluarkan kata dan gerak-geri seseorang

terdapat dalam hasil respodi iaitu orang yang bercakap dan mengulangi kata seorang penyair atau

dramatis.  Hal ini bermaksud rapsodi itu hanya memperbanyakkan lagi apa yang telah dihasilkan

oleh penyair tersebut.

Mimesis sebagai penghasilan tiruan bukan sahaja merujuk kepada kepada catan, lukisan dan arca

tetapi juga merujuk kepada puisi dan drama.  Plato mendakwa bahawa seorang penyair atau

pelakon akan cuba meniru kelakuan dewa-dewi Yunani, namun yang menjadi  permasalahannya

ialah mereka memberi gambaran yang tidak tepat terhadap kelakuan aksi dan kata-kata dewa itu. 

Hal inilah yang menyebabkan Plato beranggapan bahawa seorang seniman iaitu penyair, pelukis,

ahli catan atau pelakon wajar dibuang dari sebuah republik yang unggul. Selain itu,  Plato juga

menegaskan bahawa seorang seniman hanya menghasilkan sesuatu yang tiruan daripada objek

yang terdapat dalam dunia fizikal dan bukan sumber untuk pengetahuan.

Di samping itu, Plato berpendapat sekiranya kita hendak mengetahui ciri-ciri sebuah kerusi

adalah lebih baik kita mengkaji kerusi itu daripada mengkaji catan atau lukisan kerusi itu. Hal ini

kerana Plato berpendapat bahawa karya seni boleh menipu kita, sebagai contoh, seorang kanak-
kanak atau orang dewasa yang bodoh akan mempercayai mereka sedang berhadapan dengan

kerusi apabila  mereka sedang berhadapan dengan catan sebuah kerusi.

Ciri-ciri Estatika

Selain itu Plato turut bermadah mengenai estatika atau lebih dikenali sebagai keindahan dan

tentang ciri-ciri yang mesti terdapat pada keindahan. Plato telah menghuraikan secara panjang

lebar dalam bukunya yang bertajuk Symposium mengenai persoalan objek cinta ialah keindahan.

Dalam bukunya itu beliau menyampaikan dalam bentuk dialog-dialog watak utama seperti

Phaedrus, Eryximachus, Aristophanes, Agathon dan Socrates. Terang-terang dalam dialog watak

ini menyatakan bahawa proses mencintai tentang keindahan itu perlu diasaskan pada zaman

kanak-kanak lagi. Selain itu, beliau telah menyenaraikan tujuh ciri utama, ciri yang pertama the

good, yang kedua  the beneficial, yang ketiga the reasonable, yang keempat the appropriate,

yang kelima the balance,  yang keenam the pleasant, dan ciri yang terakhir iaitu the handsome.

Ciri yang pertama iaitu the good membawa maksud sesuatu yang baik, Plato bermadah bahawa

sesuatu yang indah itu mestilah mempunyai ciri-ciri yang baik dan tidak membawa sebarang

keburukan kepada manusia dan alam. Ciri yang kedua iaitu the beneficial membawa maksud

bermanfaat atau faedah kepada kita, contohnya sebuah almari. Almari tersebut menjadi tempat

untuk kita menyimpan kelengkapan seharian seperti pakaian, barangan peribadi, dan sebagainya.

Ini telah menunjukkan kegunaannya  dan amat memberi manfaat kepada kita. Ciri yang ketiga

pula iaitu the reasonable yang bermaksud munasabah. Ciri ini menerangkan bahawa sesuatu

objek yang dicipta mestilah munasabah yakni melalui reka bentuknya, tujuan, dan kegunaannya.

Ciri estatika yang keempat ialah the appropriate yang bermaksud berpatutan atau berpadanan.

The balance atau keseimbangan adalah ciri estatika yang kelima. Ciri ini menerangkan tentang
kepentingan sifat seimbang pada sesuatu objek, contohnya jika sebuah meja mempunyai hanya

satu kaki sahaja sudah meja tersebut menjadi tidak seimbang dan akan menyusahkan para

pengguna. Ciri yang keenam pula ialah the pleasant yang memberi maksud seronok atau pun

menyenangkan. Sesuatu objek yang mempunyai nilai estatika mestilah mempunyai ciri ini

kerana ianya adalah amat penting bagi bagi kita untuk menghayati sesuatu keindahannya dengan

lebih mendalam. Ciri estatika yang terakhir yang telah diutarakan oleh Plato ialah the good yang

bermaksud elok, baik, atau bagus. Ciri ini menerangkan tentang nilai kebaikan yang terdapat

pada sesuatu benda samada alam semulajadi ataupun barangan yang dibuat oleh manusia,

contohnya matahari yang menerangi bumi dan memberikan tenaga hidup kepada flora dan fauna.

Sesungguhnya bidang estetik merupakan suatu bidang falsafah yang mengkaji tentang konsep

keindahan baik keindahan semulajadi atau keindahan benda-benda buatan manusia. Oleh itu, kita

tidak seharusnya memandang ringan tentang bidang estetik ini kerana ianya merangkumi bidang

yang amat luas. Estetika juga merangkumi bidang sastera seperti puisi,esei dan novel, ia juga

terdapat di dalam bidang muzik tradisional mahupun muzik moden yang menggunakan gitar,

piano, biola, gendang dan juga sintisize muzik dari computer. Kita memerlukan penggunaan

kelima-lima pacaindera utuk menghayati, memahami dan memanfaatkannya.

Sejarah dan Latar Belakang Aristotle

            Aristotle (384-322) berasal dari Stagyra di daerah Thrace, Yunani Utara. Beliau belajar di

sekolah falsafah yang didirikan Plato dan tinggal di Akademi hingga Plato meninggal dunia. Dua

tahun kemudian Aristoteles diangkat sebagai guru peribadi Alexander Agung, setelah Alexander
Agung dilantik sebagai raja, beliau telah mendirikan sebuah sekolah yang dinamakan sebagai

Lykeion. Sebagaimana Plato yang sangat mengagumi gurunya, Aristoteles juga sangat

mengagumi Plato sebagai pemikir dan sasterawan meskipun mempunyai pemikiran yang berbeza

dalam falsafahnya. Aristoteles pernah mengatakan "Amicus Plato, magis amica veritas" yang

ertinya:

"Plato memang sahabatku, tapi kebenaran lebih akrab bagiku" – ungkapan ini juga sering kali

diterjemahkan kepada “Saya mencintai Plato, tapi saya lebih mencintai kebenaran”. Namun

begitu, ada juga yang berpendapat bahwa ini bukanlah merupakan ucapan Aristotle.

Aristotle menyatakan kritikan yang sangat tajam terhadap pandangan Plato mengenai konsep

idea-idea. Bahkan beliau telah mengemukakan konsep baru yang dinamakan sebagai

hilemorfisme sebagai alternatif baru bagi menggantikan konsep yang dikemukakan oleh gurunya

Plato. Meskipun demikian, Aristotle tidak menyangkal bahawa beliau tetap berhutang budi

kepada Plato kerana dia adalah orang pertama yang mengemukakan konsep ini.

Pemikiran Aristotle

Pemikiran Aristotle dan pemikiran Plato hampir serupa pada dasarnya.  Tetapi pandangan

Aristotle lebih bersifat sederhana dan realistik.  Aristotle tidak mementingkan atau bertanyakan

tentang pengetahuan idea dan idea kebaikan seperti mana Plato.  Aristotle menegaskan bahawa
kebaikan yang diperolehi atau dicapai oleh manusia bersesuaian dengan diri seseorang itu.

Sebagai contoh, bagi seseorang tentera tentunya mengharapkan kemenangan dalam peperangan. 

Ini kerana kemenanganlah yang dianggapnya sebagai satu kebaikan.  Bagi seorang peniaga pula,

keuntunganlah yang dianggapnya sebagai satu kebaikan.

Aristotle lebih mengutamakan budi pemikiran, iaitu kebijaksanaan, kecerdasan dan pendapat

yang sihat.  Aristotle berpendapat untuk memperolehi budi pemikiran ini manusia perlu tahu

menguasai diri atau tahu mengawal diri supaya tidak dikuasai oleh hawa nafsu dan tamak haloba.

Plato mengatakan bahawa dengan pengetahuan manusia dapat memperolehi kebahagiaan hidup. 

Aristotle pula berpendapat bahawa untuk memperolah kebahagiaan hidup, unsur persahabatan

merupakan eleman terpenting. Beliau mengatakan antara persahabatan dangan keadilan,

persahabatan lebih penting daripada keadilan itu. Menurut Aristotle, persahabatan dan keadilan

merupakan budi yang menjadi dasar bagi kehidupan bersama sesebuah keluarga dan juga

menjadi dasar bagi sesebuah kerajaan atau pemerintahan.

Aristotle mengkritik tajam pendapat Plato tentang idea-idea, mengikut beliau yang umum dan

tetap bukanlah dalam dunia idea akan tetapi dalam benda-benda jasmani itu sendiri, untuk itu

Aristotle mengemukakan teori hilemorfisme (Hyle = Materi, Morphe = bentuk). Menurut teori

ini, setiap benda jasmani memiliki dua perkara iaitu bentuk dan material. Sebagai contoh, sebuah

patung pasti mempunyai dua perkara iaitu material atau bahan baku patung contohnya kayu atau

batu, dan bentuk misalnya bentuk kuda atau bentuk manusia, keduanya tidak mungkin lepas dsri

satu sama lain, contoh tersebut hanyalah untuk memudahkan pemahaman, kerana dalam

pandangan Aristotle material dan bentuk itu merupakan prinsip-prinsip metafizik untuk
memperkukuh dan memungkinkan ilmu pengetahuan atas dasar bentuk dalam setiap benda

konkrit.

Teori hilemorfisme juga menjadi asas bagi pandangannya tentang manusia, manusia terdiri

daripada material dan bentuk. Bentuk adalah jiwa, dan kerana bentuk tidak pernah lepas dari

material, maka konsekuensinya adalah bahawa apabila manusia mati, jiwanya (bentuk) juga akan

hancur. Lebih lanjut, Aristoteles mengajukan sebuah hujah yang sangat baik untuk menyanggah

teori idea Plato. Hujah yang paling kukuh ialah tentang "orang ketiga"; jika seorang manusia

adalah manusia kerana ia menyerupai manusia ideal, maka masih harus ada manusia lain lagi

yang terhadapnya manusia biasa dan manusia ideal tadi menyamakan diri. Kini kita sampai pada

pernyataan yang baru, yang pada mulanya di anggap sukar. Dikatakan bahawa jiwa adalah

"forma" dari tubuh. Dalam pemikiran Aristotle, jiwalah yang menyebabkan tubuh menjadi

sesuatu yang memiliki kesatuan dan tujuan. Tujuan mata adalah untuk melihat, namun mata

tidak dapat melihat jika dipisahkan dari tubuh. Sebenarnya, yang melihat adalah jiwa. Aristotle

menyatakan bahawa pemerhatian pancaindera sebagai pangkalan untuk mencapai pengetahuan

yang sempurna. Ini sangat berbeza dari Plato.

Berbeza dengan Plato pula, Aristotle menolak dualisme tentang manusia dan memilih

"hilemorfisme": apa sahaja yang dijumpai di dunia secara bersepadu merupakan jelmaan material

("hyle") sesuatu dari bentuk ("morphe") yang sama. Bentuk memberi kualiti atas material (atau

substansi) dalam individu yang berkaitan. Material (substansi) memberi kemungkinan

("dynamis", Latin: "potentia") untuk jelmaan (kualiti) bentuk dalam setiap individu dengan cara

berbeza-beza. Maka terdapat ramai individu yang berbeza-beza dalam jenis yang sama.

Pandangan Plato dan Aristotle Terhadap Seni


Mengikut pandangan Plato seni merupakan kegiatan peniruan alam.  Seni yang dimaksudkan

termasuklah catan, lukisan, arca, muzik, puisi dan drama.  Apabila memperkatakan teori

berkaitan dengan seni, Plato menggunakan perkataan mimesis yang bermaksud peniruan atau

imitasi.

Konsep mimisis Plato mempunyai empat maksud seperti berikut, iaitu

a)      Mengulangi dan mengeluarkan semula kata-kata atau gerak tangan atau perbuatan

seseorang lain.

b)      Membuat satu peniruan atau sesuatu yang mempunyai persamaan dengan benda atau objek.

c)      Berlagak seperti sesorang yang lain

d)     Mecakili aksi-aksi manusia

Plato menggunakan mimesis sebagai penghasilan meniru atau tiruan yang tepat merujuk kepada

penghasilan catan, lukisan dan arca.  Plato memerangkan bahawa, seseorang pelukis juga

merupakan seseorang yang meniru atau mengimitasikan benda yang dihasilkan oleh orang lain.

Plato juga mendifinisikan seseorang pelukis yang baik bukan sahaja dapat meniru sesuatu objek

tetapi dia juga perlu menghasilkan tiruan yang tepat dan objek yang dilukis itu nampak sama

seperti objek asal dan mereka yang melihat lukisan atau catan itu perlu berpendapat bahawa

mereka sedang melihat objek yang asal. Aristotle masih menggunakan istilah yang digunakan

oleh plato iaitu mimesis dalam pandangan beliau dalam penghasilan seni.

Aristotle juga masih mengikut pandangan Plato dalam peniruan objek, iaitu seni merupakan satu

aktiviti peniruan dan tiruan itu mestilah tepat seperti objek asal. Tetapi dalam mimesis ini
Aristotle menambahkan satu lagi syarat iaitu, satu potret yang dihasilkan itu haruslah lebih cantik

atau kacak daripada model asal. Di sini Aristotle mengemukakan satu konsep yang berlainan

dengan konsep peniruan yang dikemukakan oleh Plato. Beliau bukan sahaja memberi penekanan

terhadap ketepatan peniruan seperti Plato tetapi menambahkan satu lagi aspek yang pentingiaitu

kreativiti pelukis untuk menghasilkan hasil seni yang cantik dan unggul.

Plato berpendapat, karya seni yang dihasilkan tidak boleh dianggap sebagai satu sumber

pengetahuan.  Seni itu dihasilkan berdasarkan dengan emosi terhasil dengan meniru sesuatu

objek dunia fizikal.  Plato berpendapat dunia fizikal bukan satu sumber pengetahuan.  Menurut

plato pengetahuan merupakan sesuatu yang abadi.  Maka plato berpendirian bahawa seni yang

meniru objek dunia fizikal tidak boleh menjadi satu sumber pengetahuan kepada manusia. Plato

juga menegaskan hanya penakulan merupakan satu alat untuk mendapat pengetahuan.

Aristotle tidak bersetuju dengan pandangan Plato ini.  Walaupun Aristotle memang setuju

bahawa seni menimbulkan emosi, tetapi Aristotle menegaskan bahawa seni juga merupakan satu

sumber pengetahuan. Melalui  seni manusia dapat mempelajari cara untuk mengawal dan

menggunakan emosi mereka. Seni dapat memberikan satu pengetahuan kepada manusia untuk

mengawal emosi mereka.

Plato masih menggunakan sistem mimesis dalam drama.  Mimesis digunakan sebagai satu proses

mengulangi kata-kata seseorang yang lain.  Plato mengatakan bahawa seseorang pelakun cuba

meniru watak atau kelakuan seseorang, tetapi mereka tidak dapat memberi satu gambaran

kelakuan yang tepat seperti mana orang yang ditirunya.  Dalam drama Plato lebih mengutamakan

kemahiran individu dan perlakuannya yang dapat meniru sesuatu watak denagn baik.  Manakala

Aristotle lebih mengutamakan susunan drama itu seperti bahagian permulaan, pertengahan dan
akhir. Aristotle juga menegaskan bahawa, sesebuah drama perlu dipertimbangkan dari permulaan

dan terus diperluaskan sehingga mencapai kemuncaknya dan setelah mencapai kemuncak

sesebuah drama itu haruslah ditamatkan.

Aristotle juga menjelaskan bahawa setiap bahagian dan setiap peristiwa dalam sesebuah drama

perlu ada pertalian antara satu dengan lain.  Pertalian itu boleh jadi pertalian perlu atau

kebarangkalian antara satu peristiwa dengan satu peristiwa. Emam elemen utama yang

dikenalpasti oleh Aristotle dalam drama ialah plot, watak, bahasa, pemikiran, pemandangan dan

lagu. Plato menentang drama kerana beliau berpendapat carita yang diceritakan atau disampaikan

dalam drama tidak tepat dan palsu.  Aristotle pula berpendapat bahawa fungsi bagi sesebuah

drama bukan sahaja setakat menceritakan satu situasi atau kejadian yang tertentu drama juga

dapat menggabungkan individu dan kejadian atau peristiwa khusus untuk menyampaikan satu

mesej yang lebih umum.

Menurut Aristotle, sesebuah drama tragedi yang menggambarkan ataupun menceritakan tentang

kehidupan manusia mestilah menyampaikan atau menggambarkan suatu kehidupan manusia

yang baik dan bahagia atau tidak bahagia melalui kelakuan atau aksi watak-watak dalam drama

itu. Namun fungsi utama sesebuah drama ialah bukan setakat mewakili sesuatu tabiat atau

kelakuan sahaja tetapi ia perlu mewakili aksi atau kelakuan dan perbuatan manusia. Plato

menegaskan bahawa seni merupakan peniruan hasil alam semula jadi dan hasil alam manusia

tetapi seni hanya meniru bentuk-bentuk iaitu idea-idea yang merupakan sumber pengetahuan

yang sebenar.

Dalam sistem Aristotle, sesuatu drama yang baik dapat dihasilkan melalui penyatuan beberapa

elemen seperti plot, watak, bahasa, pemikiran, pemandangan dan lagu disusun dengan baik dan
teratur. Begitu juga dengan seni yang lain seperti catan, lukisan, arca dan muzik, prinsip

penyatuan ini memainkan peranan penting dalam menghasilkan seni yang baik.

Melalui sistem mimesis atau imitasi, Aristotle tidak menunjuk atau merujuk kepada penghasilan

sesuatu imitasi atau peniruan yang mempunyai persamaan dengan objek yang ditiru atau objek

asal seperti mana pendangan Plato terhadap imitasi atau mimesis dalam seni.  Aristotle

merupakan anak murid kesayangan Plato, tetapi Aristotle memilih jalannya tersendiri untuk

memperkembangkan idea-ideanya. Aristotle lebih suka memperkembangkan idea-ideanya.

Aristotle lebih suka mengecam pandangan-pandangan Plato.

Mengikut pendapat Justin D. Kaplan ini dapatlah satu gambaran mengenai kewibawaan Plato

dan Aristotle dalam dunia falsafah. Mengikut pendapatnya Plato dianggap sebagai seseogang

peneroka baru dalam dunia falsafah, manakala Aristotle labih kepada seorang ahli falsafah yang

terikat pada sesuatu pandangan yang sempit.  Berbanding dengan Plato, Aristotle lebih kepada

seorang ahli falsafah yang mengemaskini, menyusun dan menambahkan pendapat-pendapat ahli

falsafah lain seperti Plato dan Socrates mengikut perkembangan semasa. Aristotle juga

menambah idea-idea barunya ke atas pendapat-pendapat ahli falsafah yang lain. Sebab itu

apabila dibandingkan dengan Plato para pengkaji falsafah menganggap kemampuan Plato lebih

tinggi daripada Aristotle dalam mengemukakan falsafah dan pendangan. 

Hubungkait Seni dengan Pemikiran Aristotle

Aristotle merupakan seorang ahli falsafah Greek yang melihat seni sebagai satu imitasi

kehidupan.  Bagi beliau keaslian sesuatu idea itu sepatutnya menjadi pertimbangan dalam merit
menilai seni.  Beliau membina cara-cara dalam mengkategorikan dan menilai seni dalam

tulisannya. Seni didefinisikan oleh Aristotle sebagai satu kesedaran dalam bentuk luaran idea

yang benar lagi nyata dan sikap menyukai imitasi yang semula jadi dapat dikesan kembali pada

karektor manusia yang gembira apabila dapat mengenali apa yang mereka tidak disukai atau

sebaliknya.  Seni semula jadi yang ideal dan sempurna ini menjadi berkurangan kerana dalam

fenomena individu, jeis universal ini dijadikan sebagai pegangan. Seni bagi beliau tidak terhad

kepada penyalinan semata-mata dan juga tidak hanya kepada seni halus seperti arca, catan, dan

lukisan semata-mata malah ianya berkait dengan seni sastera, seni muzik dan seni drama.

            Bagi Aristotle dalam Rhetoric, bentuk seni yang berbeza menggunakan imitasi yang

membawa makna perlambangan yang berbeza.  Ianya melibatkan perbezaan akhlak atau cara

dalam berkomunikasi yang menjadi perlambangan kepada penonton dan perbezaan aras etika

dan moral.  Lebih jelas lagi, Aristotle merujuk kepada puisi, seni halus dan drama yang

merupakan bentuk seni utama dalam hidup beliau.  Aristotle amat menentang catan abstrak dan

muzik klasik moden. 

 
 

Kesimpulan

Dari perbahasan singkat mengenai pemikiran Plato dan Arostotle di atas, boleh kita simpulkan

bahawa adanya perbezaan yang cukup ketara antara keduanya mengenai realiti hakiki. Plato

berpendapat bahawa pengalaman hanya merupakan ingatan (bersifat intuitif, bawaan) dalam diri

seseorang terhadap apa yang sebenarnya yang telah diketahuinya dari dunia idea, - konon

sebelum manusia itu masuk ke dalam dunia indrawi ini.

Menurut Plato, tanpa melalui pengalaman (pemerhatian), apabila manusia sudah terlatih dalam

hal intuisi, maka ia pasti akan sanggup untuk melihat ke dunia idea dan memiliki sejumlah

gagasan ilmu mengenai semua hal, termasuk hal kebaikan, kebenaran, keadilan, dansebagainya.

Plato mengembangkan pendekatan yang sifatnya rasional-deduktif sebagaimana mudah dijumpai

dalam Matematik. Masalah falsafah yang digarap oleh Plato adalah sama seperti memasukkan

jiwa manusia ke dalam penjara dunia inderawi, iaitu tubuh.

Sedangkan Aristotle menganggap Plato (gurunya) telah memutarbelitkan segalanya. Dia

bersetuju dengan pendapat gurunya yang menyatakan bahawa kuda akan "berubah" (menjadi

besar dan tegap, misalnya), dan tidak ada kuda yang hidup selamanya. Dia juga setuju bahawa

bentuk nyata dari kuda itu akan kekal abadi. Tetapi idea kuda adalah konsep yang dibentuk
manusia sesudah melihat (mengamati, mengalami) sejumlah kuda. idea kuda tidak memiliki

eksistensinya sendiri: idea kuda tercipta dengan ciri-ciri yang sememangnya ada pada kuda.

Bagi Aristotle, idea ada dalam benda-benda. Pola pemikiran Aristotle ini merupakan perubahan

yang radikal. Menurut Plato, realiti tertinggi adalah berkaitan dengan apa yang kita fikirkan,

sedangkan menurut Aristotle pula realiti tertinggi adalah apa yang kita lihat dengan indera mata

kita sendiri. Aristotle tidak menyangkal bahawa manusia memiliki akal yang sifatnya sementara,

dan bukan sekadar akal yang didapati melalui pendengaran dan penglihatannya. Namun justeru

itu,  akal merupakan ciri khas yang membezakan manusia dari makhluk-makhluk lain. Akal dan

kesadaran manusia adalah kosong sehingga ia mengalami sesuatu. Kerana itu, menurut Aristotle,

pada manusia tidak terdapatnya idea yang sementara. 

Anda mungkin juga menyukai