Anda di halaman 1dari 7

‘TIME’

TINGKAP MUDAH EJA

PUAN NURUL AZREEN BINTI HAMZAH


SK LAVENDER HEIGHTS

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah kesalahan mengeja dengan betul di kalangan murid
Kelas Pra Cerdik, SK.Lavender Heights. Seramai 10 orang murid yang terdiri dari 6 orang lelaki dan 4
orang perempuan. Kajian ini berfokuskan kepada punca dan cara mengatasi masalah murid prasekolah
mengeja walaupun ejaan itu melibatkan ejaan perkataan yang mudah. Antara proses pertama bagi
kajian ini ialah pentaksiran semasa murid menjalankan aktiviti membaca secara individu di dalam kelas.
Hasil dari pentaksiran ini, murid mengeja secara salah dengan menyebut bunyi sukukata yang lain serta
tidak tahu untuk mengeja mengikut sukukata yang betul. Contohnya, buku- sepatutnya dibunyikan ‘bu-
ku’, tetapi murid membunyikan bu-‘ka’. Contoh kedua, perkataan ‘ja-rum’ dieja dengan ‘jar-um’.
Dengan ini, timbul idea untuk membina bahan bantu mengajar iaitu Tingkap Mudah Eja- TIME bagi
membantu murid mengeja dengan betul. Aktiviti akan berjalan semasa kelas Bahasa Melayu dan selepas
selesai aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui Pentaksiran 1 dan pemerhatian dalam
aktiviti bacaan yang telah dijalankan menunjukkan peningkatan dan kemahiran bacaan murid semakin
meningkat. Selain itu, Tingkap Mudah Kira- TIMUK juga diwujudkan bagi mempelbagaikan bahan
inovasi ini. Dengan ini murid tidak hanya dapat membuat latihan mengeja tetapi dapat juga membuat
latihan mengira menggunakan manik yang ada. Idea ini diperolehi apabila terdapat murid yang tidak
menguasai operasi tolak kerana keliru antara operasi tambah dan tolak. Dengan adanya TIMUK, murid
dapat berlatih mengira setiap kali mempunyai waktu luang.

1.0 PENGENALAN

Masalah mengeja dengan betul seringkali dialami oleh murid prasekolah. Terdapat jurang yang besar
antara murid yang telah menguasai dan belum menguasai. Disebabkan faktor ini menjadikan murid yang
lemah merasa agak ketinggalan. Tumpuan juga perlu diberikan di mana melibatkan masa yang agak
banyak untuk mengajar murid-murid yang lemah. Dengan pengalaman sebagai guru prasekolah selama
lima tahun, setiap tahun saya akan mengalami masalah yang sama. Disebabkan tidak keyakinan murid
yang lemah, mereka akan mengeja dengan salah dengan menyebut huruf yang salah. Selain itu, murid
tidak membuat latihan mengeja dan tidak tahu cara mengeja dengan ejaan sukukata yang betul.

Bagi latihan di dalam kelas, saya telah menyediakan modul bacaan untuk setiap murid. Tetapi kadang-
kadang murid agak kurang berminat untuk membaca menggunakan modul bacaan kerana tiada unsur
belajar sambil bermain. Di sinilah, saya telah dapat mengesan ketidakbolehan murid mengeja dengan
betul. Dengan ini saya mendapat idea untuk membina bahan bantu mengajar iaitu Tingkap Mudah Eja
(TIME). Diharapkan dengan adanya Tingkap Mudah Eja, murid tahu untuk mengeja dengan betul dan
seronok semasa menjalankan aktiviti mengeja.

2.0 ISU KEPRIHATINAN

Setiap guru pasti mahukan semua muridnya menguasai setiap kemahiran yang diajar kepada murid.
Setiap tahun, guru prasekolah pasti akan menerima murid-murid yang berbeza latar belakang. Terdapat
murid yang menguasai kemahiran dengan mudah dan sebahagian lagi menguasai dengan sederhana dan
terdapat juga murid yang terlalu lemah. Setelah saya membuat pentaksiran membaca melibatkan 25 orang
murid, terdapat 10 orang murid yang membuat kesilapan mengeja yang hampir sama. Antara kesilapan
yang sering dilakukan ialah murid mengeja secara salah dengan menyebut bunyi sukukata atau huruf
yang lain contohnya, buku- sepatutnya dibunyikan ‘bu-ku’, tetapi murid membunyikan bu-‘ka’. serta
tidak tahu untuk mengeja mengikut sukukata yang betul. Contoh kedua, perkataan ‘ja-rum’ dieja dengan
‘jar-um’.
Saya telah memikirkan beberapa cara penyelesaian antaranya dengan membuat kad sukukata. Aktiviti
menyusun sukukata agak mendatar dan kurang menyeronokkan. Kemudian timbul idea untuk membina
alat bantu mengajar yang mudah yang telah saya gunakan pada tahun sebelumnya tetapi kekangannya
ialah ABM tersebut agak kecil dan terhad kepada beberapa perkataan sahaja. Akhirnya setelah ditambah
baik serta menyuntikkan elemen inovasi terhadap bahan ini maka wujudlah Tingkap Mudah Eja (TIME).
ABM ini agak besar, sesuai digunakan di dalam kelas di mana semua murid seramai 25 orang dapat
melihat dengan jelas.

Tingkap Mudah Eja dapat digunakan samada secara berkumpulan, berpasangan atau individu. Sekiranya
berpasangan, rakan dapat membantu murid yang agak lemah. Selain itu, bahan inovasi ini dapat
digunakan semasa waktu senggang iaitu selepas murid telah menyiapkan latihan selepas pdp di kelas.
Aktiviti mengeja ini semakin menyeronokkan kerana Tingkap Mudah Eja dapat dipelbagaikan cara
penggunaan antaranya dengan menyebut perkataan, murid eja dan cari kad sukukata yang betul.
Contohnya: guru/rakan menyebut baju, murid eja baju dan cari kad sukukata ba dan kad sukukata ju. Cara
kedua ialah dengan melekatkan gambar pada TIME, dan murid eja serta mencari kad sukukata yang betul.
Contohnya gambar roti, murid eja perkataan roti dan cari kad sukukata ro dan sukukata ti. Cara ketiga
ialah dengan meletakkan gambar dan sukukata pertama atau kedua pada TIME dan murid diminta
melengkapkan perkataan tersebut. Contohnya gambar pada TIME ialah guru, kad sukukata pertama yang
telah dilekatkan ialah gu, murid perlu mencari sukukata kedua iaitu ru.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Khusus


3.1.1 Kajian ini ialah untuk meningkatkan kemahiran mengeja perkataan V-KV dan KV-KV
3.1.2 Murid dapat mengeja dan membunyikan perkataan dengan betul.
3.1.3 Memudahkan guru menjalankan aktiviti membaca di kalangan murid lemah

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah 6 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan Kelas Pra
Cerdik berumur 6 tahun.

5.0 METADOLOGI KAJIAN

Sepanjang kajian ini dijalankan terdapat beberapa metadologi yang telah dilaksanakan. Antaranya ialah
Pemerhatian di dalam Kelas, Ujian Pra Bacaan, Pelaksanaan Aktiviti Menggunakan Tingkap Mudah Eja
dan Ujian Pos Bacaan.

5.1 Pemerhatian di dalam Kelas


5.1.1 Saya telah membuat pemerhatian ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Pada awal pengajaran dan pembelajaran, melalui lembaran kerja dan latihan di dalam kelas
didapati 10 orang murid tidak menguasai kemahiran KV-KV. Sebahagian murid dapat mengeja
sukukata pertama dan sukukata kedua tetapi apabila hendak membatang perkataan tersebut, murid
akan terlupa meyebut samada sukukata pertama atau sukukata kedua. Sebahagiannya menyebut
bunyi sukukata dengan tidak tepat.
5.2 Ujian Pra Bacaan

Saya telah membuat Pra Ujian Bacaan secara individu. Setiap murid akan dipanggil untuk membaca
perkataan pada Buku Bacaan yang telah saya jalankan pada bulan Julai bagi Pra Ujian V-KV dan Pra
Ujian KV-KV. Dapatan dari Pra Ujian Bacaan ialah agak membimbangkan saya kerana Kemahiran V-KV
seramai 4 orang tidak menguasai ( tidak dapat mengeja/lemah dalam mengeja) dan 6 orang sedang
menguasai (menguasai dengan sederhana). Manakala bagi Kemahiran KV-KV seramai 3 orang tidak
menguasai dan 7 orang sedang menguasai.

5.2.1 Ujian Pra

Bil Responden V-KVK KV-KV

PENGUASAAN M SM TM M SM TM

 
Murid A
1
 
Murid B
2
 
Murid C
3
 
Murid D
4
 
Murid E
5
 
Murid F
6
 
Murid G
7
 
Murid H
8
 
Murid I
9
 
Murid J
10
BILANGAN 0 6 4 0 7 3
Jadual 1

5.3 Pelaksanaan Aktiviti Menggunakan TIME

Tingkap Mudah Eja (TIME) diperkenalkan secara berperingkat setelah Pra Ujian Bacaan diadakan.
Tingkap Mudah Eja digunakan bermula dari bulan Julai sehingga kini. Saya memberikan bimbingan
kepada murid secara berterusan agar murid dapat menguasai Kemahiran Bacaan V-KVK dan KV-KV.
Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan TIME, salah satunya samada untuk memperkenalkan
kemahiran melalui pembelajaran, aktiviti individu atau aktiviti kumpulan.
Rajah 1 : TIME – Tingkap Mudah Eja

5.3.1 Aktiviti Individu

Murid akan diberikan Tingkap Mudah Eja dan kad perkataan


di dalam sampul mengikut warna seperti hijau, merah, merah
jambu, biru dan ungu bagi Kemahiran Bacaan KV-KV.

Rajah 2

Murid menampal gambar dan kemudian mencari sukukata


yang betul bagi ejaan gambar tersebut. Murid akan menampal
sukukata gambar sehingga memberi maksud yang lengkap.

Rajah 3
Pertandingan secara individu juga boleh dilaksanakan
di kalangan murid sebagai ransangan.

Rajah 4
5.3.2 Aktiviti Kumpulan

Murid dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut warna


TIME iaitu hijau, merah, merah jambu, biru dan ungu.

Rajah 5

Bagi Kemahiran di dalam Bahasa Melayu terdapat 5 pusingan


yang melibatkan ejaan KV-KV dan V-KVK, ketua bagi setiap
kumpulan akan mengambil kad sukukata mereka mengikut
warna dari guru..

Rajah 6

Setiap kumpulan perlu menyiapkan dengan cepat dan


bekerjasama di dalam kumpulan bagi mendapat markah penuh
(5 markah) bagi setiap pusingan.

Rajah 7

5.4 Ujian Pos

Saya telah menjalankan Post Ujian Bacaan secara individu setelah menggunakan TIME ini secara
berperingkat . Caranya ialah dengan meminta murid mengeja dari perkataan V-KVK dan KV-KV. Saya
amat gembira dengan peningkatan murid-murid saya memandangkan mereka perlu bersedia untuk
memasuki Tahun 1. Selain itu, murid-murid lebih yakin untuk mengeja dan turut meningkatkan
kemahiran menulis mereka.

Bil Responden V-KVK KV-KV

PENGUASAAN M SM TM M SM TM

 
Murid A
1
 
Murid B
2
3 Murid C  
 
Murid D
4
 
Murid E
5
 
Murid F
6
 
Murid G
7
 
Murid H
8
 
Murid I
9
 
Murid J
10
BILANGAN 6 4 0 7 3 0

Jadual 2

5.4.1 Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos V-KVK

7
6
5
4
PRA UJIAN
3 POST UJIAN
2
1
0
MENGUASAI SEDANG MENGUASAI TIDAK MENGUASAI
Jadual 3

Pada Ujian Pra tiada murid menguasai V-KVK, namun begitu setelah menggunakan TIME seramai enam
orang murid berjaya menguasai kemahiran tersebut.

5.4.2 Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos KV-KV


8
7
6
5
4 PRA UJIAN
3 POST UJIAN

2
1
0
MENGUASAI SEDANG MENGUASAI TIDAK MENGUASAI
Jadual 4

Keputusan Ujian Pra menunjukkan tiada murid menguasai KV-KV tetapi terdapat peningkatan
penguasaan murid selepas aktivit TIME dilaksanakan.

5.5 Perkongsian Bahan Inovasi

Terdapat beberapa cara yang telah saya lakukan bagi perkongsian bahan inovasi, antaranya ialah:

5.5.1 Perkongsian di antara rakan guru di sekolah

Bahan inovasi ini saya telah kongsikan bersama beberapa orang rakan guru antaranya ialah guru
prasekolah, guru perpustakaan dan guru pemulihan.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian ini adalah untuk membantu murid-murid yang lemah mengeja menggunakan bahan bantu
mengajar yang menarik minat murid selain daripada menggunakan buku bacaan di dalam kelas. Murid
lebih seronok menggunakan Tingkap Mudah Eja kerana dalam masa yang sama terdapat unsur bermain di
dalamnya. Saya amat berhasrat untuk memperkembangkan lagi penggunaan Tingkap Mudah Eja ini agar
dapat digunakan untuk membina frasa, membina ayat serta digunakan di dalam Tunjang lain selain
daripada Tunjang Komunikasi contohnya digunakan untuk memperkenalkan perkataan di dalam Bahasa
Inggeris atau digunakan bagi aktiviti slot Tema. Diharapkan saya juga mampu untuk membina modul
bacaan yang dapat digunakan bersama-sama Tingkap Mudah Eja.

Dalam masa yang sama, bahan ini juga mempunyai dwi fungsi kerana dapat digunakan bagi Operasi
Tambah dan Operasi Tolak. Diharapkan saya dapat menambahbaik fungsi bahan ini menjadi lebih
pelbagai dan digunakan di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai