Anda di halaman 1dari 13

Contoh Kajian Tindakan Matematik

‘LIDI OH LIDI’ : SATU KAEDAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELOREK


RANTAU YANG MEMUASKAN KETAKSAMAAN

Faridah Binti Othman


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik, 08200 Sik, Kedah Darul Aman
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid yang kurang mahir melorek rantau yang
memuaskan sesuatu ketaksamaan. Seramai 20 orang murid Tingkatan 5 Al Farabi, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Sik dan seorang guru telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui penyemakan buku latihan
murid, temu bual bersama murid, Ujian Topikal 1 dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang mahir melukis
garis dan melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan. Oleh itu, perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk
meningkatkan kemahiran menggunakan kaedah ‘Lidi oh Lidi’. Tiga aktiviti telah dijalankan iaitu senaman orang lidi, main-
main lidi berwarna dan ujian kendiri Guna Apa Saja (GAS) bertujuan meningkatkan kemahiran melukis garis lurus dan
melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan. ‘Lidi oh Lidi’ adalah nama lain bagi ‘ line (garis), draw (lukis) dan
inequalities (ketaksamaan). Kajian ini telah dapat diselesaikan dalam tempoh satu minggu. Keputusan ujian pasca telah
menunjukkan peningkatan prestasi murid berbanding ujian pra. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan min ujian pra iaitu
7.7 kepada 14.25 bagi ujian pasca. Hasil kajian menunjukkan kaedah ini adalah mudah serta dapat meningkatkan kemahiran
melukis dan melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan dengan cepat dan tepat.

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Murid-murid Tingkatan 5 Al Farabi terdiri daripada murid yang sederhana dan lemah pencapaian
subjek Matematik. Berdasarkan pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya dapati
majoriti murid kelas ini tidak mahir topik graf fungsi II terutamanya sub topik melorek rantau yang
memuaskan ketaksamaan. Saya menggunakan kaedah yang ditunjukkan dalam buku teks Matematik
Tingkatan 5 tetapi murid tidak faham. Saya beralih kepada kaedah yang ditunjukkan dalam beberapa
buah buku rujukan lain, tetapi murid masih tidak faham juga.

Kerisauan saya bertambah apabila keputusan Ujian Topikal 1 menunjukkan 20% daripada murid
Tingkatan 5 Al Farabi gagal subjek Matematik. Hanya 2 orang murid sahaja mendapat gred A, 3
orang mendapat gred B, 7 orang mendapat gred C, 3 orang mendapat gred D, 1 orang mendapat gred
E dan 4 orang murid gagal dalam ujian tersebut. Saya cuba mengenalpasti punca masalah dan
didapati murid tidak mahir melukis garis lurus y = ax + b dalam bentuk garisan putus-putus ( - - - - -
-) atau garisan penuh ( _________ ) berasaskan ketaksamaan y > ax + b, y < ax + b, y ≥ ax + b dan y
≤ ax + b. Saya juga mendapati terdapat pelajar yang kehilangan markah akibat kecuaian. Murid-
murid ini mahir melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan tetapi lupa untuk melukis garisan
putus-putus.
Walaupun saya memberi lebih banyak latihan, namun masih terdapat murid yang keliru antara
persamaan dan ketaksamaan, tidak mahir melukis garis dan melorek rantau ketaksamaan. Ada juga
antara mereka yang tidak mahu berfikir dan tidak menjawab soalan latihan yang diberikan.
Kelemahan ini mungkin bepunca daripada kaedah pengajaran guru yang kurang menarik dan murid
kurang berminat terhadap sub topik ini.

Berikut adalah contoh-contoh kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam Ujian Topikal 1.

2. FOKUS KAJIAN

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu, satu kajian telah dijalankan bertujuan mencari
jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi kelemahan dalam kaedah pengajaran. Sememangnya
kemahiran melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan adalah sub topik yang sering diuji dalam
soalan Matematik SPM kertas 2 dan menyumbang sebanyak 3 markah. Jika murid dapat menguasai
sub topik ini, peluang untuk mendapat markah penuh adalah sangat tinggi. Bagi soalan ini, murid
hanya perlu melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan di atas kertas jawapan dan soalan ini tidak
melibatkan sebarang kiraan. Justeru, fokus kajian ditumpukan kepada melukis garis lurus y = ax + b
sebagai garisan putus-putus (- - - - - - -) atau garisan penuh (_______) serta tumpuan kepada kaedah
pantas melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan y > ax + b, y < ax + b, y ≥ ax + b dan y ≤ ax +
b.

Saya sedar, masalah ini perlu dikaji dan tindakan yang sesuai perlu dilaksanakan segera secara efektif.
Keazaman yang tinggi untuk mencatat keputusan 100% bagi subjek Matematik pada setiap kali ujian
dan peperiksaan telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan ini. Menyedari terdapat
murid yang tidak dapat menguasai kaedah yang dicadangkan dalam buku teks, satu kaedah baru
diteroka bagi meningkatkan kemahiran murid melukis garis lurus dan melorek rantau yang
memuaskan ketaksamaan. Oleh itu, saya telah menggunakan kaedah yang lebih baik dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid belajar dengan lebih
berkesan. Saya sedar bahawa ketidakserasian antara kaedah pengajaran dengan profil kecerdasan
murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal dalam subjek Matematik.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran murid melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan .

Objektif khusus
i. Meningkatkan kemahiran murid melukis garis y = ax + b
ii. Membantu murid membezakan ketaksamaan linear y > ax + b, y < ax + b, y ≥ ax + b dan y ≤ ax
+ b.

iii. Membantu guru mengenalpasti masalah murid secara mendalam


iv. Membantu dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya lebih berkesan.

4. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan 20 orang murid Tingkatan 5 Al Farabi yang terdiri daripada 9
orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan.

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah


Berikut adalah kaedah yang digunakan oleh saya bagi mengenalpasti punca permasalah sebenar.:
• Tinjauan buku latihan murid
• Sesi temubual bersama murid

• Ujian Topikal 1

• Ujian Pra

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

1. Tinjauan buku latihan murid

Hasil tinjauan mendapati 80% daripada keseluruhan murid kelas ini gagal menjawab soalan latihan
yang diberikan dalam kelas. Saya dapati murid tidak dapat melukis garis dan melorek rantau yang
memuaskan ketaksamaan. Kerja murid lelaki juga tidak kemas. Terdapat segelintir pelajar yang tidak
menggunakan pembaris semasa melukis garis lurus.

2. Sesi temubual bersama murid

Guru telah menemubual murid bertanya apakah punca permasalahan sebenar mereka dalam
menyelesaikan soalan latihan dan punca mendapat markah yang rendah dalam ujian Topikal 1.
Jawapan yang diberi ialah “ tidak faham, cikgu”. Guru berpendapat mungkin kaedah yang
ditunjukkan dalam buku teks sukar difahami murid.

3. Analisis keputusan Ujian Topikal 1

Melalui keputusan ujian topikal 1, didapati murid kelas 5 Al Farabi lemah konsep melorek rantau
yang memuaskan ketaksamaan iaitu salah satu sub tajuk penting dalam topik graf tingkatan 5.
Analisis pencapaian murid bagi ujian topikal 1 ditunjukkan dalam jadual 1.

Jadual 1: Analisis Keputusan Ujian Topikal 1


4. Ujian Pra

Memandangkan soalan yang ditanya dalam Ujian Topikal 1 merangkumi banyak konsep asas
tingkatan 5, jadi saya telah menjalankan satu lagi ujian ke atas murid tersebut iaitu Ujian Pra. Hal ini
memastikan sama ada murid tersebut benar-benar lemah dalam melorek rantau yang memuaskan
ketaksamaan sebelum aktiviti-aktiviti yang dirancangkan akan dijalankan. Analisis pencapaian Ujian
Pra adalah seperti dalam jadual 2.

Jadual 2: Analisis Pencapaian Murid Bagi Ujian Pra


Berdasarkan analisis Ujian Pra jelas menunjukkan bahawa 100.00% murid dalam kelas tersebut hanya
mampu mendapat markah kurang daripada 15. Soalan yang dikemukakan dalam ujian pra ini diambil
daripada Ujian Topikal 1 yang telah dibincangkan serta soalan percubaan negeri-negeri dan soalan
SPM tahun tahun lepas.

5.3 Tindakan yang dijalankan

Aktiviti 1: Senaman Orang Lidi


Setiap murid diberikan sehelai kertas A4 putih dan murid dikehendaki melukis graf linear y = k, x = h
dan y = ax + b pada kertas A4. Seterusnya, guru meminta murid melukis gambar orang lidi
melakukan pergerakan tangan atau pergerakan kaki menyerupai garis lurus y = k, x = h dan y = ax + b
. Murid digalakkan mewarna lukisan mereka supaya nampak lebih cantik. Guru juga meminta
beberapa orang murid melukis pada pada papan tulis. Seterusnya, guru dan murid sama-sama
bersenam seperti orang lidi yang telah dilukis.
Murid melukis gambar orang lidi di atas kertas A4

Pemerhatian
Murid kelas ini menunjukkan pelbagai reaksi apabila guru mengumumkan langkah aktiviti 1.
Kebanyakan murid seronok dengan aktiviti ini. Lukisan orang lidi ini membantu murid mengingati
bentuk garis lurus dengan lebih mudah. Pada mulanya murid perempuan malu-malu semasa
melakukan aktiviti senaman.

Refleksi
Aktiviti ini telah menarik perhatian murid. Mereka menjalankan aktiviti ini dengan bersungguh-
sungguh. Kelainan aktiviti yang dijalankan berbanding sebelum ini memberi impak yang besar kepada
murid.

Aktiviti 2 : Main-main Lidi Berwarna


Saya memulakan aktiviti 2, saya telah menyentuh perihal kepentingan warna dalam kehidupan. Saya
pernah membaca satu artikel yang menyatakan manusia “People are 80% more likely to remember
what they read if it’s in colour’’. Oleh itu, satu mencuba kaedah baru menggunakan bahan maujud
berwarna supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik.

Semasa aktiviti dijalankan, murid telah diagihkan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan telah
dibekalkan dengan lidi-lidi berwarna, lembaran kerja dan soalan tahun-tahun lepas. Murid
dikehendaki menggunakan lidi berwarna untuk membentuk segitiga bagi setiap garis persamaan.
Seterusnya, melukis garis putus-putus atau garis penuh dan seterusnya melorek rantau yang
memuaskan ketaksamaan. Guri memberitahu murid bahawa lidi berwarna dipilih bagi membezakan
antara satu garis dengan garis yang lain. Guru membimbing pelajar melorek rantau ketaksamaan
menggunakan lidi berwarna.
Murid menjalankan aktiviti main-main lidi berwarna dalam kumpulan

Pemerhatian
Kebanyakan murid seronok menjalankan aktiviti ini. Murid berebut-rebut meletakkan lidi berwarna
pada garis untuk membentuk segitiga. Terbukti lidi berwarna ini membantu mereka melukis garis dan
melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan dengan pantas dan tepat.

Refleksi
Saya harus memberi penekanan kepada aktiviti ini kerana setelah faham konsep ketaksamaan, murid-
murid nampak lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan mereka secara
berkumpulan.

Aktiviti 3: Ujian Kendiri GAS (Guna Apa Saja)

Setiap murid telah dibekalkan dengan 5 soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan soalan percubaan
negeri-negeri. Setiap murid perlu menjawab secara individu. Murid hanya dibenarkan menggunakan
alatan yang boleh dibawa ke dewan peperiksaan sahaja seperti pen, pensil, pembaris atau lain-lain alat
tulis. Murid-murid juga boleh menggunakan jari-jari tangan mereka atau apa sahaja yang terlintas di
fikiran mereka untuk menggantikan lidi. Ganjaran dalam bentuk hadiah iaitu buku nota kecil
diberikan kepada murid yang mendapat markah tertinggi dalam aktiviti ini.

Murid menggunakan pen, pensil dan pembaris semasa aktiviti 3 dijalankan.


Pemerhatian
Murid begitu seronok dengan aktiviti yang dijalankan kerana sebelum ini kaedah yang ditunjukkan
dalam buku teks tidak difahami mereka. Berdasarkan keputusan ujian, didapati kebanyakan murid
dapat melukis garis dan melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan dengan tepat dan cepat.
Terdapat murid secara sukarela meminta guru memberi lagi soalan tambahan.

Refleksi
Murid sudah ada keyakinan diri dan mahir menjalankan aktiviti 3. Aktiviti ini memberi kesan positif
kepada murid supaya selalu bersedia menghadapi ujian dan peperiksaan sebenar. Murid lebih
berminat untuk menyelesaikan soalan yang diberikan kerana mereka telah mahir melukis dan melorek
rantau ketaksamaan.

5.4 Penilaian
Penilaian terhadap keberkesanan kajian tindakan ini ditentukan berdasarkan perbandingan keputusan
Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah set soalan yang sama. Perbandingan
boleh dilihat pada jadual 3 dan jadual 4.

Jadual 3: Perbandingan UjianPra dan Ujian Pasca berdasarkan individu.


Jadual 4: Jadual Skor Perbandingan Pencapaian Murid bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca
Berdasarkan keputusan ujian ini menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid dalam Ujian
Pasca iaitu bilangan murid yang mendapat markah lebih daripada 12 bertambah. Pencapaian prestasi
terbaik diberi ganjaran. Dapatan Ujian Pasca menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian
murid. Kajian ini telah berjaya menemui kaedah yang sesuai untuk membantu murid menjawab soalan
yang melibatkan lorekan rantau yang melibatkan ketaksamaan.

5.5 Refleksi Kajian


Setelah melekukan kesemua aktiviti, terdapat perubahan yang positif dalam diri murid. Pencapaian
pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara Saya dapati murid
berminat dalam sub topik melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan. Kaedah ini sangat sesuai
kepada pelajar kerana memakan masa yang sangat singkat dan jawapan yang tepat dapat diperolehi
dengan mudah. Mereka berminat menggunakan bahan-bahan maujud untuk membantu mereka
menyelesaikan soalan yang melibatkan kemahiran melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan.
Kebolehan menggunakan Teknik ‘Lidi oh Lidi’ merupakan salah satu kemahiran Visual – Ruang.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah ’Lidi oh Lidi’ telah banyak membantu pelajar
meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping
menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan. Saya yakin
bahawa Teknik ‘Lidi oh Lidi’ dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam
subjek matematik.

6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Saya dapati kajian tindakan ini berjaya membantu saya mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan seterusnya memupuk minat murid untuk belajar Matematik. Saya dapati
kaedah baru telah berjaya meningkatkan kemahiran melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan.
Memandangkan pelajar mahukan kaedah yang paling mudah dan senang difahami bagi menyelesaikan
sesuatu soalan, saya bercadang untuk mengaplikasi kaedah ‘lidi oh lidi’ dalam Matematik Tambahan
Tingkatan 5 iaitu topik pengaturcaraan linear bagi melorek rantau yang memuaskan ketaksamaan
linear.

7. RUJUKAN
1. Norhamazaini binti Mat Nali (2007). LEGOFORkim: Membantu Penulisan Formula Sebatian Kimia
Dan Persamaan Kimia Yang Seimbang: Penerbitan Matra Edisi 4, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Anda mungkin juga menyukai