Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

TAJUK: KAEDAH I-PALM SU VE O BAHASA INGGERIS TAHUN 5 PAPER 2


SECTION A
NAMA : KHAIRULFAKHRIAH BINTI KAMISAN
PANITIA : BAHASA INGGERIS
SEKOLAH : SK BAGAN
1.0 PENDAHULUAN
1.1

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


Sebelum membuat semakan kertas peperiksaan, saya beranggapan bahawa apa yang

dipelajari oleh murid-murid semasa di Tahun 4 akan digunakan untuk menjawab soalan
Section A. Semasa saya membuat semakan kertas peperiksaan pertengahan tahun Bahasa
Inggeris Tahun 5 Bijak, saya mendapati bahawa hampir keseluruhan murid kelas tersebut
begitu lemah dalam membina ayat bagi Section A (paper 2). Murid-murid membina ayat
dengan struktur ayat dan penggunaan vocabulary yang tidak tepat.
Berdasarkan tinjauan dan perbualan , didapati ramai pelajar di

kelas ini tidak

memahami , tidak dapat mengingat apa yang telah dipelajari dalam matapelajaran Bahasa
Inggeris, dan ada juga yang tidak tahu apakah yang sedang dipelajari oleh mereka. Ini amat
merugikan kepada para pelajar jika mereka tidak dapat menguasai kemahiran membuat ayat
dalam Bahasa Inggeris . Oleh itu suatu pendekatan perlu diambil agar masalah ini tidak
berlarutan hingga ke tahun 6 apabila mereka perlu menduduki peperiksaan UPSR. Keadaan
ini juga merugikan guru-guru kerana apa yang diajari bagai mencurah air ke daun keladi dan
menggambarkan tahap kualiti guru tersebut sebagai pendidik dan agen perubahan.
Pada pendapat saya soal tidak faham dan tidak ingat , tidak seharusnya timbul jika
mereka benar-benar fokus kepada isi pengajaran yang disampaikan oleh guru dengan baik .
Kehilangan fokus dan tidak memahami bagaimana membuat ayat mudah dalam subjek
Bahasa Inggeris adalah di antara sebab saya terpanggil untuk melaksanakan kajian dalam
lapangan ini. Sekiranya mereka tidak dapat memahami dan tidak dapat menulis ayat mudah
dalam Bahasa Inggeris bagi soalan 1 ( Paper 2), apatah lagi untuk menulis essay bagi soalan
3 ( Paper 2) yang semakin sukar.
0

Pelaksanaan tindakan / aktiviti yang dijalankan.


1.0 Objektif Kajian
1.1

Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran menulis ayat mudah dalam Bahasa Inggeris.

1.2

Objektif Khusus
1.2.1

Pelajar dapat menulis ayat mudah Simple Present Continuous Tense.

1.2.2

Pelajar dapat mengingati dan menguasai verb dan object yang dipelajari.

1.2.3

Untuk menarik minat pelajar menulis ayat Bahasa Inggeris yang dirasakan
amat sukar.

2.0

Kumpulan Sasaran :
Seramai 14 orang murid Tahun 5 Bijak. Tahap pencapaian para pelajar kelas ini dalam

mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhanadan lemah.


3.0

Perlaksanaan Kajian
Beberapa langkah telah dirancang dan diambil untuk memastikan proses kajian ini

berjalan dengan sempurna.


3.1

Tinjauan Masalah
Semasa menjalankan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan ujian pra,

pemerhatian di dalam kelas, dan temubual yang telah dijalankan.

2.0

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1

Isu Keprihatinan / Fokus Kajian


1. Tidak memahami objektif pembelajaran Bahasa Inggeris (mengapa perlu pelajar
mempelajari Bahasa Inggeris)
2. Tidak tahu bagaimana dan apakah yang perlu mereka fahami dalam membuat ayat.
3. Mempunyai mind set di mana subjek Bahasa Inggeris ini sukar

2.2

Tinjauan Masalah
Analisis Tinjauan Masalah
2.2.1

Ujian Pra

Satu ujian pra telah dijalankan terhadap kelas 5 BIJAK dan hasil keputusan Ujian Pra
adalah seperti pada Jadual I .
Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra bagi sampel kajian Kelas 5 Bijak.
Sampel Murid Markah
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.

(S )
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

Catatan

(Jawapan yang betul/ 10)


3
3
4
2
1
3
1
2
3
3
2
1
4
5

Berdasarkan jadual Ujian Pra, didapati tiada pelajar yang mendapat markah 10. Rata-rata
mereka mendapat markah dari 1 hingga 5 markah sahaja dalam Ujian Pra ini.
2.2.2

Pemerhatian yang Dilaksanakan di Kelas


Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan di dalam kelas, saya dapati
2

terdapat dua orang pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang saya
berikan. Majoriti pula memberikan jawapan yang salah. Puncanya ialah
pelajar tidak dapat mengingati konteks isi pelajaran yang dipelajari walaupun
telah diulangi beberapa kali.
2.2.3 Temubual
Hasil temubual awal bersama sepuluh orang pelajar 5 BIJAK secara tidak
formal, beberapa jawapan telah saya perolehi dan kebanyakannya adalah
sama untuk kesemua pelajar.
3.3

Tindakan Yang Dijalankan

3.3.1

Penerangan tentang Kaedah I-PALM Su Ve O


Dalam kaedah ini, guru memperkenalkan kepada penggunaan tapak tangan dalam

membuat ayat Bahasa Inggeris. Tapak tangan dipilih adalah berdasarkan pemerhatian guru
terhadap pelajar-pelajar semasa mereka menjawab soalan ujian atau peperiksaan. Pelajarpelajar yang tidak dapat menjawab soalan biasanya akan bermain-main dengan tangannya
seperti melihat tapak tangan dan menongkat kepala dengan tangan dan kedudukan tapak
tangan di kepalanya. Pendekata, tapak tangan adalah anggota badan yang selalu diperhatikan
oleh pelajar-pelajar , jadi adalah baik sekiranya pelajar-pelajar dapat menggunakan tapak
tangan untuk mengingati apa yang telah dipelajarinya dalam menjawab soalan 1 ( Kertas 2
Bahasa Inggeris ).
Guru mengarahkan pelajar untuk menulis di tapak tangan kiri dengan menggunakan
pen hitam mengikut arahan seperti di bawah :
1.

S 1 - di tengah tapak tangan kiri .

2.

Su - di ibu jari

3.

is

4.

Ve + ing - di jari hantu

5.

O what how jari manis

6.

O where when jari kelingking

- di jari telunjuk

Kemudian guru mengarahkan pelajar untuk menulis di atas tangan kiri pula mengikut
arahan seperti di bawah :
1.

P - tengah atas tangan kiri .

2.

Su - ibu jari

3.

are

4.

Ve + ing - jari hantu

5.

O what how jari manis

6.

O where when jari kelingking

- jari telunjuk

Guru menerangkan kepada pelajar maksud perkataan perkataan yang di tuliskan di atas
tapak tangan dan di tangan.
3.3.2

Menulis ayat dengan I-PALM SuVeO


Guru mengedarkan sehelai lembaran kepada pelajar . Lembaran tersebut

mengandungi beberapa buah gambar untuk pelajar membuat ayat mudah yang berkaitan .
Pelajar

diperkenalkan

dengan

pendekatan

membuat

ayat

mudah

dengan

menggunakan Kaedah I-PALM SuVeO dengan mengikut langkah-langkah berikut:


1.

Guru bertanya kepada pelajar beberapa soalan seperti:


How many people in the picture?
Are you going to use S1 or P?

2.

Berdasarkan gambar di atas pelajar akan menjawab P kerana ada tiga orang budak
lelaki . Oleh itu semua pelajar akan melihat atas tangan yang di tulis P.

3.

Bermula dengan ibu jari ( Subject) The boys , kemudian ibu jari dimasukkan ke
dalam.

4.

Diikuti dengan jari telunjuk ( are) , jari telunjuk akan dimasukkan ke dalam

5.

Kemudian jari hantu ( Verb) + ing ( fish + ing = fishing) , jari hantu dilipatkan ke
dalam.

Jari manis (Object) ( What / How) patiently, kemudian jari manis dilipatkan ke
dalam.

7.

Diikuti dengan jari kelingking ( Object) ( Where/ When ) at the river . Kemudian
jari kelingking dimasukkan ke dalam.

8.

Tangan pelajar akan digenggam membentuk satu penumbuk yang membawa erti
bahawa mereka perlu meletakkan nokhtah atau titik di hujung ayat.
The boys are fishing patiently at the river.

3.3.3

Spelling dan penggunaan My sayang book


Pelajar-pelajar diberi my sayang book yang mengandungi vocabulary dan senarai

verb yang selalu digunakan dalam membuat ayat. Pelajar-pelajar akan membaca dan
menghafal vocabulary ( object) dan verb . Spelling dan latihan membuat ayat adalah kerap
diberikan kepada mereka. Penggunaan ganti nama sayang apabila berinteraksi dengan
pelajar-pelajar.

4.0 Jadual Pelaksanaan


Perlaksanaan kaedah I-PALM Su Ve O ini telah dijalankan mengikut tarikh dan ketetapan
berikut :
5

BIL

5.0
Bil

1.
2.

AGENDA
Ujian Pra
Pengenalan kepada kaedah I- PALM Su Ve O

Tarikh
11 Mei 2014
14 Mei 2014

3.

Penerangan tentang prinsip I-PALM Su Ve O (Simple 19 Mei 2014

4.

Present Continuous Tense) dan perlaksanaannya.


Pemberian My Sayang book

5.

Pelajar dikehendaki menghafal 5 verb atau 5 noun setiap hari.


Spelling dan latihan membuat ayat
12 Mei 22 Mei 2014

6.

Ujian Post

12 Mei 2014

26 Mei 2014

Kos Kajian
Bahan

1
Kertas A4
2
Dakwat cetakan komputer
3
Pensel warna
4
Pen marker
6
Pen Hitam dan
5
Barangan am
JUMLAH KESELURUHAN

Bilangan unit

Harga seunit

Jumlah

1
1
1
5
14
-

(RM)
12.00
10.00
10.00
3.80
1.20
-

(RM)
12.00
10.00
10.00
19.00
16.80
20.00
87.80

harga

SENARAI RUJUKAN

Bahner , S (1995). Short takes on writing : The 60-minutes collaborative paper. College
Teaching , 43(1), 14-15
Jones , P. Taylor , A & Tate , D. Flip it ! And you be the judge : Two cooperative learning
activities to teach foreign languages.
Dean , E.E (1996) Teaching the proof process : A model for discovery learning .

Halliday , M.A.K (1985) Spoken and Written Language. Geelong , Victoria .Deankin
University Press.
Christie , F. (1984) . Children Writing : A Reader. Deakin University Press.
Bolitho, R & Tomlisson , B ( 1995) Discover English . Oxford : Heinemann.
Martin, J.R & J Rothery ( 1981) Writing Project Report . University of Sydney.
Martin ,J.R (1992) English Text: System and Structure. Amsterdam.John Benjamins.
Moll,L.C

(1990)

Instructional

implications

and

applications

of

socio-historical

psychology.Cambridge. Cambridge University Press.


Painter , C. ( 1991) Learning the mother tongue (2 nd ed) . Geelong , Victoria. Deakin
University Press.

Website :
http://wwwliteracyhour.co.uk/Literacy/html/lesson.html

Anda mungkin juga menyukai