Anda di halaman 1dari 1

SEDIKIT-SEDIKIT AKHIRNYA BERHASIL

TAMAN PULAI PERDANA : Kedai Jahit Baju NAZILA PEKERY membantu memansuhkan penggunaan beg plastik
secara berperingkat mulai tahun hadapan.

Hasil temubual, pendekatan ini diambil bagi membendung masalah pencemaran, sekali gus membantu menjaga
kelestarian alam sekitar.

Katanya, pihaknya mengambil pendekatan awal untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada peniaga dan orang
ramai terhadap isu alam sekitar bermula awal tahun hadapan.

Sejak tahun lalu, jiran sebelah negeri iaitu Selangor telah menekankan dan menjalankan kempen ‘hari tanpa beg
plastik’ pada hari Sabtu namun, pada tahun ini kita menyahut cabaran plastik di negeri Selangor ini dengan
mengambil langkah untuk melaksanakan hari tanpa beg plastik semasa urusniaga. Ada sesetengah pasaraya telah
mengamalkan kaedah ini dan perkara ini dapat mengurangkan penggunaan beg palstik. Oleh sebab itu kita katakan
TIDAK guna beg plastik.

“Ia selaras dengan usaha untuk memansuhkan penggunaan plastik mulai tahun 2021”. Ia dilaksanakan secara
berperingkat supaya orang awam tidak terkejut dengan urusniaga premis ini. Puan Nazila berkata, berikutan
pemansuhan itu, pada peringkat permulaan orang awam yang memerlukan khidmat Puan Nazila perlu
memaklumkan kuantiti kain yang dihantar. Jika dalam kuantiti yang banyak, orang awam digalakkan membawa beg
serbaguna bagi urusan tersebut.

Katanya, pelaksanaan ini dilakukan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat untuk bersama menjaga
kebersihan dan kesejahteraan sekitar kawasan sekali gus memelihara alam sekitar pada masa akan datang.

“Kita juga berharap agar pelanggan turut memberi kerjasama dengan membawa beg serba guna dari rumah
sebelum datang ke premis walaupun kuantiti baju yang hendak dibuat sedikit untuk memudahkan tambahan jenis
kain selepas itu,”katanya. Semoga apa yang kita usaha ini dapat menyelamatkan alam sekitar daripada dicemari
terutama hidupan marin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2020 @ 4.48 PM

Anda mungkin juga menyukai