Anda di halaman 1dari 8

PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH RENDAH

PANDUAN AM

PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam
usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda, pihak
Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan pertandingan ini pada tahun
1989. Secara tidak langsung, para Murid dapat menghayati dan berfikiran kritis
dalam hal ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Murid dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan semaksimum


mungkin

2.2 Murid dapat mengaplikasikan kemahiran berbahasa dalam menjawab


pantun

2.3 Murid membina keyakinan diri dalam pertandingan

3.0 PENGELOLAAN

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.0 JENIS PERTANDINGAN

Kalah mati

5.0 PENYERTAAN

5.1 Pendaftaran peserta –5 (lima) orang.


5.2 Bilangan guru – seorang guru pengiring
PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH RENDAH
PANDUAN AM

6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

6.1.0 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah.

6.1.1 Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat kerat iaitu pantun
empat baris yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris
maksud. Rima hujung baris mestilah berpolakan “a/b/a/b”

6.1.2 Pesta pantun ini disertai oleh lima pemantun yang terdiri daripada
tiga pemantun dan dua orang pemantun simpanan.

6.1.3 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.

6.1.4 Pasukan yang memperoleh markah tertinggi dikira sebagai


pemenang.

6.1.5 Jika berlaku seri, pasukan yang memperoleh markah isi tertinggi
dikira sebagai pemenang.

6.1.6 Jika masih berlaku seri, markah bahagian bahasa pula diambil kira.

6.1.7 Masa dikira selepas arahan jurupantun.

6.1.8 Masa dikira sebaik sahaja jurupantun mengarahkan pemantun


menjual pantun iaitu 15 saat untuk pusingan pertama dan
kedua. Manakala pusingan ketiga, masa untuk menjual pantun
bagi tema yang dipilih ialah 90 saat.

6.1.9 Masa untuk membeli pantun ialah 90 saat untuk ketiga-tiga


pusingan.

6.1.10 Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat iaitu masa yang


ditetapkan untuk menjual pantun pusingan pertama dan kedua
dan 90 saat bagi pusingan ketiga untuk menjual pantun

6.1.11 Setiap pemantun dibenarkan menjual tiga rangkap pantun dan


membeli tiga rangkap pantun.

5
2
PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH RENDAH
PANDUAN AM

6.1 FORMAT PERTANDINGAN

6.1.1 Pertandingan pusingan pertama

1 A MENJUAL 15 SAAT
1 A MEMBELI 90 SAAT

2 B MENJUAL 15 SAAT
2 B MEMBELI 90 SAAT

3 C MENJUAL 15 SAAT
3 C MEMBELI 90 SAAT

6.1.2 Format Pusingan Kedua

1 B MENJUAL 15 SAAT
1 B MEMBELI 90 SAAT

2 C MENJUAL 15 SAAT
2 C MEMBELI 90 SAAT

3 A MENJUAL 15 SAAT
3 A MEMBELI 90 SAAT

6.1.3 Format Pusingan Ketiga


(Tema spontan – Cabutan undian tema)

1 C MENJUAL 90 SAAT
1 C MEMBELI 90 SAAT

2 A MENJUAL 90 SAAT
2 A MEMBELI 90 SAAT

3 B MENJUAL 90 SAAT
3 B MEMBELI 90 SAAT

53
PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH RENDAH
PANDUAN AM

6.2 PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

 Isi - 20 markah
 Bahasa - 20 markah
 Persembahan - 10 markah

 Penghakiman dalam pertandingan ini dihakimi oleh lima orang hakim

 Bahagian isi - 2 orang hakim


 Bahagian Bahasa - 2 orang hakim
 Bahagian Persembahan - 1 orang hakim

 Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara anggota kumpulan.


Sekiranya berlaku perbincangan, sebanyak 50 markah daripada
jumlah markah keseluruhan perlu dipotong.

 Pemantun dibenarkan bergerak dengan tertib dalam kawasan


pasukannya semasa menyampaikan pantun dengan syarat tidak
mengganggu pihak lawan.

 Keputusan hakim adalah muktamad.

6.3 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM PERTAMA

Menghakimi Bahagian Isi – Ketepatan soalan / belian / jawapan – Jelas


dan sesuai dengan tema – (10/20)

ISI – JUMLAH MARKAH (10/20)

i Ketepatan soalan / jawapan – jelas dan sesuai dengan tema

ii Pantun yang dijual mestilah mempunyai satu soalan yang jelas.

iii Jika lebih daripada satu soalan, 0 markah diberikan.

iv Pantun jualan yang merupakan penyataan dan bukan soalan,


0 markah diberikan.

v Jualan pantun yang terkeluar daripada tema, 0 markah diberikan.

vi Pantun yang berupa pelarian, yakni yang tidak menjawab soalan


0 markah diberikan.

54
PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH RENDAH
PANDUAN AM

vii Bagi pantun jualan yang 0 markah, pemantun bagi pihak lawan
wajib membeli pantun berdasarkan tema yang telah ditetapkan.
Pantun belian bagi soalan yang 0 markah (iii, iv dan v) di atas,
hendaklah diberikan pertimbangan markah mengikut budi bicara
hakim antara 4 – 8 markah.

6.4 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KEDUA

Menghakimi bahagian isi – Padat dan jitu serta bernilai susila – (10/20)

ISI – Jumlah Markah (10/20)

Pantun yang dijual dan dibeli hendaklah:-

i Padat dan jitu - 5 markah


ii Mempunyai nilai susila - 5 markah

Padat dan jitu bermaksud:

 Pemilihan kosa kata yang indah


 Tanpa kesalahan bahasa
 Susunan kata yang betul

Mempunyai nilai susila:

Pantun dapat dijadikan panduan / pedoman dalam kehidupan seharian

6.5 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KETIGA

Menghakimi bahagian bahasa - Pola rima dan suku kata (10/20)

a. Pola Rima ‘a/b/a/b’

 Rima di hujung baris - 3 markah


 Rima di tengah - 2 markah

b. Suku kata dalam baris

 8 hingga 12 suku kata - 5 markah

55
PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH RENDAH
PANDUAN AM

6.6 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM 4:

Menghakimi bahagian bahasa – pembayang maksud dan kesesuaian


dengan maksud - (10/20)

Pembayang maksud (6 markah)

a. Terdapat kesinambungan / hubungan antara baris pertama dengan


baris kedua.

 Kesinambungan / hubungan keindahan alam semesta, unsur


alam semula jadi dan karenah manusia dalam baris pertama
dengan baris kedua.

b. Kesesuaian pembayang dengan maksud (4 markah)

 Ada hubungan antara baris pembayang dengan baris maksud

6.7 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KELIMA

Menghakimi bahagian persembahan – gerakan fizikal, intonasi / jeda dan


kelancaran - (10 markah)

a. Gerak geri yang seimbang dengan pantun – (3 markah)

 (Gerak geri tangan, jelingan dan senyuman. Jika terdapat aksi


yang berlebihan, tiada markah yang diberikan)

b Intonasi dan jeda – (3 markah)

 (Jeda ialah nada / hentian sebutan bagi suku kata pada setiap
baris)

 Intonasi ialah nada bagi memisahkan maksud dengan


pembayang maksud pantun.

c. Kelancaran – (2 markah)
 Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan

d. Sebutan baku - (2markah)

57

56
PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH RENDAH
PANDUAN AM

PEMANTUN YANG BAIK

 Berpantun dalam keadaan biasa dan dalam suasana bersantai


 Berpantun dengan sebutan dan pengucapan yang biasa, tidak
meleret-leret atau pengucapan yang mengada-ngada.
 Berdiri dengan tertib, sopan dan kelihatan ceria.
 Tidak menunjukkan diri dalam keadaan yang dipaksa-paksa,
dibuat-buat atau berlakon.
 Tidak banyak mengulang perkataan / frasa/ rangkai kata yang
sama dalam setiap pantun yang dijual atau dibeli.
 Setiap jualan dan belian pantun mestilah jelas dan tepat.
Pantun yang dicipta mengandungi perkataan, frasa dan istilah
bahasa yang indah dan mudah difahami.
 Pantun yang dicipta mestilah bernilai tinggi.

CADANGAN TEMA PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN

1. Kebersihan Makanan
2. Memperkasa Wawasan Remaja
3. Majlis Harga
4. Rukun Negara
5. Amalan Budi Bahasa
6. Sekolahku Duniaku
7. Murid Bestari
8. Negara Lestari
9. Modal Insan
10. Malaysiaku Gemilang
11. Faedah Kokurikulum
12. Malaysiaku Indah
13. Memperkasa Bahasa
14. Pendidikan Percuma
15. Kepentingan Teknologi
16. Sayangi Keluarga
17. Cintai Alam Sekitar
18. Semangat Kejiranan
19. Semangat Perpaduan
20. Budaya Membaca
21. Gaya Hidup Sihat
22. Pendidikan Cemerlang
23. Kepimpinan Melalui Teladan
24. Akhlak Mulia
25. Ibu Mithali
26. Keselamatan Di Jalan Raya
PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH RENDAH
PANDUAN AM

27. Malaysia Cergas


28. Permainan Tradisional
29. Pakaian Tradisional
30. Batik Malaysia
31. Makanan Tradisional
32. Sayangi Warga Emas
33. Industri Tani
34. Perubatan Tradisional
35. Jati Diri
36. Pemimpin Mithali
37. Belia Jaya
38. Kebersihan Diri
39. Sekolah Satu Sesi
40. Makanan Seimbang
41. Pemikiran Kritis
42. Kecemerlangan Sukan Negara
43. Di Mana Bumi Dipijak, Di situ Langit Dijunjung
44. Memperkasa Bahasa
45. Budaya Keusahawanan
46. Satu Malaysia
47. Faedah Koperasi
48. Pendermaan Organ
49. Permata Negara
50. Pengguna Bijak
51. Rakyat Sihat
52. Integriti
53. Perpaduan Bangsa
54. Pelancongan Kesihatan
55. Warisan Sejarah
56. Sains Sukan
57. Sepakat Membawa Berkat
58. Fikiran Terbuka
59. Industri desa
60. Hutan Simpan

58

Anda mungkin juga menyukai