Perwatakan Drama 15.1.2021

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan sebuah drama yang pernah anda tonton pilih watak dan nyatakan perwatakan

watak tersebut.
(Berdasarkan ciri-ciri di atas)

Bagi menjawab soalan ini, saya telah memilih salah satu watak yang terdapat dalam drama
‘Melastik Ke Hatimu’ iaitu Haura Annisa atau Janna Nick. Di dalam drama ini juga kita dapat
melihat pembinaan luaran watak dan emosi atau psikologi watak dengan jelas. Sebagai
contoh, perwatakan Haura ini adalah seakan-akan lelaki atau ’tomboy’ kerana sifatnya yang
boleh bergantung terhadap diri sendiri. Dia juga tidak mudah menggelabah atau berfikir
terlalu panjang seperti perempuan lain. Boleh saya katakana bahawa Janna Nick itu sendiri
sudah mempunyai sifat-sifat yang sebgini, oleh itu dia dapat memainkan watak dengan baik.
Setersunya bagi aspek pemakaian pula, Haura masih dapat menunjukkan dirinya dapat
berpakaian seperti seorang perempuan. Walaupun perwatakannya seperti seorang lelaki,
pemakaian juga mestilah perlu dijaga, sebagai contoh, Haura telah memakai baju pengantin
yang sangat cantik pada hari perkahwinannya. Ekspresi Mimik muka Haura yang
ditunjukkan adalah sangat jelas. Sebagai contoh, jika dia tidak menyukai sesuatu perkara
itu, dia akan menimbulkan ekspresi benci yang dalam dan kita dapat lihat dengan jelas.

Sungguhpun begitu, emosi yang ditunjukkan oleh Haura dalam drama ini adalah sangat
berkesan. Ini bermaksud dia dapat menunjukkan pelbagai ekspresi seperti sedih, gembira
atau menyimpan perasaan sedih dengan jelas. Penonton akan lebih mudah menafsir apa
yang telah berlaku dan perasaan watak tersebut. Tingkah laku atau psikologi yang
ditunjukkan oleh Haura juga kita dapat mengenalpasti bahawa Haura ini adalah seorang
yang baik.

Anda mungkin juga menyukai