Anda di halaman 1dari 2

Kuiz Drama dan Teater Kanak-Kanak

Nama: Raffarina Binti Johny

Opsyen: 5 PISMP PML 2

1. Dinamika lakonan
Dinamika dalam lakonan boleh diakitkan dengan kepelbagaian emosi, suara dan
gerak geri lakonan. Dalam teater, setiap pelakon perlu menguasai dinamika lakonan
terlebih dahulu untuk menjadikan setiap watak dalam sesebuah cerita menjadi hidup
dan asli. Hal ini kerana kepelbagaian lakonan akan menjadikan setiap watak
dilakonkan berlaku secara spontan dengan penuh perasaan dan pemikiran yang
bersesuaian dengan persekitaran dan keadaan sekeliling. Dinamika dalam suara
juga penting untuk pelakon mengeluarkan kata-kata yang kasar, lembut, berbisik
mendayu dan sebagainya mengikut situasi. Misalnya, jika watak lakonan sedang
marah maka pengucapan dinamika yang kuat dan keras perlu digunakan. Jika
sedang gembira, maka lakonan yang menari keriangan, penuh senyuman
kegembiraan dan suara yang besar, lembut dan penuh kasih sayang digunakan.

2. Magic if
Magic if merupakan pendorong yang kuat untuk imgainasi, pemikiran dan aksi yang
logik. Ianya merupakan satu teknik yang perlu ada pada setiap pelakon untuk
menjadikan satu watak yang dilakonkan seperti realiti. Menurut Stanilavski IF
digunakan sebagai memindahkan matlamat perwatakan kepada pelakon. Dengan
adanya IF pelakon dapat mencipta permasalahan untuk dirinya secara natural
daripada dalaman kepada luaran. Misalnya, jika memegang peranan sebagai
Leftenan Askar yang bernama Tuan Z jadi pelakon perlu menunjukkan peranan yang
sebenar dan asli dalam cerita. Hal ini penting supaya penonton melihat lakonan yang
dilakonkan jujur, asli, benar dan realiti.

3. Babak Pembukaan
Babak merupakan bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku
dalam sesuatu latar tempat dan masa. Pertukaran latar tempat dan masa membawa
perubahan dalam setiap babak. Maka dalam pementasan teater, babak pembukaan
memainkan peranan yang sangat penting dalam pengenalan watak dan tajuk cerita
yang menarik dipenuhi dengan emosi. Hal ini penting untuk menarik perhatian para
penonton sejak dari permulaan cerita. Pada kebiasaannya dalam babak pembukaan,
ada dimasukkan elemen muzik, sajak, lakonan dan syair.
4. Konflik
Konflik ialah unsur penting dalam drama dan teater. Konflik ini digerakkan oleh
watak-watak dalam plot. Bahkan merupakan elemen penting dalam sesebuah skrip
drama dan teater. Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap
sebuah drama yang baik. Hal ini kerana dalam setiap pembikinan drama dan teater,
konflik dalam setiap babak perlu untuk menjadikan satu matlamat dalam penceritaan
itu hidup dan lebih menarik. Misalnya, seperti dalam teater Hikayat Puteri Gunung
Banang, ada menerapkan 5 konflik dalam cerita. Di mana dalam setiap babak ada 1
konflik dan penyelesaiannya. Melalui konflik ini, klimaks penceritaan dapat
diwujudkan. Oleh itu, penceritaan yang ditambah sedikit untuk mewujudkan konflik
akan menjadikan cerita lebih menarik dan tidak membosankan.

5. Penyelesaian
Dalam setiap konflik sebuah cerita perlu ada penyelesaiannya untuk dijadikan
pengajaran yang menambahkan pengalaman tentang erti kehidupan. Di mana setiap
konflik dan krisis yang berlaku dalam babak akan diakhiri dengan penyelesaian.
Melalui plot dan konflik yang dikemukakan, penulis skrip dan para pelakon dalam
kumpulan akan berbincang bagi memikirkan penyelesaian masalah, andaian atau
meramalkan penyelesaian sesuatu cerita. Jadi, setiap watak akan dianalisis untuk
menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Secara peribadi, hal ini menggalakkan
kami untuk berfikir secara kritis dan kreatif di samping untuk dijaidkan satu
pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai