Anda di halaman 1dari 2

PdPR (1/2/2021- Isnin)

KEMAHIRAN PROSES SAINS

TUGASAN 1 : BACA BUKU TEKS M/S 8-13) DAN FAHAMKAN.

http://online.anyflip.com/jgveg/gxsr/mobile/index.html

TUGASAN 2 : SALIN NOTA DALAM BUKU LATIHAN SAINS DAN FAHAMKAN.

A. 5 Kemahiran Proses Sains Bersepadu:

1. Mentafsir data: Memberi penerangan yang rasional tentang objek,


peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.
2. Mendefinisi secara operasi: Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep
atau keadaan dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan
diperhatikan.
3. Mengawal pemboleh ubah: Mengenal pasti pemboleh ubah
dimanipulasilkan (apa yang diubah/ ditukar), pemboleh ubah bergerak
balas (apa yang diperhati/ diukur) dan pemboleh ubah yang dimalarkan
(apa yang ditetapkan/ sama sahaja sepanjang eksperimen).
4. Membuat hipotesis: Membuat suatu pernyataan umum tentang
hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi
menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji
untuk menentukan kesahihannya.
5. Mengeksperimen: Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk
menguji sesuatu hipotesis, mengumpul data, mentafsirkan data,
sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.

B. CONTOH : KEMAHIRAN PROSES SAINS BOLEH DIAPLIKASIKAN


DALAM SATU EKSPERIMEN
Penyiasatan tentang suhu air apabila dipanaskan

1.Pemerhatian : Perubahan yang dilihat daripada penyiasatan direkodkan seperti


bacaan termometer meningkat.
2. Mengawal pembolehubah :
• PM (pemboleh ubah dimanipulasi)- Masa pemansan
• PB (Pembolehubah bergerakbalas) – Suhu air
• Pembolehubah dimalarkan (PMR) – Kekuatan api
3. Hipotesis : Menyatakan jangkaan keputusan awal penyiasatan.
• Semakin bertambah masa pemanasan, semakin bertambah suhu air.
4.Membuat inferens : memberi penjelasan kepada pemerhatian
• Suhu air bertambah kerana air menerima haba.
5.Berkomunikasi : Rekod maklumat dalam bentuk yang sesuai.

Masa Pemanasan (minit) Suhu air (oC)


4 45
8 70
12 100
16 100

6.Mentafsir data : Penerangan tentang suhu yang direkodkan.


• Suhu air meningkat sehingga mencapai 100(oC) dan tidak akan berubah.
TUGASAN 3: PENILAIAN

Buat kuiz dan screenshoot markah serta hantar pada guru.


Tulis nama dan kelas. Contoh Akmal 5 UPM

https://quizizz.com/join?gc=48599756

# JIKA TIDAK FAHAM BOLEH PM CIKGU.

Anda mungkin juga menyukai