Anda di halaman 1dari 1

Definisi Vokal Bahasa Melayu

Vokal ialah satu komponen yang amat penting dalam bahasa lisan yang disebut oleh
manusia dengan membuka saluran vokal agar tekanan udara tidak terkumpul di mana-
mana atas glotis, berbeza dengan konsonan yang adanya tutupan atau sumpatan di mana-
mana sepanjang saluran vokal dalam bidang fonetik.

Selain itu, bunyi-bunyi bahasa yang bersuara apabila menghasilkan bunyi-bunyi


bahasa, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut
tanpa sebarang geseran dan sekatan dianggap bunyi-bunyi vokal. Bunyi-bunyi vokal juga
mempunyai pelbagai ciri seperti udara keluar dari paru-paru, bersuara dan udara keluar
tanpa sekatan dan geseran. Dengan itu, beberapa ciri yang tertentu iaitu keadaan bibir
sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang telibat sama ada depan
lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya,
dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara
dari paru-paru keluar melalui rongga mulut sahaja atau dinaikkan tetapi tidak rapat
sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung dan
keadaan glotis dirapatkan dan ketika udara keluar dari paru-paru pita bergetar untuk
menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

Anda mungkin juga menyukai