Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

BENGKEL PEMANTAPAN PEDAGOGI GURU BAHASA MELAYU


SEKOLAH MENENGAH DAERAH BINTULU 2018

1.0 MATLAMAT

Matlamat bengkel yang disediakan adalah untuk meningkatkan kompetensi guru-


guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah di daerah Bintulu dalam urusan pembelajaran
dan pemudahcaraan (pdpc) di bilik darjah. Melalui bengkel tersebut diharapkan guru-guru
akan memahami konsep pelaksanaan pdpc berdasarkan perubahan konsep pentaksiran
terkini, di samping memberi pendedahan tentang kemahiran kognitif, insaniah, dan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kursus ini juga menetapkan objektif untuk
meningkatkan tahap profesionalisme guru – guru Bahasa Melayu, serta memahami Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) bagi mencapai transformasi
pendidikan negara. Peserta bengkel akan didedahkan dengan kaedah pengajaran
tatabahasa dan karangan.

2.0 OBJEKTIF

a) Meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu SPM PPD Bintulu ke tahap yang lebih
cemerlang.
b) Memantapkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi guru-guru khususnya kreativiti
dalam pdpc.
c) Melahirkan guru-guru yang lebih kompeten dalam pedagogi.
d) Mengetahui dan dapat mengenalpasti kaedah pedagogi yang sesuai berdasarkan
prestasi atau tahap pengetahuan murid.
e) Mencetuskan motivasi dan keyakinan diri dalam diri guru untuk membuat perubahan
dalam corak pengajaran dan pembelajaran dalam kelas supaya menghasilkan suasana
pengajaran yang kreatif dan berimpak tinggi kepada murid.

3.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tarikh : 3 Mac 2018 (Sabtu)


Masa : 8:30 pagi – 4:30 petang
Tempat : Bilik Seminar BDA, Bintulu

4.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA

Guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Bintulu dari 6 buah sekolah
(anggaran kasar - 100 orang)

1 KERTAS KERJA BENGKEL PEDAGOGI GURU BM SEKOLAH MENENGAH DAERAH BINTULU


5.0 PENCERAMAH

Cikgu (Dr.) Tan CL


 Penulis lebih 100 buah rujukan sekolah rendah dan sekolah menengah.
 Pengkaji bahasa dan penulis infromasi bahasa.
 Pentadbir web www.cikgutancl.blogspot.com yang dilawat oleh lebih
daripada 6.1 juta.
 Penyampai seminar bahasa dan latihan dalam perkhidmatan.
 Penceramah jemputan Program Memartabatkan Bahasa Melayu.

6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

En. Fred anak Entau


Penaung :
(Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu)

Pn. Kong Mee Yoke


Penasihat :
(Pengetua SMK Bandar Bintulu)

Pn. Valerie Soon Lai Meng


Penyelaras 1 :
(Guru Kanan Bahasa)
Pn. Rida anak Linggi
Penyelaras 2 :
(Ketua Panitia Bahasa Melayu)

Pengarah
: En. Mohd Abdul Wafi bin Ahmad
prgoram

Setiausaha : Pn. Mek Esah binti Ismail

Bendahari : Cik Hasnah binti Hasbullah

En. Usat Lujah


Urus setia Pn. Norazma Ibrahim
:
program Cik Rosmiati Ariffin
En. Bryan Staphen Jatu

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


Sarapan pagi : RM 3 X100 orang RM 300.00
Makanan dan minuman Makan Tengah hari : RM 6 X 100 orang RM 600.00
1
Minum Petang : RM3 X 100 orang RM 300.00
2 Cetakan modul RM 2 X 100 orang RM 200.00
Pengangkutan (Kapal terbang) RM 1,000.00
3 Bayaran penceramah Penginapan (2 hari 1 malam) RM 200.00
Cenderamata RM 600.00
Sewaan Dewan
4 RM 400.00 (1 hari) RM 400.00
Auditorium BDA
JUMLAH RM 3,600.00

*Setiap guru perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM 25.00.


2 KERTAS KERJA BENGKEL PEDAGOGI GURU BM SEKOLAH MENENGAH DAERAH BINTULU
8.0 PENUTUP

Program yang dirancang ini diharap dapat dilaksanakan dengan lancar, berkesan
dan jayanya. Semoga ilmu yang diperoleh melalui bengkel ini akan dipraktikkan secara
maksimum dalam pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas. Sesungguhnya,
kejayaan hanya akan dicapai dengan usaha gigih, komitmen padu, semangat jitu dan
kemahuan untuk melakukan transformasi. Moga-moga pengetahuan, kemahiran dan
kecemerlangan guru-guru mencetus anjakan paradigma selaras Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menitipkan keseimbangan dalam aspek intelek, rohani, jasmani emosi
dan sahsiah sekali gus melonjakkan prestasi akademik murid-murid di daerah Bintulu.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(MOHD ABDUL WAFI BIN AHMAD) (RIDA ANAK LINGGI)


Pengarah Program Ketua Panitia Bahasa Melayu
Bengkel Pemantapan Pedagogi Guru
Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Daerah Bintulu 2018

Tarikh : Tarikh :

Disahkan oleh,

(VALERIE SOON LAI MENG)


Guru Kanan Bahasa

Tarikh :

Diluluskan oleh,

(KONG MEE YOKE)


Pengetua

Tarikh :
3 KERTAS KERJA BENGKEL PEDAGOGI GURU BM SEKOLAH MENENGAH DAERAH BINTULU

Anda mungkin juga menyukai