Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t.

Kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengarah Kolej

Kejururawatan Pulau Pinang, Puan ………………..kerana telah memberi peluang

kepada kami untuk menjalankan projek ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada

Penyelaras Tahun 3 Semester 2 dan selaku pengajar bagi subjek Professional

Development (NPDM 3222), Puan …………………yang memberi dorongan serta

sokongan dalam menyiapkan projek ini dan telah banyak memberi tunjuk ajar serta

penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak projek ini diedarkan

sehinggalah dalam proses menyiapkan projek ini. Malah, jutaan terima kasih juga

kepada rakan-rakan seperjuangan yang bertungkus lumus dalam menghasilkan dan

bertukar-tukar idea untuk menyiapkan projek ini.

Akhir kata, harapan kami agar segala projek yang kami hasilkan dapat

menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kualiti dalam memberi perawatan yang

berkesan.

Sekian, terima kasih.

1
2.0 PENGENALAN

Insiden merupakan kejadian yang tidak konsisten dengan operasi rutin oleh

sesuatu unit dan penjagaan klien (Perry and Potter, 2010). Dalam kemudahan

penjagaan kesihatan seperti hospital dan pusat penjagaan, laporan kejadian

adalah satu borang yang perlu diiisi untuk merekodkan perkara yang luarbiasa

berlaku di hospital, contohnya pesakit jatuh semasa berada di wad yang

menyebabkan kecederaan. Tujuan laporan kejadian dilakukan adalah untuk

mendokumentasikan tentang apa yang berlaku sewaktu kejadian yang juga

disaksikan oleh saksi-saksi yang ada. Maklumat di dalam laporan kejadian ini

mungkin berguna untuk masa akan datang sekiranya berkait dengan isu-isu

liabiliti yang berpunca daripada kejadian tersebut. Jururawat digalakkan untuk

mendokumentasikan laporan kejadian untuk memastikan kesinambungan dan

kesempurnaan tentang apa yang berlaku dan seterusnya melengkapkan laporan

kejadian mengikut polisi dan prosedur (Grant & Ashman, 1997).

Mencegah pesakit daripada jatuh semasa pesakit berada di wad merupakan

perkara utama dalam pemikiran setiap anggota kesihatan di kawasan klinikal

terutamanya jururawat. 50% pesakit yang berada di wad mempunyai risiko untuk

jatuh dan hampir separuh daripadanya mengalami kecederaan (Fitzpatrick,

2011). Setiap institusi kesihatan mempunyai inisiatif untuk mengurangkan risiko

jatuh, contohnya, alat untuk mengukur dan menilai risiko jatuh, protokol

pencegahan jatuh dan tanda amaran jatuh.

2
Terdapat banyak penyebab risiko jatuh sama ada faktor dalaman dan juga

luaran (Kulik, 2011). Pihak hospital memerlukan pelbagai bukti dalam intervensi

untuk pencegahan jatuh bagi mengurangkan jumlah pesakit jatuh dan cedera.

Penyelidikan semasa menunjukkan dengan adanya jururawat yang melakukan

pemantauan setiap jam di dalam wad untuk memeriksa keadaan pesakit dengan

lebih kerap dapat mengurangkan risiko jatuh pada mulanya, tetapi intervensi

haruslah digunakan secara konsisten sepanjang masa untuk mendapatkan

kesan bagi jangka masa panjang (Tucker et. al, 2012).

3
3.0 JENIS INSIDEN

3.1 POTENTIAL OF LIABILITY

Dewasa ini, pelbagai kejadian yang melibatkan penjagaan dan

perawatan yang menjejaskan kualiti perkhidmatan berlaku dalam

kejururawatan. Terdapat jenis-jenis kejadian yang dapat

diklasifikasikan mengikut potential of liability tersebut. Berdasarkan

kejadian yang berlaku, beberapa jenis potential of liability telah dipilih

dan berkaitan dengan kejadian seperti :

A. NEGLIGENCE

Negligence ialah kegagalan dalam melaksanakan tugas atau

aktiviti dengan usaha untuk memenuhi Standard of Practice (SOP).

(Farlex, 2012).

B. MALPRACTICE

Malpractice ialah amalan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang

anggota profesional semasa melakukan perawatan yang tidak

mengikut Standards Of Procedure (SOP) yang boleh memudaratkan

keadaan pesakit. ( Dorland’s Medical Dictionary).

C. UNPROFESSIONAL OF CONDUCT

Perlakuan yang tidak sepatutnya dilakukan yang melanggar

piawaian yang ditetapkan yang boleh memudaratkan pesakit dan

melanggar etika sesuatu profesion. (Segen's Medical Dictionary).

4
3.2 LAPORAN TERPERINCI INSIDEN

IDENTITI PESAKIT

NAMA PESAKIT : …………………….

No. Kad Pengenalan : …………………….

Tarikh kemasukan ke wad : 19 Mac 2020

Diagnosis : Acute Coronary Syndrome U/L

Schizophrenia

Bangsa : Melayu

Insiden ini berlaku pada 19 Mac 2020, jam 11.30 pagi, dimana kami

bekerja shift pagi di wad medical. Keadaan wad agak sibuk kerana

jumlah pesakit melebihi 40 orang semasa insiden berlaku. Insiden ini

berlaku semasa kami sedang mengambil tanda vital pesakit di dalam

wad mengikut kubikel masing masing. Ketika sedang mengambil tanda

vital ,saya mulai perasan bahawa pesakit di katil 7 di kubikel 2 tiada di

katil dari pukul 11pagi. Saya berfikir mungkin pesakit pergi ke tandas ,

jadi saya teruskan mengambil tanda vital kepada pesakit yang lain

dahulu. Seterusnya , jam sudah menunjukkan 12.30 tengahari , semua

pesakit telah selesai mengambil tanda vital kecuali pesakit yang

berada di katil 7 yang dikenali sebagai Encik A.Jadi kami bergegas

pergi ke tandas untuk melihat samada Encik A berada di tandas atau

tidak. Malangnya , Encik A tiada di situ.Kami terus bergegas

melaporkan perkara ini kepada jururawat terlatih yang bertugas di

5
kubikel 2 . Jururawat terlatih meminta kami untuk membantu mencari

Encik A di setiap tempat di dalam wad tetapi kelibat Encik A tidak

kelihatan langsung. Jururawat terlatih mengesyaki bahawa Encik A

sudah melarikan diri daripada wad. Ini dikenali sebagai ‘Absconded’.

Kami terus meneruskan pencarian Encik A di aras lain namun masih

gagal ditemui. Kemudian , kami turun ke aras bawah untuk bertanya

kepada pengawal keselamatan mengenai Encik A.Pengawal

keselamatan membantu kami untuk mencari Encik A di sekitar

kawasan hospital kerana berkemungkinan Encik A masih berada di

sekitar kawasan hospital. Tanpa melengahkan masa,jururawat terlatih

memberitahu mengenai kejadian berlaku kepada Ketua Jururawat dan

seterusnya membuat laporan polis. Selepas laporan polis dibuat,

jururawat terlatih telah menelefon ahli keluarga pesakit untuk

memberitahu kejadian yang berlaku dan menanyakan sama ada

pesakit ada bersama ahli keluarga atau tidak. Sewaktu kejadian,

suasana di wad kelihatan di tenang. Pesakit sedang berehat di katil,

ditemani oleh isterinya. Beliau menyatakan bahawa beliau ingin

menunaikan solat Asar di surau yang terdapat di dalam wad tersebut

dimana surau tersebut berdekatan dengan katilnya. Lantas, isterinya

bertanya kepada saya bolehkah suaminya menunaikan solat di surau

sedangkan keadaan pesakit agak lemah. Beliau tetap bertegas untuk

menunaikan solat di surau. Saya mengizinkan beliau pergi ke surau

tanpa menemaninya ke sana.

6
Beberapa minit kemudian, setelah saya selesai menulis laporan

kejururawatan pesakit, tiba-tiba saya terdengar bunyi seakan sesuatu

terjatuh. Tiba-tiba saya terfikir akan beliau yang telah ke surau tadi.

Saya dan isterinya bergegas ke surau untuk melihat keadaan beliau

bagi memastikan beliau selamat. Namun, sebaik sahaja saya

membuka pintu surau, saya terlihat beliau sudah terlentang di tempat

wuduk dengan keadaan kepalanya berdarah dengan banyak. Saya

terus melakukan direct pressure di bahagian kepala pesakit untuk

memberhentikan pendarahan. Saya menepuk bahu pesakit untuk

mendapatkan respon tetapi beliau tidak sedarkan diri.

Saya segera menjerit meminta pertolongan dan bantuan dari staf

lain memandangkan keadaan pesakit sangat kritikal. 3 orang jururawat

terlatih telah bergegas datang dan membantu saya mengangkat

pesakit ke katil berhampiran. Salah seorang daripada mereka telah

menarik emergency trolley dan memanggil House Officer yang berada

di dalam wad itu. Doktor segera memeriksa keadaan pesakit. Saya

segera menyediakan peralatan untuk membantu doktor. Tiada pulse

dirasai dan doktor terus melakukan CPR dan saya melakukan

7
bagging. Setelah 5 cycle CPR dilakukan keadaan pesakit masih

kurang memuaskan kerana tiada nadi dirasai.

House Officer mengarahkan saya menelefon Medical Officer oncall

untuk melakukan intubation dengan segera . House Officer melakukan

prosedur memasukkan femoral catheter ke atas pesakit sementara

menunggu kedatangan Medical Officer.

Beberapa minit kemudian, Medical Officer datang dan terus

memeriksa keadaan pesakit dan melakukan intubation ke atas

pesakit.. Tanda vital pesakit semakin merosot dan pesakit memerlukan

jagaan rapi dan Medical Officer mengarahkan pesakit dipindahkan ke

ICU.

8
4.0 . TINDAKAN SEMASA INSIDEN

4.1 . SEBAGAI JURURAWAT

Semasa berlaku kejadian , saya bergegas menuju ke surau untuk

melihat keadaan pesakit sebaik sahaja saya mengesyaki bunyi

sesuatu terjatuh. Setelah bergegas ke tempat kejadian, saya

mendapati bahawa pesakit telah terlentang ditempat wuduk dengan

kepalanya mengalami pendarahan yang banyak dan segera

mendapatkan pertolongan daripada jururawat terlatih yang sedang

bertugas didalam wad untuk mengangkat pesakit ke atas katil yang

berhampiran. Dengan tujuan memudahkan pemberian rawatan dengan

segera ke atas pesakit. Disebabkan insiden tersebut, pesakit

mengalami pendarahan pada bahagian kepalanya dan saya segera

memberikan direct pressure ke atas luka tersebut bagi menghentikan

pendarahannya dan melakukan balutan di tempat pendarahan

tersebut. Selepas itu, saya mengambil tanda vital pesakit seperti

tekanan darah, pernafasan dan nadi,dan memasang Cardiac

Monitoring, seterusnya merekod dalam carta perawatan dan

melaporkan kepada doktor yang bertugas di wad tersebut bagi

memberikan perawatan selanjutnya.

9
Selain itu, saya memberikan ubatan seperti IV Atropine kepada

pesakit atas arahan doktor untuk membantu jantung berdegup secara

normal kerana nadi pesakit menunjukkan bradycardia. Doktor juga

telah mengarahkan saya untuk memasang Cardiac Monitoring ke atas

pesakit untuk monitor keadaan jantungnya dan sebagai tindakan

perawatan seterusnya.

4.2 . PEGAWAI PERUBATAN

Sewaktu kejadian berlaku, jururawat terlatih lain memanggil House

Officer yang bertugas didalam wad untuk menilai keadaan pesakit

selepas kejadian tersebut. Doktor telah memasukkan femoral catheter

ke atas pesakit sebagai persediaan kecemasan untuk tindakan

perawatan pesakit. Doktor juga telah melakukan CPR selepas nadi

tidak dirasai dan mengarahkan jururawat terlatih melakukan bagging.

Seterusnya, beliau mengarahkan supaya memaklumkan kepada

Medical Officer(MO) on-call. MO tersebut telah melakukan intubation

ke atas pesakit memandangkan keadaan pesakit tidak stabil.

10
5.0 .PENILAIAN

5.1 . PEMBELAJARAN

 Kesan positif

Rentetan kepada kejadian yang berlaku, ia

memberikan kesan seperti jururawat akan lebih peka

terhadap perawatan yang diberikan kepada pesakit ketika

berada di wad agar dapat mengelakkan kejadian tersebut

berulang lagi. Selain itu, jururawat juga akan lebih berhati-

hati dalam perancangan perawatan supaya pesakit

mendapat rawatan yang baik agar pesakit lebih rasa selamat

ketika mendapatkan perawatan. Disamping itu, jururawat

terlatih juga dapat menilai dan merancang terlebih dahulu

perawatan yang yang akan dilakukan bagi melancarkan

proses perawatan yang berkesan. Seterusnya, kejadian

tersebut juga memberikan pengajaran dan pengalaman

terhadap jururawat terlatih bagi mengelakkan kejadian

berulang samada di wad tersebut atau tempat lain.

11
 Kesan negatif

Berikutan dengan kejadian yang berlaku, ia

menyebabkan imej sebagai jururawat terlatih dipandang

rendah oleh orang lain kerana kecuaian yang berlaku kerana

masyarakat menganggap jururawat tidak peka dengan

keadaaan sekeliling. Hal ini, menyebabkan kualiti

perkhidmatan dalam perawatan menurun. Selain itu,

kejadian tersebut juga menyebabkan jururawat terlatih

sering dipersalahkan dalam memberi perkhidmatan akibat

daripada kejadian yang telah berlaku. Disamping itu,

jururawat terlatih juga gagal memainkan peranan sebagai

role-model.

12
5.2 . FEELING

 Kesan daripada kejadian tersebut, saya berasa kurang yakin

dengan diri sendiri dalam memberi perawatan kerana kesan

daripada kurang kepercayaan dari orang lain yang

menyebabkan saya berasa rendah diri terhadap apa yang

akan dilakukan dalam pemberian rawatan ke atas pesakit.

Selain itu, saya juga berasa sangat menyesal dengan

kejadian yang berlaku kerana menyebabkan imej saya

sebagai jururawat terlatih dipandang rendah oleh staf lain

akibat dari kecuaian yang berlaku. Oleh itu, semasa

menjalankan tugas dan memberikan perawatan , saya akan

bersikap lebih berhati-hati dan menjadi lebih peka terhadap

keperluan dan kehendak pesakit dalam mengawasi keadaan

mereka bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang lagi.

Selain itu, saya akan bersikap lebih bertanggungjawab

dalam setiap tindakan dan perawatan yang akan dan

dilakukan ke atas pesakit samada melibatkan prosedur atau

tidak. Seterusnya, saya akan memastikan pesakit berada

dalam keadaan selamat dan sentiasa dalam perhatian saya

dan menjalankan tugasan dengan teliti bagi mendapatkan

13
kepercayaan daripada pesakit, waris pesakit dan staf di

dalam wad untuk elakkan kejadian berulang.

6.0 . IMPLIKASI

6.1 DIRI SENDIRI

 Bersikap lebih berhati-hati ketika memberikan perawatan

kepada pesakit bagi mengelakkan kejadian yang sama

berulang.

 Berasa lebih bertanggungjawab terhadap tugasan yang

dilakukan untuk memberikan perawatan yang baik kepada

pesakit.

 Berasa kurang yakin dengan diri sendiri apabila tidak

mendapat kepercayaan daripada orang sekeliling dan tidak

berani untuk melakukan perawatan tanpa kepercayaan

orang sekeliling.

14
6.2 PROFESION KEJURURAWATAN

 Kualiti perawatan kurang berkesan kerana kejadian yang

berlaku ketika perawatan diberikan.

 Imej jururawat dalam profesion kejururawatan merosot

kerana kualiti perkhidmatan kurang berkesan dan

menyebabkan masyarakat memandang rendah terhadap

tanggungjawab jururawat terlatih di kawasan klinikal.

6.3 PERKEMBANGAN KENDIRI

 Motivasi diri jururawat tidak dapat ditingkatkan kerana

kejadian tersebut.

 Melahirkan rasa tanggungjawab dimana semua kerja

haruslah dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

 Jururawat harus mengekalkan autonomi dan akauntabiliti

semasa melakukan perawatan ke atas pesakit.

15
6.4 MAJIKAN/ REPUTASI WAD/ HOSPITAL

 Mendapat maklum balas atau aduan dari orang awam

kerana kejadian yang berlaku semasa perawatan dan

memberikan kesan yang kurang baik kepada organisasi.

 Majikan dianggap tidak bertanggungjawab dalam

mengawasi tugasan sub-ordinatnya terutama jururawat

terlatih didalam wad semasa perawatan diberikan.

 Reputasi wad terjejas kerana pesakit menganggap jururawat

di wad tersebut tidak melakukan tugas dengan baik dan

mengambil ringan tentang keadaan pesakit.

16
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK MENCEGAH INCIDENT

BERULANG

7.1 ORGANISASI

 Menilai tahap pengetahuan jururawat berkaitan potensi jatuh

dari semasa ke semasa dan memberi pengetahuan yang

baru tentang pencegahan risiko jatuh.

 Membekalkan katil berpagar dengan secukupnya di setiap

wad( Nursing Time, 2013)

 Menambahbaik infrastuktur di dalam tandas seperti,

memperbaiki lantai yang rosak dan memasang tempat

pemegang di sepanjang dinding tandas.

17
7.2 JURURAWAT

 Staf yang bertugas haruslah memastikan pesakit dalam

keadaan stabil dan mengawasi pergerakan pesakit sebelum

membenarkan pesakit untuk ke mana-mana (Tucker et. al,

2012).

 Memastikan pesakit yang kurang berupaya ditemani oleh

waris untuk memudahkan pergerakannya (Tucker et, al.

2012).

 Memastikan pagar katil dinaikkan bagi pesakit yang

berpotensi untuk jatuh bagi mengelakkan risiko jatuh

(J Gerontol, 2003).

 Lekatkan tanda bintang merah pada sudut nama pesakit dan

carta perawatan sebagai simbol pesakit berisiko untuk jatuh.

 Pastikan Morse Fall Score (MFS) diases dengan betul dan

direkodkan( Lancaster, 2007).

18
8.0 RUMUSAN

Berdasarkan insiden yang telah berlaku, terdapat pelbagai

pengajaran dan langkah yang telah diambil bagi menyelesaikan

inseiden tersebut. Selain itu, incident report ini juga dapat memberikan

tunjuk ajar dan cadangan penambahbaikan untuk mengelakkan

kejadian tersebut berlaku dari segi organisasi dan jururawat itu sendiri.

Kejadian tersebut dapat diklasifikasikan melalui potential of liability di

mana ia menerangkan tentang jenis-jenis insiden yang berlaku.

Berdasarkan kejadian tersebut, antara jenis insiden yang dikaitkan

dengan kejadian seperti negligence, malpractice dan unprofessional of

conduct.

Disamping itu, selepas kejadian yang berlaku, jururawat dan

pegawai perubatan dengan segera mengambil tindakan yang

sepatutnya dilakukan oleh seorang anggota kesihatan apabila

berlakunya sebarang kejadian kecemasan.

Seterusnya, penilaian yang telah dibuat dapat mewujudkan

kesedaran dalam diri seseorang semasa melakukan perawatan. Hal

ini, dapat mengelakkan kejadian berulang dan dapat dijadikan

pengajaran.

19
Seterusnya, implikasi daripada kejadian tersebut akan

mempengaruhi cara- cara untuk penambahbaikan terhadap kejadian

yang telah berlaku bagi meningkatkan kualiti perawatan dalam

profesion kejururawatan dan mewujudkan sikap akauntabiliti dalam diri

jururawat, kakitangan kesihatan yang lain, pegawai perubatan dan

jururawat pelatih.

Akhir sekali, terdapat pelbagai cadangan dan penambahbaikan

untuk mengelakkan kejadian berulang iaitu jururawat perlu melakukan

penilaian dalam Morse Fall Scale (MFS) dengan betul dan tepat bagi

memastian pesakit yang berisiko jatuh diberi perhatian yang lebih

dalam perawatan (Lancaster, 2007). Kesimpulan, dengan adanya

incidental report ini, ia dapat digunakan sebagai bahan bukti sekiranya

terdapat kejadian yang berkait dengan medico-legal.

20
9.0 RUJUKAN

1. Patricia A. Potter, A. G. (2015). Essentials for Nursing Practice (8th ed.).

Elsevier.

(2016, 7 27). Retrieved from https://books.google.com.my/books?

id=obPwAwAAQBAJ&pg=PA725&lpg=PA725&dq=Up+to+50%25+of+hospitalized

+patients+are+at+risk+for+falls,

+and+almost+half+of+those+who+fall+suffer+an+injury.&source=bl&ots=3e-

bBbKDO_&sig=ZJtr4ZdbJ9tsd84_CGmm-4tTZf8&hl=en&sa=X&red

2. (2016, 7 27). Retrieved from https://en.wikipedia.org/wiki/Incident_report

3. College of Registered Nurses of Nova Scotia. (2012).Incident report. In

Documentation Guidelines for Registered Nurses (p. 10).

4. (2016, 7 28). Retrieved from https://americannursetoday.com/special-

supplement-to-american-nurse-today-best-practices-for-falls-reduction-a-

practical-guide/

5. (2016, 7 28). Retrieved from https://www.icsi.org/_asset/dcn15z/Falls-

Interactive0412.pdf

6. (2016, 7 28). Retrieved from

http://www.ahrq.gov/professionals/systems/hospital/fallpxtoolkit/fallpxtkmap.html

21
7. (2016, 7 28). Retrieved from https://books.google.com.my/books?

id=T6tqCwAAQBAJ&pg=PA305&lpg=PA305&dq=icsi+asset+falls+interactive041

2.pdf&source=bl&ots=0Z5aUoW_rI&sig=2WDqbkQIi4rsYYD9TOQOAKKlTzI&hl=

en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=icsi%20asset%20falls

%20interactive0412.pdf&f=false

8. (2016, 7 28). Retrieved from http://medical-

dictionary.thefreedictionary.com/negligence

9. (2016, 7 28). Retrieved from http://medical-

dictionary.thefreedictionary.com/malpractice

10. (2016, 7 28). Retrieved from http://medical-

dictionary.thefreedictionary.com/unprofessional+conduct

22

Anda mungkin juga menyukai