Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Praktikum Minggu Pertama 2

SK Kampong Gelam.
(a) Tarikh :
15 Mac 2021 – 19 Mac 2021

(b) Masalah :

Pada minggu ini saya mempunyai masalah dalam menguruskan masa antara
program transisi dan waktu PdPc yang normal.

(c) Analisis Masalah :


Saya mengajar Bahasa Inggeris tahun 1 dan murid-murid melibatkan diri dalam
program transisi sehingga 31 Mac 2021. Saya mempunyi masalah dalam membina satu
pengajaran yang sempurna dan saya baru mengenali murid tersebut. Saya mengambil
masa yang lama untuk menyesuaikan diri dalam dua aspek berbeza ini. Secara
langsung, ia memberi kesan pada pembelajaran murid. Dalam aspek lain saya baru
mengenali murid baru dan ia mengambil masa yang panjang. Murid juga mempunyai
masalah dalam menyesuaikan diri dalam situasi yang baru dalam keadaan norma baru
ini.

(d) Cadangan :
Antara langkah penyelesaian masalah yang boleh diambil ialah saya boleh
mendapat pendapat ataupun idea dari guru berpengalaman tinggi. Mereka boleh
memberi idea-idea yang lebih baik lagi. Saya juga harus mewujudkan satu suasana
yang lebih selesa kepada murid.

(e) Tempoh Tindakan :


8 Mac 2021 – 12 Mac 2021

(f) Tindakan susulan :


Sepanjang minggu pertama, beberapa langkah diambil bagi mengatasi masalah dengan
melaksanakan langkah-langkah yang betul. Pemantauan akan dilaksanakan dari
semasa ke semasa bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
lancar dan mampu memperlihatkan perubahan positif dari aspek penerimaan murid
untuk belajar dan terus bermotivasi untuk belajar.
Tandatangan guru pelatih : Tandatangan guru Pembimbing :

…………………. …………………...
CIK LALINA DEVI PUAN ZANARIAH

Tandatangan Pensyarah Pembimbing :

…………….…
PUAN PREMA

Anda mungkin juga menyukai