Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN MAAL HIJRAH


IPG KAMPUS ILMU KHAS
CHERAS, KUALA LUMPUR

TARIKH: 28 FEBRUARI 2017

PENGACARA: 1. MUHAMMAD AMSYAR BIN AZMAN


                         2. MUHAMMAD ADIB

EMCEE TEKS UCAPAN CATATAN

(KETIBAAN PENGARAH)

MAJLIS MENGUMUMKAN KETIBAAN

YANG BERBAHAGIA
AMSYA
TIMBALAN PENGARAH,
R
KETUA-KETUA JABATAN,
KETUA-KETUA UNIT DAN PARA PENSYARAH

HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.

Begitulah persembahan nasyid yang telah dipersembahkan oleh kumpulan


nasyid Ad-Dinmizmar dari ipg kampus ilmu khas itu tadi.

Ulik Mayang  nyanyian asli 


 
Dilagu Si gadis merdu  sekali;
 
Terima  Kasih sekalung  budi,
 
Kerana  datang  ke majlis  ini

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬


dan salam Sejahtera

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


 ‫الحمد هلل رب العالمين‬
 ‫والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬،
 ‫وعلى آله وصحبه أجمعين‬.
YANG BERBAHAGIA
DR MOHAMAD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI
PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

YANG BERBAHAGIA
DR NORHERANI BINTI MONING
TIMBALAN PENGARAH
IPG KAMPUS ILMU KHAS

YANG BERUSAHA
Ustaz JAINUDIN BIN NGAH
KETUA JABATAN
JABATAN PENGAJIAN ISLAM DAN MORAL
MERANGKAP PENGERUSI PENASIHAT PROGRAM MAAL HIJRAH PERINGKAT
IPG KAMPUS ILMU KHAS SESI 2018

YANG DIHORMATI
ENCIK SAHARUDIN BIN SUHADI
KETUA JABATAN
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

YANG DIHORMATI,
AL FADHIL USTAZ ELYAS ISMAIL
PENCERAMAH BERTAJUK “Lahirkan Guru-Guru Berwibawa Teguh Peribadi”

YANG DIHORMATI
KUMPULAN RABBANI
KUMPULAN NASYID TERKENAL DI NEGARA KITA,

SETERUSNYA,
KETUA-KETUA JABATAN,
KETUA-KETUA UNIT,
PENSYARAH-PENSYARAH,
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2018/2019 serta
RAKAN-RAKAN, SISWA GURU SEKALIAN.
Keris sempana jadi senjata,
 
Senjata diguna pahlawan terbilang;
 
Sehati sejiwa seia sekata,
 
Sederap bergerak gapai cemerlang

ALHAMDULILLAH SETINGGI UCAPAN KESYUKURAN DIPANJATKAN KE


HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH RAHMAT-NYA JUA PADA
PAGI KHAMIS YANG PENUH BARAKAH INI, KITA SAMA-SAMA DAPAT
BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS SAMBUTAN MAAL
HIJRAH IPG KAMPUS ILMU KHAS TAHUN 2018.

(BACAAN DOA)

Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata  bidalan suara; 
Menadah tangan memohon keberkatan, 
Mendapat restu hidup sejahtera.

Oleh itu, Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan


Ibrahim Al adham bin Hamdani
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis yang berlangsung ini diberkati Allah SWT.

Hadirin sekalian, untuk makluman semua pada 12 SEPTEMBER 2018


yang lalu, kita telah memasuki tahun baru Hijrah iaitu 1440 Hijrah.

Secara ringkasnya hijrah bermaksud berubah dari sesuatu perkara


yang mungkar kepada yang maaruf, berubah sikap kepada yang baik,
berubah kepada ketaatan, kesetiaan, kepatuhan, bertanggungjawab,
bertolak ansur, bertimbang rasa, dan berubah dari sifat mazmumah
kepada sifat mahmudah. Sempena majlis sambutan maal hijrah
tahun 1440 hijriayyah ini, marilah sama-sama kita menanamkan
azam dan iltizam agar kita dapat menjadi insan yang kamil sebagai
seorang muslim.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,

Tak berkat ilmu tanpa amalnya,

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.


Berkat rimbunnya si pokok jati,

Tempat burung selalu bertemu,

Sekali hidup biarlah bererti,

Isikan akal dengan ilmu

Masa yang ditunggu sudah tiba. Hadirin dan hadirat yang diRahmati
Allah sekalian, majlis pada pagi ini akan diteruskan dengan bicara
santai yang bertajuk “Lahirkan Guru-Guru Berwibawa Teguh Peribadi”
yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Elyas Ismail.

Majlis dengan ta’zimnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada  Al-Fadhil Ustaz Elyas Ismail atas


bicara santai yang telah disampaikan sebentar tadi. Tidak lupa juga
jutaan terima kasih kepada persembahan nasyid daripada Kumpulan
Rabbani merangkap ahli panel sebentar tadi. InsyaAllah segala ilmu
yang telah disampaikan dapat sama-sama kita amalkan dan dapat
kita sampaikan kepada orang lain.

(penyampaian cenderahati)

Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis diteruskan dengan upacara


penyampaian cenderahati. Untuk menyempurnakan upacara
tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan
mempersilakan ___________________________( ), untuk
mengiringi _______________________ ( ), dipersilakan. 

Terima kasih diucapkan kepada __________________ (Pengarah) di


atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi. 

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum,

Melihat mempelai direnjis dipilis,

Senyum-senyum jangan tak senyum,

Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan


terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan
Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak.
Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan tiada
untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian
menghadiri dan memeriahkan Majlis Sambutan Maal Hijrah .
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa,

Kelapa muda si kelapa barli, 

Jari disusun maaf dipinta,

Panjang usia bersua kembali.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca
tasbih kaffarah dan surah al  ‘Asr.

Dijemput kepada semua tetamu VIP untuk menikmati jamuan


hidangan di tempat yang disediakan.

Dijemput juga para pensyarah dan staff untuk menikmati jamuan di


bahagian belakang dewan, seterusnya siswa guru sila mengambil
makanan di luar dewan.

Anda mungkin juga menyukai