Anda di halaman 1dari 1

BAHASA MELAYU PT3 PEMINDAHAN MAKLUMAT

DSKP TING 1: 3.5.1 DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL

RINGKASAN 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang cara-cara
remaja memanfaatkan media sosial. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Media sosial ialah medium komunikasi utama yang popular pada masa ini. Laman sosial yang sering
digunakan ialah Facebook, WhatsApp dan Instagram. Remaja dan media sosial seolah-olah sudah tidak
dapat dipisahkan.
Para remaja menggunakan medium ini untuk meluahkan perasaan yang terpendam di
dalam hati. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka kurang mendapat kasih sayang daripada ahli
keluarga. Ada juga yang berasa lebih lapang dada setelah meluahkannya dalam media sosial.
Selain berkongsi maklumat peribadi, dan memuat naik gambar, remaja juga menggunakan
media sosial untuk berkawan dengan orang lain. Telefon pintar yang mempunyai capaian Internet
memudahkan remaja mengemaskinikan maklumat mereka. Oleh hal yang demikian, mereka terdedah
kepada ancaman maya seperti kecurian data peribadi, buli siber, komplot Internet, gangguan seksual,
dan penggodaman.
Pendedahan aktiviti harian secara keterlaluan dalam media sosial akan memudaratkan pengguna,
misalnya mendedahkan barang berharga dan lokasi diri. Walau bagaimanapun, remaja selesa
menyimpan maklumat peribadi dan nota-nota pelajaran dalam fail-fail yang ada dalam
sesetengah media sosial. Ada juga yang memuat naik gambar peribadi dan keluarga. Situasi ini akan
menarik perhatian orang ramai untuk memanipulasikan maklumat dengan niat yang tidak baik.
Jenayah siber juga berlaku kepada netizen yang sering mendedahkan maklumat secara
melampau. Menurut kajian, warga siber di Malaysia menghabiskan masa tidak kurang 20 jam sehari
untuk melayari laman sosial. Hal ini akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal pengguna media
sosial tegar. Namun begitu, remaja yang melayari Internet untuk memasuki laman media sosial
untuk mengenali budaya dan adat resam pelbagai agama dan budaya amat digalakkan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Halaman 15, Buku Teks Tingkatan 1,
KSSM, Dewan Bahasa dan Pustaka)
JAWABAN CADANGAN

Cara remaja memanfaatkan media sosial ialah para remaja menggunakan medium ini
untuk meluahkan perasaan yang terpendam di dalam hati. Selain itu, remaja berkongsi maklumat
peribadi, dan memuat naik gambar dalam media sosial. Di samping itu, remaja juga menggunakan
media sosial untuk berkawan dengan orang lain. Seterusnya, remaja mengemaskinikan
maklumat mereka dengan menggunakan media sosial. Bukan itu sahaja, remaja selesa
menyimpan maklumat peribadi dan nota-nota pelajaran dalam fail-fail yang ada dalam
sesetengah media sosial. Remaja juga melayari Internet untuk memasuki laman media sosial
untuk mengenali budaya dan adat resam pelbagai agama dan budaya.
(90 patah perkataan)

(Terima mana-mana 5 isi penting daripada petikan)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM (BPK) | – K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A

Anda mungkin juga menyukai