Anda di halaman 1dari 2

2. Untuk mengetahui kesan gangguan mental terhadap seseorang.

Pelaksanaan PKP bertujuan untuk membuat penjarakkan sosial agar dapat


memutuskan rantaian wabak Covid-19. Namun begitu, ia berpotensi untuk menjejaskan
kesihatan mental individu terlibat sama ada individu yang menjalani tempoh PKP dengan
tinggal berseorangan ataupun berkeluarga susulan dari tekanan psikologi yang meliputi rasa
takut (fear), cemas (panic), tertekan (stress), bimbang (anxious) dan murung (depress)
(Abdul Aziz, Sukor & Ab Razak, 2020). Menurut akhbar Utusan Malaysia (2020), pandemik
telah meningkatkan rasa itu malah gangguan mental menjadi lebih kritikal apabila mereka
terdedah kepada interaksi yang berkurang secara ketara dalam jangka masa yang lama,
kehilangan hubungan sosial dan peranan sosial.

Mental seseorang boleh terganggu akibat terlalu lama berkurung di dalam rumah dan
mereka terkesan dengan emosi serta tekanan perasaan akibat perubahan norma kehidupan.
Individu tersebut akan mengalami kesukaran untuk berfikir dan membuat keputusan yang
mudah, cepat terasa dan beremosi. Seterusnya mempengaruhi perlakuan sehariannya, seperti
tidak menghiraukan kesihatan dan penjagaan diri, mengalami gangguan tidur dan corak
pemakanan. Jika kesihatan mental seseorang itu terjejas, kesilapan akan berlaku dalam hidup
seseorang itu dan dianggap sebagai suatu kegagalan dalam hidup yang tidak patut dilakukan
dan menyalahkan diri kerana berasa diri tidak berguna. Akibatnya, individu tersebut akan
berasa sedih, kecewa dan berputus asa. Sekiranya keadaan ini berlarutan dan tidak merujuk
pakar untuk bantuan emosi, maka keadaan mental akan terjejas dan boleh berkembang
menjadi kecelaruan mental.

Gangguan mental seseorang itu tidak mengira umur, jantina, bangsa dan agama serta
kejadian bunuh diri juga memberi impak permasalahan kesihatan mental. Kebanyakkan
kejadian bunuh diri terjadi sewaktu pandemik Covid – 19 ini akibat kehilangan punca
pendapatan,kehilangan pekerjaan dan kekangan kewangan. Hal itu telah menyebabkan
seseorang itu telah bertindak untuk membunuh diri.

Seseorang yang berada dalam keadaan tekanan ia akan mengalami kesukaran untuk
mengawal diri. Jika seseorang itu tidak boleh menangani gangguan mental, ia akan memberi
kesan yang sangat buruk kepada tubuh badan dan memberi tempias kepada keluarga dan
orang yang terdekat.

Penularan wabak COVID-19 telah memberikan impak negatif dalam pelbagai sudut
terhadap seluruh masyarakat dunia termasuklah dalam isu kesihatan mental manusia. Isu
yang berkaitan tentang kesihatan mental ini sering kali diabaikan dan dipandang remeh oleh
masyarakat kita kerana ia biasanya tidak terzahir secara fizikal. Namun, apabila masalah ini
berlaku secara berterusan dalam tempoh masa yang lama, ia akan memberikan kesan
terhadap kesihatan fizikal. Wabak Covid-19 pula dilihat sebagai mimpi ngeri yang
menakutkan kerana telah mengubah pola kehidupan manusia termasuklah cara
kebanyakkan individu bekerja, bersosial, belajar, mengakses kepada penjagaan kesihatan,
membeli-belah dan melalui aktiviti kehidupan (Abdul Aziz et al., 2020)

Rujukan

1. Aziz, A. R. A., Sukor, N. M., & Ab Razak, N. H. (2020). Wabak Covid-19: Pengurusan
Aspek Kesihatan Mental Semasa Norma Baharu. International Journal of Social Science
Research, 2(4), 156-174.
2. Hussein, S.Z. (2020, Disember 3). ‘Covid-19 boleh jejas kesihatan mental warga emas
akibat kekurangan interaksi’. Utusan Malaysia.
3. Aziz, A. R. A., Shafie, A. A. H., Ali, Z., & Dzainal, N. D. S. (2020). Pengamalan Nilai
Agama dalam Mengatasi Kemurungan Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of
Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), 31-44.

Anda mungkin juga menyukai