Anda di halaman 1dari 3

HASSWINI A/P THANGARAJU

2210900
KEMURUNGAN

Isu berkaitan kes kemurungan sering diperkatakan di akhbar dan televisyen. Menurut
Suraya Roslan, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2019 menunjukkan bahawa hampir
sebagian besar orang Malaysia menderita depresi, dan sebuah kajian tentang perilaku bunuh
diri di kalangan remaja antara usia 13 dan 17 tahun menunjukkan peningkatan kejadian
pemikiran untuk bunuh diri 10% , dibandingkan dengan 7,9% pada tahun 2012. Selain itu,
Pertubuhan Bangsa Bnagsa Bersatu (PBB) juga menyatakan bahawa penularan COVID-19
berisiko mendatangkan krisis kesihatan mental global dan aspek kesihatan mental ini sering
diabaikan oleh masyarakat kerana ia biasanya tidak terzahir secara fizikal. Fenomena
COVID-19 ini menyebabkan ramai mula berasa cemas, risau, tertekan, bimbang dan takut.
Oleh itu, setiap individu berpotensi mengalami isu melibatkan kesihatan mental seperti
kemurungan. Definisi murung ialah keadaan apabila seseorang mengalami rasa kecewa dan
putus asa yang diiringi dengan gejala seperti sukar tidur, lembap berfikir, dan rasa bersalah
yang keterlaluan yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2005). Jelaslah bahawa isu kemurungan merupakan suatu isu semasa yang sangat
popular di Malaysia.

Sebelum penularan COVID-19, punca yang menyebabkan kemurugan ialah masalah


keluarga. Dalam dunia materialistik ini, ibu bapa sibuk mencari sumber kewangan. Oleh itu,
mereka kurang mengambil berat tentang perkembangan anak-anak. Persefahaman dan
hubungan erat yang tidak diwujudkan menyebabkan pergaduhan dan pertelingkan antara
keluarga kerap berlaku.

Seterusnya, mereka yang telah disahkan positif COVID-19, bimbang terhadap


penyakit, tidak tentu tentang penyembuhan serta rasa bersalah kerana menjadi punca
penyakit ini tersebar kepada individu yang lain. Mereka juga perlu berada di hospital untuk
jangka masa yang lama di sepanjang tempoh kuarantin yang dijalankan dan terpaksa
diasingkan serta berjauhan daripada keluarga. Selain itu, petugas kesihatan seperti pegawai
perubatan, jururawat dan petugas barisan hadapan (frontliner) yang terdedah kepada pesakit
COVID-19 dihantui kebimbangan tentang risiko mendapat penyakit, berasa penat kerana
bekerja untuk masa yang lama merupakan akibat mendapat kemurungan.
Justeru itu, pandemil COVID-19 juga telah meningkatkan kadar pengangguran dalam
kalangan masyarakat. Hal ini kerana ramai orang kehilangan kerja semasa penularan wabak
COVID-19 kerana kebanyakkan syarikat terpaksa ditutup semasa Perintah Kawalan
Pergerakan. Ini menyebabkan kemiskinan dalam kalangan masyarakat Malaysia meningkat
dan ramai berasa tertekan kerana tidak dapat menampung kehidupan seharian.

Di samping itu, virus korona ini bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal, tetapi juga
mental pelajar yang tinggal di kampus secara khususnya. Tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang tempohnya tidak pasti menimbulkan pelbagai kekeliruan dan
mengganggu kelangsungan aktiviti-aktiviti seperti kelas pengajian, latihan industri, tempoh
graduasi serta bayaran pinjaman pelajaran. Pelajar terpaksa untuk menyesuaikan diri
kepada pembelajaran secara dalam talian sehubungan dengan pembelajaran norma baharu.
Mereka terpaksa beralih daripada amalan pembelajaran konvensional iaitu secara
bersemuka kepada dalam talian bagi memastikan proses pembelajaran sedia ada tidak
terganggu. Tidak semua pelajar bernasib baik untuk memperoleh ruang pembelajaran yang
kondusif serta pakej internet terbaik memandangkan servis internet yang ditawarkan oleh
syarikat telekomunikasi di negara ini bergantung kepada kawasan liputan sama ada terletak di
bandar dan luar bandar. Oleh itu, ia menyebabkan pelajar-pelajar mengalami kemurungan.

Kesan daripada kemurungan ini ialah keadaan ini menyebabkan emosi yang tidak stabil
dan kekurangan perhatian terhadap sesuatu. Tekanan yang berlebihan ini juga mempu
menyebabkan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi. Orang yang tertekan juga
berpotensi untuk melakukan kegiatan buruk. Kemurungan juga dapat menjejaskan hubungan
antara keluarga. Masalah ini boleh menyebabkan orang yang mengalami kemurungan mudah
letih dan mudah hilang tenaga. Mereka juga kurang fokus kepada kerja sendiri. Oleh itu,
ekonomi dan keharmonian negara terjejas.

Isu kemurungan ini dapat dibendung sebaik jika prinsip “Kepercayaan Kepada Tuhan”
diterapkan dalam setiap orang. Agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia
kerana ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, sesuatu bangsa dan
juga negara. Pegangan yang kukuh terhadap agama akan dapat menahan seseorang itu
daripada melakukan jenayah. Kepercayaan terhadap agama dan tuhan dapat menunjukkan
jalan yang baik kepada seseorang. Pegangan agama juga memberikan impak yang positif
kepada seseorang yang menghalang seseorang itu daripada mengambil keputusan yang tidak
baik akibat kemurungan. Secara tidak langsung pengamalan prinsip “Kepercayaan kepada
Tuhan” dalam seseorang dapat mengurangkan kes kemurungan di Malaysia.

Kesimpulannya, individu yang mengalami masalah kemurungan akan mengalami


perubahan daripada cara pemikiran dan tingkah laku. Memandangkan negara kini berhadapan
gelombang ketiga penularan COVID-19 dengan catatan tinggi kes baharu harian yang
mendadak, terdapat individu yang kembali menghadapi tekanan, gangguan emosi serta
kemurungan. Penghayatan terhadap prinsip rukun negara iaitu “Kepercayaan kepada Tuhan”
memberi banyak manfaat kepada masyarakat dan juga dapat membendung isu kemurungan.

Anda mungkin juga menyukai