Anda di halaman 1dari 4

BAB 4 :SISTEM PENYAMAN UDARA BERPUSAT( CENTRALIZED AIR CONDITIONING

SYSTEM)

PENGENALAN

1. Sistem penyaman udara berpusat merupakan salah satu sistem penyaman udara
komersil. Dimana sistem ini mampu menyejukan beberapa bahagian/ruang yang
dikawal dari satu tempat(point).
2. Terdapat dua jenis sistem penyaman udara berpusat iaitu
1. Sistem penyejukan yang menggunakan bahan pendingin
Berperanan sebagai
2. Sistem penyejukan yang menggunakan air medium penyejukan

Sistem yang menggunakan bahan pendingin (freon)

1. Diaplikasikan untuk ruangan yang berskala kecil.


2. Prinsip operasi adalah sama dngan sistem penyaman udara domestik.

Sistem yang menggunakan air

1. Diaplikasikan untuk ruangan yang berskala besar


2. Menggunakan chiller dan cooling tower didalam sistem.

Konsep penyejukan

CHILLER AHU INTERIOR

COOL LINE
COOLING AHU DUCTING
TOWER CHILLER
HOT LINE

ROOM
OPERASI ASAS SISTEM PENYEJUKAN BERPUSAT

ALIRAN UDARA.

1. Return Air (RA) ialah udara yang dikitarkan untuk disejukkan kembali dari ruangan
yang didalamnya terdapat beban panas.
2. Outdoor air (OA) ialah udara segar dari luar bangunan.
3. Mixing Air adalah udara campuran dari Return Air dan Outdoor Air. Udara campuran
inilah yang akan diagihkan ke dalam bangunan atau ruangan dengan terlebih dahulu
dibersihkan dan didinginkan.
4. RA dan OA bercampur menjadi Mixing air atau udara campuran. Kemudian udara
campuran ini melalui filter untuk dibersihkan. Debu-debu akan ditapis disini sehingga
menjadi lebih bersih. Kemudian,filter udara campuran ini akan mengalami
pendinginan oleh Cooling Coil. Seteleh itu udara yang bersih dan dingin dialirkan ke
ruangan-ruangan dan bangunan.
5. Di dalam ruangan terdapat beban panas. Udara dingin yang dialirkan ke ruangan
sehingga udara menjadi lebih sejuk.
6. Udara dingin tadi menarik haba dari beban panas ruangan maka udara tersebut
menjadi lebih panas dibandingkan sebelum memasuki ruangan. Udara yang lebih
panas inilah yang disebut dengan Return Air (RA). Setelah itu RA akan kembali ke
Ducting dan mengalami proses yang sama.
KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA SISTEM PENYEJUKAN BERPUSAT

1. Cooling tower – untuk menyejukan semula air panas sebelum dikitar semula ke
dalam sistem.

2. Cooling coil – untuk mengawal suhu dan kelembapan relatif udara yang diagihkan ke
ruang yang dikehendaki.

3. Blower – mengerakan udara dikeseluruhan sistem.

4. Filter- mengawal jumlah bendasing yang masuk ke ruangan yang hendak disejukan.

5. Ducting- saluran yang tertutup yg berfungsi untuk mengalirkan udara.

6. Dumper – mengatur jumlah udara yang dipindahkan ke dalam ruang yang


dikehendaki.

KELEBIHAN DAN KEBURUKAN SISTEM AC SENTRAL

Kelebihan :
1.Bunyi bising dan getaran mesin pendingin hampir tidak mempengaruhi ruangan
2. servis dan baikpulih lebih mudah
3. Seluruh beban pendingin semua ruangan dalam bangunan dapat dikawal oleh satu sistem
( unit ) sahaja.
4. Kelembapan udara boleh dikawal.

Kekurangan :
1. kos pemasangan yang tinggi
2. kos operasi yang tinggi
3. Unit sentral tidak dapat dipakai untuk rumah sakit, karena kuman- kuman dari ruangan
untuk penderita penyakit menular ( melalui saluran udara balik ) dapat disebarkan ke
ruangan – ruangan lain.
4. Jika satu komponen mengalami kerosakan dan sistem AC sentral tidak hidup, Jika
temperatur udara terlalu rendah atau dingin maka pengaturannya harus pada termostat di
koil pendingin pada komponen AHU
COOLING TOWER Pernahkah anda melihat Cooling Tower ? Di manakah biasanya Cooling Tower
dipasang ? Dalam sistem Penyejukan dan Penyaman udara yang menggunakan sistem penyejukan air
, haba yang diserap dan disingkirkan kepada satu medium ( bahantara ) iaitu air. Air ini akan
digunakan untuk menyerap haba dan ia akan menyingkir air ke udara dan disejukkan semula dengan
menggunakan satu alat buatan khas yang ekonomik dinamakan Cooling Tower ( Menara Pendingin ).
Cooling Tower adalah alat yang digunakan untuk menyejukkan air yang mengalir dari condensor
dingin air yang menyerap haba dari evaporator dan compressor.
Fungsi menara pendinginan ialah untuk menyingkirkan haba ke udara sekeliling dan menyejukkan air
panas yang menyerap haba dan pemeluwap dingin-air. Air yang digunakan sebagai medium
pemeluwapan dan pendinginan ini termasuk air sungai, air kolam, air tasik dan juga air daripada
bekalan air paip . Dengan memikirkan faktor faktor ekonomi dan kemudahan asas, menara
pendinginan digunakan untuk sistem pendinginan semula air. Dengan cara ini air hanya berkurangan
dalam kitar penyejukan air akibat daripada penyejatan. Menara pendinginan menyejukkan air dan
pemeluwap dingin air dengan bantuan proses peredaran udara.

Prinsip dan Binaan Menara Pendinginan Prinsip kerja menara pendinginan berdasarkan kitaran air
melalui pemeluwap dingin air. pam air dan komponen dalaman menara pendinginan. Pam air yang
berfungsi dalam proses kitaran air akan menyedut air dari bahagian bawah takungan dan di
emparkan ke dalam pemeluwap dingin-air. Air yang bersuhu rendah yang diemparkan itu akan
menyerap haba dari bahan pendingin di dalam tiub pemeluwap dan dibawa ke bahahagian semburan
di atas menara pendinginan. Air yang disemburkan itu akan jatuh ke atas isian atau tambakan yang
keadaannya berlapis. Semasa air yang disemburkan jatuh di atas tambakan, udara luar yang bertiup
dari arah tepi menara akan membawa wap panas yang terpeluwap daripada air panas naik ke atas
menara dan kipas di puncak menara menolong mempercepatkan proses penyingkiran haba. Air yang
jatuh di atas tambakan akan dikumpulkan semula ke dalam takungan pembuangan haba. Air yang
sejuk ini akan dipamkan semula ke dalam pemeluwap. Untuk mengelakan kekotoran masuk ke dalam
kitaran air, penapis atau turas air dipasangkan pada paip air sebelum masuk ke dalam pam air dan
juga di dalam menara pendinginan. Binaan asas menara pendinginan ditunjukkan dalam Rajah
dibawah. Biasanya menara pendinginan beroperasi untuk mendapatkan data berikut: (a) Suhu air
alur masuk: 35°C hingga 37°C. (b) Suhu air alur keluar: 30°C hingga 32°C. (c) Suhu bebuli basah alur
masuk: 27°C. (d) Kuantiti air pendingin: 131 /minit x tan penyejukan

Anda mungkin juga menyukai