Anda di halaman 1dari 3

KONVENSYEN PENDIDIKAN PRASEKOLAH SIRI KE -12

TAHUN 2018

PELAPORAN HASIL BENGKEL

PELAPOR : EFFA HASFA RINA BINTI SAHARI & SALMI BINTI MAHLI

TAJUK RUMUSAN
ISI-ISI PENTING 1. Peserta terdiri daripada Pengamal yang
berpengalaman dan berkelayakan, Tahap pendidikan
PHD, Sarjana , Ijazah, Diploma, STPM, Sijil/ SPM
dan lain-lain.
2. Peserta yang terlibat Guru Prasekolah JPNS , Guru
Tadika Tabika, Pengasuh Taska, Pengusaha Taska /
Pengasuh swasta dan individu.
3. Cara yang paling sesuai mendapat ilmu TMK adalah
dengan mengikuti kursus dan bengkel asas TMK
untuk meningkatkan keberkesanan PdP.
4. Berdasarkan kaji selidik mendapati peserta memiliki
dan mengenali dan biasa dengan menggunakan
peralatan TMK. Seramai 148 orang tidak pernah
menghadiri TMK dan 156 orang pernah menghadiri
TMK, kursus dihadiri asas komputer, asas
multimedia, asas internet. Tujuan utama mengikuti
kursus teramai adalah membantu dalam
meningkatkan keberkesanan PdP. Aras kemahiran
menggunakan TMK Melayari Internet pada tahap baik
adalah seramai 152 orang, sangat baik adalah
seramai 100 orang, sederhana seramai 54 orang dan
lemah dalam menggunakan TMK melayari internet
seramai 2 orang. Manakala, Aras kemahiran
menggunakan internet, laman social dan perisian
computer adalah pada tahap baik. Bidang Kemahiran
pilihan utama TMK adalah menggunakan perisian
multimedia. Cara paling digemari- Bengkel (bersifat
hands-on), bidang menjadi pilihan utama
menggunakan perisian asas computer dan perisian
multimedia, peralatan yang sangat diperlukan adalah
kemudahan internet. Analisis min antara pra dan
pasca program berdasarkan kaji selidik yang
dijalankan tidak memperlihatkan perbezaan yang
signifikan. TMK secara total penting untuk
mengupayakan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti
Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
5. TMK kerap digunakan dalam pengurusan , mencari
dan menggunakan bahan, serta perkongsian bahan,
komunikasi dengan ibu bapa, khususnya
menggunakan aplikasi sosial.
6. Pengwujudkan bengkel untuk meningkatkan ilmu
TMK pada pengamal pendidikan awal kanak-kanak.
7. 2 Perkara perakuan konvensyen,
7.1 Peningkatan Kemahiran Pendidik seperti kursus
asas multimedia dan asas internet
7.2 Peralatan dan Perkakasan, membekalkan institusi
pendidikan dengan peralatan ICT
REFLEKSI/ Dengan adanya ilmu di kalangan pengamal pendidikan awal
KESIMPULAN kanak-kanak, akan tercapai Matlamat Mentransformasikan
pengamal pendidikan awal kanak-kanak kepada masyarakat
bermaklumat selain perlu diintergrasikan dalam pelbagai
komponen, penggabungjalinan dengan bahan, persekitaran
yang bersesuaian dengan kebolehan , minat dan gaya
pembelajaran kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai