Anda di halaman 1dari 35

Pengintegrasian teknologi dalam

pengajaran dan pembelajaran


Implikasi ICT dalam Pendidikan Islam
Dr. Miftachul Huda
Jabatan Pengajian Islam
Fakulti Sains Kemanusiaan
Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia
Perbahasan Utama

1. Konsep Pengintegrasi TMK 4. Piawaian Ciri Murid Dari Aspek


Dalam Pengajaran Dan Penggunaan TMK
Pembelajaran 5. Pendekatan Belajar
2. Peranan Guru Dalam Menggunakan TMK
Pengintegrasian TMK Dalam 6. Mod Penggunaan TMK Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajaran Dan Pembelajaran
3. Keperluan Mengintegrasikan
TMK Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran
Perbahasan Utama

7. Mod Pelaksanaan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan


Pembelajaran
8. Impak Integrasi Aplikasi Pemprosesan Perkataan dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
9. Persembahan Elektronik
10. Penggunaan Media Interaktif Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran
11. Model ADDIE
Konsep Pengintegrasi TMK Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran

• Keperluan memahami aspek-aspek perancangan pengajaran


(instructional planning), teori pembelajaran, rekabentuk pengajaran,
dan menguasai kemahiran pelbagai aplikasi komputer bagi menghasilkan
media yang dapat menyokong pengajaran dan pembelajaran.
• Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, bertujuan untuk
meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses pengajaran dan
pembelajaran. Untuk itu guru seharus dapat menggunakannya secara
berfikrah, terancang dan bersesuaian.
• Persekitaran pembelajaran menjadi lebih baik apabila teknologi
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Peranan Guru Dalam Pengintegrasian TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

• Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran tidak


semestinya berkehendakkan seorang guru menguasai kemahiran
TMK tahap tinggi, tetapi yang penting dan utama ialah bagaimana
guru dapat menghasil dan menggunakan bahan atau media
pengajaran dan pembelajaran yang ‘sesuai dengan keperluan
pembelajaran murid’ (proper usage of instructional tool).
• Perlu mengetahui dan memahami aspek-aspek rancangan
pengajaran (instructional planning), rekabentuk pengajaran
(instructional design) dan yang cukup penting ialah teori
pembelajaran (learning theory) yang mendasari perkara di atas.
Lanjutan

• Semasa melakukan integrasi TMK dalam proses


pengajaran dan pembelajaran, guru tidak sama
sekali mengajar bagaimana menggunakan
teknologi tersebut – apa yang dilakukan adalah
“menggunakan teknologi tersebut sebagai
sesuatu wahana yang dapat membantu
memudahkan guru menyampai dan memudahkan
murid memahami dan membina sesuatu ilmu
pengetahuan serta membentuk kemahiran.”
Keperluan Mengintegrasikan TMK Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran

i. Menarik perhatian murid


ii. Memotivasikan murid
iii. Menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran seperti
pembelajaran koperatif, kemahiran berfikir aras tinggi, pembelajaran
berasaskan penyelesaian masalah dan pembelajaran berasaskan projek.
iv. Melibatkan murid melalui kerja-kerja penghasilan
v. Meningkatkan anggapan bahawa murid sendiri yang mengawal pembelajaran
vi. Membantu guru menghubungkan murid kepada sumber pembelajaran
vii. Membantu guru menjejak perkembangan pembelajaran murid
viii. Menyediakan murid untuk menghadapi dunia yang sentiasa berubah
Kesan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran

Projek Apple Classrooms of Tomorrow (ACOT) (1995) mendapati murid yang


menggunakan TMK secara intensif semasa persekolahan mempunyai ciri-ciri
berikut:
i. boleh meneroka dan menyampaikan secara dinamik dalam pelbagai bentuk
ii. lebih tinggi keyakinan diri dan kemahiran sosial
iii. boleh berkomunikasi secara berkesan mengenai perkara-perkara yang
kompleks
iv. mempunyai kemahiran akses kendiri dan terarah kendiri
v. mengetahui kebolehan masing-masing dan boleh berkongsi dengan orang lain
vi. boleh berkerja secara kolaboratif, dan
vii. lebih bersedia untuk menghadapi masa depan.
Piawaian Ciri Murid Dari Aspek Penggunaan
TMK

• Sejauh mana TMK dapat membantu dalam membentuk


murid yang berkualiti, yang mempunyai pemikiran
kritikal dan kreatif, serta berkemahiran dalam
penyelesaian masalah, banyak bergantung kepada
peranan yang dimainkan guru.
• Persekitaran pembelajaran yang efektif merupakan
gabungan pendekatan tradisional dengan pendekatan
baru untuk membimbing penguasaan kandungan mata
pelajaran di samping mengambil kira keperluan individu.
Gabungan berkenaan dapat menyediakan murid yang berupaya
(International Society for Technology in Education 1998):

i. berkomunikasi menggunakan pelbagai bentuk media


ii. mencapai dan bertukar maklumat dalam berbagai cara
iii. mengumpul, menganalisa, menyusun dan mensintesis maklumat
iv. membuat rumusan berasaskan maklumat yang dikumpul
v. menggunakan maklumat dan menggunakan alat yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah
vi. mengetahui kandungan mata pelajaran dan berupaya mencapai maklumat tambahan
apanila diperlukan
vii. menjadi murid yang terarah kendiri
viii. melakukan kolaborasi dengan orang lain dan bertindak cemerlang dalam pasukan
ix. berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang bersesuaian dan beretika
Pendekatan Belajar Menggunakan TMK

Belajar
MENGENAI
TMK

Belajar Belajar
MELALUI DENGAN
TMK TMK
Belajar MENGENAI TMK

• Belajar mengenai TMK memerlukan murid menguasai ilmu


pengetahuan dan kemahiran displin ilmu yang khusus dalam bidang
TMK termasuk Sistem Komputer, Rangkaian, Sistem Maklumat,
Multimedia dan Pengaturcaraan. Pendedahan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang-bidang ini kepada murid dilakukan
menggunakan strategi yang bersesuaian dengan tahap kognitif dan
keupayaan mereka.
Belajar DENGAN TMK

• Belajar dengan TMK bermaksud murid menggunakan TMK sebagai alat


untuk belajar, seperti menggunakan perisian dan perkakasan TMK.
Antara perisian yang boleh digunakan seperti MS Word, MS
PowerPoint, MS Excel, MS Paint, Geometer ‟s Sketchpad dan perisian
percuma (freeware) belajar menaip Typing Tutor. Manakala
perkakasan pula ialah seperti pencetak, pengimbas dan kamera
digital. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan,
menarik dan seronok dengan menggunakan TMK. Penggunaan TMK
sebagai alat dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah rendah akan dapat menjadikan murid lebih kreatif dan
inovatif pada tahap yang sesuai mengikut tahap pemikiran mereka.
Belajar MELALUI TMK

• Belajar melalui TMK adalah penggunaan TMK untuk mengakses


maklumat menggunakan media TMK seperti CD-ROM, DVD-ROM,
perisian kursus dan Internet, Myguru (Learning Management System:
Sistem Pengurusan Pembelajaran). Contoh belajar melalui TMK dapat
dilihat melalui penggunaan bahan seperti ensaiklopedia, kamus,
video pembelajaran, Portal E-bahan, EduwebTV dan Google Earth.
• Belajar MENGENAI TMK, Belajar DENGAN TMK dan Belajar MELALUI
TMK boleh digabungkan dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran. Integrasi TMK boleh diimplimentasikan secara efektif
apabila murid dapat menguasai kemahiran TMK.
Mod Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran

Mod
Mod
Penerokaa
Tutorial
n

Mod
Mod
Komunikas
Aplikasi
i
Mod Tutorial

• Dalam mod tutorial, TMK digunakan untuk menyampaikan


kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah
ditetapkan dan merangkumi;
i. Pendedahan kandungan (pembelajaran ekspositori)
ii. Tunjuk cara sesuatu fenomena dengan kawalan sistem
iii. Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh
sistem
Mod Penerokaan

• Dalam mod penerokaan, TMK digunakan sebagai medium untuk


i. mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber
seperti CDROM, portal maklumat dan internet
ii. mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara tunjuk cara di bawah kawalan
murid sendiri
iii. mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di
bawah kawalan sistem
Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod penerokaan termasuk:
 Akses kepada sumber yang pelbagai di Internet melalui enjin gelintar
 Perisian kursus berkonsepkan pelbagai pilihan, penerokaan dan permainan
berbentuk simulas
Mod Komunikasi

• Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod komunikasi


termasuk:
 Chat
 Email
 Audio conference
 Video conference
 Pembinaan laman web untuk akses melalui internet
Mod Aplikasi

• Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod penerokaan


termasuk:
 Pemproses kata untuk menghasilkan karangan
 Hamparan elektronik untuk memaparkan carta
 Editor grafik, editor bunyi, editor movie, perisian persembahan
elektronik, dan editor laman web untuk menyampaikan
persembahan
 Perisian mereka bentuk berbantukan komputer untuk mencipta
reka bentuk bahan
Mod Pelaksanaan Penggunaan TMK Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran

Mod Guru dan


Murid bersama-
sama

Mod Murid Mod Guru


sahaja sahaja
Mod Guru dan Murid bersama-sama

• Guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran interaktif


di makmal komputer sekolah. Semasa pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah, guru boleh menggunakan
komputer riba, perisian kursus dan projektor LCD.
• Guru boleh meminta murid untuk mencuba aktiviti yang disediakan
di dalam komputer riba guru. Guru juga boleh memuat turun
bahan dari laman web lebih awal dan menggunakan laman
tersebut semasa pengajaran.
Mod Guru sahaja

• Guru mengajar dengan bantuan perisian


pengajaran dan pembelajaran dan modul
pengajaran yang mana guru telah menyediakan
bahan tersebut sebelum masuk ke kelas.
Mod Murid sahaja

• Dengan menggunakan perisian kursus yang


bersifat interaktif dan berpandukan kepada
modul pembelajaran, murid boleh melaksanakan
aktiviti pembelajaran menggunakan komputer
tanpa bantuan guru. Dalam situasi ini, guru
bertindak sebagai fasilitator kepada
pembelajaran murid .
Impak Integrasi Aplikasi Pemprosesan Perkataan dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

• Menjimatkan masa
• Hasil kerja lebih kemas dan menarik
• Perkongsian maklumat
• Menyokong pengurusan pengajaran dan pembelajaran
• Mengukuhkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
• Menyokong proses penulisan
• Mengukuhkan kemahiran berbahasa
Persembahan Elektronik

Ciri-ciri
persembahan
elektronik

Prinsip Kriteria
penghasilan persembahan
persembahan elektronik yang
elektronik baik
Penggunaan Media Interaktif Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran

Media Multimedia
Interaktif Interaktif
Multimedia Interaktif
• Penggunaan khusus multimedia interaktif ialah untuk;
 Latihtubi dan latihan untuk menguasai kemahiran asas
 Perkembangan kemahiran menulis
 Penyelesaian masalah
 Pemahaman konsep-konsep matematik dan sains
 Simulasi dalam sains dan matematik
 manipulasi data
menguasai kemahiran komputer
 akses dan komunikasi
 akses guru dan murid dari jarak jauh
 pembelajaran koperatif dan perseorangan
 pengurusan dan pentadbiran aktiviti di bilik darjah.
Media Interaktif

• Media Interaktif ialah integrasi pelbagai media termasuk teks,


grafik, imej, audio, dan video dalam suasana berstruktur supaya
pengguna dapat berinteraksi untuk tujuan tertentu. Media
interaktif biasanya memerlukan kawalan, input, respon aktif
pengguna. Kebanyakan media interaktif masa kini menggunakan
teknologi digital. Contoh bentuk media interaktif ialah seperti
laman web, perakam video digital (DVR), permainan komputer,
forum atas talian, E-Mail dan rangkaian sosial (Social network).
Kelebihan penggunaan media interaktif

• ia memudahkan pembelajaran berpusatkan murid. Memberikan


pilihan pembelajaran yang banyak serta memperkenalkan banyak
bahan baru.
• Ia memenuhi kehendak stail pembelajaran yang pelbagai dengan
memberikan banyak pilihan pendekatan pembelajaran.
• Ia motivasikan interaksi, eksperimen dan pembelajaran koperatif
murid.
• Ia membantu dalam proses pembelajaran berasaskan tema.
• Ia menggalakkan pembelajaran secara konstruktivisme.
Media interaktif sangat sesuai digunakan dalam
situasi pembelajaran yang rumit seperti berikut.

 Bahan atau kandungan yang susah untuk divisualkan contohnya


seperti proses-proses rumit.
 Kandungan tiga dimensi yang susah untuk belajar secara visual
dengan menggunakan bahan dua dimensi.
 Proses-proses dinamik yang memerlukan kefahaman tentang
hubungan antara objek-objek yang bergerak.
 Kandungan yang merangkumi isi yang menyeluruh dimana
beberapa idea perlu digabungkan untuk memahami keseluruhan.
 Simulasi proses yang kompleks atau mahal dimana tiada peluang
untuk menggunakan peralatan yang sebenar.
Model ADDIE

i. Analisis (Analysis)

ii. Rekabentuk (Design)

iii. Pembangunan (Development)

iv. Implimentasi (Implimentation)

v. Penilaian (Evaluation)

Anda mungkin juga menyukai