Anda di halaman 1dari 14

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

CASE STUDY
(GESTATIONAL DIABETES MELLITUS)

NAMA: MOHD SYUKRI RADIN


NO.K/P: 940102-12-6115
NO.MATRIK: BPP 2018 - 0747

SESI AKADEMIK: JANUARI – JUN 2021


ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGENALAN& PENYATAAN MASALAH ............................................................................ 2

DEFINISI .................................................................................................................................... 2

PENCARIAN LITERATUR .......................................................................................................... 3

PERBINCANGAN & HUJAH ....................................................................................................... 4

DIAGNOSIS ............................................................................................................................... 4

SIMPTOM .................................................................................................................................. 4

INVESTIGASI ............................................................................................................................ 6

PENGURUSAN.......................................................................................................................... 7

PENJAGAAN ANTENATAL .................................................................................................... 9

KOMPLIKASI .......................................................................................................................... 11

RUMUSAN................................................................................................................................... 12

RUJUKAN .................................................................................................................................... 13

1
PENGENALAN & PENYATAAN MASALAH

Gestational diabetes mellitus, GDM adalah keadaan dimana wanita hamil mengalami
peningkatan kandungan glukosa dalam darah kebiasaannya dalam trimester yang ketiga.GDM
disebabkan oleh insulin receptors tidak befungsi dengan sempurna. Hal ini terjadi disebabkan oleh
human placental lactogen yang menganggu kefungsian insulin receptors. Ini menyebabkan
peningkatan kandungan glukosa dalam darah dengan mendadak.

GDM mempunyai beberapa simptom dan kebiasaanya dapat didiagnos ketika screening.
Keputusan diagnosis adalah berdasarkan penigkatan kandungan glukosa dalam darah dengan
mendadak. GDM merangkumi 3-15% kehamilan, bergantung kepada kajian setempat.

Wanita hamil yang mempunyai GDM yang tidak dirawat, ia akan menganggu bayi yang
akan dilahirkan. Ini termasuklah macrosomia, kekurangan glukosa dalam darah, jaundice,
shoulder dystocia dsb. GDM adalah keadaan yang boleh dirawat jika diagnosis dapat dipastikan.
Wanita hamil yang mempunyai GDM harus peka akan kawalan kadar glukosa dalam darah. Cara
pengambilan makanan yang betul adalah rawatan yang terbaik.

Jika GDM tidak dirawat, wanita hamil mempunyai kemungkinan untuk mendapat type II
diabetes mellitus selepas kehamilan. Mereka juga mempunyai kemungkinan untuk mengalami
keadaan pre-eclampsia dan caesarean section. Manakala offspring mereka akan mempunyai
kemungkinan yang tinggi untuk mengalami childhood obesity dan type II diabetes mellitus ketika
mereka dewasa kelak. Kebanyakan pesakit mempu mengawal kadar glukosa dalam darah melalui
diet yang disyorkan dan senaman pasif, tetapi sesetengah pesakit harus mengambil ubatan
termasuk insulin.

2
PENCARIAN LITERATUR

Gestational diabetes mellitus, GDM adalah keadaan dimana berlakunyan


ketidakseimbangan glukosa dalam darah ketika mengandung. GDM dapat disahkan pertama kali
ketika hamil menjadi normoglycemic (keadaan dimana berlakunya keabnormalan kandungan
glukosa dalam darah) ketika postpartum period. Kerana berlakunya peningkatan human placental
lactogen,steroid hormone menjadi insulin resistance pada insulin receptors menyebabkan
terjadinya GDM. Kajian terkini mendapati kira-kira 96-98% wanita hamil mempunyai kadar
glukosa yang normal dalam darah. Hanya 2-4% mempunyai kemungkinan mengalami GDM.

Kajian oleh Dr. Mahesh(2008) dari India, berdasarkan National Diabetes Data Group,
peratusan wanita hamil dengan GDM adalah 4% daripada keseluruhan kehamilan. Namun, the
Fourth International Workshop Conference on GDM menunjukkan wanita yang tidak mempunyai
diabetes mellitus tetapi mengalami GDM adalah 7%. Ini merangkumi 200,000 kes setiap tahun.
Sementara di Australia pada tahun 2005-2006, sebanyak 4.6% wanita hamil dalam lingkungan
umur 15-49 disahkan mengalami GDM.

Peningkatan umur adalah selari dengan penigkatan kemungkinan untuk mendapat GDM,
daripada 1% bagi umur 15-19 tahun dan 13% bagi umur 44-49 tahun. Satu pertiga kes dimonopoli
oleh wanita dalam umur lingkungan 30-34 tahun. Ini membawa keputusan sebanyak kira-kira 14%
kes GDM dalam keseluruhan kehamilan.

Sebuah kajian membuktikan bahawa kejadian GDM berbeza dalam etnik dan kawasan. Di
Afrika, wanita hamil berumur dalam lingkungn 15-49 adalah tujuh kali ganda lebih besar
berbanding dengan Australia. Didapati bahawa sebanyak 80% kes GDM berlaku di Afrika dan
Asia.

Satu kajian oleh Dr. Philips(2005) di Norway, membuktikan rawatan bagi GDM dapat
mengurangkan kejadian shoulder dystocia bagi newborn. Kebiasannya bayi dilahirkan dalam
keadaan ibu mempuyai GDM mengalami macrosomic, dan ini menjadi penyumbang kepada
berlakunya shoulder dystocia

3
PERBINCANGAN & HUJAH

DIAGNOSIS

Assessment untuk GDM harus dilakukan pada petama kali lawatan ke KKIA. Wanita hamil
yang mempunyai simptom-simptom yang boleh menjadi penggalak berlakunya GDM seperti
obesiti, sejarah diabetes mellitus, glycosuria dan genetik keluarga yang mempunyai diabetes
mellitus harus melakukan glucose testing dengan segera. Jika keputusan adalah negatif pada ujian
pertama, mereka harus mengulangi ujian pada minggu 24 dan 28 gestasi. Wanita yang tidak
mempunyai simptom yang ketara harus membuat ujian pada 24-28 minggu gestasi.

Wanita hamil yang perlu membuat ujian


I. Umur >26 tahun
II. Mempunyai saudara terdekat yang menghidapi diabetes mellitus
III. Mempunyai berat yang normal sebelum hamil
IV. Sejarah abnormal glucose tolerance
V. Sejarah poor obstetric outcome
VI. Berada dalam komuniti yang mempunyai peratusan diabetes mellitus yang tinggi

SIMPTOM
Simptom-simptom wanita hamil dengan GDM adalah seperti berikut:
I. Peningkatan rasa dahaga
II. Kehilangan berat badan disamping peningkatan selera makan
III. Keletihan
IV. Peningkatan dalam urination
V. Nausea
VI. Jangkitan yang kerap termasuklah di bladder, vagina dan kulit
VII. Muntah
VIII. Penglihatan kabur

4
Ketika membuat diagnosis bagi GDM, haruslah peka pesakit mungkin:

I. Mempunyai diabetes mellitus yang belum didiagnosis


II. Glucose intolerance yang sederhana tetapi menjadi teruk kerana terdapat insulin resistance
III. Glucose tolerance yang normal sebelum kehamilan tetapi menjadi tidak normal ketika
gestasi

Wanita hamil dengan positif 50g-oral glucose tolerance test, OGTT, perlu ujian selanjutnya
dengan samada 75g OGTT atau 100g OGTT. Ketika ujian, pesakit haruslah berada dalam keadaan
duduk dan tidak boleh merokok sepanjang ujian dijalankan.

Jika menggunakan 100g OGTT, nilai normal bagi berpuasa adalah <95mg/dl, 1-jam adalah
>180mg/dl, 2-jam adalah >155mg/dl dan 3-jam adalah >140mg/dl. Manakal jika menggunakan
75g OGTT, keputusan adalah sama seperti 1-jam dan 2-jam bagi 100g OGTT. Untuk mengesahkan
diagnosis, dua atau lebih keputusan ujian perlu didapatkan. Walaubagaimanapun, satu kajian
mendapati bahawa walaupun hanya satu keputusan ujian OGTT yang tidak normal, menyumbang
kepada berlakunya newborn macrosomic.

Pemantauan kandungan glukosa dalam darah adalah amat penting bagi menentukan
rawatan. Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan pemantauan kandungan glukosa sebanyak
empat kali sehari dapat membantu dalam pengawalan glukosa dalam darah. Mereka perlu
membuat pemantaun kandungan glukosa ketika sebelum makan dan 2 jam selepas makan.

5
INVESTIGASI

Fasting blood sugar pada kadar >126mg/dl (7.0mmol/l) atau casual blood plasma pada
kadar >200mg/dl (11.1mmol/l) dapat mengesahkan bahawa pesakit mempunyai kemungkinan
besar mempunyai diabetes mellitus. Terdapat dua ujian yang perlu dilakukan iaitu, one-step
approach dan two-step approach

One-step approach
Lakukan ujian oral glucose tolerance test, OGTT tanpa melakukan ujian pada darah atau
serum glukosa. Mereka tidak boleh mengambil sebarang makanan atau minuman dalm tempoh 8-
12 jam selepas mengambil OGTT. Cara ini dapat menjimatkan kos namun kebiasannya hanya
dilakukan bagi pesakit yng mempunyai kebarangkalian yang tinggi menghidapi GDM.

Two-step approach
Lakukan ujian 50g OGTT dan selepas 1 jam, pantau kandungan glukosa dalam darah. Jika
nilai tersebut adalah tidak normal iaitu >140mg/dl (7.8mmol/l) membuktikan pesakit mempunyai
kira 80% kemungkinan menghidapi GDM

6
PENGURUSAN

Semua wanita hamil dengan GDM haruslah diberi kaunseling mengenai pengambilan diet
yang sewajarnya. Kaunseling ini haruslah diberi oleh dietician. Medical nutrition therapy, MNT
haruslah mengambil kira berat badan dan tinggi pesakit. MNT haruslah merangkumi pengambilan
kalori dan nutrien yang seimbang bagi mengawal kadungan glukosa dalam darah.

Bagi pesakit yang mengalami obesity, (BMI>30), pengurangan pengambilan kalori


sebanyak 35-40% dapat mengurangkan kejadian hyperglycaemia disamping tiada penambahan
dalam ketonuria. Manakal pengurangan pengambilan karbohidrat sebanyak 35-40% dapat
mengurangkan peningkatan kadar glukosa dalam darah dan boleh mengelakkan kejadian seperti
macrosomic newborn, shoulder syctocia dsb.

Insulin merupakan ubatan yang paling efisien yang digunakan bagi rawatan GDM. Terapi
insulin digabungkan dengan MNT untuk mendapatkan rawatan yang lebih sempurna. Insulin hanya
akan digunakan sekiranya MNT gagal untuk mengawal kadar glukosa dalam darah pesakit. Apabila
pesakit mengambil insulin, adalah penting bagi pesakit untuk memantau kadar glukosa dalam
darah mereka. Berikut merupakan kadar glukosa dalam darah yang wajar dipatuhi

I. Fasting whole blood glucose : ≤95 mg/dl (5.3 mmol/l)


II. Fasting plasma glucose : ≤105 mg/dl (5.8 mmol/l)
Atau
III. 1-h postprandial whole blood glucose : ≤140 mg/dl (7.8 mmol/l)
IV. 1-h postprandial plasma glucose : ≤155 mg/dl (8.6 mmol/l)
Atau

V. 2-h postprandial whole blood glucose : ≤120 mg/dl (6.7 mmol/l)


VI. 2-h postprandial plasma glucose : ≤130 mg/dl (7.2 mmol/l)

7
Pengambilan ubatan oral bagi merawat GDM adalah tidak digalakkan. Hal ini kerana
ubatan oral mungkin boleh merentasi placental barrier dan boleh menganggu tumbesaran infant
dalam kandungan. Selain itu, ubatan oral juga boleh merentasi mammary gland dan berada dalam
badan bayi apabila ia menghisap susu.

Aktiviti fizikal dapat menurunkan kadar glukosa dalam darah pesakit. Namun aktiviti
fizikal tidak melibatkan aktiviti yang berat seperti berlari atau melompat. Sebarang aktiviti berat
boleh menganggu tumbesaran infant dalam kandungan. Senaman ringan seperti seperti stretch up
dan yoga boleh dilakukan.

Wanita hamil yang didiagnos dengan GDMharuslah melahirkan anak pada gestasi minggu
ke 38. Sekiranya berlaku kelewatan kelahiran melebihi gestasi minggu ke 38, hal ini boleh
membimbangkan kerana infant boleh menjadi macrosomic. Sekiranya terjadinya macrosomic
infant, aka nada banyak komplikasi bersalin seperti shoulder dystocia, neonatal jaundice dsb.
Sekiranya wanita hamil menghampiri gestasi minggu ke 38 dan masih belum melahirkan infant,
beliau akan dinasihatkan untuk melakukan lower segment caesarean section, LSCS.

8
PENJAGAAN ANTENATAL

A. PEMANTAUAN

Pemantauan terhadap kadar glukosa dalam darah wanita hamil adalah penting dalam
menentukan diagnosis GDM dan juga menentukan jenis rawatan. Self-monitoring of blood glucose,
SMBG berkala adalah penting tertutamanya kepada wanita hamil yang didiagnos dengan GDM.
Pemantauan berkala ini dilakukan bagi mengetahui kadar glukosa dalam darah. Sekiranya tidak
normal, rawatan yang bersesuaian dapat dilakukan. Pemantauan ini juga dapat melihat sejauh
mana keberkesanan rawatan.

Selain daripada pemantauan blood glucose, pemantauan urine ketone juga penting dalam
mengesan sekiranya pesakit kurang mengambil kalori atau karbohidrat bagi pesakit yang diberi
rawatan dengan pengurangan pengambilan kalori dan karbohidrat dalam diet.

Oleh yang demikian, pemantauan haruslah merangkumi blood glucose, urine ketone, dan
tekanan darah.

Selain itu, pesakit haruslah melakukan pemeriksaan ultrasound untuk memantau


tumbesaran infant dan melihat sebarang keabnormalan seperi macrosomia.

B. DIET

Kesemua wanita hamil yang didiagnos dengan GDM haruslah menerima kaunseling mengenai
pemakanan oleh dietician.Medical nutrition therapy, MNT individu haruslah merangkumi
pengambilan kalori dan nutrien yang seimbang. Seimbang disini membawa maksud, pemantauan
kadar glukosa dalam darah haruslah dilakukan sentiasa bagi memastikan tidak berlakunya keadaan
hyperglycemia. Untuk mengelakkan kejadian ini, slow-release carbohydrate wajar diambil oleh
pesakit berbanding fast-release carbohydrate. Contoh slow-release carbohydrates adalah roti
wholegrain. Kerana pada waktu pagi adalah waktu kemuncak bagi insulin resistance, pengambilan
sarapan pagi yang tinggi dengan karbohidrat adalah dilarang. Pengambilan diet yang tinggi dengan
fiber, buah-buahan dan sayuran dapat mengurangkan risiko menghidapi GDM.

9
C. LIFESTYLE

Kehidupan seharian haruslah didisiplinkan bagi ibu hamil dengan GDM. Pertama adalah
dengan mengawal berat badan. Berat badan yang berlebihan akan membuatkan keadaan GDM
bertambah teruk. Kedua adalah melakukan senaman ringan. Senaman ringan dapat mengurangkan
keterukan dan GDM dan juga dapat menurunkan kadar glukosa dalam darah. Ketiga adalah untuk
menjaga kebersihan diri kerana mereka mudah dijangkiti penyakit tertutamanya pada bahagian
genitalia. Selain itu, mereka dilarang sama sekali untuk merokok dan mengambil alkohol.

D. UBAT-UBATAN

Sekiranya MNT gagal mengawal kadar glukosa dalam darah, terapi insulin harus diberikan kepada
ibu hamil dengan GDM. Terdapat dua jenis insulin iaitu fast-acting insulin dan short-acting
insulin. Penting untuk memastikan ibu hamil tidak mengalami keadaan Penting untuk memastikan
ibu hamil tidak mengalami keadaan hypoglycemia bagi fast-acting insulin mungkin disebabkan
overdose atau pengambilan makanan karbohidrat yang kurang. Dengan ini, pemantau kadar
glukosa dalam darah adalah penting.

Pengambilan dos bagi insulin haruslah dirujuk kepada doktor. Sebarang kesalahan dalam
dos boleh menyebabkan keadaan hypoglycemia atau hyperglycemia. Sekiranya dos yang diberikan
oleh doktor menunjukkan nilai yang tidak normal dalam pemantauan kadar glukosa dalam darah,
pesakit haruslah merujuk kepada doktor. Ini boleh disebabkan dos insulin yang tidak bersesuaian
atau pengambilan diet yang tidak seimbang.

Seterusnya, jika pesakit menyuntik diri sendiri untuk mengambil insulin, pesakit haruslah
memastikan tenkik aseptik. Kegagalan mengekal teknik aseptik boleh menyebabkan komplikasi
sepeti phlebitis atau thrombophlebitis.

10
KOMPLIKASI

A. IBU
I. Wanita yang didiagnos dengan GDM mungkin bakal menghidapi diabetes mellitus, DM
dalam masa hadapan. Kajian menunjukkan kemungkinan wanita hamil dengan GDM akan
menghidapi DM dalam masa lima tahun selepas melahirkan bayi.
II. Wanita hamil dengan GDM juga mempunyai kebarangkalian sebanyak 30-70% untuk
kembali menghidapi GDM dalam kehamilan akan datang
III. Maternal hypertension juga dikaitkan dengan kejadian GDM. kajian di Eropah
menunjukkan sebanyak 19.6% pesakit GDM menghidapi maternal hypertension
berbanding 10.5% ibu hamil yang normal.
B. FETUS
I. Kematian fetus atau intra-uterine death, IUD sering dikaitkang dengan kejadian GDM
II. Komplikasi GDM adalah macrosomic infant dimana bayi mempunyai berat melebihi empat
kg apabila lahir. Satu kajian menunjukkan ibu GDM mempunyai kebarangkalian sebanyak
14% untuk melahirkan bayi macrosomia berbanding 6.3% ibu normal.
III. Shoulder dystocia merupakan komplikasi kepada fetus. Ini dikaitkan dengan macrosomic
infant dimana bayi terlalu besar. Selain itu, kejadian seperti kecederaan kepada fetus dan
uterine hemorrhage boleh berlaku dalam situasi ini.
IV. Neonatal hypoglycemia sering berlaku kepada ibu dengan GDM menyebabkan koma dan
berkemungkinan mati jika tidak dapat didiagnos awal
V. Kanak-kanak membesar akan mempunyai risiko untuk mendapat obesiti pada usia kanak-
kanak

11
RUMUSAN

Gestational diabetes mellitus, GDM merupakan keadaan diamana berlakunya


ketidakseimbangan kandungan glukosa dalam darah ketika dalam kehamilan. GDMdisebabkan
oleh insulin receptors tidak befungsi dengan sempurna. Hal ini terjadi disebabkan oleh human
placental lactogen yang menganggu kefungsian insulin receptors. Ini menyebabkan peningkatan
kandungan glukosa dalam darah dengan mendadak. GDM merupakan penyakit yang boleh
dirawat. Namun ia menjadi masalah jika keadaan ini tidak dapat dikesan sejak awal. Berikut
merupakan symptom-simptom yang menunjukkan kemungkinan ibu hamil menghidapi GDM iaitu
Peningkatan rasa dahaga, Kehilangan berat badan disamping peningkatan selera makan, Keletihan,
Peningkatan dalam urination, Nausea, Jangkitan yang kerap termasuklah di bladder, vagina dan
kulit, Muntah, Penglihatan kabur.

Investigasi yang boleh dilakukan bagi mengesan GDM adalah dengan menggunakan oral
glucose tolerance test, OGTT. Selepas melakukan ujian OGTT, darah ibu hamil akan diperiksa
kandungan glukosa. Berikut merupakan nilai normal bagi ujian darah untuk mengesan kadar
glukosa:

Rawatan utama GDM adalah medical nutrition therapy, MNT dimana diet ibu hamil akan
disesuaikan bagi mengelakkan berlakunya hyperglycemia atau hypoglycaemia. MNT merangkumi
pengambilan diet yang rendah kolesterol dan karbohidrat. Sekiranya MNT tidak berkesan, ibu
hamil akan diberi terapi insulin. Dengan pengambilan terapi insulin, ibu hamil hendaklah sentiasa
memantau kadar glukosa dalam darah beliau. Pengambilan ubatan oral adalah dilarang kerana
kandungan ubatan oral boleh merentasi placental barrier.

Antara komplikasi GDM kepada ibu adalah, ibu mempunyai risiko tinggi untuk
menghidapi diabetes mellitus, DM pada masa hadapan. Ketika mengandung pula, ibu hamil
mempunyai risiko untuk menghidapi maternal hypertension. Mankala kompliaksi GDMkepada
fetus adalah macrosomial infant, shoulder dystocia, dan neonatal jaundice. Selain itu, intra-
uterine death, IUD juga boleh berlaku sekiranya GDM tidak dirawat.

12
RUJUKAN

I. Marie T. O’Toole, EdD, RN “Encyclopedia & Dictionary of Medicine, Nursing & Allied
Health (2013) Saunders
II. “Kamus Jururawat”. Oxford Fajar (2008)
III. Linda Skidmore-Roth, MSN. “Mosby’s Nursing Drug Reference” (2014) Elsevier
IV. Thomas R Moore, MD et al. Diabetes Mellitus and Pregnancy. med/2349 at eMedicine.
Version: Jan 27, 2005 update.
V. Donovan, PJ (2010). "Drugs for gestational diabetes". Australian Prescriber (33): 141–4.
VI. http://baiqyulastri.blogspot.com/2013/04/diabetes-melitus-gestasional.html
VII. www.majalahkesehatan.com/apakah-diabetes-kehamilan-gestational-diabetes/
VIII. www.nadya2902.blogspot.com/2012/04/mengenal-diabetes-militus.html?m=1
IX. http://factsandhealth.blogspot.com/2010/06/apa-itu-diabetes-gestasional.html
X. http://hubpages.com/hub/How-to-prevent-diabetes
XI. National Institute for Health and Clinical Excellence. Diabetes in pregnancy. NICE 2008.

13

Anda mungkin juga menyukai