Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan penyakit kencing manis atau Diabetes Mellitus yang
dialami oleh wanita semasa mengandung.Hal ini terjadi kerana kandungan gula atau glukos yang tinggi di
dalam darah.Lebih kurang 4% wanita yang hamil dikesan menghidap GDM.Kebiasaannya penyakit ini dapat
dikesan semasa bulan ke 6 atau ke 7 kehamilan (iaitu diantara minggu ke 28 dan minggu ke 34) dan penyakit
ini selalunya akan hilang selepas bayi dilahirkan

PUNCA BERLAKUNYA GDM

Perubahan hormon di dalam badan seperti estrogen, kortisol, dan juga laktogen di dalam uri serta
pertambahan berat badan semasa hamil adalah satu perkembangan yang sihat.Namun kedua-dua perubahan
ini menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang cukup, iaitu sejenis hormon yang
berfungsi untuk mengawal gula di dalam darah.Kekurangan hormon insulin ini akan mempengaruhi hormon
di dalam plasenta, kadar gula di dalam darah akan meningkat dan keadaan ini dikenali sebagai Diabetes
semasa kehamilan atau GDM.

CONTOH KES

Nama Pesakit : Rapinggah Bt. Abdul Raffar

No. Daftar Pesakit : 02-4416

Alamat : Taman Intan,08000 Sungai Petani

Sejarah Kelahiran : Gravida – 4, P – 3.Berat bayi pada kelahiran ketiga ialah 4.2kg secara Caesarean

Page | 1
FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN GDM

Faktor yang paling biasa yang dikaitkan dengan diabetes semasa mengandung ialah obesiti, atau
kegemukan.Hal ini demikian kerana wanita tersebut tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan
yang telah disarankan oleh pakar pemakanan.Ini termasuklah pengambilan makanan yang manis serta
karbohidrat yang melampau.

Selain itu, faktor keturunan juga berkait rapat dengan penyakit diabetes semasa mengandung.
Sekiranya ada di dalam ahli keluarga seperti ibu atau bapa yang menghidap diabetes mellitus, maka
kemungkinan tinggi anak-anak mereka juga akan mengalaminya.

Sejarah kelahiran yang lepas juga merupakan faktor berlakunya diabetes semasa mengandung, iaitu
di mana pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat melebihi 4 kilogram.Begitu juga dengan
penghasilan cecair amnion yang berlebihan (polihidramnios) boleh meningkatkan faktor GDM ini.Faktor
umur semasa mengandung juga mempunyai kaitan dengan diabetes semasa mengandung.

RISIKO YANG MUNGKIN DIALAMI OLEH IBU

Terdapat beberapa risiko yang mungkin dialami oleh ibu yang mempunyai penyakit diabetes semasa
mengandung Antaranya ialah tekanan darah meningkat semasa mengandung.Wanita mengandung yang
mengalami GDM ditambah pula dengan obesiti akan meningkatkan lagi tekanan darah, atau hipertensi yang
disebabkan oleh salur darah menjadi sempit akibat pemendapan lemak.Selain itu, jangkitan kuman juga
boleh berlaku semasa mengandung.Hal ini demikian kerana bakteria mudah mrebak dalam keadaan
sedemikian.Kemugkinan juga trauma kelahiran pada salur kelahiran boleh berlaku kerana bayi yang terlalu
besar dan ini akan meningkatkan lagi peluang kelahiran secara caesarean (pembedahan).tambahan pula,
risiko wanita tersebut mengalami diabetes akan datang adalah tinggi.

Page | 2
RISIKO YANG MUNGKIN DIALAMI OLEH BAYI YANG DIKANDUNG

Bayi juga tidak ketinggalan mengalami risiko-risiko yang membimbangkan.Antaranya ialah


kelahiran bayi yang terlalu besar, iaitu melebihi 4 kilogram.Hal ini seterusnya boleh menyebabkan
kesukaran bernafas pada bayi tersebut.Selain itu, bayi yang dilahirkan juga mungkin mengalami jaundis
(penyakit demam kuning) yang berpanjangan.Ditambah pula dengan keadaan dimana tahap gula di dalam
darah bayi tersebut rendah.

UJIAN YANG DILAKUKAN UNTUK MENGESAN GESTATIONAL DIABETES MELLITUS

Gestational diabetes mellitus ini hanya boleh dikesan melalui ujian darah yang dikenali sebagai Oral
Glucose Tolerance Test (OGTT).Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman.Sampel darah
untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi keesokan harinya diikuti dengan
meminum glukosa (75gm glukosa dilarutkan dengan 250ml air).Ujian ini selesai selepas pengukuran paras
gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya.Bacaan normal biasanya adalah di bawah 7.8 mmol/L, tetapi
kemungkinan doktor akan mengulangi ujian tersebut sekiranya ibu tadi berisiko tinggi.Selain OGTT, ujian
urin juga dijalankan bagi mengesan diabetes.

RAWATAN BAGI GESTATIONAL DIABETES MELLITUS

Rawatan untuk GDM termasuklah mengambil langkah-langkah untuk memastikan paras glukosa
darah ibu mengandung sentiasa berada di paras normal ketika mengandung.Doktor akan menasihatkan para
ibu supaya mengikuti pelan pemakanan yang sesuai mengikut piramid makanan dan juga meningkatkat
aktiviti fizikal supaya paras glukosa yang tinggi di dalam darah dapat dikurangkan.Sesetengah wanita yang
menghidap GDM mungkin memerlukan rawatan insulin, selain daripada penjagaan pemakanan yang
seimbang serta bergiat aktif dalam melakukan aktiviti-aktiviti fizikal.Dengan pemantauan paras glukosa
darah yang kerap di samping mengamalkan diet yang seimbang dan sihat, serta ditambah dengan kekerapan
bersenam adalah sudah cukup untuk mengawal GDM sekali gus dapat mengurangkan risiko terhadap ibu
dan bayi.

Selepas bayi dilahirkan dan hormon plasenta sudah tidak lagi mengalir dalam badan, paras glukosa
dalam darah ibu biasanya akan kembali ke paras normal (melainkan jika paras glukosa sememangnya sudah
tinggi, tetapi tidak disedari, sebelum hamil).Sekiranya seseorang itu memang menghidap diabetes dan
bercadang untuk hamil, beliau perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan
sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko
kelahiran bayi cacat

Page | 3
CONTOH ANTI AGEN DIABETIK ORAL (OAD)

 Alpha Glucosidase Inhibitors


 Acarbose 50/100mg
 Biguanides (Metformin)
 Metformin 500mg
 Metformin retard 850mg
 Metformin extended release 500mg
 Insulin Secretagogues : Sulphonylureas
 Glibenclamide 2.5mg OM
 Glibenclamide and metformin fixed dose combination
 Gliclazide 40mg OM
 Gliclazide MR 30mg OM
 Glipizide 2.5mg OM
 Insulin Secretagogues : Non SUs or Meglitinides
 Repaglinide 0.5mg
 Nateglinide 60mg
 Thiazolidinediones
 Rosiglitazone 4mg OD
 Rosiglitazone and metformin fixed dose combination 2mg/500mg BD
 Pioglitazone 15mg OD
 DPP-4 Inhibitors
 Sitagliptin 100mg BD
 Sitagliptin and metformin fixed dose combination 50mg/500mg BD

Page | 4
Aktiviti fizikal sederhana yang kerap dapat mengurangkan risiko disebabkan oleh GDM dengan
meningkatkan keberkesanan tindakan insulin dalam sel-sel badan, sekali gus mengekalkan paras glukosa
darah yang optimal.Ia juga dapat membantu mencegah keadaan ketidakselesaan semasa hamil seperti
sembelit, sakit belakang dan kekejangan otot.Oleh itu, elakkan aktiviti yang dapat membuatkan penghidap
berasa tidak seimbang.Hentikan senaman jika seseorang itu mengalami sebarang kesakitan, pening, sesak
nafas, berasa hendak pitam, berdebar-debar, sakit belakang atau pelvis, atau mengalami pendarahan faraj.

Bagi sesetengah kes, walaupun ibu tersebut telah mengamalkan pengawalan diet yang ketat dan
menjalani senaman yang teratur, paras glukosa darah masih lagi berada di luar paras yang disyorkan.Pada
keadaan sebegini, doktor mungkin akan mengesyorkan suntikan insulin.Insulin tidak boleh diberi secara
oral kerana ia akan dihadamkan seperti protein di dalam makanan dan menyebabkan kesan terapeutiknya
hilang.Ia selamat digunakan semasa hamil dan hanyalah bersifat sementara kerana bagi kebanyakan kes,
paras glukosa darah anda akan kembali normal selepas bersalin.

Ia diberi secara suntikan di bawah kulit dengan menggunakan jarum yang sangat halus.Ia selalu dilakukan
oleh ibu itu sendiri dan akan diajar oleh doktor atau jururawat bagaimana untuk melakukannya.Jumlah
insulin yang diperlukan untuk memastikan paras glukosa darah dalam tahap normal akan meningkat
mengikut perkembangan kehamilan.

Page | 5
RUMUSAN

Secara kesimpulannya, GDM boleh dikawal sekiranya ibu mengandung mematuhi segala langkah-
langkah yang telah dicadangkan oleh doktor bagi memastikan tahap glukosa dalam darah berada pada tahap
normal.Ini adalah untuk memastikan kesihatan ibu serta kandungan berada pada tahap yang memuaskan
serta mengelakkan daripada berlaku sebarang komplikasi yang tidak diingini.

RUJUKAN

1. Diabetes Mellitus and Pregnancy eMedicine Endocrinology.html


2. Gestational diabetes - Wikipedia, the free encyclopedia.html
3. diabetes-semasa-hamil.html
4. Management of Type 2 Diabetes Mellitus

Page | 6

Anda mungkin juga menyukai