Anda di halaman 1dari 8

BAB 2 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT

2.3 Pembentukan Negeri-Negeri Selat

Pengenalan

 Brtisih mengukuhkan penguasaan di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka dengan menubuhkan unit
pentadbiran Negeri-negeri Selat
 Negeri-Negeri Selat dibentuk pada tahun 1826 dan dibubarkan pada tahun 1946.

Latar Belakang Pulau Pinang, Singapura dan Melaka Sebelum Pembentukan Negeri-Negeri Selat

i. Pulau Pinang
 Ditadbir oleh Francis Light sebagai Pesuruhjaya
 Menjadi pelabuhan bebas dan menguasai perdagangan dengan negeri-negeri Melayu
 Seorang Gabenor mentadbir Pulau Pinang

ii. Singapura
 Ditadbir oleh Residen
 Menjadi pelabuhan bebas
 Menjadi pusat pertemuan pedagang persendirian (dikenali juga sebagai pedagang
negeri, mereka merupakan bekas pedagang SHTI) yang mengumpulkan hasil alam
Melayu untuk diperdagangkan dengan China

iii. Melaka
 Ditadbir oleh seorang Residen Konsular
 Sistem Kapitan diteruskan bagi tujuan keamanan kaum
 Suku-suku kaum diletakkan di bawah seorang ketua kaum yang berperanan penegak
undang-undang
 Bagi masyarakat luar Bandar, tanggungjawab tersebut diserahkan kepada penghulu

Negeri-Negeri Selat

 Ditubuhkan pada tahun 1826 dengan penggabungan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.
 Bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan dan menyeragamkan pentadbiran
 Kepentingan pembentukan Negeri-negeri Selat kepada British:-
1) British dapat menguasai Selat Melaka sebagai laluan utama perdagangan di Alam Melayu
2) Taraf pelabuhan bebas Negeri-negeri Selat berjaya menarik pedagang Alam Melayu dan
luar seperti Arab, India, China ,Eropah dan Amerika Syarikat

1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


3) Negeri-negeri Selat menjadi pusat pengumpulan hasil dari Alam Melayu untuk menyaingi
pelabuhan Belanda
4) Negeri-negeri Selat menjadi pintu masuk buruh luar untuk mempercepatkan
pembangunan ekonomi British.Ini menyebakan wujudnya masyarakat berbilang kaum
5) Menarik penanaman modal oleh pelabur menyebabkan perkembangan Negeri-Negeri
Selat berlaku dengan pantas.

 Hubungan Negeri-Negeri Selat dengan Negeri-negeri Melayu:


i. Negeri Selat memerlukan hasil ekonomi negeri-negeri Melayu perdagangan dan melaburkan
modal untuk memajukan perlombongan bijih timah
ii. Negeri-negeri Melayu memerlukan pelabuhan Negeri-Negeri Selat untuk memperdagangkan
hasil ekonomi.

 Kesan pembentukan Negeri-Negeri Selat :


i. membolehkan British menguasai laluan perdagangan di antara India dan China
ii. mengukuhkan ekonomi negeri-negeri Melayu
iii. menyaingi penguasaan Belanda di Alam Melayu

2.4 Pentadbiran Negeri-Negeri Selat

Peringkat Pentadbiran Negeri-Negeri Selat (NNS)


NNS Di bawah SHTI NNS Di bawah Pejabat India NNS Di bawah Pejabat
(1826-1857) (1858-1867) Tanah Jajahan (1867-1946)
 Diketuai oleh Gabenor  Undang-undang British  Golongan pedagang dan
 Dibantu oleh Residen dikuatkuasakan di NNS penduduk tempatan tidak
Konsular  Pemberontakan yang puas hati dengan
 Pulau Pinang menjadi berlaku di India pentadbiran Pejabat
pusat pentadbiran pertama menyebabkan Pejabat India India
 1832 Pusat pentadbiran tidak mampu mentadbir NNS  Desakan dibuat agar
berpindah ke Singapura dgn baik Pejabat Tanah Jajahan
kerana kedudukannya  Pejabat Indai tidak London mengambil alih
lebih strategic dan maju memberikan perhatian yang pentadbiran Negeri-
berbanding Pulau Pinang sewajarnya bagi melindungi negeri Selat.
pedagang NNS
 Menimbulkan rasa tidak
puas hati di kalangan
pedagang NNS

2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


Faktor pemindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat ke Pejabat Tanah Jajahan London ialah:-

1) Tiada wakil Negeri-negeri Selat dalam Majlis Perundangan India yang meluluskan undang-undang
bagi Negeri-negeri Selat
2) Pejabat India gagal mengawal masalah rompakan terhadap kapal-kapal dagang dan pertelingkahan
kumpulan Cina Negeri-negeri Selat
3) Mata wang rupee India menggantikan mata wang Dolar Sepanyol di Negeri-negeri Selat
4) Cadangan mahu mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat akan menjejaskan
kemakmuran taraf pelabuhan bebas
5) Imej Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan terjejas kerana Pejabat India menjadikan NNS
tempat buangan banduan

 Pada 1 Apri 1867, Negeri-negeri Selat diisytiharkan sebagai tanah jajahan British dan diletakkan di
bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan London
 Majlis Perundangan ditubuhkan di Negeri-negeri Selat untuk meluluskan undang-undang sendiri.
 Majlis Eksekutif pula berperanan menguruskan hal pentadbiran
 Mohammad Eunos Abdullah merupakan orang Melayu pertama menganggotai Majlis Perundangan
Negeri-negeri Selat.

 Iktibar dari peristiwa pembentukan dan pentadbiran Negeri-negeri Selat ialah:-


i. Kepentingan mempertahankan keistimewaan yang ada di Negara kita daripada dieksploitasi
oleh orang asing
ii. Pentadbiran yang sistematik dan urus tadbir yang baik penting bagi melindungi kepentingan
Negara kita.
iii. Dalam mempertahankan Negara daripada serangan musuh, kita perlu sentiasa cakna dengan
perangcangan strategik kuasa asing
iv. Perancangan strategik mendepani musuh Negara hanya mampu dicapai dengan sikap
kerjasama dan permuafakatan sesama warganegara.

LATIHAN OBJEKTIF

1. Mengapakah British menggabungkan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka menjadikan Negeri-
negeri Selat pada tahun 1826
I. Menyeragamkan pentadbiran A. I dan II
II. Menjimatkan kos perbelanjaan B. I dan IV
III. Memonopoli perdagangan C. II dan III
IV. Menghalang kuasa asing lain D. III dan IV

3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


2. Maklumat berikut menerangkan tindakan Pejabat India terhadap Negeri-Negeri Selat.

Tindakan Pejabat India

 Mengabaikan kebajikan pedagang


 Memperkenalkan mata wang rupee India
 Menghapuskan taraf pelabuhan bebas Singapura

Apakah kesan daripada tindakan tersebut

A. Sistem residen diperkenalkan


B. Ibu negeri ditukar ke Singapura
C. Pentadbiran dipindahkan ke London
D. Syarikat Hindia Timur Inggeris dibuarkan

3. Apakah peranan Majlis Eksekutif dalam pentadbiran Negeri-Negeri Selat?


A. Menggubal undang-undang
B. Menguruskan pentadbiran
C. Memastikan keamanan negeri
D. Melindungi Gabenor Jeneral

4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


Soalan Sturktur

1. Lorekkan anggota Negeri-negeri Selat pada peta di bawah dan lengkapkan petunjuk

5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


2

6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


3

7 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3


4
.

5.

8 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff / Tingkatan 3

Anda mungkin juga menyukai