Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr Aizul Fared bin Mansor kerana
sentiasa memberi bimbingan, penerangan dan tunjuk ajar tentang tugasan ini. Pada
awalnya saya merasakan tugasan yang diberikan ini merupakan cabaran kepada saya.
Ini disebabkan saya saya kekurangan pengalaman untuk menjalankan lukisan teknik
terutama menggunakan aplikasi AutoCAD. Namun ia tidak menjadi halangan kepada
saya untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Tambahan pula, melalui tugasan dalam
kursus Lukisan Teknik (LTDS3013) saya telah menambah ilmu pengetahuan dan
kemahiran tentang cara melukis isometrik dan ortografik secara munual dan
menggunakan AutoCAD.

Melalui tugasan ini, saya mendapati bahawa aplikasi AutoCAD amat mudah dan
lebih efisyen digunakan apabila penguna mempunyai kemahiran yang basic tentang
cara mengguna. Melalui AutoCAD segala kerja boleh disiapkan dengan cepat dan tiada
kesalahan. Tambahan pula, berbanding denan hasil lukisan tangan, lukisan AutoCAD
kelihatan lebih berkualiti dan kemas. Tambahan pula, melalui AutoCAD skala dan
ukuran sesuatu produk menjadi tepat dan boleh ditukar dari semasa ke semasa.
Jelaslah bahawa, melalui penggunaan AutoCAD, kerja menjadi senang tetapi hasil
berkualiti tinggi.

Manakala, selepas saya menghasilkan produk, saya mendapat saya sepatutnya


boleh menambahkan lebih banyak reka bentuk dalam tabung syiling saya seperti betuk
bulat, segi tiga, bentuk binatang, bentuk binatang, dan sebagainya tetapi bukan segi
empat sahaja. Pada awalnya saya beranggap berbanding dengan reka bentuk, fungsi
tabung lebih penting. Reka bentuk yang pelik selalu menyebabkan duit susah dimasuk
dan muatannya agak kurang berbanding dengan saiz segi empat . Namun, saya
sepatutnya “Think out the Box” dan rajin mencari idea supaya gabungkan segi empat
dan bentuk lain supaya menjadikan tabung saya lebih menarik lagi.

Kesimpulannya, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan


sempurna dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehentak yang diperlukan.
Paling penting, pegetahuan dan pengajaran yang telah dipelajari sepangjang
melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan
kemahitan sedia ada pada saya.

51
51
RUJUKAN

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin dan Manimegalai Subramaniam (2002). “Reka Bentuk

Perisian Multimida.” Skudai, Johor: Penerbit UTM.

Goetsch, D. L. (1989). Technical Drawing: Fundamentals CAD, Design. (2nd Ed.). New York:
Delmar.

Khairul Anwar Hanafiah (2006). Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer Edisi Kedua. Skudai,
Johor:Penerbit UTM.

Mohd Zulhelmi An. (1997, Ogos). “Penggunaan Komputer Dalam Bidang Rekabentuk C.A.D.”
Majalah PC

51

Anda mungkin juga menyukai