Anda di halaman 1dari 14

LAMPIRAN J

PROGRAM PENERBITAN BUKU TEKS KSSM SSeM TINGKATAN 4


KEGUNAAN MULAI TAHUN 2020

PANDUAN PENULISAN BUKU TEKS


PRODUKSI SENI PERSEMBAHAN TINGKATAN 4
SEKOLAH SENI MALAYSIA

BAHAGIAN BUKU TEKS


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2018
LAMPIRAN J

PROGRAM PENERBITAN BUKU TEKS KSSM


KEGUNAAN MULAI TAHUN 2020

PRODUKSI SENI PERSEMBAHAN TINGKATAN 4


SEKOLAH SENI MALAYSIA

PANDUAN PENULISAN BUKU TEKS

1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan adalah penyumbang utama pembangunan modal insan dan ekonomi
Negara. Pendidikan merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang
melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing
dalam pasaran pekerjaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat menghasilkan buku teks yang


berkualiti dan memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (PFK). Penerbitan
buku teks Produksi Seni Persembahan Tingkatan 4 Sekolah Seni Malaysia (SSeM)
untuk kegunaan mulai tahun 2020 ini adalah berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) yang digubal oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

KSSM adalah kurikulum yang disemak semula di bawah program transformasi


pendidikan negara di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025. KSSM bertujuan menyediakan murid untuk menghadapi globalisasi berasaskan
ilmu pengetahuan abad ke-21, seperti berfikiran kritis dan kreatif, serta menggalakkan
perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang.

2.0 TUJUAN

Panduan Penulisan Buku Teks Produksi Seni PersembahanTingkatan 4 SSeM 1


Panduan Penulisan ini disediakan untuk membantu penerbit merancang dan
menerbitkan buku teks Produksi Seni Persembahan Tingkatan 4 Sekolah Seni
Malaysia. Penulisan buku teks tersebut hendaklah berasaskan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Oleh itu, diharapkan hasrat KPM untuk
menerbitkan buku teks yang bermutu untuk kegunaan murid dalam pembelajaran dan
sebagai panduan guru merancang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan
tercapai.

3.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN


Matlamat setiap mata pelajaran dalam Produksi Seni Persembahan Tingkatan 4 adalah
seperti berikut:

3.1 KSSM Lakonan SSeM bermatlamat melengkapkan murid dengan pengetahuan


dan kemahiran berlakon bagi melahirkan insan yang boleh berkomunikasi,
kreatif, berketerampilan dan mempunyai jati diri.

3.2 KSSM Sinografi SSeM bermatlamat melengkapkan murid dengan pengetahuan


dan kemahiran rekaan sinografi bagi melahirkan insan kreatif, berinovatif dan
berdisiplin serta mempunyai jati diri melalui karya yang dihasilkan

3.3 KSSM Penulisan Skrip SSeM bermatlamat untuk melengkapkan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran menulis skrip drama yang sistematik dan berkualiti
bagi melahirkan insan kreatif, kritis, beretika serta mempunyai jati diri dalam
berkarya.

4.0 OBJEKTIF BUKU TEKS


Objektif buku teks Produksi Seni Persembahan Tingkatan 4 adalah selari dengan
objektif KSSM SSeM setiap mata pelajaran berikut:

4.1 Lakonan Tingkatan 4


i. Menerangkan teater bangsawan dan tokohnya.
ii. Menghuraikan ciri-ciri teater bangsawan.
iii. Menjelaskan fungsi muzik, tarian dan nyanyian dalam teater bangsawan.
Panduan Penulisan Buku Teks Produksi Seni PersembahanTingkatan 4 SSeM 2
iv. Menghuraikan struktur persembahan dan struktur cerita teater bangsawan.
v. Menghuraikan watak dan perwatakan serta peranan watak dalam teater
bangsawan.
vi. Melafazkan dialog dan melakukan gaya lakonan teater bangsawan.
vii. Melakukan cara pergerakan, blocking dan gerak isyarat dalam lakonan teater
bangsawan.
viii. Mengimprovisasi watak, aksi dan dialog.
ix. Melakonkan watak berdasarkan babak.
x. Merancang, membuat latihan dan membuat persembahan teater bangsawan.
xi. Mengamalkan etikan dan nilai dalam persembahan teater.

4.2 Sinografi Tingkatan 4


i. Menganalisis skrip.
ii. Menghuraikan aspek sinografi berdasarkan kajian skrip.
iii. Melakukan kajian teks, ruang pentas kajian visual serta aspek bunyi dan kesan
khas berdasarkan skrip yang telah ditetapkan.
iv. Menentukan idea dan konsep rekaan sinografi berdasarkan kajian.
v. Menghasilkan lakaran set dan props, konstum, solekan serta pencahayaan.
vi. Menghasilkan senarai jenis-jenis lampu.
vii. Menyediakan senarai serta koleksi bunyi dan kesan khas.
viii. Memilih bunyi dan kesan-kesan khas yang sesuai berdasarkan skrip.
ix. Mendokumentasikan dan membuat pembentangan hasil kajian dan hasil karya.
x. Mengamalkan nilai dalam penghasilan karya.

4.3 Penulisan Skrip Tingkatan 4


i. Menjelaskan struktur yang terdapat dalam sumber yang dikaji.
ii. Menghuraikan skrip drama realisme
iii. Menghuraikan pecahan adegan dan babak.
iv. Menghuraikan format penulisan skrip.
v. Menghurai dan menjana idea untuk membina watak dan perwatakan
berdasarkan latar fisiologi, sosiologi dan psikologi.
vi. Menghuraikan, menulis dan membina struktur dramatik.
vii. Menentukan tema dan isu.
viii. Menulis sinopsis cerita dan rangka cerita drama realisme.
ix. Mengenal pasti, merangka dan merancang adegan, latar masa dan latar

Panduan Penulisan Buku Teks Produksi Seni PersembahanTingkatan 4 SSeM 3


tempat bagi skrip drama realisme.
x. Menganalisis komponen yang terdapat dalam skrip drama.
xi. Menghasilkan cerita dan skrip drama realisme.
xii. Mengamalkan nilai murni dalam berkarya.

5.0 CIRI-CIRI BUKU TEKS


Ciri-ciri buku teks Produksi Seni Persembahan Tingkatan 4 adalah seperti berikut:

5.1 Penulisan Skrip Tingkatan 4


i. Merealisasikan FPK serta menterjemahkan DSKP Penulisan Skrip
Sekolah Seni Malaysia Tingkatan 4.
ii. Memberi fokus kepada pembangunan kemahiran dan teknik penulisan
skrip drama pentas iaitu drama realisme sebabak (one act play).
iii. Dibina untuk memperlengkapkan murid dengan pengetahuan dan
kemahiran menulis skrip drama secara sistematik sebagai satu proses
belajar seperti berikut:
 Mengkaji cerita
 Menjana idea dan cerita
 Sinopsis skrip dan rangka cerita
 Watak dan perwatakan
 Format penulisan skrip
 Adegan, latar masa dan latar tempat
 Struktur dramatik skrip drama
 Skrip drama realisme
iv. Berdasarkan penyepaduan enam tunjang Kerangka KSSM,
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan
Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
secara eksplisit.

6.0 ORGANISASI BUKU TEKS


Format penulisan buku teks ini dibahagikan kepada tiga bahagian:
 Bahagian Awalan

Panduan Penulisan Buku Teks Produksi Seni PersembahanTingkatan 4 SSeM 4


 Bahagian Kandungan
 Bahagian Akhiran

6.1 BAHAGIAN AWALAN


Bahagian awalan buku teks mengandungi:
6.1.1 Halaman Judul
6.1.2 Halaman Hak Cipta dan Penghargaan
6.1.3 Halaman Senarai Kandungan
6.1.4 Halaman Pendahuluan – menerangkan maksud dan fungsi ikon dan
cara penggunaan buku secara efektif

6.2 BAHAGIAN KANDUNGAN


Kandungan buku teks Produksi Seni Persembahan Tingkatan 4 terbahagi
kepada tiga bahagian mengikut mata pelajaran iaitu;
 Lakonan Tingkatan 4
 Sinografi Tingkatan 4
 Penulisan Tingkatan 4

6.2.1 Setiap mata pelajaran terdiri daripada bab/unit yang mengandungi


aspek-aspek berikut sebagai asas penulisan iaitu:

i. Halaman Rangsangan
 Foto atau ilustrasi yang menarik dan teks
 Standard Pembelajaran
 Pengetahuan sedia ada/ sejarah
 Senarai kata kunci
 Kapsyen atau teks dan soalan-soalan yang merangsang
perbincangan dan pemahaman di kalangan murid
 Kepentingan/ keperluan pembelajaran bidang ilmu yang
berkaitan dengan kerjaya atau kehidupan harian
 Info tambahan dalam bentuk QR Code / URL

ii. Kandungan

Panduan Penulisan Buku Teks Produksi Seni PersembahanTingkatan 4 SSeM 5


 Topik dan subtopik yang bersesuaian dengan Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran
 Penerangan konsep sama ada dalam bentuk teks, ilustrasi atau
menggunakan alat berfikir
 Aktiviti
 Latihan formatif
 Info tambahan

iii. Akhiran
 Rumusan
 Refleksi
 Latihan sumatif
 Aktiviti pengayaan
 Laman sesawang pelbagai sumber pembelajaran tambahan

6.3 BAHAGIAN AKHIRAN

Bahagian akhiran buku teks mengandungi


6.3.1 Glosari
6.3.2 Senarai rujukan
6.3.3 Indeks

7.0 ASPEK PENTING DALAM PENULISAN


Dalam penulisan buku teks ini, beberapa aspek penting perlu diberi penekanan.

7.1 KANDUNGAN
Penyediaan kandungan setiap topik mestilah terancang dan sempurna dengan
mengambil kira perkara berikut:

Panduan Penulisan Buku Teks Produksi Seni PersembahanTingkatan 4 SSeM 6


7.1.1 Kandungan buku teks mestilah mencukupi dan mencakupi DSKP KSSM
SseM Lakonan Tingkatan 4, Sinografi Tingkatan 4 dan Penulisan Skrip
Tingkatan 4. Bahan kandungan yang dijelmakan adalah tepat, sesuai
dan membantu murid menguasai Standard Pembelajaran.

7.1.2 Memberi penekanan secara langsung atau tidak langsung kepada:


i. Kemahiran Abad ke-21
ii. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
iii. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
iv. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

7.1.3 Proses PdP Penulisan Skrip adalah berlandaskan aktiviti amali di mana
guru dan murid perlu kerap bersemuka secara individu untuk membuat
perbincangan. Pendekatan yang boleh digunakan dalam Penulisan
Skrip adalah seperti berikut:
i. Pembelajaran berasaskan inkuiri
ii. Pembelajaran berasaskan masalah
iii. Pendekatan antara disiplin
iv. Pendekatan bertema (Lakonan dan Penulisan Skrip sahaja)

7.1.4 Bahan kandungan hendaklah sesuai dengan murid dari segi:


i. Umur
ii. Jantina
iii. Geografi
iv. Latar belakang sosio-ekonomi
v. Pengalaman pembelajaran sedia ada

7.1.5 Konsep, definisi dan fakta yang dikemukakan mestilah betul, tepat dan
terkini berdasarkan kepada sumber-sumber rujukan yang sahih.

7.1.6 Setiap topik/bab/unit perlu memfokuskan kepada kemahiran tertentu,


tetapi perlu digabungjalinkan dengan kemahiran yang lain mengikut
kesesuaian.

Panduan Penulisan Buku Teks Produksi Seni PersembahanTingkatan 4 SSeM 7


7.1.7 Menghubungkaitkan bidang pembelajaran dengan kehidupan harian/
isu-isu global sebagai pengetahuan am murid.

7.1.8 Setiap bahan yang dipetik daripada buku-buku ilmiah, jurnal, surat
khabar dan sebagainya perlu dinyatakan “dipetik dan disesuaikan ....”.
Penyertaan sumber asal mestilah ditulis dengan lengkap, iaitu nama
penulis, nama buku, halaman petikan, tahun terbitan dan nama penerbit.

7.2 PERSEMBAHAN
Persembahan bahan ialah cara mengolah bahan dalam menyampaikan isi
pelajaran berdasarkan DSKP dengan mengambil kira perkara berikut:

7.2.1 Berasaskan prinsip PdP seperti daripada mudah kepada sukar dan
konkrit kepada abstrak.
7.2.2 Berpusatkan murid.
7.2.3 Menarik, kreatif, sesuai dan mudah difahami oleh murid.
7.2.4 Reka letak yang menarik dan terancang serta digalakkan menggunakan
alat berfikir seperti lembaran grafik, peta pemikiran dan peta minda.
Mengambil kira unsur ‘eye rest’.
7.2.5 Bahan yang diolah perlu menghubungkaitkan pengalaman murid.
7.2.6 Bahan perlu menghubungkaitkan kandungan dengan unsur-unsur nilai
murni sama ada secara tersurat atau tersirat serentak dalam proses
PdP.
7.2.7 Teknik persembahan pelbagai dan mempunyai ciri-ciri mesra pengguna.
7.2.8 Penggunaan ikon yang konsisten dan sesuai.
7.2.9 Setiap bab hendaklah dimulakan dengan halaman rangsangan yang
dicetak dalam ‘double spread’ untuk memuatkan bahan set induksi yang
menarik.
7.2.10 Standard Pembelajaran hendaklah dinyatakan sebagai rujukan guru dan
murid.

7.3 AKTIVITI DAN LATIHAN

Panduan Penulisan Buku Teks Produksi Seni PersembahanTingkatan 4 SSeM 8


Aktiviti dan latihan adalah untuk membantu murid mencapai Standard
Pembelajaran dalam DSKP

7.3.1 Aktiviti
Aktiviti yang disediakan haruslah mengambil kira perkara berikut:
i. Pelbagai dan mengutamakan strategi PdP serta kemahiran yang
diberi penekanan seperti yang termaktub dalam DSKP
ii. Pembelajaran melalui pengalaman yang menghubungkaitkan
pengetahuan yang dipelajari dengan kehidupan harian murid
iii. Arahan dan panduan yang jelas, tepat dan mudah difahami
iv. Mengaplikasikan kemahiran berfikir termasuk KBAT
v. Melibatkan murid secara individu, berpasangan atau berkumpulan
yang boleh dilaksanakan di dalam atau bilik darjah
vi. Kepelbagaian kecerdasan, tahap kebolehan dan persekitaran murid
vii. Menitikberatkan aktiviti berbentuk hands-on
viii. Meliputi pengukuhan dan pengayaan serta penilaian formatif dan
sumatif
ix. Mempunyai pemeringkatan tahap kesukaran yang berbeza-beza dan
mencakupi domain kognitif, psikomotor dan afektif
x. KBAT pada setiap aktiviti perlu dikenalpasti dan ditanda dengan ikon
yang sesuai.

7.3.2 Latihan
Latihan adalah untuk pengukuhan dan pengayaan. Latihan hendaklah
mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Mempunyai kepelbagaian bentuk soalan yang terdiri daripada soalan
berpandu atau bebas
ii. Mencakupi pengukuhan dan pengayaan
iii. Arahan hendaklah jelas, tepat dan mudah difahami
iv. Terdapat pemeringkatan daripada mudah kepada sukar
v. Mengandungi soalan latihan yang berunsur KBAT (mengaplikasi,
menilai dan mencipta)
vi. Setiap bab/unit perlu mengandungi soalan latihan:
 Penilaian formatif yang terdiri daripada soalan tahap Kemahiran
Berfikir Aras Rendah (KBAR), iaitu memahami dan mengingat,
Panduan Penulisan Buku Teks Produksi Seni PersembahanTingkatan 4 SSeM 9
yang perlu disediakan di akhir setiap Standard Pembelajaran /
sub topik
 Penilaian sumatif yang terdiri daripada soalan pelbagai tahap
kemahiran berfikir yang perlu disediakan di akhir setiap Standard
Kandungan. Nisbah kandungan soalan latihan mengikut enam
aras kemahiran berfikir iaitu:

Kemahiran Berfikir Pemberat soalan latihan

Mencipta (Creating)
60%
Menilai (Evaluating)

Menganalisis (Analyzing)

Mengaplikasi (Applying)

Memahami (Understanding)
40 %
Mengingat (Remembering)

vii. KBAT pada setiap aktiviti perlu dikenalpasti dan ditanda dengan ikon
yang sesuai.

7.4 BAHASA DAN ISTILAH


Aspek penggunaan bahasa yang digunakan dalam keseluruhan kandungan
buku teks perlu mematuhi perkara berikut:

7.4.1 Perbendaharaan kata dalam teks, latihan, aktiviti, dan arahan hendaklah
mudah, ringkas, jelas, sesuai dengan umur dan tahap kebolehan
kumpulan sasar.

7.4.2 Istilah yang digunakan hendaklah tepat, terkini dan tekal.

7.4.3 Tatabahasa, tanda bacaan, struktur ayat dan ejaan mestilah betul, tepat,
tekal dan terkini.

Panduan Penulisan Buku Teks Produksi Seni PersembahanTingkatan 4 SSeM 10


7.4.4 Menggunakan laras bahasa dengan gaya bahasa yang mudah.

7.4.5 Menggunakan bahasa dan istilah yang diperakukan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka.

7.4.6 Merujuk kepada Kamus Dewan, Tatabahasa Dewan dan Daftar Ejaan
Rumi Bahasa Melayu edisi terbaharu.

7.4.7 Bagi istilah yang dipinjam daripada bahasa asing, tulisannya perlu
disendengkan (italic).

7.5 BAHAN ILUSTRASI


Bahan illustrasi merangkumi gambar foto, gambar rajah, carta, jadual, kartun,
ikon, peta dan graf.

7.5.1 Penerbit perlu menyediakan ilustrasi yang kreatif, berfungsi dan sesuai
dengan teks bagi menyokong atau menjelaskan teks dan konsep serta
membantu penguasaan kemahiran.

7.5.2 Bahan ilustrasi mestilah lengkap; saiz sesuai dengan ruang dan reka
letak halaman.

7.5.3 Latar budaya dan latar situasi mestilah betul, logik dan sesuai.

7.5.4 Menggunakan ilustrasi yang spesifik dan jelas untuk menerangkan


kandungan, latihan dan aktiviti di dalam buku teks.

7.5.5 Menggunakan bahan autentik bagi menarik minat murid dan memberi
gambaran sebenar.

7.5.6 Mempunyai kapsyen dan label dengan jelas serta nota tambahan diberi
jika perlu.

Panduan Penulisan Buku Teks Produksi Seni PersembahanTingkatan 4 SSeM 11


7.5.7 Bahan ilustrasi yang digunakan perlu dielakkan daripada memaparkan
imej stereotaip terhadap ras, jantina, agama, budaya, usia, pekerjaan
dan sebagainya.

7.5.8 Bahan ilustrasi perlu bersesuaian dengan tahap umur kumpulan sasar.

8.0 PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIELAKKAN


Unsur-unsur yang mesti dielakkan dalam teks, bahan ilustrasi, aktiviti, latihan dan
cakera padat ialah seperti berikut

8.1 Unsur Sensitif


Unsur yang boleh menimbulkan prasangka dan diskriminasi, menjatuhkan
maruah serta merendahkan martabat terhadap kaum, agama, kebudayaan,
politik, jantina, kecacatan anggota, usia, status, pekerjaan dan sebagainya

8.2 Unsur Plagiat


Bahan yang tidak asli dan merupakan pengulangan daripada sebarang bahan
penulisan yang diterbitkan. Bahan yang dijiplak tidak dibenarkan sama sekali.

8.3 Unsur Negatif


Penerangan teks atau penggunaan bahan ilustrasi yang melibatkan sikap,
pemikiran dan tingkah laku yang bertentangan dengan nilai murni masyarakat
Malaysia sama ada secara tersirat atau tersurat

8.4 Unsur Subversif


Penerangan teks atau penggunaan bahan ilustrasi yang bertentangan dengan
dasar negara dan mengancam keselamatan negara

Disediakan oleh Penyelaras Projek:

:
Tandatangan
Panduan Penulisan Buku Teks Produksi Seni PersembahanTingkatan 4 SSeM 12
Nama :

Tarikh :
Disemak oleh Ketua Unit:

:
Tandatangan

Nama :

Tarikh :

Disemak dan disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah:

:
Tandatangan

Nama :

Tarikh :

Panduan Penulisan Buku Teks Produksi Seni PersembahanTingkatan 4 SSeM 13

Anda mungkin juga menyukai