Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING (DT00102)

SEMESTER 2 SESI PENGAJIAN 2020|2021

TUGASAN 1(KUMPULAN)- 30%

TAJUK TUGASAN MENGANALISIS VIDEO SESI KAUNSELING

NAMA PENSYARAH DR. PATRICIA J. KIMONG

NAMA PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

NAMA PELAJAR 1. ANATASIA ANAK JOSE


(PP2012074T)
2. CATHERINE ANAK MARTIN
(PP2012095T)
3. FARHAIN BINTI DATU AL RIZZA
(PP2012064T)
4. NORAZWA BINTI HAMDAN
(PP2012094T)
5. RABIATUL ADAWIYAH BINTI ILASAM
(PP2012007T)

MAKLUMAT VIDEO :
TAJUK VIDEO : SESI KAUNSELING KELOMPOK
PAUTAN VIDEO : https://www.youtube.com/watch?v=MCfndvG5NQs
TEMPOH MASA VIDEO : 40 MINIT LEBIH
SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN KAUNSELING 1

1.1 KEPENTINGAN KEMAHIRAN KAUNSELING 1-4

4
2.0 JENIS-JENIS KEMAHIRAN

2.1 KEMAHIRAN MENYOAL 4-5


2.2 KEMAHIRAN MENDENGAR 5-7

2.3 KEMAHIRAN GALAKAN 7-8


2.4 KEMAHIRAN RUMUSAN 8-9
2.5 KEMAHIRAN MEMINTA PENJELASAN 9-10
2.6 KEMAHIRAN REFLEKSI 10-11
11-12
2.7 KEMAHIRAN MEMBINA HUBUNGAN

3.0 KESIMPULAN 12
1.0 Definisi Umum Kemahiran Kaunseling

Jika dibandingkan dengan negara-negara Barat, kaunseling di negara kita Malaysia ini ianya
masih dianggap sebagai sebuah bidang yang masih berada dalam tahap perkembangan. Ini
adalah kerana di negara-negara barat, perkhidmatan bidang kaunseling mereka telah
berada dalam tahap perkembangan kemajuannya yang lebih pesat. Menurut Mohd Zin, A.
A., & Md. Yusoff, Y. (2019), kaunseling didefinisikan sebagai suatu aktiviti yang
berlandaskan etika-etika tertentu yang turut memerlukan pelan-pelan tindakan yang
dirangka oleh kaunselor bersama klien bagi mencapai penyelesaian terhadap permasalahan
yang dihadapi (Krumboltz). Hal ini adalah sangat penting untuk dititikberatkan agar mereka
wajib ambil kerana untuk menjadi seorang kaunselor, individu tersebut perlu menguasai
serta memahami pengetahuan-pengetahuan yang berkaitan dengan kerjaya seorang
kaunselor seperti kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam kaunseling sebelum
digelar sebagai seorang kaunselor (Zakaria, M. S., 2016). Proses kaunseling didefinisikan
sebagai suatu proses yang sistematik dan juga berstruktur serta mempunyai matlamat yang
dijalankan dengan semangat kerjasama dan juga komitmen yang sepenuhnya di antara
kaunselor dengan klien (Erlina, N., Mohd. Noor, N., Mahmud, Z., & Syafrimen., 2016).

1.1 Kepentingan Kemahiran dalam Sesi Kaunseling

Dalam bidang kaunseling, kaunselor harus mendalami dan mengetahui kemahiran-


kemahiran yang digunakan semasa sesi kaunseling dijalankan. Ini merupakan salah satu
kelebihan menjadi seorang kaunselor. Oleh itu, dengan mempelajari dan mengaplikasikan
kemahiran-kemahiran yang ada dengan memberi khidmat kaunseling kepada klien amat
diperlukan kerana dengan adanya kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh kauselor
dapat menentukan keberkesanan dalam membantu klien yang dalam keadaan
ketidakseimbangan ataupun mempunyai masalah dalam diri mereka. Disamping itu, setiap
kemahiran mempunyai kepentingan yang tersendiri contoh kemahiran yang kami pilih
daripada analisis video yang telah kami tontonkan adalah kemahiran menyoal, kemahiran
mendengar, kemahiran galakan, kemahiran rumusan, kemahiran meminta penjelasan,
kemahiran refleksi dan kemahiran membina hubungan.

Bagi kepentingan kemahiran menyoal digunakan di dalam sesi kaunseling adalah


untuk mendapat maklumat klien bagi menyelesaikan masalah mereka. Kepentingan
kemahiran menyoal ini digunakan adalah dengan memastikan soalan yang ditanya oleh
kaunselor dapat memberi maklumat dengan cepat kepada kaunselor, seterusnya maklumat
lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian terhadap masalah yang dihadapi oleh

1
klien. Daripada analisis video kelompok yang telah kami dapat, kami mendapati cara
penyoalan kaunselor didalam video tersebut sangat membantu dalam mendapatkan
maklumat permasalahan yang dihadapi klien dimana klien telah menceritakan masalah dan
situasi yang berlaku ke atas keluarga beliau. Sebagai contoh soalan yang diajukan oleh
kaunselor adalah dengan menanyakan kepada klien “Antara Man,Mimi dan Lisa siapa yang
hendak memulakan dahulu?”. Daripada pemerhatian kami, soalan yang diajukan oleh
kaunselor dapat membantu beliau untuk mendapatkan maklumat dengan lebih cepat kerana
klien akan menceritakan semua masalah dan latar belakang keluarga mereka. Maka, dengan
adanya maklumat yang diperolehi oleh Kaunselor ia juga dapat memudahkan lagi cara untuk
menyelesaikan masalah dengan diikuti soalan yang seterusnya.

Manakala, bagi kepentingan kemahiran mendengar pula ia merupakan kemahiran


yang paling asas digunakan semasa sesi kaunseling. Bagi kemahiran mendengar ini
kaunselor harus menumpukan perhatian dan mendengar luahan, masalah yang diceritakan
oleh klien tanpa menyampuk ataupun memotong percakapan klien. Selain itu, kemahiran
mendengar juga memberikan kepentingan dalam menambahkan motivasi klien untuk
meluahkan perasaan mereka. Apabila klien melihat kaunselor mendengar masalah yang
disuarakan oleh klien ia dapat membantu klien berasa berpuas hati dengan menceritakan
semua masalah yang mereka hadapi tanpa ada bantahan daripada kaunselor. Kaunselor
harus mendengar luahan hati klien sehingga klien mengambil keputusan untuk berhenti
menceritakan masalah yang menimpa mereka. Oleh itu, kemahiran mendengar harus
menjadi keutamaan asas dalam menjalankan sesi kaunseling supaya setiap sesi yang
dijalankan dapat diselesaikan dan dijalankan dengan sempurna.

Seterusnya, kemahiran galakan juga digunakan oleh kaunselor semasa di dalam


video tersebut. Penggunaan kemahiran galakan sering digunakan semasa sesi kaunseling.
Antara kepentingan kemahiran galakan ini digunakan adalah untuk memberi sokongan serta
penghargaan kepada klien. Kemahiran galakan ini sangat membantu klien untuk
menceritakan segala masalah yang dihadapi oleh mereka apabila melihat respon daripada
kaunselor. Tindak balas yang ditunjukkan oleh kaunselor akan memberi galakan dan
sokongan kepada klien untuk bercerita. Apabila adanya sokongan seperti ini ia akan
membuat klien berasa selesa dan ingin meneruskan penceritaannya. Antara respon yang
sering digunakan oleh kaunselor adalah dengan memberi tindak balas secara “verbal” atau
“non-verbal”. Selain itu, penggunaan Bahasa badan juga boleh ditunjukkan seperti
mengeleng kepala, mengangguk kepala ataupun menggunakan perkataaan “uhm” atau

2
“ya..ya”. Dengan adanya pengalakkan seperti ini ia akan mendorong klien untuk terus
bercakap.

Sudah semestinya, setiap permulaan pasti akan ada penghujung bagi sesuatu acara
begitu juga dengan sesi kaunseling dimana sesi kaunseling juga harus mempunyai rumusan
mengenai keseluruhan sesi atau aktiviti yang mereka telah lakukan dan ia dipanggil
kemahiran rumusan. Selain itu juga, kepentingan kemahiran merumus ini digunakan untuk
memudahkan usaha untuk memfokuskan permasalahan yang dikemukakan oleh klien
supaya tidak berlakunya pertukaran topik sehingga menyebabkan klien berasa masalah yang
mereka hadapi tidak menjadi tumpuan dan dianggap remeh oleh kaunselor dan klien-klien
yang lain. Sebagai contoh di dalam video iaitu Pembimbing : “Isu yang kita bawakan pada
hari ini iaitu isu keluarga dimana terdapat beberapa isu iaitu rasa kurang kasih sayang
daripada keluarga….”. Daripada analisis daripada video ini kami mendapati kaunselor
tersebut merumuskan apa yang telah mereka bincangkan dari awal iaitu mengenai
permasalah isu kekeluargaan. Jadi, rumusan yang dibuat adalah diselaraskan dan tidak
menyentuh ke topik yang lain.

Kepentingan kemahiran yang seterusnya adalah berkaitan dengan kemahiran


memberi penjelasan. Kemahiran memberi penjelasan ini digunakan untuk memberi peluang
kepada klien untuk menceritakan topik yang relevan iaitu mengenai masalah yang dihadapi.
Kepentingan kemahiran memberi penjelasan ini dapat membantu kaunselor mendapatkan
maklumat yang lebih daripada klien. Dimana kaunselor akan menyoalkan soalan yang tidak
memerlukan klien untuk menjawab soalan secara ringkas. Oleh itu, untuk mendapatkan
maklumat dengan lebih teroerinci kaunselor harus mengelakkan menanyakan soalan yang
tertututup yang hanya memerlukan klien menjawab “Ya” atau “Tidak”. Apabila klien dapat
menjelaskan masalah yang dihadapinya dengan lebih jelas maka ia dapat memudahkan
kaunselor untuk memikirkan cara-cara yang perlu klien lakukan untuk mengelakakan
permasalahan ini berlaku supaya tidak memberi kesan yang mendalam terhadap diri klien.

Disamping itu, kemahiran refleksi mempunyai kepentingan dalam sesi kaunseling.


Kepentingan kemahiran refleksi adalah untuk membuat pengulangan terhadap penjelasan
yang diberikan oleh klien dan diterangkan semula oleh kaunselor secara tepat, padat dan
ringkas. Sebagai contoh didalam video yang telah kami pilih klien ada yang menyatakan
“keluarga tidak begitu memahami” dan kaunselor membuat refleksi “Man rasa man
terabailah…tidak mendapat kasih sayang secukupnya, macam yang Man cakap iyalah mak
ayah Man kerja kan? Jadi, diorang benar juga kah kalau Man kerja..yala Man masih

3
belajar?” daripada sudut ini kami melihat kaunselor telah membuat refleksi dengan lebih
tepat dan terperinci hasil daripada penceritaan yang telah klien jelaskan.

Kemahiran yang terakhir adalah kemahiran membina hubungan. Kepentingan


kemahiran membina hubungan sangat penting terutama semasa membuat sesi kaunseling
untuk yang pertama kali. Oleh itu, kepentingan kemahiran membuat hubungan adalah untuk
mewujudkan perhubungan yang mesra dengan lain bagi memudahkan sesi khidmat
kaunseling dijalankan. Tidak ketinggalan juga, untuk membina hubungan yang baik dengan
klien klien harus menggunakan “body gesture” dengan baik dimana kaunselor harus
menggunakan dan memastikan kedudukan tangan mereka berada dalam keadaan
keterbukaan dan bukan berpeluk tubuh. Sebagai contoh, di video ini kami mendapat
kaunselor membongkokkan badan semasa mendengar klien meluahkan perasaan.

2.0 JENIS-JENIS KEMAHIRAN:


2.1 Kemahiran menyoal 
Antara kemahiran atau teknik yang digunakan oleh kaunselor dalam sesi kaunseling
kelompok tersebut adalah kemahiran menyoal. Perkataan “menyoal” dalam konteks
kaunseling telah didefinisikan sebagai keupayaan seorang kaunselor dalam mengemukakan
sesuatu soalan kepada klien untuk tujuan memudahkan kefahaman klien itu terhadap isu
yang sedang dibincangkan diantara mereka pada sesuatu sesi kaunseling (Mustaffa, M. S.,
Ahmad, R., & Shakib, S., 2003). Kemahiran menyoal ini penting untuk dikuasai oleh seorang
kaunselor agar mereka mengemukakan soalan yang sesuai untuk klien-klien mereka kerana
ianya dapat membantu kaunselor dalam proses bimbingan yang sedang berlangsung
(Farhan, A., 2018). Tambahan itu, dua bentuk soalan iaitu soalan terbuka dan juga soalan
tertutup merupakan bentuk soalan yang terdapat dalam kemahiran menyoal ini dan ianya
juga perlu dipratikkan oleh seorang kaunselor (Muhammad Aziz Shah Mohammad Arip,
2009). Dengan itu, Cik Nur yang merupakan kaunselor pelatih yang terdapat dalam video
rakaman sesi kaunseling kelompok tersebut banyak menggunakan dengan menyoal soalan
terbuka kepada klien-klien beliau daripada soalan tertutup. Hal ini adalah kerana soalan
terbuka merupakan bentuk soalan yang dikemukakan oleh kaunselor kepada klien dan klien
diberi banyak ruang untuk terus bercakap dalam menjawab soalan tersebut. Sebagai
contohnya, pada awal sesi kaunseling setelah sesi membina suasana persekitaran dengan
memperkenalkan diri dan sebagainya, kaunselor menyoal soalan terbuka untuk mendapat
pendapat para klien mengenai isu apa yang mereka ingin bincangkan pada sesi tersebut. Di
samping itu, Cik Nur turut menyoalkan soalan terbuka kepada klien beliau bermula dengan

4
klien yang pertama mengenai isu kekeluargaan yang dihadapi oleh klien. Dan dari penyoalan
tersebut, klien pertama mula menceritakan ,masalah kekeluargaan yang telah dihadapi oleh
beliau sampai habis dan seterusnya akan disambung dengan klien yang kedua sampai klien
yang terakhir. Dengan kemahiran menyoal ini, kaunselor akan mengetahui akar masalah
yang dihadapi oleh tiap-tiap klien beliau yang memiliki masalah kekeluargaan yang berbeza
di antara mereka. 

2.2 Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas yang harus digunapakai semasa sesi
kaunseling dijalankan. Mendengar adalah kemahiran yang sangat penting dalam sesi
kaunseling. Menggunakan kemahiran ini kaunselor akan menumpukan perhatian degan
mendengar masalah daripada klien daripada menyampuk percakapan klien. Ini adalah
bertujuan untuk memahami apa yang telah klien sampaikan dan kaunselor harus
memberikan tumpuan dan perhatian sepenuhnya untuk mendengar semua masalah yang
disampaikan oleh klien. Semasa sesi kaunseling dijalankan adalah menjadi tanggungjawab
kaunselor dank lien-klien yang lain untuk memberikan tumpuan kepada klien samada dari
segi lisan atau bukan lisan. Memberi tumpuan dan mendengar dengan teliti apa yang
disampaikan oleh klien akan membantu kaunselor untuk memberi maklum balas dan klien-
klien yang lain dapat memberikan nasihat sesama mereka. Oleh itu pendengar yang aktif
akan memberi maklum balas dengan menggunakan perkataan sendiri untuk tiga sebab iaitu:

a) Kaunselor akan memastikan ia betul-betul memahami apa yang disampaikan oleh


klien.
b) Kaunselor akan memastikan ia memberikan tumpuan sepenuhnya
c) Kaunselor akan membantu klien membuat pendedahan kendiri

Disamping itu, dengan menunjukkan kepekaan kaunselor dalam mendengar apa


yang disampaikan oleh klien dapat membantu klien untuk terus bercerita mengenai masalah
yang dihadapi oleh klien dan selesa bercakap dengan bebas. Ini boleh membantu dalam
merangka suatu ketetapan ke arah yang lebih jelas. Kemahiran mendengar yang digunakan
semasa sesi kaunseling dapat membantu kaunselor untuk membuat rumusan, refleksi
semasa sesi kaunseling dijalankan. Oleh itu, memberikan tumpuan dan menunjukkan minat
terhadap apa yang dijelaskan oleh klien dengan meletakkan diri kaunselor dalam situasi
tersebut dapat membantu kaunselor lebih fokus. Tidak ketinggalan juga, kemahiran
mendengar juga amat penting untuk memastikan klien tidak mengulang apa yang telah
mereka jelaskan dan tidak akan beralih kepada topik yang lain. Ini kerana untuk

5
mengelakkan kekaburan dalam kalangan kaunselor kerana semasa menggunakan kemahiran
mendengar kaunselor akan hanya mendengar dan akan bercakap apabila klien memutuskan
untuk berhenti berkongsi masalah. Menurut Mc Kay, Davis dan Fanning (1983) menyatakan
bahawa mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor bekerjasama di dalam proses
berkomunikasi.

Selain itu, ada yang menyatakan bahawa kemahiran mendengar melibatkan seluruh
deria yang terdapat pada setiap kaunselor. Telinga diguna untuk mendengar apa yang
disampaikan oleh klien, mata untuk melihat tingkah laku dan melihat reaksi perasaan klien.
Oleh itu, apabila seorang kaunselor telah memutuskan untuk memberikan tumpuan semasa
klien berkongsi masalah ini bermakna ia menunjukkan kaunselor mempunyai persedian
untuk mendengar luahan hati dan perasaan klien. Disini terdapat beberapa panduan dalam
meningkatkan kemahiran seperti dinyatakan:

a) Kaunselor mesti memahami tujuan klien datang ke sesi kaunseling.


b) Untuk mendapatkan maklumat terperinci kaunselor harus menumpukan perhatian
dan mendengar ulasan daripada klien dan memerhatikan nada dan cara klien
menyampaikan masalah.
c) Kaunselor harus mengelak untuk menyampuk semasa awal sesi kaunseling
d) Kaunselor harus mempunyai daya tahan untuk mendengar dengan lebih fokus tanpa
mempedulikan keadaan bising dan persekitaran semasa sesi kaunseling dijalankan.

Oleh yang demikian, mendengar apa yang disampaikan oleh klien amat penting untuk
mendapatkan maklumat yang ingin disampaikan oleh klien samada secara lisan dan tidak
lisan kerana setiap isi yang disampaikan oleh klien mempunyai maklumat tersirat dan
tersurat. Tidak ketinggalan juga, kaunselor harus mendengar nada suara daripada klien
untuk menentukan klien berasa marah, sedih, geram dan sebagainya. Dengan mendengar
nada suara yang digunakan oleh klien kaunselor dapat menentukan perasaan yang dihadapi
oleh klien walaupun segelintir klien tidak menunjukkan perasaan mereka dari reaksi wajah
namun dari intonasi suara yang dilemparkan oleh klien. Maka itu, kaunselor harus
menumpukkan perhatian sepenuhnya tanpa mempedulikan keadaan persekitaran yang
bising ini untuk mengelakkan kaunselor terlepas maklumat penting yang ingin disampaikan
oleh klien. Dengan itu kaunselor boleh menunjukkan kepada klien bahawa mereka telah
mendengar secara tekun dengan:

a) Menyatakan semula
 Kaunselor akan menyebut semula apa isi yang telah disampaikan oleh klien.

6
b) Mengambarkan semula
 Kaunselor memberi situasi yang sama dengan situasi yang telah diberitahu oleh klien
semasa sesi menjelaskan dan meluahkan perasaan yang dihadapi oleh klien.
c) Memberi respon
 Kaunselor akan memberi respon kepada klien sekiranya klien berada dalam
kekaburan dan keraguan.
Selain itu, mendengar juga ditakrifkan sebagai perhatian. Brammer (1973)
merumuskan tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kepada kefahaman,
maka komunikasi antara klien dengan kaunselor tidak akan wujud. Oleh itu, telah dijelaskan
bahawa mendengar dengan aktif semasa sesi kaunseling dijalankan adalah satu kewajipan
bagi seorang kaunselor kerana ia melibatkan tiga kompenen iaitu kontak mata, gaya
mendengar dan respon. Seperti yang ditunjukkan di dalam video, kami mendapati kaunselor
tersebut sangat menumpukkan perhatian dengan menunjukkan gaya mendengar, kontak
mata yang memerhati klien dan cara kaunselor tersebut memberi respon dengan
menenangkan seorang klien yang menangis semasa sesi kaunseling dijalankan. Daripada
video ini juga, kaunselor juga meminimakan soalan yang diajukan dan lebih memfokuskan
kepada untuk mendengar masalah klien daripada membuat kesimpulan terhadap masalah
yang dihadapi oleh klien.
Kesimpulannya, kemahiran mendengar yang digunakan semasa sesi kaunseling akan
membantu klien untuk mendapat jalan penyelesaian dimana kedua-dua pihak dapat
berkomunikasi dengan baik. Apabila kaunselor menunjukkan minat terhadap masalah dan
topik yang ingin dibincangkan ia akan membantu klien untuk memberi tindak balas dengan
memberikan kerjasama untuk menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka tanpa
menyembunyikan permasalahan mereka. Ini jelas dibuktikan daripada video yang telah kami
pilih dimana kesemua klien amat memberikan kerjasama dengan menceritakan mengenai
hal peribadi mereka malah ada dalam kalangan klien tidak berasa segan untuk menangis.
Oleh itu, memberi tumpuan dan menunjukkan minat terhadap permasalahan klien dapat
membantu klien berasa selesa dan dapat memberikan maklumat yang tepat kepada
kaunselor. Tidak ketinggalan juga, sekiranya kaunselor menumpukan perhatian dan
mendengar masalah klien ia dapat membantu kaunselor untuk memikirkan cara mengatasi
yang dihadapi oleh kesemua klien.

2.3 Kemahiran Galakan

Kemahiran galakan amat penting dalam kaunseling kerana ianya memerlukan pembimbing
atau kaunselor untuk memberikan tumpuan dan perhatian sepenuhnya kepada klien yang

7
datang bagi memberi penghargaan atau sokongan untuk membolehkan klien memberikan
perkongsian mengenai masalah atau apa jua cerita yang diluahkan dan dikongsikan.Hal ini
memberikan penekanan kepada kaunselor untuk menggunakan kemahiran galakan dalam
sesi kaunseling untuk memastikan dan membolehkan klien diberikan peluang dan ruang
untuk berkongsi dengan sendirinya tanpa paksaan.Selain itu,kemahiran galakan juga boleh
digunakan oleh kaunselor secara verbal atau non-verbal.Penggunaan kemahiran galakan
secara verbal boleh digunakan perkataan seperti “uh-hum’’ atau ‘’ya..ya’’ atau
mengulangkan perkataan klien satu atau dua perkataan.Manakala secara non-verbal pula
kaunselor boleh menggunakan isyarat badan seperti menganggukkan kepala atau membuka
tangan seolah-olah menyuruh klien meneruskan perkongsian.

Antara kemahiran galakan yang digunakan secara non-verbal adalah kaunselor


pelatih itu menganggukkan kepalanya semasa klien itu sedang berkongsi mengenai kisah
silamnya bersama keluarganya dimana semasa klien bercakap “Mak meninggal waktu darjah
enam,ayah pukul depan mata mimi…” pada ketika itu pelatih kaunselor itu menganggukkan
kepalanya untuk memberikan dorongan kepada klien meneruskan percakapannya kerana
pada ketika itu klien itu terasa hiba dan berhenti seketika kerana klien itu terlihat seperti
melapkan air matanya.

Selain itu,pelatih kaunselor itu juga menggunakan kemahiran galakan secara verbal
di mana semasa klien masih bercakap “Mimi stay dengan atok,memang mimi tak stay
dengan ayah,sebab mimi benci dekat ayah,sebabnya mimi rasa macam punca ni semua dari
ayah ,ayah pukul mimi,ayah pukul mak,ayah pukul mak sampai mak takde,ini semua punca
dari ayah,waktu mimi stay dengan atok,biasanya bila kita dah kehilangan orang yang kita
sayang..” pada masa itu pelatih kaunselor mengatakan “uh-hum”.Hal ini jelas menunjukkan
bahawa pelatih kaunselor tersebut menggunakan kemahiran galakan untuk memberikan
galakan kepada klien meneruskan percakapannya.

2.4 Kemahiran Rumusan

Satu lagi kemahiran yang penting digunakan dalam sesi kaunseling juga adalah kemahiran
merumus di mana kemahiran ini penting bagi membuat pengulangan semula apa yang telah
dikatakan,dirasai perasaan dan tindakan yang telah dilakukan oleh klien sepanjang sesi
kaunseling sama ada rumusan tersebut dilakukan semasa sesi sedang dijalankan atau
dipenghujung sesi kaunseling ditamatkan.Di samping itu, kemahiran merumus juga dapat
memberikan kemudahan kepada klien untuk memfokuskan masalah yang dialami dan ianya
juga dapat memudahkan kaunselor memberikan pertolongan yang ingin diselesaikan oleh

8
klien.Dalam pada itu,kemahiran merumus juga terbahagi kepada dua iaitu rumusan kecil
dan rumusan besar.

Kemahiran merumus yang digunakan oleh pelatih kaunselor dalam sesi kaunseling
tersebut adalah kemahiran rumusan besar di mana pelatih kaunselor telah mengatakan
“okay so saya rumuskan secara keseluruhan ya…isu keluarga..kurang kasih sayang daripada
family macam lisa kan,macam Azman lebih kurang sama,macam terabai..macam mimi isu…
kehilangan ibu sewaktu kecil…diharapkan sesi kali ini dapat mencelikkan akal kita…dimana
ada salah kita boleh dibetulkan..membaiki hubungan kekeluargaan”.Percakapan pelatih
kaunselor tersebut jelas menyatakan pada penghujung sesi kaunseling tersebut mengenai
rumusan besar tentang pengulangan perkongsian yang telah diungkapkan dan perasaan
yang ditunjukkan oleh klien dengan dirumuskan secara ringkas dan berfokus bagi membuat
rumusan agar pelatih kaunselor tersebut tahu apa yang ingin diselesaikan oleh klien dan
pada pihak klien juga dapat mengetahui masalah yang sebenar mereka hadapi dengan lebih
berfokus untuk membolehkan mereka memikirkan cara solusi penyelesaian masalah tersebut
sama ada dengan klien-klien sendiri memberikan cadangan atau pandangan solusi kerana
memandangkan sesi kaunseling mereka adalah secara berkelompok. Oleh itu,kemahiran
merumus amat penting dalam menjalankan sesi kaunseling agar lebih berfokus dan dapat
mencapai penyelesaian masalah yang dihadapi.

2.5 Kemahiran Meminta Penjelasan

Kemahiran meminta penjelasan adalah dimana kaunselor akan memberi peluang yang lebih
untuk memberi penjelasan mengenai topik yang dibincangkan. Dengan cara ini kaunselor
akan mengumpul lebih banyak maklumat dan seterusnya membantu dalam untuk klien
meneroka dan menjelaskan isu yang dihadapinya. Selalunya kemahiran ini digunakan
apabila kaunselor merasakan topik yang dibincangkan oleh klien semakin kabur atau sukar
difahami. Kemahiran meminta penjelasan ini adalah dimana kaunselor cuba mendapatkan
satu penjelasan terhadapa perkara yang samar kepada satu fokus yang lebih tepat.

Seperti yang dapat dilihat di dalam video yang telah dipilih, kaunselor cuba untuk
meminta penjelasan yang lebih berfokus kepada klien yang Bernama Mimi yang mempunyai
isu kekeluargaan dan isu mengenai teman lelakinya. Di awal penceritaan, Mimi
menceritakan mengenai isu kekeluargaan yang dihadapinya dan seterusnya membawa
kepada isu teman lelakinya yang mempunyai sikap baran seperti ayahnya yang kurang
disenangi seperti yang dinyatakan oleh Mimi tersebut. Mimi menceritakan mengenai isu
keluarga yang dihadapinya tetapi, dia juga turut menyatakan belum bersedia untuk

9
memaafkan ayahnya yang tidak mempedulikannya. Kaunselor menanyakan kepada Mimi
“Adakah adik beradik tiri yang lain tidak mencari Mimi? Atau pun adakah adik beradik tiri
yang lain tidak mengenali Mimi antara satu sama lain? Atau bagaimana?”. Di sini dapat
dilihat kaunselor meminta penjelasan daripada Mimi mengenai adik beradik tirinya yang juga
tidak mempedulikan Mimi seperti ayah mereka.

Menurut Brammer & Macdonald (2003), tujuan meminta penjelasan adalah untuk
mendapatkan kesedaran terhadap kekeliruan yang timbul di dalam mesej yang disampaikan
oleh klien. Kaunselor boleh meminta penjelasan daripada klien dengan cara meminta klien
menceritakan dengan lebih lanjut, mengulang kenyataan atau memberi gambaran tertentu
kepada kaunselor. Dengan cara ini, kaunselor akan dapat memahami mesej yang ingin
disampaikan oleh klien, dimana klien juga mungkin mempunyai kekeliruan yang timbul di
dalam dirinya ketika menceritkan topik atau isu tersebut.

2.6 Kemahiran Refleksi Perasaan

Kemahiran membuat refleksi adalah respon kaunselor untuk menggambarkan emosi bagi
menunjukkan empati yang dirasai oleh kaunselor. Kemahiran ini juga akan dapat melihat
sejauh mana kaunselor boleh membaca mesej atau maklumat yang ingin disampaikan oleh
klien. Menurut Jones (2004), beliau mendapati kemahiran membuat refleksi perasaan adalah
melibatkan keupayaan kaunselor berkomunikasi dan mengalami apa yang dirasai oleh klien.

Kemahiran refleksi ini terdapat tiga bahagian iaitu refleksi isi, refleksi perasaan dan
refleksi pengalaman. Refleksi perasaan adalah dimana refleksi tertumpu kepada emosi.
Perasaan tersebut boleh dirujuk kepada apa yang dilafazkan atau dinyatakan secara lisan
seperti kasih saying, kerisauan, kesedihan dan rasa bersalah. Seperti yang dapat dilihat di
dalam video tersebut klien Azman yang merasa tertekan menguruskan adik-beradiknya serta
pengajiannya kerana ibu bapanya yang sibuk bekerja. Kaunselor dilihat melakukan refleksi
perasaan dimana kaunselor merasai perasaan Aman yang tidak merasai kasih sayang
secukupnya yang membawa kepada perasaan tertekan pada dirinya. Kaunselor membuat
refleksi dimana kaunselor menyatakan “Kiranya Azman terasa terabai dan tidak merasa
kasih saying yang secukupnya?”, apabila Azman meluahkan perasaannya mengenai isu
kekeluargaan yang dihadapinya.

Selain itu, refleksi pengalaman adalah refleksi yang tertumpu kepada tingkah laku.
Refleksi pengalaman akan dibayangkan melalui gerak geri bukan lisan seperti senyuman,
kegelisahan, atau menitiskan air mata. Refleksi pengalaman selalunya akan dibuat oleh
kaunselor setelah memerhatikan gerak tubuh badan semasa klien menceritakan pengalaman

10
atau yang diperkatakan. Seperti di dalam video, Lisa menceritakan kisahnya yang sejak kecil
lagi merasakan bahawa ibunya g kurang memberikannya kasih sayang tidak seperti adik
beradiknya yang lain menyebabkan Lisa berasa tersisih. Kaunselor menyatakan kepada Lisa,
“Okay sekarang Lisa memang tidak rapat dengan Mak”. Di sini kaunselor ingin klien
merefleksi hubungan klien tersebut dengan ibunya yang mungkin menyebabkan konflik yang
berlaku di antara ibu dan anak tersebut.

Selain itu, refleksi isi adalah merujuk kepada kognitif. Refleksi isi melibatkan semua
idea-idea penting yang padat dan ringkas. Kemahiran refleksi isi ini dapat dilihat apabila
klien Mimi menyatakan bahawa dia tidak akan memaafkan ayahnya sampai bila-bila kerana
Mimi beranggapan ayahnya adalah penyebab dia kehilangan ibunya. Kaunselor cuba
membuat refleksi isi kepada klien Mimi dengan menyatakan adakah “Mimi tidak akan
membukakan hatinya untuk berbaik dengan ayah Mimi walaupun mereka mempunyai
pertalian darah.

Tujuan refleksi ini adalah untuk menggalakkan klien meluahkan perasaan positif dan
negatif mengenai sesuatu isu atau topik. Dengan kemahiran ini, kaunselor akan dapat
membantu klien untuk merasai perasaannnya dengan mendalam mengenai situasi yang
menyebabkan ketidakselesaan.

2.7 Kemahiran Membina Hubungan

Kemahiran membina hubungan merupakan dorongan antara kaunselor dan klien supaya
klien bersedia untuk memulakan perbincangan. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan
persekitaran yang selamat dan bersifat terbuka. Ini juga akan melahirkan perasaan tenang
dan positif antara kaunselor dan klien. Selain itu, kaunselor haruslah melahirkan
persekitaran dan perlakuan yang mesra supaya lebih meyakinkan klien tersebut. Contohnya,
dengan membina suasana yang positif, ruang untuk bertukar-tukar pendapat atau
berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki,
nada suara, senyuman dan etika di dalam bilik kaunseling.

Dalam membina suasana yang positif, kerusi dan meja yang sesuai haruslah
disediakan supaya klien duduk dengan selesa dan menyenangkan sesi kaunseling atau
perbincangan yang serius. Suhu bilik juga haruslah dipantau supaya tidak terlalu panas,
sejuk dan tiada sebarang bunyi yang boleh menganggu klien. Tempat juga haruslah bersih
dan kemas supaya dapat meyakinkan lagi klien dalam sesi perbincangan tersebut. Ruang
untuk berkomunikasi juga amatlah penting supaya sesi perbincangan berjalan dengan lancar
tanpa ada gangguan fizikal dan mental. Kaunselor haruslah memantau jarak antara klien

11
supaya klien tidak merasa janggal apabila berunding. Dari segi penampilan diri, kedua-dua
pihak perlu menjaga etika berpakaian yang sesuai dan raut wajah haruslah ceria apabila
tampil di depan klien supaya menunjukkan kemesraan. Dalam pada itu, kontak mata juga
memainkan peranan yang penting supaya menunjukkan minat terhadap apa yang diluahkan
oleh klien serta menggalakkan kepercayaan kepada klien. Pergerakan tangan dan kaki juga
perlu sesuai untuk memudahkan komunikasi antara klien serta nada suara yang lembut.
Contoh kemahiran membina hubungan tersebut:

Klien : “Saya selalu dibanding-bandingkan oleh kedua ibu bapa saya”

Kaunselor : “Oh ya teruskan…” *menganggukkan kepala*

Klien : “Kadang-kadang rasa diri ni macam tidak berguna hari-hari saya risau takde
sapa pun nak bagi dorongan dekat saya”

3.0 Kesimpulan

Oleh itu, beberapa penekanan dalam menilai tahap keberkesanan bimbingan dan kaunseling
di sekolah. Guru-guru dan pentadbir haruslah melihat bahawa perubahan tingkah laku yang
ditunjukkan merupakan kayu ukur dalam keberkesanaan bimbingan dan kaunseling di
sekolah yang melibatkan klien seperti pelajar. Menurut Brott (2006) menyatakan bahawa
keberkesanan kaunselor berkaitan dengan penilaian yang telah dibuat pada hasil khidmat
kaunseling sendiri. Guru kaunseling perlu menilai klien seperti pelajar dari aspek minda, jiwa
murid merangkumi sensitiviti, kecerdasan dan personaliti. Kaunselor haruslah bertindak
profesional dengan menguasai kemahiran-kemahiran yang ada supaya masalah-masalah
klien dapat ditangani oleh kaunselor.

Terdapat beberapa kategori masalah yang dihadapi seperti masalah biasa dan serius.
Dalam pada itu juga bagi memastikan khidmat kaunseling berjalan dengan lancar dan
profesional, langkah-langkah pembaikan berlandaskan apa-apa masalah yang dialami
kaunselor perlu diberi fokus yang serius. Latihan semasa yang diterima oleh kaunselor
perlulah dipertingkatkan supaya mereka tidak ketinggalan dalam menyelesaikan masalah
serius yang dianggap begitu mencabar. Jika kaunselor tersebut sudah cukup mahir, semua
masalah ini dari keseluruhannya boleh diatasi oleh kaunselor dengan baik dan mereka
mempunyai kemahiran untuk menyelesaikannya kerana kurang melibatkan pihak luar. Ini
akan mencapai khidmat kaunseling yang membanggakan dan berkesan sepenuhnya.

12
RUJUKAN

Erlina, N., Mohd. Noor, N., Mahmud, Z., & Syafrimen. (2016). Kemahiran Asas Konseling
Dalam Kalangan Guru Konseling Sekolah Menengah. ASEAN Comparative Education
Research Conference (ACER-N 2016), 1045–1055.

Farhan, A. (2018). Bimbingan dan Kaunseling.

Fathmalyn Abdullah (2013). Kemahiran Asas Kaunseling Bab 8. Retrieved from


https://www.slideshare.net/FathmalynAbdullah/bab-8-kemahiran-asas-kaunseling

Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, 2014, Bimbingan Dan Kaunseling
Kanak-kanak, Oxford Fajar Sdn Bhd, Selangor.

Mansor Abu Talib (2010). Kemahiran Asas Kaunseling (Untuk ParaKaunselor).


FEM3107/PEM3501.

Mohamed Sharif Mustaffa & Sulaiman Shakib Mohd Noor (2003). Kemahiran Asas Seorang
Kaunselor. Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS).

Mohd Zin, A. A., & Md. Yusoff, Y. (2019). Kaunseling Dakwah: Suatu Pengenalan Konsep.
Usuluddin, 141–152, 6. file:///C:/Users/ASUS/Downloads/4018-241-9979-1-10-
20170711 (1).pdf

Mustaffa, M. S., Ahmad, R., & Shakib, S. (2003). Kemahiran Asas Seorang Kaunselor.
Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS), May 2017, 1–15.
https://www.researchgate.net/publication/317087330

Muhammad Aziz Shah Mohammad Arip, 2009, Kemahiran Bimbingan Dan Kaunseling, Bs
Print Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Mustaffa, Mohamed & Ahmad, Roslee & Shakib, Sulaiman. (2003). KEMAHIRAN ASAS
SEORANG KAUNSELOR

Roslee Ahmad, M. S. (2003).


https://www.researchgate.net/publication/317087330_KEMAHIRAN_ASAS_SEORANG
_KAUNSELOR. Singapura: Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Islam
Malaysia,.

Sidek Mohd Noah, H. (2021).


https://www.researchgate.net/publication/237481483_Penggunaan_Kemahiran_Kau
nseling_ke_Arah_Kecemerlangan_Kepemimpinan_Sekolah. Universiti Sains Islam
Malaysia.

Syafrimen Syafril, N. N., & Zuria Mahmud. (2016).


https://www.researchgate.net/publication/328789995_3_Kemahiran_Asas_Konseling
_Dalam_Kalangan_Guru_Kaunseling?
_sg=ALfGyUl7fL1VsH59cg_btG0jQOX_u_xSrdQmcMq5QdDAxfRlEJr5PYJy5wbAZaIY1Z
yZ5b2DcXN3HTg. Universiti Kebangsaan Malaysia,

Talib, J. (2009). Profesionalisme kaunselor sekolah rendah.

Talib, M. A. (2010). Kemahiran Asas Kaunseling. Retrieved Jun 01, 2021, from academia:
www.academia.edu

Zakaria, M. S. (2016). Pengalaman Kaunseling Individu dan Kesannya Terhadap


Perkembangan Sahsiah Pelajar Sekolah Menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor,
Malaysia. [Universiti Putra Malaysia]. In Universiti Putra Malaysia (Vol. 152, Issue 3).

Zakwan Azhar (2019). Kemahiran dalam Sesi Kaunseling. Retrieved from


https://www.slideshare.net/zakwanazharstudy/kemahiran-dalam-sesi-kaunseling

Anda mungkin juga menyukai