Kata Ganda Berentak
Kata Ganda Berentak
Alang-kepalang
Belat-belit putar-belit
Beli-belah membeli berbagai-bagai jenis barang
Bengkang-bengkok bengkok-bengkok
Bulang-baling baling-baling
Caca-marba mengandungi pelbagai unsur, bercampur aduk, (ber)pelbagaian
Celam-celum keluar masuk (rumah dll), sebentar ke sana sebentar ke sini (bebas saja
ke sana sini), celas-celus.
Celengkak-celengkok berbelok-belok
Cengkok-beledok bengkang-bengkok
Congkah-congkih tidak teratur (spt mencuar ke sana sini, tinggi rendah, dll), tidak
keruan, tidak tentu hala
Congkah-mangkih tidak teratur (spt mencuar ke sana sini, tinggi rendah, dll), tidak
keruan, tidak tentu hala
Conggak-bongkak
Congkar-cangkir tidak keruan, congkah-cangkih
Corat-coret gambar yg dilukis secara kasar dgn garis-garis, gambar yg jangan tidak
sahaja rupanya (spt karikatur, sketsa, peta lakar, dll);
Coret-moret
Cucu-cicit keturunan
Dekuk-dekah
Dolak-dalik (cakap atau pendirian yg) tidak tetap atau selalu bertukar-tukar, cakap
berbalik-balik;
Engkap-engkip turun naik (spt rumput dipijak); ~ bagai rumput di tengah jalan prb
hidup merana kerana sakit atau miskin.
Erang-erot tidak lurus, herot-berot, bengkang-bengkok
Geli-geleman jijik
hina-dina orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg
sama, seia sekata;
hingar-bingar sangat bising, riuh-rendah, hiruk-pikuk;
Jongkang-jongket a) turun naik (papan, lantai rumah, dll) apabila dipijak; b) = permainan
~-jongket sj permainan kanak-kanak (terdiri drpd papan panjang
bergandar di tengah dan kedua-dua hujungnya boleh turun naik);
Jongkar-jongkir jongkang-jangking, conggah-canggih;
Karut-marut a) sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala; b) terlalu
bohong atau dusta (bkn kata-kata dsb);
Kasak-kasik (kusut) bisik-bisik, desas-desus
Kelak-kelik Kelip-kelip
Kelam-kabut tidak keruan, kacau, tidak tentu arah
Keluh-kesah 1. kata-kata dsb yg melahirkan rasa sedih (kerana menderita sesuatu),
rintihan;
Kelusuh-kelesah sangat gelisah.
Keriang-keriut bunyi spt bunyi pintu buruk (atau yg ketat engselnya) dibuka dan
ditutup, berbunyi ‘kiat-kiut’.
Kering-kontang kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi,
dll);
Kerobak-kerobek a) cabik-cabik, koyak-koyak; b) berparut-parut, bopeng
Ketuk-ketak
Kumat-kamit bergerak-gerak bibir (spt orang membaca doa dgn tidak bersuara,
bercakap sendirian
Kusut-masai / Kusut- sangat kusut
musut
Lalu-lalang Berulang-alik
Lekak-lekuk tidak rata dan tidak lurus, tinggi rendah dan bengkang-bengkok
Lentang-lentung bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul
berulang-ulang, bunyi berdentang-dentang.
Lentang-lentok terkulai lemah, tidak tegak, melentok.
Orak-arik kacau-bilau.
Robat-rabit robak-rabik;
Sorak-sorai bunyi teriak dan pekik orang ramai (kerana gembira, mengejek, dll):
Taking-takik toreh yg agak dalam pd pokok (kulit pokok dll), takuk, gubang:
Taram-temaram tidak berapa terang, suram (bulan, bintang, muka), agak redup:
Turun-temurun berpindah-pindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan
seterusnya, drpd nenek moyang turun kpd anak cucu dll
Ulang-alik kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir
Ungkang-ungkit unggang-unggit.