Frasa Menarik SPM BM Karangan A+
Frasa Menarik SPM BM Karangan A+
Kesimpulan Kecil
1. Oleh itu/Ringkasnya, jelaslah bahawa…
2.Sudah terang lagi bersuluh, maka benarlah bahawa…
3.Ekoran itu, izhar terbukti di sini sememangnya…
4.Maknanya di sini, bergelanggang di mata orang ramai sememangya…
5. Murai berkicau hari siang,…
6.Bulan semakin terang, bayang kian jelas…
7.Lantaran itu, belum berkilat sudah berkilau, bulan sangkap tiga puluh
sememangnya …
Contoh penggunaan
Soalan: Huraikan Cara Mengatasi Masalah Obesiti Dalam Kalangan Remaja
(Karangan berjenis “Cara/Usaha”)
Pendahuluan
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286, “Aku tidak akan membebani
seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya” (pembuka ayat). Masalah
obesiti merupakan masalah yang….(huraian). Pernahkan terlintas dalam benak
anda, apakah sebenarnya cara-cara untuk mengatasi masalah obesiti dalam
kalangan remaja. Rentetan itu, dalam wahana ini, marilah kita sama-sama
bermusyawarah berbincang mengenai cara mengatasi masalah obesiti dalam
kalangan remaja (ayat persoalan).
Isi
Khalid Gibran ada berkata bahawa perjalanan yang berbatu-batu jauhnya
dimulai dengan selangkah. “Selangkah” yang dimaksudkan di sini ialah remaja
haruslah melakukan senaman dan riadah (ayat pembuka). Aktiviti senaman
dan riadah ….. (huraian isi) Murai berkicau hari siang, senaman dan riadah
merupakan salah satu cara yang efektif dalam mengatasi masalah obesiti
dalam kalangan remaja (kesimpulan kecil).
Isi seterusnya
Menelusuri dari faset yang seterusnya (‘penanda wacana’), isi yang kedua ialah
remaja izharlah melakukan pemeriksaan kesihatan ….. (huraian isi) Lantaran
itu, belum berkilat sudah berkilau, bulan sangkap tiga puluh sememangnya
pemeriksaan kesihatan merupakan salah satu cara yang mujarab dalam
mengatasi masalah obesiti dalam kalangan remaja … (kesimpulan kecil).
Penutup
Confucius pernah memberi kata hukamahnya, “ Seseorang yang melakukan
kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan kesalahan yang
lain.”(ayat pembuka) Lontaran itu, remaja tidak boleh bersikap acuh tidak
acuh, endah tidak endah tentang masalah obesiti mereka. Sebaliknya harus…
(huraian).