Anda di halaman 1dari 1

Fatin Elissa Binti Mohamad Nasimussobah

Soalan:
Beri pandangan anda sekiranya ilmu ketamadunan tidak diajar di Malaysia

Ilmu ketamadunan amat penting untuk membentuk masyarakat yang bersifat lahiriah. Oleh
itu, amat penting ilmu ini dijar kepada masyarakat. Sekiranya tidak, akan terdapat kesan-
kesan negatif kepada masyarakat iaitu tidak berperikemanusiaan. Perbuatan manusia yang
tidak berperikemanusiaan juga dapat dilihat dengan wujudnya kes-kes pembunuhan kejam
yang pernah berlaku. Akan wujud pembunuhan dengan membakar mayat, membunuh
untuk mendapatkan organ manusia, memotong mayat dan simen mayat untuk
menyembunyikan perbuatan mereka. Inilah tanda-tanda kehilangan nilai-nilai kemanusiaan
dalam diri manusia pada hari ini.

Selain itu akan terhasillah masyarakat yang tidak bermoral. Ternyata masalah moral
tidak hanya berlaku terhadap kaum tertentu sahaja. Masalah ini boleh terjadi kepada pelajar
pelbagai kaum di seluruh negara. Masalah moral yang berlaku pada masa kini adalah
masalah secara nasional. Kita mendapati bahawa masalah dan gejala-gejala yang tidak
bermoral berlaku apabila keluarga,media massa,sekolah dan masyarakat memandang
endah tak endah kepada perkara yang berkaitan dengan gejala tersebut. Sekiranya ilmu
ketamadunan tidak diajar, maka masalah ini akan bertambah lebih teruk dan berlarutan
yang menyebabkan pelbagai masalah.

Seterusnya, tersisih daripada kemajuan dan teknologi. Kegagalan mengikuti


perkembangan arus teknologi merupakan faktor mengapa kebanyakan negara mundur
ketinggalan jauh. Perkara ini akan menyebabkan masyaakat merana dan terlalu berharap
kepada belas ihsan. Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan
lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Oleh hal
yang demikian, akan mundur lah negara sekiranya ilmu ketamdunan tidak di ajar.

Anda mungkin juga menyukai