Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA PROGRAM

Seminar Keibubapaan, Remaja dan Reproduktif

Tarikh: 19 September 2020

Tempat: Sekolah Kebangsaan Tanjung Bako

Doctor of Public Health (DrPH) Tahun 1


Community Medicine & Public Health
Faculty of Medicine & Health Sciences, UNIMAS
2020
Contents
1.0 PENGENALAN.......................................................................................................................3

2.0 OBJEKTIF...............................................................................................................................3

3.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM......................................................................4

4.0 KUMPULAN SASARAN DAN JUMLAH PESERTA..........................................................4

5.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS...........................4

6.0 TENTATIF PROGRAM.........................................................................................................5

7.0 PENGENDALIAN AKTIVITI...............................................................................................6

8.0 ANGGARAN KEWANGAN.................................................................................................11

PENUTUP...........................................................................................................................................12
1.0 PENGENALAN

Peringkat remaja merupakan peringkat umur pembelajaran yang pastinya melibatkan


tindakan mengambil risiko. Hasil yang diperolehi dari tindakan ini seringkali bersifat
membina atau membinasa. Boleh dikatakan, hanya segelintir remaja berpeluang untuk
menerima ilmu yang secukupnya bagi persiapan menepuh kehidupan seksual mereka. Remaja
adalah golongan yang sering terdedah dengan paksaan, penderaan dan eksploitasi, kehamilan
yang tidak dirancang serta jangkitan penyakit kelamin (STI), termasuk HIV. Oleh itu, adalah
penting bagi remaja mengenali keperluan dan hak mereka untuk menerima pendidikan
seksualiti.
Program kesihatan reproduktif remaja yang berkesan dapat diberikan dengan memberi
pendidikan yang berseusaian dengan usia, mempunyai kaitan dengan budaya dan maklumat
yang disampaikan adalah tepat secara saintifik. Kertas kerja ini telah dirangka berdasarkan
garis panduan yang disediakan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural
Organization (UNESCO) yang bertajuk “ International Guidelines on Sexuality Education:
An evidence informed approach to effective sex, relationships and HIV/STI education” yang
diterbitkan pada tahun 2009.
Faedah yang diperoleh oleh masyarakat dalam menyambut cabaran dalam pembangunan
remaja adalah besar berbanding kesan yang ditanggung sekiranya keperluan ini diabaikan.
Oleh itu, keperluan program kesihatan reproduktif remaja perlu disediakan untuk memastikan
pembangunan negara sihat.

2.0 OBJEKTIF

Objektif utama
Remaja dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk membuat pilihan
yang tepat bagi mengenai masalah kehidupan seksual mereka.

Objektif spesifik
1. Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan remaja serta masalah
seksual dan reproduktif di kalangan remaja
2. Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan remaja serta masalah
seksual dan reproduktif di kalangan ibu bapa
3. Menjelaskan mengenai perubahan fizikal, mental dan sosial yang dialami sewaktu
remaja
4. Memantapkan kemahiran remaja bagi persiapan menepuhi kehidupan seksual mereka.
5. Promosi untuk mengekalkan tingkah laku pengurangan risiko dikalangan remaja

3.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 19 September 2020 (Sabtu)


Masa : 8:00 Pagi – 1:00 Petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Tanjung Bako

4.0 KUMPULAN SASARAN DAN JUMLAH PESERTA

1) Seminar ibu bapa


a. Ibu : 30 orang
b. Bapa : 30 orang
c. Guru : 10 orang

2) Seminar remaja (lingkungan umur antara 12 tahun)


a. Remaja lelaki : 15 orang
b. Remaja perempuan : 15 orang
10 orang per session selama 20 minute- mcm x cukup masa. Panjangkan masa 30
minut, kecilkan jumlah peserta supaya lebih fokus.

5.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Bi
Nama Anggota Jawatan Tugas
l
Pensyarah
1 Penyelia
UNIMAS
Pensyarah
2 Ahli Panel Forum Ibu Bapa
UNIMAS
3 Guru Ahli Panel Forum Ibu Bapa
Pakar Psikologi/
4 Ahli Panel Forum Ibu Bapa
Kaunselor
Pensyarah
5 Moderator – Forum Ibu Bapa
UNIMAS
6 DrPH tahun 1 (1) Coordinator Seminar Ibu Bapa

7 DrPH tahun 1 (2) Ceramah Seminar Ibu Bapa

8 DrPH tahun 1 (3) Ceramah Seminar Ibu Bapa

9 DrPH tahun 1 (4) Coordinator Seminar Remaja


Seminar Remaja (Pengenalan)
10 DrPH tahun 1 (5) Seminar Remaja (Kemahiran
Remaja)
11 DrPH tahun 1 (6) Seminar Remaja (Pengenalan)
Seminar Remaja (Kemahiran
Remaja)
Seminar Remaja (Erti hubungan
12 DrPH tahun 1 (7)
pada remaja)
Seminar Remaja (Perkembangan
13 DrPH tahun 1 (8)
fizikal remaja)
Seminar Remaja (Perkembangan
14 DrPH tahun 1 (9)
fizikal remaja)
Seminar Remaja (Perkembangan
15 DrPH tahun 1 (10)
mental dan sosial remaja)
16 DrPH tahun 1 (11) Seminar Remaja (Kelakuan Seksual)

17 Uruseatia

18 Guru Seminar Ibu Bapa

19 Guru Seminar Ibu Bapa

20 Guru Seminar Remaja

21 Guru Seminar Remaja

6.0 TENTATIF PROGRAM


AKTIVITI AKTIVITI
MASA (Ibu Bapa) (Remaja)
7:30 – 8:30 Pendaftaran Pendaftaran
Jamuan makan pagi Pembahagian kumpulan
Jamuan makan pagi
8:30 – 9:00 Ucapan alu-aluan
Perasmian Program
9:00 – 10:00 Ceramah  Pengenalan
“Remaja dan Kehamilan”
10:00 – Forum soal jawab Bersama Aktiviti kumpulan
12:00 panel-panel  Erti hubungan pada remaja
( x perlu- lepas ceramah mak  Perkembangan fizikal remaja
ayah pulang).  Perkembangan mental dan sosial
remaja
 Kelakuan Seksual

 Kemahiran Remaja
12:00 Penutup
Jamuan makan tengah Hari
7.0 PENGENDALIAN AKTIVITI

Penceramah/ Bahan
Aktiviti Cara Masa
Fasilitator Diperlukan
Komputer
“Remaja dan Kehamilan” DrPH tahun 1 Projector
Ceramah 1 Jam
– Seminar Ibu Bapa DrPH tahun 1 Microphone
(2)
Kerusi (4)
Panel 1
Meja kecil (1)
Forum perdana – Seminar Panel 2
Forum 2 Jam Microphone
Ibu Bapa Panel 3
(4)
Moderator
Komputer
Seminar Remaja DrPH tahun 1 Projector
Ceramah 20 minit
(Pengenalan) DrPH tahun 1 Microphone
(1)
Seminar Remaja
Aktiviti
(Erti hubungan pada 20 minit DrPH tahun 1
kumpulan
remaja)
Seminar Remaja
Aktiviti
(Perkembangan fizikal 20 minit DrPH tahun 1
kumpulan
remaja)
Seminar Remaja
Aktiviti
(Perkembangan mental 20 minit DrPH tahun 1
kumpulan
dan sosial remaja)
Seminar Remaja Aktiviti
20 minit DrPH tahun 1
(Kelakuan Seksual) kumpulan
Seminar Remaja
Sesi soal DrPH tahun 1
(Kemahiran seorang 20 minit
jawab DrPH tahun 1
remaja)

Pembahagian Kumpulan Remaja dibuat dan setiap kumpulan akan melakukan putaran stesen
dan berada di satu stesen dalam masa 20 minit. Terdapat 4 stesen disediakan di seminar
remaja. Setiap stesen akan membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan remaja
menggunakan bahan-bahan yang diperlukan. Sesi pengenalan dan kemahiran seorang remaja
akam dijalankan mengikut jantina
Kumpulan Putaran stesen
Kumpulan 1 Stesen 1  Stesen 2  Stesen 3  Stesen 4 bilik lelaki
(Lelaki)
Kumpulan 2 Stesen 2  Stesen 1  Stesen 4  Stesen 3  bilik lelaki
(Lelaki)
Kumpulan 3 Stesen 3  Stesen 4  Stesen 1  Stesen 2  bilik perempuan
(Perempuan)
Kumpulan 4 Stesen 4 Stesen 3  Stesen 2  Stesen 1  bilik perempuan
(Perempuan)
Penerangan topik bagi seminar ibu bapa
1) Ceramah Ibu Bapa
Topik : Remaja dan Kehamilan
Masa : 1 jam
Sinopsis :
Objektif :

2) Forum Bersama panel di seminar ibu bapa


Topik :
Masa : 1 jam
Sinopsis :
Objektif :
Penerangan setiap topik di seminar remaja

1) Seminar Remaja (Pengenalan)


Topik : Nilai dan sikap seorang remaja
Masa : 15 minit
Fasilitator : Kaunselor / Doktor
Cara penyampaian : Ceramah
Material yang diperlukan :
1) 2 batang microphone
2) 1 atau 2 biji komputer
3) 1 atau 2 biji projektor
Objektif :
1) Menghuraikan norma sosial dan pengaruh keatas tingkah laku remaja
Describe social norms and their influence on behaviour

2) Seminar Remaja (Stesen 1)


Topik : Erti hubungan pada remaja
Masa : 30 minit
Fasilitator : Kaunselor / Doktor
Cara penyampaian : aktiviti berkumpulan
Material yang diperlukan :
1) Bilik bersama stesen 2
2)
Objektif :
1) Menerangkan peranan, hak dan tanggungjawab berbeza pada setiap ahli keluarga
Describe the roles, rights, and responsibilities of different family members
2) Mengenalpasti kemahiran yang diperlukan untuk mengendali masalah hubungan
Identify skills needed for managing relationships
3) Mentakrifkan konsep berat sebelah, prasangka, stigma, sikap tidak bertoleransi,
gangguan, ditolak dan buli
Define the concepts of bias, prejudice, stigma, intolerance, harassment, rejection and
bullying
4) Menjelaskan maksud komitmen jangka panjang, perkahwinan dan keibubapaan.
Explain the key features of long-term commitments, marriage and parenting
3) Seminar Remaja (Stesen 2)
Topik : Perkembangan fizikal remaja
Masa : 30 minit
Fasilitator : Doktor
Cara penyampaian : aktiviti berkumpulan
Material yang diperlukan :
1) Bilik bersama stesen 1
Objektif :
1) Menghuraikan struktur dan fungsi seksual dan pembiakan organ manusia
Describe the structure and function of the sexual and reproductive organs
2) Memerihalkan bagaimana kehamilan terbentuk dan bagaimana ia boleh dicegah
Describe both how pregnancy occurs and how it can be prevented

4) Seminar Remaja (Stesen 3)


Topik : Perkembangan mental dan sosial remaja
Masa : 30 minit
Fasilitator : Doktor
Cara penyampaian : aktiviti berkumpulan
Material yang diperlukan :
1) Bilik bersama stesen 4
2)
Objektif :
1) Memerihalkan process akil baligh dan kematangan seksual dan sistem reproduktif
manusia
Describe the process of puberty and the maturation of the sexual and reproductive
system
2) Menghuraikan makna perhatian seksual yang tidak diingini.
Define unwanted sexual attention
3) Menghuraikan makna “gender-based violence”, termasuk rogol dan cara mengatasi.
Define and describe gender-based violence, including rape and its prevention

5) Seminar Remaja (Stesen 4)


Topik : Kelakuan Seksual
Masa : 30 minit
Fasilitator : Doktor
Cara penyampaian : aktiviti kumpulan
Material yang diperlukan :
1) Bilik bersama stesen 3
2)
Objektif :
1) Menghuraikan erti seksualiti berhubung dengan kitaran hidup manusia
Describe sexuality in relation to the human life cycle
2) Menghuraikan tindak balas lelaki dan wanita terhadap rangsangan seksual
Describe male and female response to sexual stimulation
3) Menerangkan bagaimana penyakit kelamin dan HIV dijangkiti dan mengetahui cara
rawatan dan pencegahan dilakukan.
Explain how STIs and HIV are transmitted, treated, and prevented

6) Seminar Remaja (Refleksi) – (lelaki dan perempuan)


Topik : Kemahiran seorang remaja
Masa : 30 minit
Fasilitator : Kaunselor / Doktor
Cara penyampaian : Sesi soal jawab
Material yang diperlukan :
1) 2 Bilik yang berasingan (lelaki dan perempuan)
2) 2 biji balang - untuk mengisi kertas soalan
3) 4 batang microphone
Objektif :
1) Memberi demonstrasi komunikasi yang berkesan dan tidak berkesan.
Demonstrate examples of effective and ineffective communication
2) Pengenalpasti masalah dan sumber bagi membantu untuk menyelesaikan masalah
remaja.
Identify specific problems and relevant sources of help
3) Aplikasi proses membuat keputusan untuk mengatasi masalah yang dihadapi
Apply the decision-making process to address problems
8.0 ANGGARAN KEWANGAN

Perkara Harga Seunit (RM) bilangan Jumlah (RM)


Minum pagi 3.00 Ibu Bapa (60) 180.00
Remaja (40) 120.00
Panel & Moderator (5) 15.00
DrPH (11) 33.00
Guru (15) 45.00
Urusetia (2) 6.00
Makan Tengahari 10.00 Ibu Bapa (60) 600.00
Remaja (40) 400.00
Panel & Moderator (5) 50.00
DrPH (11) 110.00
Guru (15) 150.00
Urusetia (2) 20.00
JUMLAH SEMUA 1729.00
PENUTUP
Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai
objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sebegini akan terus
berkembang dan dapat diterap oleh semua pihak yang terlibat. Semoga usaha ini
mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada ibu
bapa serta remaja.

Disediakan oleh,
Calon DrPH Tahun 1, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Penyelia program
Prof. Dr Razitasham binti Safii

Anda mungkin juga menyukai