Anda di halaman 1dari 7

Membawa Bekal ke

Sekolah Lebih Baik


Berbanding Membeli
Makanan di
Kantin Sekolah
KAAVEENAA SANMUGAM
Membawa Bekal ke Sekolah Lebih Baik Berbanding Membeli Makanan di
Kantin Sekolah

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha


Tuan Guru Besar, para hakim yang adil, barisan pembangkang,
guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan selamat
sejahtera saya ucapkan. Pada pagi ini, izinkan saya
menyampaikan perbahasan yang bertajuk, “Membawa Bekal
ke Sekolah Lebih Baik Berbanding Membeli Makanan di
Kantin Sekolah”.
Kita digalakkan membawa bekal ke sekolah untuk
memastikan kita memakan makanan yang bersih. Media
masa selalu memaparkan murid- murid menghadapi
masalah keracunan makanan. Masalah ini tidak akan
berlaku jika kita membawa makanan dari rumah.

Kita dididik berhemat berbelanja. Hal ini dapat


dilakukan sekiranya kita membawa makanan dari
rumah. Jika kita berbelanja di kantin sekolah RM3.00,
perut kita belum kenyang lagi.
Membawa bekal bermakna kita dapat
menjimatkan masa. Hal ini demikian
kerana masa rehat cuma diberi 20 minit.
Jadi, waktu kita gunakan untuk makan
tanpa berebut-rebut membeli makanan.

Seterusnya, kita boleh bertukar lauk


dengan kawan yang sama membawa bekal.
Sikap ini boleh mengeratkan siraturahim
dan mengetahui isi hati kawan kita. Malah,
kita makan dalam keadaan lebih
menyelerakan.
Jelaslah kepada kita bahawa
membawa bekal ke sekolah lebih baik
berbanding membeli makanan di kantin
sekolah. Sebelum saya akhiri perbahasan ini,
saya sertakan serangkap pantun yang
berbunyi:
Tegurlah rakan dengan ramah,
Jumlah rakan akan beribu,

Membawa bekal dari rumah,


Menghargai air tangan ibu.

Sekian, terima kasih.


TERIMA KASIH…
DISEDIAKAN OLEH:
KAAVEENAA SANMUGAM

Anda mungkin juga menyukai