Anda di halaman 1dari 100

Soalan Satu

Perlukah pisahkan pasangan suami isteri yang


menunaikan haji qada’?

JAWAPAN:
1. Imam Malik bin Anas r.a.: Wajib
Wajib pisahkan pasangan yang telah
berjimak dan merosakan haji mereka
ketika mereka melaksanakan haji qada’.
Ia merujuk kepada sebuah hadis dalam
al-Muwatto’:

1
“Dan apabila mereka berdua berihram haji gantian pada
tahun berikutnya, pisahkan mereka berdua sehingga
mereka berdua menyempurnakan haji.
(Hadis direkodkan oleh Imam Malik, dalam al-Muwatto’, kitab al-
Haj, oleh Imam Malik, no. hadis 160, status hadis rijaluhu thiqat)

2. Al-Syafiiyah: Tidak Wajib


Tidak wajib pisahkan pasangan yang
melaksanakan haji qada’.
Menurut al-Syafii, pemisahan pasangan
ketika melaksanakan haji qada’ adalah
disunatkan. Ini kerana, tiada perbezaan
dalam melaksanakan haji biasa dan haji
qada’.

3. Al-Hanafiyah: Sunat
Disunatkan memisahkan pasangan yang
melakukan haji qada’ kerana bimbang
mereka akan melakukan jimak sekali lagi
ketika menunaikan haji qada’.

2
4. Al-Hanabilah:
Terdapat dua pandangan dalam mazhab
Hambali iaitu:

Wajib pisahkan pasangan suami isteri yang melakukan


haji qada’ berdasarkan hadis yang dibawa oleh
al-Imam Malik dalam al-Muwatto’. Hukum pemisahan
ini adalah wajib sepertimana wajibnya qada’ ibadat
haji itu.

Tidak wajib memisahkan pasangan yang melakukan


haji qada’.

3
Soalan Dua

Saya baru pulang dari umrah. Namun sekarang,


saya berasa ragu-ragu sama ada sah ataupun tidak
tawaf umrah terakhir saya. Saya ragu-ragu sama
ada saya terkentut ketika menunaikan tawaf di
sana. Saya masih tidak yakin, adakah saya benar-
benar kentut ataupun tidak?

JAWAPAN:
1. Syak yang datang kemudian tidak
menghilangkan yakin. Dalam kaedah
fiqh ia disebutkan sebagai:
َّ َُْ َ َ ُ ْ َ ْ َ
‫ك‬
ِ ‫ال قِ ي ل ي زال ب ِالش‬

4
2. Manakala, dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.:
َ‫الل َع لَ يْ هِ َو َس َّل َم إ َذا َو َج د‬
ُ َّ ‫اللِ َص َّل‬ َّ ُ ُ َ َ َ
‫َق ال رس ول‬
َ ِ َ
َ َ َ َ ْ َ َ ُ
‫أ َح ُدك ْم َِف َب ْط ن ِهِ ش يْ ًئ ا ف أش ك َع ل يْ هِ أخ َر َج‬
َّ‫ش ٌء أ ْم َل فَ َل َيْ ُر َج َّن م ِْن ال ْ َم ْس ج ِد َح ت‬ ْ َ ‫مِنْ ُه‬
ِ
ً‫ي َ ْس َم َع َص ْوتًا أَ ْو َي َد ريح ا‬
ِ ِ

“Apabila seorang di antara kamu mendapati di dalam


perutnya ada sesuatu dan dia tidak pasti sama ada keluar
sesuatu ataupun tidak darinya, maka jangan dia keluar
dari masjid (untuk berwuduk) sehingga dia mendengar
bunyi ataupun mendapati ada bau.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab
al-Haidh, bab al-Dalili Ala Anna Man Tayaqqana al-Toharata
Thumma Syakka Fi al-Hadith Falahu An Yusalli Bitoharotihi Tilka,
oleh Abu Hurairah, no. hadis 362, status hadis sahih)

5
Oleh itu, permasalahan ini dapat disimpulkan
dengan keputusan berikut:

Sah tawafnya tidak perlu mengulangi tawaf itu sekali


lagi.

Apabila tidak pasti sama ada terkentut ataupun


tidak, maka yakinkan dengan 2 petanda iaitu bunyi
dan bau. Sekiranya tidak ada kedua tanda ini, maka
ia dikira tidak kentut. Namun, jika berlaku salah satu
ataupun kedua petanda itu, maka ia dikira kentut.

6
Soalan TIGA

ORANG BERNIAGA BERHAK MENGUASAI KESELURUHAN


HAK MILIK ATAUPUN TIDAK?

Jika seseorang itu mempunyai sebuah perniagaan


dan sumber wang simpanannya adalah milik
perniagaan itu, adakah dia boleh membelanjakan
wang perniagaannya tersebut untuk haji?

JAWAPAN:
1. Para fuqaha mazhab Syafie: Wajib
Dia wajib mengeluarkan perbelanjaan
bagi menunaikan haji daripada wang
perniagaannya kerana ‘mampu’,
walaupun kesan perbelanjaan ini akan
menghabiskan modal perniagaannya.

7
2. Ibnu Suraij: Tidak Wajib
Tidak wajib menggunakan wang milik
perniagaan untuk haji. Ini dilakukan supaya
seseorang itu tidak menjadi miskin sebaik
sahaja selesai menunaikan haji.

8
‫‪Soalan empat‬‬

‫?‪Haji mana yang lebih afdhal‬‬

‫‪JAWAPAN:‬‬
‫‪Haji boleh ditunaikan dengan tiga kaedah,‬‬
‫’‪sama ada dengan kaedah ‘Tamattu’, ‘Ifrad‬‬
‫‪ataupun ‘Qiran’.‬‬
‫عن اعئشة ريض اهلل عنها‪َ :‬خ َر ْ‬
‫ج َن ا َم َع َر ُس و ِل‬
‫اللِ َع َم َح َّج ةِ ال ْ َو َد ِاع فَ م َّن ا َم ْن أَ َه َّل ب ُع ْم َرة َومِن اَّ‬
‫َّ‬
‫ٍ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫َ ْ َ َ َّ َ َّ َ ُ ْ َ َ َّ َ ْ َ َ َّ ْ َ ّ َ َ َ َّ‬
‫م ن أه ل ِب ج ٍة وع م َر ٍة ومِن ا م َن أه ل ب ِال َِج وأه ل‬
‫ج عَ‬ ‫ال ِ ّج فَ أ َّم ا َم ْن أ َه َّل ب ْ َِ‬
‫ال ّج أ ْو َ َ‬ ‫اللِ ب ْ َ‬ ‫َ ُ ُ َّ‬
‫ِ‬ ‫ر ْس ول ْ ِ‬
‫َ‬ ‫ُّ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫ال َّج َوال ُع ْم َرةَ ل ْم ي ل وا َح َّت ك َن يَ ْو ُم انلَّ ْ‬ ‫َ‬
‫ح ِر‬ ‫ِ‬

‫‪9‬‬
Daripada Aisyah r.a.: “Kami keluar bersama Nabi s.a.w.
pada tahun haji wada’ (perpisahan). Ada sebahagian
daripada kami yang sedang berihram umrah, ada
yang sedang berihram haji dan umrah dan ada pula
yang sedang berihram haji sahaja. Rasulullah s.a.w.
berihram haji. Adapun orang yang berihram haji atau
menggabungkan haji dan umrah maka mereka tidak
bertahallul sehingga hari ‘Nahar’.” (10 zulhijah)
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari, dalam Sahih Bukhari, kitab
al-Haj, bab at-Tamattuk Wa al-Iqran Wa al-Ifrodi Bil-Hajji Liman
Lam Yakun Ma-ahu Hadya, oleh Aisyah, no. hadis 1562, status
hadis sahih)

Namun, antara ketiga-tiga jenis haji ini, yang


mana satukah ‘afdhal’ untuk kita laksanakan?
Bagi menentukan haji yang afdhal,
semestinya haji yang pernah dilaksanakan
oleh Baginda nabi s.a.w. ataupun haji yang
diperintahkan oleh Baginda s.a.w.

10
1. Afdhal Haji Ifrad
Merujuk kepada hadis yang direkodkan
oleh Aisyah r.a., al-Syafiiyah, al-Malikiyyah
dan al-Awza’i berpendapat Haji Ifrad adalah
kaedah haji yang paling afdhal kerana ia
dilaksanakan oleh Baginda s.a.w. Pendapat
ini dikuatkan dengan Umar al-Khattab,
Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Ibn
Mas’ud, Ibn Umar, dan Jabir bin Abdillah r.a.
yang juga berpendapat sama.

2. Afdhal Haji Qiran:


Manakala al-Hanafiyah berpendapat bahawa
Qiran adalah jenis haji yang paling Afdhal
ini berdasarkan hadis ini:
َ ْ َ َ ّ َ َ ََ َّ ْ َ َ ْ َّ ََ
‫آت مِن ر ِب ف ق ال ص ِل ِف ه ذا ال وادِي‬ ٍ ‫أت ِان الل ي ل ة‬
َّ َ ً َ ْ ُ ْ َُ َ َ ُْ
‫ال م ب اركِ وق ل ع م رة ِف ح ج ٍة‏‬
“Telah datang kepadaku utusan daripada Tuhanku pada
suatu malam dan utusan itu berkata, ‘solatlah di lembah
yang diberkati ini dan katakan umrah dalam haji’.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari, dalam Sahih Bukhari, kitab
al-Haj, bab Qawl an-Nabi s.a.w. al-Aqiq Wadin Mubarak, oleh
Umar, no. hadis 1534, status hadis sahih)

11
Hadis menjelaskan, ketika Baginda s.a.w.
sudah berihram dalam ihram haji kemudian
Jibril a.s. datang kepada Baginda s.a.w. dan
menyampaikan perintah umarah dan haji.
Maka Baginda berihram umrah semula
dan ini menjadikan Baginda s.a.w. sudah
menggabung antara kedua ihram iaitu haji
dan umrah.
Berihram haji dan umrah adalah jenis
Haji Qiran. Ini menunjukkan bahawa haji
jenis Qiran yang paling Afdhal kerana ia
pernah dilakukan oleh Baginda s.a.w.
َ َ َ َ َ ْ ُ ْ َ َّ َ ْ َ َ َ َّ ُ َ َّ َ َ ْ َ
‫ع ن ج اب ِ ٍر أن رس ول اللِ ق رن ال ج وال ع م رة ف ط اف‬
ً‫ح دا‬ َ ً َ َ َ َُ
ِ ‫ل ه م ا ط واف ا وا‬
Jabir merekodkan bahawa “Rasulullah s.a.w.
menggabungkan haji dan umrah, lalu melakukan sekali
tawaf untuk haji dan umrah.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Tirmizi, dalam Sunan Tirmizi, kitab
al-Haj An Rasulullah s.a.w., bab Ma Jaa Anna al-Qorina Yatufu
Towafan Wahidan, oleh Jabir, no. hadis 947, status hadis sahih)

Hadis ini juga menjadi penguat bahawa


Baginda s.a.w. melaksanakan haji secara
Qiran.

12
Pendapat ini juga menjadi pilihan
kepada beberapa ulama lain, antaranya
Sufyan al-Thauri dan juga salah seorang
imam besar dalam mazhab al-Syafiiyah iaitu
al-Muzani.

2. Afdhal Haji Tamattu’:


Al-Hanabilah pula berpendapat bahawa
haji yang paling afdhal adalah haji dengan
kaedah Tamattu’. Ini kerana Tamattu’ adalah
yang paling mudah untuk dilaksanakan
dan bertepatan dengan apa yang disebut
dalam hadis yang memerintahkan Baginda
melaksanakan umrah dalam bulan haji.
Pendapat ini menjadi pilihan Saidatina
Aisyah r.a., Ibn Abbas r.a., dan Abdullah bin
Zubair r.a.

Kesimpulan
Apa yang kita dapat simpulkan daripada
semua pandangan di atas adalah, Afdhal
kita melakukan haji dengan mana-mana
kaedah yang paling mudah bagi kita dan
paling dekat dengan apa yang dilakukan
oleh Baginda s.a.w.

13
Soalan Lima

Apakah hukum melaksanakan umrah?

JAWAPAN:
1. Al-Syafiiyah dan al-Hanabilah:
Wajib bagi setiap mukallaf seumur hidup
sekali jika dia mampu.

2. Al-Hanafiyah dan al-Malikiyah:


Sunat muakkad sekali seumur hidup.

3. Al-Malikiyah:
Makruh berulang kali pada tahun yang
sama.

14
4. Al-Syafiiyah, al-Hanafiyah,
al-Malikiyah dan al-Hanabilah:
Bersepakat bahawa padangan yang paling
tepat tentang ihram umrah ketika masuk ke
Mekah adalah:

Wajib berihram umrah bagi yang datang dengan niat


umrah.

Sunat untuk berihram umrah bagi yang datang dengan


niat selain umrah ataupun tidak berniat umrah.

15
Soalan enam

Sah ataupun tidak haji seorang wanita yang


pergi menunaikan haji tanpa mahram dan tidak
mendapat keizinan walinya?

JAWAPAN:
Sah hajinya dan dikira sebagai haji
Islam baginya.
Namun, perbuatan melakukan perjalanan
tanpa keizinan wali adalah haram dan
berdosa.
Ini adalah pandangan al-Syafiiyah dan
al-Malikiyah.

16
Soalan tujuh

Adakah harus bagi seorang wanita pergi


melaksanakan haji tanpa mahram?

JAWAPAN:
1. Al-Syafiiyah dan al-Malikiyah.
Harus bagi seorang wanita pergi mengerjakan
haji atau umrah tanpa ditemani mahramnya
dengan syarat;

17
Haji tersebut adalah haji fardu bagi wanita itu.

Mendapat izin daripada suami ataupun wali.

Ditemani wanita-wanita ‘thiqat’ (dipercayai)

2. Al-Hanafiyah dan al-Hanabilah:


Hukum mengambil wanita ‘thiqat’
sebagai pengganti mahram adalah tidak
diharuskan.

18
Soalan lapan

MENANGGUH SERUAN HAJI

Bolehkan menangguh perlaksanaan haji jika


sudah cukup syarat ‘istito’ah’?

JAWAPAN:
1. Al-Syafiiyah dan al-Malikiyah:
Harus menangguhkan pelaksanaan ibadah
haji selagi penangguhan tersebut berlaku
bukan kerana menunggu umur tua untuk
melaksanakannya. Ini bersandarkan kepada
pelaksanaan haji telah dilaksanakan oleh
Baginda Nabi s.a.w. berlaku selepas empat
tahun haji disyariatkan.

19
Tetapi jika selepas menangguh
hajinya dia meninggal dunia sebelum
dapat melaksanakan haji, maka dia mati
dalam keadaan melakukan maksiat kepada
Allah s.w.t.
Imam Malik berpandangan bahawa
haji lebih utama berbanding berkahwin dan
membayar hutang orang tua.
Namun, dibolehkan berkahwin dahulu
sekiranya bimbang terjatuh ke lembah zina.
Untuk mengelak zina, maka didahulukan
berkahwin adalah suatu perkara yang lebih
besar.

2. Al-Hanafiyah dan al-Hanabilah:


Apabila cukup syarat ‘istito’ah’ maka haji
wajib disegerakan. Tidak diharuskan
melewatkan haji dengan sengaja.

20
Soalan sembilan

SUAMI TIDAK MENGIZINKAN ISTERI MENUNAIKAN HAJI

Adakah seorang suami boleh menghalang atau


tidak mengizinkan isterinya mengerjakan haji?

JAWAPAN:
1. Al-Syafiiyah:
Harus bagi seorang suami menghalang isteri
daripada melaksanakan haji kerana haji
merupakan ibadah berbentuk ‘tarakhi’ (yang
boleh di tangguh).
Manakala, hak ‘istimtak’ suami isteri
adalah ‘thabit’. Ia bersifat perlu disegerakan.

21
Oleh itu, wajib bagi seorang isteri
mendapatkan izin suami sebelum
melaksanakan haji sama ada haji fardhu
ataupun haji sunat.

2. Al-Malikiyah:
Tidak harus seorang suami menghalang
isterinya yang ingin menunaikan haji fardhu.
Namun, harus bagi suami menghalang
isterinya jika haji tersebut adalah haji sunat.
Ini kerana ibadah haji adalah ibadah
yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. sama
seperti ibadah solat dan puasa. Ia satu ibadah
yang perlu disegerakan.
Tidak wajib bagi seorang isteri yang
ingin melaksanakan haji fardhu memohon
izin suami. Bahkan memohon izin suami
hanyalah sunat.

22
Soalan sepuluh

Perlukah laksanakan haji untuk orang yang sudah


mati?

JAWAPAN:
1. Al-Malikiyah dan al-Hanafiah:
Tidak wajib melaksanakan haji bagi si mati
jika tiada wasiat daripadanya.
Namun, jika ada ahli keluarga ataupun
orang lain yang mahu melaksanakan haji
mewakili si mati secara sukarela maka sah
dan hukumnya adalah sunat.

23
2. Al-Syafiiyah dan al-Hanabilah:
Wajib melaksanakan badal haji bagi
pihak si mati walaupun tiada wasiat yang
ditinggalkan.
Ini kerana kewajipan haji tidak gugur
dengan kematian. Walaupun terdapat
hutang pada si mati, hukum melaksanakan
badal haji baginya adalah wajib kerana
haji didahulukan sebelum hutang di sisi
al-Syafiiyah.

#NOTA
Semua keadaan di atas, merujuk kepada si
mati yang mempunyai kemampuan (istito’ah)
menunaikan haji ketika masih hidup.

24
Soalan sebelas

Wajibkah seseorang menerima ‘pembiayaan’


daripada orang lain bagi melaksanakan hajinya?

JAWAPAN:
Pandangan pertama:
Tidak wajib melaksanakan haji dengan
‘pembiayaan’ orang lain.
Sama ada pembiaya tersebut daripada
kalangan ahli keluarga penerima ataupun
tidak. Sama ada pembiayaan berbentuk
kenderaan (tiket penerbangan) ataupun
kewangan dan harta.

25
Pandangan kedua: al-Syafie r.h.:
Wajib. Boleh, seseorang itu boleh
melaksanakan haji dengan menerima
pembiayaan daripada anaknya. Ini kerana,
dengan menerima pembiayaan itu akan
menjadikan dirinya mampu melaksanakan
haji dan tiada mudharat baginya. Dengan
menerima pembiayaan, dia menjadi seorang
yang ‘istito’ah’.
Ini kerana di dalam hadis Nabi s.a.w.

‫‘يوجب احلج ‘ال زاد وال راحلة‬


“Menjelaskan maksud yang tersirat iaitu memiliki dua
perkara tersebut iaitu bekal dan kenderaan.”

Tidak wajib melaksanakan haji bagi


seseorang yang menerima pembiayaan
daripada orang lain selain anaknya seperti
menerima pembiayaan daripada ayah
ataupun orang lain. Menerima pembiayaan
ini tidak akan menjadikannya
(orang yang mampu).

26
Ini kerana harta seorang anak juga menjadi
milik ayahnya, tetapi tidak sebaliknya.

Pandangan ketiga:
Sunat melaksanakan haji dengan menerima
pembiayaan daripada sesiapa sahaja, dengan
syarat tiada mudharat baginya. Ini adalah
pandangan yang paling ‘rajih’ dan ia adalah
satu jalan keluar daripada khilaf. Ia seperti
seseorang yang kehilangan kakinya dan
diberikan ‘kaki palsu’ untuk berdiri dan
berjalan.
Imam Ahmad ketika ditanya mengenai
seseorang yang melaksanakan haji dalam
keadaan dia tiada kemampuan, beliau
berkata, “Aku tidak suka begitu. Kerana dia
bertawakal (bergantung) kepada bekalan
orang lain.”

27
Soalan dua belas

Apakah hukum kanak-kanak melaksanakan haji


dan ‘baligh’ ketika berada di Arafah?

JAWAPAN:
1. Al-Malikiyah:
Haji yang dilaksanakan tidak menjadi ‘Haji
Islam’ ataupun fardhu.

2. Al-Syafiiyah dan al-Hanabilah:


Hajinya dikira sebagai ‘Haji Islam’ dan
terlaksana kefarduan hajinya.

3. Al-Hanafiyah:
Hajinya tidak dikira sebagai ‘Haji Islam’ pada
asasnya. Ini berdasarkan kaedah

28
’‫‘الفرض ال يتأدى بنية انلف ل‬
“Yang fardhu tidak akan terlaksana dengan niat sunat.”
Ini kerana hukum haji bagi kanak-kanak
adalah sunat.

NOTA:
Jika dia mengulangi niat haji selepas dia ‘baligh’,
maka hajinya dikira sebagai ‘Haji Islam’.

Selain itu, semua ulama bersepakat bahawa


sekiranya dia ‘baligh’ selepas waktu arafah
telah tamat, hajinya tidak dikira sebagai ‘Haji
Islam’.

29
Soalan tiga belas

Apakah kesan berjimak (bersetubuh) terhadap


haji dan umrah seseorang?

JAWAPAN:
1. Al-Hanafiyah, al-Malikiyah,
al-Syafiiyah, dan al-Hanabilah:
Bersepakat bahawa sekiranya jimak berlaku
sebelum wukuf di Arafah, maka ‘fasad’
(rosak) haji tersebut.

2. Imam Malik bin Anas:


Sekiranya jimak berlaku sebelum
melaksanakan lontaran Jamratul Aqabah
pada hari ke-10 Zulhijah (hari Nahar) dan
dia belum melakukan tawaf (ifadhah) serta
saie haji maka hajinya menjadi ‘fasad’.

30
Jika jimak berlaku selepas dia
melaksanakan tawaf dan saie haji, maka
hajinya tidak ‘fasad’ dan dia dikenakan dam.
Sekiranya seseorang berihram
umrah dan melakukan jimak sebelum
menyempurnakan tawaf dan saie, maka
umrahnya ‘fasad’.
Malah, sekiranya dia berjimak selepas
sempurna tawaf dan saie tetapi belum
bergunting, maka umrahnya tidak ‘fasad’
dan dikenakan dam.

3. Al-Syafiiyah dan al-Hanabilah:


Umrah: Sekiranya dia berjimak dengan
sengaja (sudah tahu bahawa jimak adalah
salah satu larangan ihram) dalam ihram
umrah sebelum menyelesaikan kerja-kerja
umrahnya, maka hukumnya fasad.
Haji: Sekiranya jimak berlaku sebelum
bertahallul awal dalam ihram haji, maka
hajinya ‘fasad’.
Sekiranya jimak berlaku selepas tahallul
awal, maka hajinya tidak ‘fasad’ di sisi
kebanyakan ulama dan dikenakan dam. Ini
kerana, dia tidak lagi berada dalam ihram
yang penuh, cuma masih terikat dengan
larangan bersetubuh.

31
Maka, perkara tersebut dikira sebagai
satu kesalahan yang ringan. Dam yang
dikenakan cukup sekadar seekor kambing.
Al-Hanabilah: Jika jimak berlaku
sebelum tahallul awal dan belum
melaksanakan tawaf (ifadhah), maka dia
perlu keluar ke Tanah Halal untuk berihram
semula. Dia perlu melaksanakan tawaf dalam
ihram yang sah semula.
Tanah Halal: Ju’ranah, Hudaibiyah, dan
Tan’im.
Al-Hanafiyah: Sekiranya jimak berlaku
selepas wukuf di Arafah maka tidak ‘fasad’
hajinya. Mereka berhujah dengan merujuk
hadis ini:
ً
ً ‫يلل أو‬ َ َ
‫نهارا فقد تم‬ ‫وقد وقف بعرفة قبل ذلك‬
ُّ
‫حج ه‬

“Sesiapa yang berwukuf di Arafah maka sesungguhnya


telah sempurna hajinya.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Nawawi, dalam al-Majmuk, oleh
Urwah bin Mudris al-To-i, no. hadis 119/8, status hadis sahih)

32
Dalam Ihram Umr: Sekiranya jimak
berlaku sebelum dia melaksanakan tawaf
empat pusingan, maka umrahnya telah
‘fasad’.
Namun, jika jimak berlaku selepas dia
selesai melaksanakan tawaf empat pusingan,
maka tidak umrahnya ‘fasad’.

33
Soalan empat belas

Apakah terdapat perbezaan kesan berjimak ke


atas umrah dan haji jika dilakukan secara sengaja
dengan tidak sengaja? Secara sedar dan tidak
sedar?

JAWAPAN:
Al-Hanafiyah, al-Malikiyah dan
al-Hanabilah:
Berpendapat bahawa jimak ketika ihram
dalam keadaan sengaja ataupun tidak, sama
ada mengetahui ia merupakan larangan
ihram ataupun tidak, kesan jimak adalah
sama.
Semua kesan ini sama termasuklah
hukum ‘fasad’ ataupun tidak, dikenakan
dam dan sebagainya.

34
Soalan lima Belas

Apakah kesan ‘al-Muqaddimah al-Jimak’ ke atas


haji dan umrah?

JAWAPAN:
1. Al-Malikiyah:
‘Fasad’ haji atau umrahnya jika keluar mani.
Namun tidak ‘fasad’ bagi yang keluar mani
dengan cara bermimpi.
Walaupun dengan hanya mencium,
memeluk ataupun menatap, tetapi ia
menyebabkan berlaku ‘inzal mani’, maka
‘fasad’ haji ataupun umrahnya.
Jika dia mencium, memeluk ataupun
menatap dengan syahwat tetapi tidak
menyebabkan keluar mani, maka hajinya
tidak ‘fasad’ dan dikenakan dam dengan
seekor kambing.

35
2. Al-Hanabilah:
Terdapat dua pandangan dalam mazhab
Hambali berkaitan dengan perkara ini;

‘Fasad’ hajinya jika keluar mani walaupun tidak


berjimak secara terus, kerana ia sama seperti ‘inzal
mani’ di dalam faraj.

Tidak ‘fasad’ hajinya dan ini adalah pandangan


yang ‘asah’ pada pandangan al-Hanafiyah dan
al-Syafiiyah Ia kerana perbuatan ‘inzal mani’ tanpa
jimak tidak dikenakan ‘had’ (hudud) ke atasnya dan
tidak pula diwajibkan ‘mahar’ ke atasnya.

3. Al-Hanafiyah dan al-Syafiiyah:


Sekiranya dia mencium atauppun menyentuh
dengan syahwat, sama ada keluar mani
ataupun tidak, maka dia dikenakan dam
seekor kambing.
Semua perbuatan yang merosakkan
haji, adalah sama dengan perbuatan
yang merosakkan umrah. Kedua-duanya
memberi kesan yang sama. Sebagai contoh,
haji dan umrah tetap perlu disempurnakan
segala amalannya walaupun ia telah fasad
dan qada’.

36
Soalan enam Belas

Apakah hukum berkahwin dan mengahwinkan


ketika masih berihram?

JAWAPAN:
َّ َّ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ َّ َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ
ُ‫الل‬ ‫ع ن ع ث م ان ب ن ع ف ان أن رس ول اللِ ص ل‬
َ َ ُ َ ْ ُ َ َ ُ ْ ُ ْ ُ ْ َ َ ِ َ َ َ َّ َ َ ْ َ َ
‫ع ل ي هِ وس ل م ق ال ل ي ن كِح ال م ح ِرم ول ي ن ك ح ول‬
ُ ‫َيْ ُط‬
‫ب‬

Uthman bin Affan merekodkan, Rasulullah s.a.w.


bersabda: “Orang yang berihram tidak dibolehkan
mengahwinkan, dikahwinkan dan meminang.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Muslim, dalam Sahih Muslim, kitab
al-Haj, bab Tahrim Nikah al-Muhrim Wa Karohati Khidbatihi, oleh
Uthman bin Affan, no. hadis 1409, status hadis sahih)

37
Jumhur berpandangan bahawa nas ini
menunjukan penafian dan larangan. Ini
bermaksud perkara tersebut dilarang ketika
masih dalam ihram.

Al-Hanafiyah:
Harus bagi lelaki dan perempuan yang
berihram untuk berkahwin. Ini berdasarkan
hadis daripada Ibn Abbas r.a.
َ
َ‫الل َع لَ يْ هِ َو َس َّل َم تَ َز َّو َج َم يْ ُم ونَ َة َو ُه و‬
ُ َّ ‫ب َص َّل‬
َّ َّ‫أ َّن انل‬
ِ ُْ
‫م ِر ٌم‬
“Nabi s.a.w. telah mengahwini Maimumah r.a. dalam
kedaan baginda sedang dalam ihram.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari, dalam Sahih Bukhari, kitab
al-Nikah, bab ar-Rukhsoh Fi Nikah al-Muhrim, oleh Ibnu Abbas,
no. hadis 3272, status hadis sahih)

38
Soalan tujuh Belas

Apakah hukum bertunang ketika ihram?

JAWAPAN:
Al-Malikiyah:
Haram meminang ketika sedang ihram
sama ada untuk diri sendiri ataupun untuk
orang lain.

Al-Hanafiyah, al-Syafiiyah dan


al-Hanabilah:
Tidak haram. Pertunangan tidak
diharamkan ketika ihram, tetapi sebuah
perbuatan yang makruh.

39
Soalan lapan belas

HIMPUNAN SOAL JAWAB HAJI DAN UMRAH SEMASA

Adakah dilarang memburu ketika sedang


berihram?

JAWAPAN:
1. Al-Malikiyah dan al-Hanafiyah:
Memburu binatang buruan (darat) sama
ada halal dimakan ataupun tidak, adalah
dilarang dan hukumnya haram.

2. Al-Syafiiyah dan al-Hanabilah:


Haram jika memburu binatang buruan yang
halal. Manakala memburu binatang yang
tidak halal dimakan adalah tidak haram,
kerana ia tidak termasuk dalam kategori
binatang buruan.

40
3.Ibnu Abbas:
Haram jika seseorang yang berihram tidak
pergi memburu sendiri dan menyuruh
seseorang yang tidak dalam ihram pergi
memburu bagi pihaknya. Hukumnya adalah
dilarang dan haram.

41
Soalan sembilan belas

Apakah Miqat haji bagi penduduk Tanah Haram,


Mekah?

JAWAPAN:
1. Al-Hanafiyah:
Miqatnya adalah di Tanah Halal. Miqat ini
sesuai bagi yang ingin berihram haji ataupun
umrah.

2. Al-Malikiyah:
Wajib pergi ke Tanah Halal, iaitu Ju’ranah,
Hudaibiyah, dan Tan’im bagi berihram haji.

3. Al-Syafiiyah dan al-Hanabilah:


Miqatnya adalah di rumah.

42
Soalan dua puluh

Bagaimana kaedah menggabungkan dua ihram?

JAWAPAN:

SITUASI PERTAMA:

Berihram haji sebelum memulakan tawaf


umrah.

1. Jumhur al-Fuqaha’:
Harus memasukkan haji ke dalam umrah
sebelum (memulakan tawaf umrah) sama
ada dia adalah penduduk Makkah ataupun
orang luar daripada Tanah Haram, Mekah
(al-Afaqiyin). Hajinya menjadi Haji Qiran.

43
2. Al-Hanabilah:
Sah jika dilaksanakan oleh penduduk luar
Tanah Haram, Mekah (al-Afaqiyin) dan
hajinya menjadi Haji Qiran.
Jika penduduk Tanah Haram, Mekah
(al-Makkiyin) berihram umrah dan
sebelum dia memulakan tawaf umrah,
dia berihram haji pula, maka dia perlu
membatalkan ihram umrahnya terlebih
dahulu dan mengekalkan ihram haji.
Dia juga dikenakan dam rafadh
( ) dan umrahnya perlu diqada'.

SITUASI KEDUA:

Berihram haji selepas selesai tawaf umrah.

1. Al-Syafiiyah dan al-Hanabilah:


Tidak sah jika seseorang itu telah
menyempurnakan tawaf umrahnya
kemudian dia berihram haji pula.

44
2. Al-Malikiyah:
Sah (harus) berihram haji walaupun sudah
menyempurnakan tawaf umrah. Maka
hajinya menjadi Haji Qiran.
Tetapi hukumnya makruh.

3. Al-Hanafiyah:
Jika seseorang yang sudah menyempurnakan
tawaf umrah kemudian dia berihram haji
pula, maka dia perlu meninggalkan ihram
hajinya (bermaksud meninggalkan amalan-
amalan haji seketika) dan mengekalkan
ihram umrahnya dan melaksanakan
umrahnya sehingga selesai.
Di sisi al-Hanafiyah, melaksanakan tawaf
sebanyak empat, lima ataupun enam
pusingan sudah dikira menyempurnakan
tawaf kerana di sisi mereka, kadar terbanyak
dikira sudah memenuhi kesempurnaan
sesuatu amalan.

SITUASI KETIGA:

Berihram haji selepas memulakan tawaf


tetapi belum menyempurnakannya.

45
1. Al-Malikiyah dan al-Hanabilah:
Sah jika seseorang itu memulakan tawaf,
kemudian sebelum sempurna tujuh
pusingan, terus berihram haji. Hajinya
menjadi Haji Qiran.

2. Al-Syafiiyah:
Tidak sah ihram haji seseorang apabila dia
telah memulakan tawaf umrahnya.

3. Al-Hanafiyah:
Sekiranya seorang penduduk Mekah (ahli
Makkah) itu sudah melakukan tawaf
umrahnya kurang daripada empat pusingan,
kemudian dia berihram haji, maka dia perlu
meninggalkan salah satu daripada ihram
tersebut (haji ataupun umrah).
Di sisi al-Hanafiyah, sah melakukan
perkara tersebut hanya kepada mereka yang
bukan penduduk Tanah Haram, Mekah.

46
Soalan Dua Puluh satu

Adakah wajib berihram apabila melintasi Miqat?

JAWAPAN:
1. Al-Hanafiyah, al-Malikiyah dan
al-Hanabilah:
Wajib bagi sesiapa yang melintasi Miqat
masuk ke Tanah Haram Mekah sama ada
dengan niat bagi melaksanakan ‘nusuk’ (haji
ataupun umrah) atau tidak. Ia sebagai satu
tanda membesar dan memuliakan Baitullah
al-Haram.
Jika seseorang melintasi Miqat tanpa
ihram ‘nusuk’ (haji ataupun umrah) maka
dia berdosa dan dikenakan dam.

47
2. Al-Hanafiyah:
Berdosa dan dikenakan dam bahkan ia
perlu diqada’ mengikut bilangan berapa kali
dia sudah melintasi Miqat tanpa ihram.
Semua ini dikecualikan kepada orang
yang sering melintasi Miqat masuk dan keluar
seperti pemandu dan sebagainya. Mereka
tidak wajib berihram dengan ‘nusuk’ kerana
jika diwajibkan ke atas mereka mungkin
ada di antara mereka yang terpaksa sentiasa
berada dalam keadaan ihram.

3. Al-Hanafiyah:
Pengkhususan pengecualian ini hanya bagi
mereka yang tempat tinggalnya di Miqat atau
kawasan yang berdekatan dengan Miqat.
Tiga pandangan ini kesemuanya
berdasarkan hadis berikut:
Ibnu Abi Syaibah merekodkan dalam
Musannafnya, daripada Ibnu Abbas r.a.:

48
َ َ ‫ َل‬:‫اهلل َع لَ يْ هِ َو َس َّل َم قَ َال‬
ُ ‫ب َص َّل‬ َ
ُ‫ت َّوزوا‬ َّ َّ‫أ َّن انل‬
َّ ِ َ ْ َ ْ
‫ال وق ت إِل ب إِح را ٍم‬

Sesungguhnya Nabi s.a.w. berkata “Jangan kamu


melintasi Miqat kecuali dengan berihram.”

Said bin Jubair r.a. merekodkan bahawa


Nabi s.a.w. berkata:

‫ال جياوز أحد الوقت إال حمرما‬


“Seseorang tidak melintasi Miqat kecuali dengan
berihram.”

Sebahagian al-Syafiiyah juga berpandangan


dengan pandangan yang sama seperti tiga
mazhab yang disebut sebelum ini.
Pandangan yang ‘asah’ di kalangan
al-Syafiiyah adalah tidak wajib melintasi
Miqat dengan ihram kecuali bagi mereka
yang mempunyai ‘qasad’ atau niat bagi
melaksanakan ‘nusuk’ (haji ataupun umrah).

49
Pandangan ini berdasarkan apa yang
disebut oleh baginda Nabi s.a.w. di dalam
hadis ‘Miqat’ “Bagi mereka yang ingin
melaksanakan haji dan umrah.”

َّ َ َّ َّ َّ َ َ ُ ْ َ ُ َّ َ َ َّ ‫َع ْن اب ْن َع‬
‫الل ع ن ه م ا أن انل ِب ص ل‬ ‫ض‬ِ ‫اس ر‬ ٍ ‫ب‬ ِ
َ ْ َ ُ ْ َ َ َ ْ ْ َ َ َّ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ
ِ‫الل ع ل ي هِ وس ل م وق ت ِله َ ِل ال م ِدين ةِ ذا ال ل ي ف ة‬
َّ‫َو ِلَ ْه ل َنْد قَ ْر َن ال ْ َم َن ازل َو ِل ْه ل ْالَ َم ن يَلَ ْم لَ َم ُه ن‬
َ ِ َ ِ ِِ َ ٍ ِ
َ َ ْ َّ ْ ْ ْ َّ ْ َ َ َ ّ ُ َ َّ ُ َ
‫يهِم مِم ن أراد‬ ِ ‫آت أت ع ل ي ِه ن مِن غ‬ ٍ ‫ِك‬ ِ ْ ‫ل ه ْن ول‬
ُ َ َ َ َ ُ َ َ َ
‫ال َّ َج َوال ُع ْم َ َرةَ ف َم ْن كن دون ذل ِك ف ِم ْن َح يْث‬ َ
َ َّ َ ْ َ َّ َ ُ ْ َّ َ َ ْ َ
‫أن ش أ ح ت أه ل م ك ة مِن م ك ة‬
“Nabi telah menetapkan Miqat bagi penduduk Madinah
di Zul Hulaifah, bagi penduduk Najed di Qarnul Manazil
dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Dan begitu juga
ketetapan bagi setiap orang yang datang melalui tempat-
tempat tersebut selain penduduk negeri-negeri tersebut
yang berniat untuk melaksanakan haji dan umrah. Bagi
orang-orang selain itu (yang tinggal lebih dekat dengan
Mekah daripada tempat-tempat itu), maka dia memulai
dari tempat yang dijadikannya tempat tinggal dan bagi

50
penduduk Mekah mereka memulakannya dari (rumah
mereka) di Mekah.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari, dalam Sahih Bukhari, kitab
al-Haj, bab Muhilla Ahli Makkah Lilhaj Wa al-Umrah, oleh Ibnu
Abbas, no. hadis 1524, status hadis sahih)

51
Soalan Dua Puluh dua

HUKUM BERSUCI DARIPADA DUA HADAS


(BERWUDUK) KETIKA TAWAF?

Apakah hukum melaksanakan tawaf dalam


keadaan tidak suci daripada hadas atau dalam
keadaan berjunub?

JAWAPAN:
َ‫الل َع لَ يْ هِ َو َس َّل م‬
ُ َّ ‫ب َص َّل‬ َ
َّ َّ‫اس أ َّن انل‬ ٍ
َّ ‫َع ْن اب ْن َع‬
‫ب‬
ِ ْ َ ِ َ َ
ْ‫ك م‬ ُ َّ َ َّ ِ َ َّ ُ ْ ْ ْ َ ُ َ َّ ‫ق ال‬
‫ت مِث ل الص لة إِل أن‬ ِ ‫الط واف ح ول الَ ي‬
َّ َّ َ َّ َ َ َ َ َ َّ َ َ َ َ َّ َ َ
‫ت َت ك ُم ون فِي هِ ف َم ْن ت ك ل َم فِي هِ ف ل ي ت ك م ن إِل‬
َ
ْ‫ب‬
‫ي‬
ٍ ِ
Ibnu Abbas r.a. merekodkan bahawa Nabi s.a.w.
bersabda: “Tawaf di Baitullah sama seperti solat, kecuali

52
kamu boleh berbicara ketika melakukannya. Sesiapa
yang berbicara hendak lah dia berbicara dengan kata-
kata yang baik.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Tirmizi, dalam Sunan Tirmizi, kitab
al-Haj An Rasulullah s.a.w., bab Ma Jaa Fi al-Kalam Fi al-Tawaf,
oleh Ibnu Abbas, no. hadis 960, status hadis hasan)

1. Berdasarkan hadis ini, mazhab


Maliki, mazhab Syafie dan Pandangan
Zahir dalam mazhab Hanbali:
Bersuci daripada dua hadas adalah syarat
sah tawaf kerana ia adalah ibadah badaniyah
(fizikal) seperti solat.
Maka apabila seseorang melaksanakan
tawaf tanpa berwuduk ataupun tidak
bersuci daripada dua hadas, maka tawafnya
tidak sah.

2. Imam Ahmad:
Bersuci daripada dua hadas adalah wajib.
Namun, ia tidak menjadi syarat sah kepada
tawaf.
Imam Ahmad menyebut “Jika
seseorang itu tawaf dalam keadaan terlupa
untuk berwuduk, lalu pulang ke kampung
53
halamannya, maka tawaf dan hajinya sah
dan tidak dikenakan apa-apa dam.”
Imam Ahmad juga menyebut: “Jika
seseorang melakukan tawaf ifadhah (tawaf
rukun haji) dalam keadaan dia tidak suci
daripada kedua hadas, dia perlu mengulangi
tawafnya selagi mana dia masih berada di
Mekah. Jika sudah pulang ke tanah airnya
tanpa sempat tawaf semula, maka dia
dikenakan dam.”

Kedua-dua pandangan ini menggambarkan


bahawa Imam Ahmad tidak mensyaratkan
berwuduk ketika tawaf. Maka tawaf dalam
keadaan tidak berwuduk di sisi Imam
Ahmad adalah sah.
Tetapi tawaf dalam keadaan suci
daripada kedua hadas adalah wajib
hukumnya di sisi Imam Ahmad.

3. Mazhab Hanafi:
‘Beristidlal’ berdasarkan ayat daripada
Surah al-Haj yang menyatakan bahawa
pensyariatan tawaf itu tidak datang dengan
menentukan syarat baginya. Maka ini
menunjukkan bahawa bersuci daripada dua
hadas adalah wajib dan bukannya fardhu.

54
‫ﮱ ﯓ ﯔ‬
“Dan bertawaflah di baitullah al-Atiq.”
(Surah al-Haj, ayat 29)

#NOTA
Di sisi mazhab Imam Abu Hanifah, fardhu dan
wajib adalah dua perkara yang berbeza. Setiap
perkara fardhu pasti menjadi syarat dalam sesuatu
ibadah. Manakala yang wajib itu tidak menjadi
syarat sahnya ibadah tersebut.

Dalam mazhab Hanafi, jika seseorang itu


tawaf tanpa bersuci daripada dua hadas
atau berwuduk maka tawafnya sah tetapi
mempunyai kekurangan.
Bagi menampung kekurangan tersebut,
maka dikenakan ke atasnya sesuatu bagi
menampung kesalahan. Ia seperti berikut:

55
Jika tawaf itu adalah tawaf sunat maka dikenakan
sedekah ke atasnya.

Jika tawaf itu adalah tawaf rukun maka dikenakan dam


seekor kambing ke atasnya.

Jika tawaf itu dilakukan dalam keadaan berjunub


(berhadas besar) maka dikenakan dam seekor unta
ke atasnya.

Selain itu, dalam pandangan mazhab Hanafi


juga, mengulangi tawaf selagi dia masih
berada di Mekah adalah sesuatu yang afdhal
dan paling baik.
Ibnu Qudamah menyebut di dalam
kitabnya al-Kafi, “Maka begitu juga,
dikeluarkan bersuci daripada najis dan
menutup aurat daripada tawaf, kerana ia
adalah ibadah yang tidak disyaratkan ia
menghadap kiblat, maka tidak disyaratkan
padanya (ketika tawaf) menutup aurat dan
bersuci seperti wuquf di arafah dan saie.”

56
Soalan Dua Puluh tiga

MENUKAR IHRAM HAJI KEPADA IHRAM UMRAH, ATAU


SEBALIKNYA

Adakah diharuskan bagi seseorang menukar


ihramnya daripada ihram umrah kepada ihram
haji atau sebaliknya?

JAWAPAN:
Jumhur al-Fuqaha:
Pada asasnya menukar ihram umrah kepada
ihram haji ataupun ihram haji kepada ihram
umrah adalah perkara yang tidak harus.
Namun, terdapat beberapa situasi dan
pandangan yang mengharuskan perbuatan
tersebut.

57
َّ َ ْ ُ ْ َ َ َ َ ْ َ ْ ُ ْ ُ ّ َ َ ْ َ َ
‫َف ل ول أ ِن س ق ت ال ه دي ل ف ع ل ت مِث ل الِي‬
ُ ُ
‫أ َم ْرت ك ْم‬
“Seandainya aku tidak membawa haiwan kurban ‘hadyu’
pasti aku akan lakukan seperti yang aku perintahkan
kepada kalian.” (haji dengan kaedah Tamattu’)
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari, dalam Sahih Bukhari,
kitab al-Haj, bab at-Tamattu’ Wa al-Qiran Wa al-Ifrad Bil Haj Wa
Faskhi al-Haj Liman Lam Yakun Ma’ahu Hadya, oleh Abu Shihab,
no. hadis 1568, status hadis sahih)

Berdasarkan hadis di atas, ini pandangan


mazhab Hanbali,:
Haji dengan kaedah Tamattu’ adalah haji
yang paling afdhal.
Oleh itu, mereka berpandangan bahawa
menukar ihram haji kepada ihram umrah
adalah disunatkan. Ini kerana dia bertukar
kepada ihram yang lebih afdhal.
Sekiranya seseorang itu berihram haji
dengan niat bagi melaksanakan haji dengan
kaedah Ifrad ataupun dia berihram dengan

58
ihram haji dan umrah dengan niat bagi
melaksanakan haji dengan kaedah Qiran,
maka disunatkan untuknya bagi menukar
ihram haji kepada ihram umrah.
Disunatkan meninggalkan ihram haji
untuk haji dengan kaedah Qiran. Ini kerana
ingin mengambil haji yang paling afdhal di
sisi mereka iaitu Tamattu’.
Jika seseorang berihram dengan ihram
‘mutlak’ iaitu dia hanya berihram ‘nusuk’
tanpa dia menentukan sama ada ihramnya
itu adalah ihram haji ataupun ihram umrah,
harus baginya menentukan ihram apa yang
ingin dilaksanakan.
Sama ada dia ingin berihram
dengan ihram haji ataupun ihram umrah
ataupun berihram dengan kedua-duanya.
Kaharusannya disepakati oleh empat
mazhab yang masyhur iaitu mazhab Hanafi,
Maliki, Syafie dan Hanbali.

59
Kesimpulan:

Jumhur berpandangan bahawa menukarkan ihram


haji kepada ihram umrah ataupun sebaliknya, tidak
diharuskan.

Terdapat pandangan yang mengharuskan iaitu


pandangan mazhab Hanbali, bahkan ia disunatkan
berubah kepada yang lebih afdhal

Semua mazhab yang masyhur bersepakat bahawa


harus jika niat pada awalnya adalah niat ihram
secara mutlak.

60
Soalan Dua Puluh empat

BERIHRAM DENGAN IHRAM YANG DILAKSANAKAN OLEH


ORANG LAIN

Adakah boleh seseorang berihram dengan


berkata, “Aku berihram dengan ihram seperti
yang diihramkan oleh si fulan?”

JAWAPAN:
Dalam melaksanakan haji, kebiasaannya
jemaah akan melaksanakannya bersama
pembimbing haji ataupun ketua rombongan
yang lebih tahu tentang selok belok dan
hukum hakam haji.
Ada ketika, terdapat jemaah yang ingin
mengikut dan meniru apa yang dilaksanakan
oleh pembimbing ataupun ketua tersebut.
Sedangkan dia tidak mengetahui apakah
yang diihramkan oleh mereka.

61
Lalu jemaah tersebut berihram dengan
berniat dan berkata “Aku berihram dengan
ihram seperti yang diihramkan oleh si
fulan.” Maka hukumnya adalah harus dan
sah ihram tersebut.
Kemudian jika dia mengetahui ihram si
fulan itu sama ada berihram dengan ihram
haji, umrah ataupun kedua-duanya maka
dia perlu melaksanakan amalan-amalan
mengikut ihram yang ditentukan oleh si
fulan itu.
Namun, jika dia tidak tahu, maka ihramnya
dikira sebagai ‘ihram mutlak’ dan harus
untuknya bagi menentukan sama ada dia
ingin melakukan umrah terlebih dahulu,
haji terlebih dahulu ataupun kedua-duanya
pada masa yang sama.

Para fuqaha’:
Bersepakat bahawa perkara ini adalah harus
dan ihramnya sah. Mereka ‘beristidlal’
menggunakan dua hadis berikut:

62
َّ َ ِ َ َ ْ َ َ ََ
ُ‫الل‬ ‫ِب رض‬ َ
‫ع ب ُن أ ِب ط ال‬ ُّ ِ ‫ ف ق ِدم‬:‫عن َج اب ِ ٌر‬
ٍ
َ‫الل َع لَ يْ هِ َو َس َّل م‬
ُ َّ ‫ب َص َّل‬ ُّ َّ‫س َع ايَت ِهِ قَ َال َ ُل انل‬
ِ ِ ‫ب‬ ُ ْ‫َع ن‬
‫ه‬
َُّ َّ َ ُّ َّ َّ َ َ ِ َ َ َ ُّ َ َ َ ْ َ ْ َ َ
‫ع ق َال ب ِم ا أه ل ب ِهِ انل ِب ص ل َ الل‬ ِ ‫ب ِم أه ل ل ت ي ا‬
َ
َ‫ث َح َر ًام ا ك َم ا أن ْت‬ ْ ُ ْ َ ْ َ َ َ َ َّ َ َ ْ َ َ
‫ع ل ي هِ َ وس ل م ق ال ف أه ِد وام ك‬
ً‫ع َه ْدي ا‬ٌّ ِ َ ‫قَ َال َوأ ْه َدى َ ُل‬

“Jabir r.a. meriwayatkan: Ali r.a. kembali daripada


pekerjaannya mengumpulkan sedekah-sedekah, maka
Nabi s.a.w. bertanya kepadanya, ‘Kamu berihram
dengan apa, wahai Ali?’ Ali berkata, ‘Dengan apa yang
dihramkan Nabi s.a.w.’ Nabi s.a.w. berkata, ‘Maka,
sediakan hadyu, dan tetaplah tinggal di Tanah Haram
sebagaimana kamu sekarang.’ Kemudian Jabir berkata,
‘Ali r.a. kemudian menyembelih hadyu untuk dirinya’.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Nasaie, dalam Sunan an-Nasaie,
kitab Manasik al-Haj, bab al-Haj Bi Ghair Niyyat Yaqsiduhu
al-Muhrim, oleh Jabir, no. hadis 2744, status hadis sahih)

63
َ
ُّ‫الل َع نْ ُه قَ َال َب َع َث ن انلَّ ب‬ ُ َّ ‫ض‬ َ ِ ‫َع ْن أب ُم و َس َر‬
ِ
ِ َِ ْ َ َّ َ
‫ت‬ ُ ْ‫الل َع ل يْ هِ َو َس ل َم إل ق ْوم ب الَ َم ن ف ج ئ‬ َ ُ َّ ‫َص َّل‬
ِ َ ِ ِ ٍْ َ ِ
ُ‫ت أه ل ل ت‬ ْ َ ْ ُ ‫ت قل‬ْ ُ َ ‫ح اءِ َف َق َال ب َم ا أ ْه لَ ل‬ َ ‫َو ُه َو ب ْالَ ْط‬
ِ ِ
ْ َ َ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َّ َ ّ َّ َْ َ
‫ب ص ل الل َع ل ي هِ وس ل م ق ال ه ل‬ ِ ِ ‫انل‬ ‫ل‬ ِ ‫ك إِه‬
‫ل‬
ْ ُ ‫ت َل فَ أ َم َرن َف ُط ْف‬ ُ ْ‫ك م ِْن َه ْدي قُ ل‬ َ َ َ
‫ت‬ َِ ْ‫ت ب ِالَ ي‬ َ ِ َ َ ٍ ‫مع‬
ً‫ت ْام َرأة‬ ُ ْ‫ت فَ أ َت ي‬ ُ ْ‫ح لَ ل‬ ْ ‫الص َف ا َوال ْ َم ْر َوة ِ ُث َّم أ َم َرن فَ أ‬ َّ ‫َوب‬
ْ َ ِ َ ِ
َ َ َ
ْ ‫م ِْن ق ْوم ف َم ش َط تْن أ ْو غ َس ل‬ َ َ َ
‫ت َرأ ِس ف ق ِد َم‬ ْ ِ ِ
ِ‫اب الل‬
َّ َ ‫الل َع نْ ُه َف َق َال إ ْن نَأ ُخ ْذ ب ك‬
‫ت‬ ُ َّ ‫ض‬ َ ِ ‫ُع َم ُر َر‬
ِْ ِ ْ ِ ِ
َ ُ َّ َ َ َ َّ َ ُ ْ َ ُ َّ َ
َ‫ال َّج َوال ُع ْم َرة‬ َ ‫الل { َوأت ُِّم وا‬ ‫ف إِن ه ي أم ُرن ا ْب ِاتل م ِام ق ال‬
َّ َ ُ َّ َّ َ ّ َّ َّ ُ ْ ُ َ ْ َّ
‫الل َع ل يْ هِ َو َس ل َم‬ ‫ب صل‬ ِ ِْ َ ‫انل‬ ‫ة‬
ِ ‫ن‬ ‫س‬ ِ ‫ب‬ ‫ذ‬ ‫خ‬ ‫أ‬ ‫ن‬ ‫ِإَون‬ } ِ ‫ل‬ ِ
َّ َ َ َّ َ
‫ف إِن ُه ل ْم يِل َح َّت نَ َر ال َه ْد َي‬
“Daripada Abu Musa r.a berkata; Nabi s.a.w.
mengutuskan aku kepada satu kaum di Yaman. Ketika
aku sudah kembali aku menemui baginda yang sedang
berada di Battha’. Baginda berkata kepada aku, ‘Dengan
ihram apakah yang kamu sedang berihram (haji ataupun
umrah)?’ Aku menjawab, ‘Aku berihram sebagaimana
Nabi s.a.w. berihram.’ Baginda bertanya lagi, ‘Apakah
kamu ada membawa hadyu (haiwan korban)? Aku

64
menjawab, ‘Tidak.’ Maka baginda memerintahkan aku
untuk melakukan tawaf di Baitullah dan saie antara bukit
Safa dan Marwah. Kemudian baginda memerintahkan
pula aku untuk bertahallul.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari, dalam Sahih Bukhari, kitab
al-Haj, bab Man Ahalla Fi Zamani s.a.w. Ka Ihlali An-Nabi s.a.w.
oleh Abu Musa, no. hadis 1559, status hadis sahih)

65
Soalan Dua Puluh lima

SOLAT ZOHOR ATAU MELONTAR JAMRAH?

Apakah yang sunnah antara melaksanakan


solat zohor terlebih dahulu ataupun melakukan
lontaran dahulu pada hari-hari tasyrik (11, 12, 13
Zulhijah)?

JAWAPAN:
Terdapat dua jenis sunnah di sini, iaitu
sunnah kepada baginda nabi s.a.w. dan
sunnah mengikut keadaan ataupun
realiti semasa.
Nabi s.a.w. melakukan lontaran jamrah
terlebih dahulu, kemudian baru baginda
s.a.w. melaksanakan solat Zohor. Ini
diriwayatkan dalam hadis Jabir bin Abdillah
tentang haji wada’ baginda s.a.w. Hadis
ini menjelaskan panjang lebar sifat haji
baginda s.a.w.

66
Apa yang perlu kita laksanakan adalah:
1. Jika mudah bagi kita untuk melakukan
lontaran terlebih dahulu kemudian
melaksanakan solat Zohor, maka melontar
jamrah adalah perbuatan yang sunat lagi
‘afdhal’. Ini bertepatan dengan sunnah
baginda Nabi s.a.w.
2. Namun, jika melontar jamrah menjadi
suatu kesukaran pada kita ketika itu, maka
melaksanakan solat Zohor terlebih dahulu
adalah ‘afdhal’. Ini kerana mengambil
jalan yang lebih mudah atau senang
( ) itu adalah perbuatan yang lebih baik
(afdhal) seperti mana yang dinyatakan oleh
Allah s.w.t.

‫ﯗﯘ ﯙ ﯚﯛﯜﯝﯞ‬
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak
menghendaki kesukaran bagimu.”
(Surah al-Baqarah, ayat 185)

67
Soalan Dua Puluh enam

PERGI HAJI MELALUI PINJAMAN DARIPADA


INSTITUSI KEWANGAN

Adakah harus seseorang menunaikan haji


melalui pembiayaan ataupun pinjaman institusi
kewangan?

JAWAPAN:
Harus:
Harus bagi orang yang berhutang melalui
skim pinjaman wang bagi menunaikan fardu
haji ataupun umrah sekiranya diyakini
mampu membayar balik hutang tersebut
dan tidak menjejaskan kehidupan normal
seseorang. Walau bagaimanapun, hal ini
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

68
1. Tidak ada unsur riba.

2. Mempunyai pendapatan yang melebihi sara


diri serta orang yang di dalam tanggungan
bagi melunaskan hutang dan perbelanjaan
mengerjakan haji.

3. Kemudahan yang diambil atas dasar


menyegerakan perintah Allah s.w.t.

69
Soalan Dua Puluh tujuh

Saya baru pulang dari umrah. Namun, saya


merasa ragu-ragu dengan sah ataupun tidak tawaf
umrah terakhir saya. Saya syak, saya terkentut
ketika tawaf. Saya tidak pasti sama ada saya kentut
ataupun tidak?

JAWAPAN:
Syak yang datang kemudian tidak
menghilangkan yakin. Dalam kaedah fiqh
menyebut

‫ايلقني ال ي زال بالشك‬

70
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah r.a. menjelaskan lagi:
ِْ‫ك َع لَ ي ه‬ ََ ََْ ً ْ َ ْ َ ْ ُ ُ ََ َ ََ َ
‫إَِذا وج د أح دك َم ِف ب ط ن ِهِ ش ي ئ ا ف أش‬
‫ج ِد‬ ‫س‬ْ ‫ش ٌء أ ْم َل فَ َل َيْ ُر َج َّن م ِْن ال ْ َم‬ْ َ ‫أ َخ َر َج مِنْ ُه‬
ِ
ً‫َح َّت ي َ ْس َم َع َص ْوتًا أَ ْو َي َد ريح ا‬
ِ ِ
“Apabila seseorang di antara kamu mendapati di dalam
perutnya ada sesuatu dan dia tidak pasti sama ada keluar
sesuatu atau tidak darinya, maka jangan dia keluar dari
masjid (untuk berwuduk) sehingga dia mendengar bunyi
atau mendapati ada bau.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Muslim, dalam Sahih Muslim, kitab
al-Haidh, bab Ad-Dalil Ala Anna Man Tayaqqina al-Toharata
Thumma Fi al-Hadath Falahu An Yusolli Bi Toharatihi Tilka, oleh
Abu Hurairah, no. hadis 362, status hadis sahih)

Kesimpulan

Sah tawafnya dan tidak perlu mengulanginya.

Apabila tidak pasti sama ada terkentut atau tidak,


maka yakinkan dengan dua petanda iaitu bunyi
ataupun bau. Jika tidak berlaku kedua-dua tanda,
maka dikira tidak kentut. Jika berlaku salah satu
daripada tanda tadi, maka dikira kentut.

71
Soalan Dua Puluh lapan

Apakah hukum haji dan umrah bagi kanak-


kanak?

JAWAPAN:
Tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum
baligh menunaikan haji ataupun umrah.
Sekiranya kanak-kanak tersebut
‘Mumaiyiz’ (tahu membezakan yang
bersih dan yang kotor) dan tahu tatacara
mengerjakan haji dan melakukannya sendiri
dengan izin walinya, maka sah hajinya tetapi
tidak menggugurkan kefardhuan haji buat
dirinya.
Dia perlu melaksanakan haji semula
selepas dia baligh.

72
Soalan Dua Puluh
sembilan

Apakah syarat-syarat bagi orang yang hendak


menerima badal haji?

JAWAPAN:

Orang yang menerima badal haji


1 itu sudah pun menunaikan fardhu
haji bagi dirinya sendiri dengan
sempurna.

Penerima badal haji itu melakukan


2 haji untuk seorang sahaja pada satu-
satu musim haji.

Penerima badal haji perlu berihram


3 di Miqat orang yang hendak dihajikan
ataupun pada tempat yang sama
jauhnya dengan Miqat itu.

73
Jika Miqatnya untuk berihram sudah
ditentukan, maka dia perlu berihram
pada Miqat yang ditentukan itu.

Jika tidak ditentukan mana-mana Miqat, maka harus


bagi orang yang mengambil upah haji itu berihram
pada mana-mana Miqat yang dia lintasi.

Bagi penduduk Mekah sama ada dia bermastautin


ataupun bermukim, wajib dia keluar ke Miqat orang
yang dihajikannya ataupun boleh juga dimana-
mana Miqat yang hampir kepadanya.

Jika dia berihram di Miqatnya (Mekah) maka dia


berdosa dan wajib dia membayar dam. Ini adalah
qaul yang muktamad di sisi Ibnu Hajar al-Haithami
dan Sheikh Ramli.

Pendapat al-Muhib al-Tobari adalah diharuskan


orang Mekah itu berihram di Mekah dengan tidak
dikenakan dam dan tidak dikurangkan upahnya.

74
Penerima badal haji adalah
seorang yang cukup keahlian bagi
4 mengerjakan ibadat haji itu dengan
sempurna. (Memenuhi syarat wajib
haji)

Kesemua pandangaan ini adalah mazhab


al-Syafie.

75
Soalan tiga puluh

MOHON IZIN SUAMI UNTUK BERIHRAM HAJI IFRAD

Saya pergi menunaikan haji bersama suami.


Suami saya ingin melaksanakan haji dengan
kaedah Tamattu’. Saya pula ingin melaksanakan
haji dengan kaedah Ifrad. Adakah dibolehkan?

JAWAPAN:

Ya, dibolehkan.
Harus dengan syarat mesti mendapat izin
suami terlebih dahulu.

76
Soalan Tiga Puluh satu

Boleh saya tahu, untuk minum air zamzam


disunatkan berdiri ataupun duduk?

JAWAPAN:
1. Imam Hanafi:
1Sunat berdiri ketika minum zamzam
2. Imam Syafie, Imam Hanbali dan
Imam Maliki:
2Harus berdiri ketika minum zamzam
Ini merujuk kepada sebuah hadis Nabi s.a.w.
daripada Ibn Abbas:
3

77
َ ُ َ َ ّ َ َُ ُ ْ َ َ
َ ‫الل مِن‬
‫ش َب َوه َو ق ائ ِ ٌم‬
ِ ‫ف‬ ‫مزم‬‫ز‬ ‫س ق ي ت رس ول‬
“Aku menuang air zamzam kepada Rasulullah s.a.w.
baginda meminumnya sambil berdiri.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Muslim, dalam Sahih Muslim, kitab
al-Asyrobah, bab Fi al-Syarbi Min Zam Zam Qoiman, oleh Ibnu
Abbas, no. hadis 2027, status hadis sahih)

3. Imam Syafie:
Makruh minum apa-apa jenis minuman
termasuk air zamzam dalam keadaan berdiri.
Ini bersandarkan kepada satu hadis umum
daripada Anas bin Malik r.a iaitu:
ْ ُ َ َ ََ َّ َ َّ َ
‫ب‬
ِ ‫أن انل ِب صىل اهلل عليه وسلم زج ر ع ن ش‬
َ
‫ق ائ ِم‬
“Bahawasanya Nabi s.a.w. menegah daripada minum
berdiri.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Muslim, dalam Sahih Muslim, kitab
al-Asyrobah, bab Karohiyah asy-Syurbi Qoiman, oleh Ibnu Abbas,
no. hadis 2024, status hadis sahih)

78
PERINGATAN!
• Minumlah air zamzam sama ada sambil berdiri
ataupun duduk.
• Jangan marah orang yang minum sambil duduk
ataupun berdiri.
• Jangan minum sambil tidur, dikhuatiri air masuk ke
dalam hidung.

79
Soalan tiga puluh dua

Bilakah masa yang paling afdhal untuk kita


berihram?

JAWAPAN:
Terdapat dua pendapat dalam hal ini:
1. Berihram selepas solat sunat ihram dan
dalam keadaan duduk. Ini adalah amalan
yang paling afdhal mengikut pandangan
al-Syafie, Abu Hanifah, dan Daud
al-Zhohiri.
2. Berihram ketika mula perjalanan dalam
keadaan menaiki kenderaan ataupun
berjalan.

80
Soalan Tiga Puluh tiga

Apakah perkara yang menyebabkan seseorang


jemaah haji ataupun umrah itu dikenakan dam?

JAWAPAN:
Sekiranya seseorang itu melakukan 13 perkara
1larangan ihram, maka dia dikenakan dam.
Jika seseorang meninggalkan mana-mana perkara
daripada wajib haji ataupun umrah maka dia

2dikenakan dam.

81
Soalan tiga puluh empat

Adakah sah tawaf jika tidak berwuduk?

JAWAPAN:
Syarat sah tawaf:
Wajib suci daripada kedua hadas iaitu
berwuduk dan mandi hadas.
Jika seseorang itu tawaf dalam keadaan
tidak berwuduk, maka tawafnya tidak sah.

Hukum ini
terpakai kepada
semua jenis tawaf.

82
Soalan Tiga Puluh lima

Sekiranya seseorang itu tidak pasti sama ada dia


sudah berwuduk ataupun belum. Bagaimanakah
cara menentukannya, dan apakah hukum wuduk
tersebut?

JAWAPAN:
Seseorang yang tidak pasti sama ada dia
sudah berwuduk ataupun belum, dikira
sebagai tidak berwuduk dan wajib ke atasnya
untuk berwuduk jika dia ingin menunaikan
ibadah yang perlu kepada wuduk.
Ini berdasarkan kaedah fiqh iaitu:

‫األصل عدم‬
“Asal bagi sesuatu itu tiada.”
Ini berbeza dengan keadaan seseorang yang
tidak pasti sama ada wuduknya telah batal
atau tidak. Hukum bagi keadaan ini dikira
dia masih dalam keadaan berwuduk dan
tidak perlu dia berwuduk semula.
83
Soalan tiga puluh enam

Sekiranya seseorang melakukan Tawaf Wada’


tanpa mengambil wuduk kemudian dia pulang ke
negeri asalnya. Adakah sah tawaf tersebut?

JAWAPAN:
Seseorang yang selesai melaksanakan
Tawaf Wada’ tanpa wuduk, kemudian
terus pulang ke negeri asalnya, tawafnya
tidak sah.
Dikenakan dam tartib dan taqdir.
Perlu menyembelih seekor kambing
ataupun berpuasa selama 10 hari jika tidak
mampu menyembelih kambing.
Puasa itu dilakukan pada tiga hari
selepas meninggalkan Mekah dan tujuh hari
ketika dia berada di negerinya.

84
Soalan Tiga Puluh tujuh

Saya pernah menunaikan umrah sebelum


ini. Adakah apabila saya mengerjakan haji
pada musim haji, saya tidak wajib melakukan
umrah lagi?

JAWAPAN:
Kita diberikan tiga pilihan kaedah bagi
melaksanakan haji, iaitu: Tamattu’,
Qiran, dan Ifrad.
Hukum melaksanakan umrah ketika haji
ditentukan mengikut keadaan ataupun
pilihan jenis haji yang dilaksanakan oleh
jemaah haji tersebut.

85
1. Haji Tamattu’:
Haji Tamattu’ ialah melaksanakan umrah
terlebih dahulu dalam bulan haji dan
melaksanakan haji dalam musim haji yang
sama. Ini bermaksud, ketika melintasi
Miqat untuk masuk ke tanah haram Mekah,
dia perlu berihram dengan ihram umrah.
Dengan itu, umrah menjadi wajib ke atasnya.

2. Haji Qiran:
Haji Qiran bermaksud menggabungkan
antara umrah dan haji dalam satu ihram
dan hanya melaksanakan amalan-amalan
haji. Ini bermaksud seseorang yang
melaksanakan haji jenis Qiran secara
automatik akan melaksanakan umrah dalam
hajinya.

3. Haji Ifrad:
Haji Ifrad ialah melakukan haji sahaja dalam
bulan-bulan haji.

86
Persoalannya adakah wajib
melaksanakan umrah selepas haji?
Pada asasnya, tidak wajib seseorang yang
melaksanakan haji secara Ifrad untuk
melaksanakan umrah selepas haji. Tiada
petunjuk daripada baginda Nabi s.a.w. dan
para sahabat mengenai perkara ini.
Sekiranya seseorang itu pernah
melaksanakan umrah fardhu buat sebelum
ini, maka tidak wajib untuknya melaksanakan
umrah selepas melaksanakan haji tersebut.
Namun, jika seseorang itu belum
pernah melaksanakan umrah fardhu buat
dirinya, maka wajib baginya menyelesaikan
umrah fardhu selepas itu.

87
Soalan tiga puluh lapan

Adakah Hijr Ismail sebahagian daripada Kaabah?

JAWAPAN:
Pendapat 1:
Hijr Ismail tidak termasuk dalam Kaabah
kerana ia adalah tempat berteduh yang dibina
oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.
Baginda berdua juga meletakkan kambing-
kambing di dalam kawasan tersebut.

Pendapat 2:
Hijr Ismail termasuk sebahagian daripada
Kaabah dengan bersandarkan kepada hadis
Nabi s.a.w. kepada Aisyah r.a ketika beliau
ingin solat di dalam Kaabah.

88
َ ُ ُ َ ّ َ
َ‫يت فَ إ َّن َم ا ُه و‬
ِ َ ‫ابل‬ ‫ول‬ ‫خ‬ ‫د‬ ‫دت‬
ِ ‫ر‬َ ‫أ‬ ‫ن‬ ‫إ‬ ‫ِجر‬ ‫حل‬‫ا‬ ‫يف‬ ‫ل‬ ‫ص‬
ِ ِ ِ ِ
َ ‫ح‬ ِ ُ‫صوه‬ ُ َ ‫اس َت ْق‬
ْ ‫وم ك‬ َ َ ٌَ
‫ني‬ ِ ‫كن ق‬ ِ ‫يت َول‬ ِ َ َ‫ق ِطع ة مِن ابل‬
ُ ْ َ َ َ
‫يت‬ِ َ‫َب ن وا الك عبة ف أخ َرج وه من ابل‬
“Solatlah dalam Hijr jika kamu mahu masuk ke dalam
Kaabah. Sesungguhnya ia sebahagian daripada Kaabah,
tetapi kaummu (Quraisy) sudah kekurangan belanja
ketika membina Kaabah maka mereka mengeluarkannya
daripada Kaabah.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Abu Daud, dalam Sunan Abi Daud,
kitab al-Manasik, bab as-Solat Fi al-Hijr, oleh Aisyah, no. hadis
2028, status hadis hasan sahih)

Kaabah melalui beberapa peringkat


pembinaan

Pada zaman Abdullah bin Zubair r.a., beliau

1
memasukkan Hijr Ismail ke dalam binaan Kaabah.

Hijr Ismail dikeluarkan semula daripada binaan


Kaabah mengikut binaan Quraisy pada zaman
pemerintahan Hajjaj.

89
NOTA
Tidak sah tawaf dalam Hijr Ismail.
Namun, solat dalam Hijr Ismail sah, dan
ganjarannya sama seperti solat dalam Kaabah

90
Soalan Tiga Puluh
sembilan

Berapa kalikah Nabi Muhammad s.a.w. melakukan


umrah sepanjang hayat baginda?

JAWAPAN:
Pendapat pertama:
Tiga kali termasuk umrah yang dilaksanakan
Nabi s.a.w. ketika menunaikan haji (Hajjah
al-Wada’)

Pendapat kedua:
Empat kali termasuk umrah dalam haji
(Hajjah al-Wada’)
Kedua-dua pendapat ini merujuk kepada
hadis Nabi s.a.w. yang direkodkan oleh
Qatadah r.a.:

91
ُّ َّ َّ َ ْ َ َ ْ ََ ُ ْ ُ
‫ق ل ت ألن ِس ب ِن م ال ٍِك ك م ح ج انل ِب َ صىل اهلل‬
ُ ْ ٌ َّ َ َ
‫ح َدةٌ َواع َت َم َر أ ْر َب َع ع َم ٍر‬ ِ ‫عليه وسلم ق ال َح ج ة َوا‬
َ‫ال َدي ْب َي ةِ َو ُع ْم َرةٌ َم ع‬ُ ْ ُ‫ُع ْم َرةٌ ِف ذِي الْ َق ْع َدة ِ َو ُع ْم َرة‬
ِ
ْ َ ُ َ َ َ َّ َ ْ َ َّ ْ ُ َ ْ ُ َ َّ َ
َ
‫ي‬ ٍ ‫ال عِ ران ةِ إِذ ق س م غ ن ِيم ة ح ن‬ ِ ‫ح ج ت ِهِ وع م رة‬
“Aku berkata kepada Anas bin Malik r.a., ‘Berapa kalikah
Nabi s.a.w. melaksanakan haji? Anas berkata, ‘sekali haji’
dan umrah empat kali, umrah di bulan Zulkaedah, dan
umrah Hudaibiyah, dan umrah dalam haji Baginda
s.a.w., dan umrah Ju’ranah ketika membahagikan harta
rampasan perang (ghanimah) Hunain’.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Tirmizi, dalam Jami’ Tirmizi, kitab
al-Haj An Rasulullah s.a.w., bab Ma Jaa Kam Hajja al-Nabi s.a.w.,
oleh Qotadah, no. hadis 815, status hadis hasan sohih)

Al-Imam al-Nawawi menyebut dalam


syarahnya bagi Sahih Muslim:
Umrah pertama: Satu daripadanya adalah umrah
pada bulan Zulkaedah pada tahun Hudaibiyah iaitu
pada tahun keenam hijrah. Nabi s.a.w. menyembelih
dan bertahallul, dan dikira bagi mereka umrah.

Umrah kedua: Pada bulan Zulkaedah iaitu pada


tahun ketujuh Hijrah iaitu Umrah Qadha.

92
Umrah ketiga: Pada bulan Zulkaedah pada tahun
kelapan hijrah iaitu pada tahun berlakunya ‘Fathu
Makkah’.

Umrah keepat: Umrah bersama dengan haji


Baginda s.a.w.

Pendapat pertama:
Keempat-empat umrah yang disebutkan,
dikira sebagai umrah Nabi s.a.w.

Pendapat kedua:
Tidak mengira Umrah Hudaibiyah sebagai
umrah, kerana Nabi s.a.w. terhalang daripada
melakukan rukun-rukun umrah. Malah,
dinamakan umrah pada tahun selepasnya
dengan Umrah Qadha’.

Pendapat yang sahih:


Nabi s.a.w. melakukan haji dengan kaedah
Qiran, iaitu dengan menggabungkan haji
dan umrah dan hanya melakukan amalan-
amalan haji sahaja.

93
Soalan empat puluh

Apakah hukum memakai selipar ketika ihram?


Ada yang mengatakan bahawa memakai selipar
yang menutup salah satu daripada jari kaki,
dikenakan dam. Betulkah?

JAWAPAN:
Seseorang yang berihram sama ada dia
berihram dengan ihram umrah ataupun
ihram haji terikat dengan 13 larangan ihram.
Salah satu daripada larangan tersebut adalah
larangan memakai kasut (yang menutupi
semua kaki).
Perkara ini merujuk kepada sebuah
hadis yang direkodkan oleh Ibnu Umar r.a.:

94
َ َ َّ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ ُ ُ ْ ُ َ ْ َ َ
‫ت‬ ِ ‫الساوِيال‬ ‫ال ت ل ب س وا ال ق م ص وال ال ع مَ ائ ِم وال‬
ْ َ ْ َّ ُ َ َ ٌ َ َّ َ َ ْ َ َ َ َ َ ْ َ َ
‫ي‬ِ ‫ي د انل ع ل‬ ِ ‫وال ال بان ِس وال الِْف اف إِال أ َح د ال‬
ْ َ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َّ ُ ْ َ ْ َ ْ َ
‫ي‬ ِ ‫ي ول ق ط ع ه م ا أس ف ل مِن ال ك ع ب‬ ِ ‫فليلبس خف‬
َ ٌ َ ْ َ
‫اب ش يْ ًئ ا َم َّس ُه َزع ف َران َوال‬ َ ّ‫ال تَلْبَ ُس وا م َِن اثل‬
‫ِي‬
َ َ
‫و‬
ِ ْ
‫ال َو ْر ُس‬
“Jangan pakai baju, serban, seluar, jubah yang ada
penutup kepala, khuf (stoking kulit) kecuali jika seseorang
tidak mempunyai selipar maka pakailah khuf yang
sudah dipotong apa yang menutup bahagian buku lali
dan janganlah memakai pakaian yang terkena za’faran
ataupun wars (sejenis minyak wangi).”
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari, dalam Sahih Bukhari, kitab
al-Libas, bab al-Baranis, oleh Abdullah bin Umar, no. hadis 5803,
status hadis sahih)

Berbalik kepada persoalan adakah jika


seseorang itu memakai selipar ataupun
sandal yang menutup satu atau beberapa
jarinya adakah dikenakan dam ataupun
fidyah?
Dalam hadis tersebut, baginda Nabi
s.a.w. menyebut larangan memakai khuf,
kecuali dipotong bahagian yang menutup
buku lalinya.
95
Ini memberi gambaran bahawa tidak
dibenarkan pakai kasut ketika sedang
ihram. Sebarang bentuk alas kaki yang akan
menutup bahagian kaki adalah dilarang.

SELIPAR APAKAH YANG DISEBUTKAN OLEH BAGINDA


DALAM HADIS TERSEBUT ?

Selipar atau ( ) adalah sejenis alas kaki


yang tidak menutup kesemua bahagian kaki.
Ia dipakai bagi melindungi kaki daripada
kekotoran dan bahaya.

Pandangan pertama:
Tidak menutup kesemua bahagian kaki
tidak bermakna mesti membuka kesemua
bahagian kaki. Ini bermaksud jika menutup
satu ataupun beberapa jari sahaja belum
dikira sebagai menutup kaki. Masih dikira
sebagai selipar ataupun ( ).
Maka bagi sesiapa yang memakai selipar
yang menutup satu ataupun beberapa jarinya
sahaja dan tidak menutup kesemua jarinya
tidak dikenakan dam ataupun fidyah.

96
Pandangan lain:
Selipar ataupun ( ) mesti membuka
kesemua jari. Sekiranya memakai selipar
yang menutup walau satu jari, maka akan
dikenakan dam ataupun fidyah ke atasnya.
Pandangan ini diambil berdasarkan ‘ihtiyath’
(langkah berjaga-jaga).

Kesimpulan
Dalam kebanyakan keadaan, jalan yang
paling baik untuk dilaksanakan adalah
menjauhi ‘khilaf ’. Ini bertepatan dengan
kaedah ‘keluar daripada khilaf itu perkara
yang disukai (disunatkan)’.
Memakai selipar yang membuka kesemua
jari adalah yang terbaik.
Jika tidak mempunyai selipar yang
membuka kesemua jari, kemudian memakai
selipar yang menutup beberapa jari, maka
ia masih tidak dikenakan dam ataupun
fidyah. Ini bertepatan dengan larangan
memakai khuf dimaafkan sekiranya bahagian
yang menutup buku lali dipotong sedikit.
Selipar yang menutup beberapa jari
lebih ringan daripada khuf yang menutup
kesemua jari.

97

Anda mungkin juga menyukai