Anda di halaman 1dari 1

AKO BIN GALAU (266882) SCCA1023 TEORI KOMUNIKASI

Salam sejahtera saya ucapkan sebagai permulaan kata. Refliksi tugasan kumpulan saya
tentang kepentingan teori kepada masyarakat. Saya Ako Bin Galau sangat berbangga kerana
tugasan yang telah diberikan berjaya saya sempurnakan bersama rakan seperjuangan dalam
kumpulan saya. Tugasan ini tidak akan siap jika tiada kerjasama dalam kumpulan.

Refliksi dalam menyelesaikan tugasan ini sangatlah menarik dan tidak dapat
dijangkakan dalam masa yang sangat singkat. Hal ini kerana akhirnya tugasan yang diberikan
oleh pensyarah saya iaitu Cik Nabilah Rafidah Binti Abdul Karim, dapat juga saya siapkan.
Namun begitu, semasa melaksanakan tugasan ini, ada juga masalah dan kebaikan yang saya
peroleh iaitu untuk masalah yang saya telah alami adalah kekangan masa yang sangat terhad.
Hal ini demikian kerana, kami masing-masing mempunyai kerja hakiki yang terpaksa
dilakukan demi arahan yang telah diberikan pihak atasan. Disebabkan masalah tersebut
menyebabkan kami kurang berkumpul untuk perbincangan tugas sekolah.

Kebaikan yang saya dapat dalam melaksanakan tugas ini adalah saling kerjasama.
Walaupun sibuk dalam kerja hakiki, walaupun tidak dapat berkumpul untuk perbincangan,
tapi kami dapat saling kongsi pendapat dan maklumat melalui media seperti whatsapp. Selain
itu, rakan seperjuangan saya yang sentiasa memberi semangat merupakan salah satu
pembakar semangat kami dalam sekumpulan tidak pernah putus asa.

Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan bahawa tugasan ini telah memberi
banyak faedah yang positif kepada saya dan membuatkan saya sentiasa bersemangat dan
lebih komited untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup saya. Pada masa
akan datang, jika saya perlu melakukan tugas seperti ini lagi segala kelemahan dan keburukan
yang telah dialami sebelumnya akan saya perbaiki yang lebih baik lagi. Selain itu saya akan
memanfaatkan masa yang lebih baik dari sebelumnya.

Anda mungkin juga menyukai