Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TAWAU,
KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI 27,
91009 TAWAU, SABAH.

KERTAS KERJA:
PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA

ANJURAN:

ELEKTIF BAHASA MELAYU


IPG KAMPUS TAWAU

TARIKH:

04 APRIL 2018 (RABU)

TEMPAT:
DEWAN AL-KHAWARIZMI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon sumbangan bagi
menjayakan Pertandingan Bicara Berirama seperti yang telah dirancang.

2.0 PENDAHULUAN

Pertandingan Bicara Berirama merupakan antara aktiviti dirancang oleh Kelab


Orator IPG Kampus Tawau. Tujuan utama Pertandingan Bicara Berirama
dilaksanakan adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran berbahasa dalam diri guru
pelatih. Selain itu juga, dapat memberi peluang kepada semua guru pelatih yang
menyertai program ini untuk menonjolkan diri dengan kemahiran bakat sedia ada. Di
samping itu, ia dapat membuktikan bahawa aktiviti bahasa bukan sahaja boleh
dilaksanakan di dalam bilik kuliah malah boleh dilaksanakan secara santai
contohnya secara berirama.

Program yang dirancang ini, diharap dapat melahirkan guru-guru yang


memiliki kemahiran yang mantap dalam berbahasa serta dapat membentuk
pemikiran guru yang kritis, kreatif dan bekerjasama. Hal ini demikian, Pertandingan
Bicara Berirama ini memerlukan semangat kerjasama daripada semua kumpulan
untuk menghasilkan nada dan bahasa yang seirama.

3.0 RASIONAL

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan menjadi kepentingan untuk


dikuasai oleh semua guru kerana ia merupakan bahasa penghantar di sekolah
walaupun pengkhususan bidang yang diajar oleh guru itu bukanlah subjek bahasa
Melayu.

Oleh itu, untuk meningkatkan lagi kemahiran berbahasa dan seterusnya


memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Kelab Orator
merealisasikan hasrat ini melalui Pertandingan Bicara Berirama yang dirancang
khusus untuk melahirkan guru yang mempunyai keterampilan dalam berbahasa.
4.0 OBJEKTIF

Objektif utama program ini ialah:

4.1 Meningkatkan kemahiran berbahasa sedia ada dalam kalangan guru


pelatih;

4.2 Memberi pendedahan tentang format dan pengetahuan berkaitan


bicara berirama;

4.3 Membentuk jati diri para guru pelatih;

4.4 Merapatkan hubungan silaturrahim antara guru pelatih;

4.5 Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kumpulan;

4.6 Mendapatkan pengalaman secara langsung dalam kemahiran


pengucapan awam melalui aktiviti yang dijalankan;

4.7 Meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan di khalayak ramai

5.0 BUTIRAN AKTIVITI

Tarikh/ Hari : 04 APRIL 2018 (RABU)


Masa : 02:00 petang – 04:00 petang
Tempat : Dewan Al – Khawarizmi

Pertandingan Bicara Berirama merupakan satu aktiviti seni bahasa yang akan
disertai oleh guru pelatih IPG Kampus Tawau. Pertandingan Bicara Berirama ini
disampaikan dalam bentuk berkumpulan.

6.0 KUMPULAN SASARAN

 PISMP Ambilan Jun 2016


 PISMP Ambilan Jun 2015
7.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 1

8.0 AHLI JAWATANKUASA

8.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Jawatankuasa Nama

Dr. Najamuddin bin Haji Bachora


Penaung
Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau

Pn. Hajah Patimah binti Dullah


Penasihat
Ketua Jabatan Pengajian Melayu

8.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran 2
9.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PROGRAM

Rujuk Lampiran 3

10.0 PENUTUP

Pertandingan Bicara Berirama yang dianjurkan ini merupakan pertandingan


yang telah dimasukkan dalam perancangan tahunan Kelab Orator yang perlu
dicapai oleh kelab ini. Justeru itu adalah diharapkan agar permohonan ini diluluskan
untuk memastikan program ini dapat dijalankan dengan sebaiknya dan seterusnya
dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Disediakan oleh:

_______________________
(NURTASLIMALIA BINTI ZULKIFLEE )
Setiausaha,
Pertandingan Bicara Berirama,
IPG Kampus Tawau.

Disokong oleh:

______________________
( PUAN HAJAH PATIMAH BINTI DULLAH )
Penyelaras Pertandingan Bicara Berirama,
IPG Kampus Tawau.

Disahkan oleh:

_______________________
( DR. MOHD ASRI BIN ISPAL )
Ketua Jabatan Hel Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Diluluskan oleh:

_________________________
( DR. NAJAMUDDIN BIN HJ BACHORA )
Timbalan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.
Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA


PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

TARIKH/ MASA PERKARA TINDAKAN


HARI

4 April 2018 02:00 pm – 


(RABU) 02:30 pm - Pendaftaran - AJK Pendaftaran
- Taklimat Program - AJK Taklimat
- Semua Peserta

Pertandingan Bicara Berirama - Semua Peserta


02:30 pm –
04:00 pm berlangsung
- Semua AJK

Pertandingan Bicara Berirama - Semua Peserta


04:00 pm dijangka tamat
- Semua AJK
Lampiran 2

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA
PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

Jawatankuasa Nama

Pengerusi Program Angelin Asiang

Penolong Pengerusi Jessika Denis

Setiausaha Nurtaslimalia binti Zulkiflee Afzal

Penolong Setiausaha Elayne Ordellia Marius

Bendahari Nurul Farizah binti Abdul Jaa’far

Angelin Asiang
AJK Protokol
Jessika Denis
Nurtaslimalia binti Zulkiflee Afzal
AJK Dokumentasi
Elayne Ordellia Marius
Ronavelleria Robert
AJK Peralatan dan Teknikal
Suraya Humairah Abdullah
Nur Shazana binti Zuraidy
AJK Makanan dan Minuman
Belinda Muneh
AJK Publisiti dan Chrisline Pius
Pendaftaran Elnah Sinusi
Weltiana Motot
AJK Sijil dan Hadiah
Hafizah Puspa binti Mohd Jubaidi
Nurul Shirah Sahirah binti Kassim
AJK Lantikan Hakim
Norleha binti Kerisim
Jillian Jane Anak Navajo
AJK Persiapan Tempat
Dayang Siti Mariani binti Abdol Sumar

Pengacara Majlis Nurul Farizah binti Abdul Jaa’far


Lampiran 3

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PROGRAM


PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA
PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

Bil Perkara Kuantiti

1. Sumber HEP

- Sijil Penyertaan 70 Keping

- Sijil Penghargaan 20 Keping

Anda mungkin juga menyukai